SEHINGGA 10 Julai 2014, tidak kedengaran apa-apa keluhan Ketua Bahagian Umno Sepanggar merangkap MP kawasan yang sama- Datuk Jumat Idris. Sebabnya, sejak menjadi ahli parlimen selepas PRU-13 lalu, tidak sekalipun MP itu bercakap atau berucap semasa sessi Parlimen. Atas sebab itu tiada yang mengetahui asas tindakan beliau membuat dakwaan tidak berasas terhadap pucuk pimpinan Umno negeri.
Kawan-kawan Jumat, termasuk para penyokongnya, malahan ada pemimpin veteran mendakwa bahawa MP Sepanggar itu mempunyai hubungan yang khusus dengan Perdana Menteri, atas sebab itu, beliau menjadi calon pada PRU-13 lalu.
Menurut ceritanya, Parlimen Sepanggar yang dikosongkan oleh SAPP diperuntukan untuk Dato Rahman Dahalan, kerana kawasan Parlimen Kota Belud akan ditandingi oleh calon tempatan Kota Belud. Namun, atas permintaan Najib, cadangan tersebut batal, kerana PM mahukan Jumat dicalonkan di Sepanggar.
Berasaskan senario di atas, memang boleh dipercayai bahawa cerita itu benar, kerana semuanya menjadi kenyataan. Jikalah demikian, mengapa Jumat bertindak membabi buta menghentam kepimpinan negeri, sedangkan pemimpin itu direstui Najib.
Benarlah Musa pada asalnya di lantik ke jawatan Pengerusi Perhubungan Umno negeri oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, namun kena ingat, setiap pemilihan parti jawatan itu diperbaharui. Sejak Najib menjadi Perdana Menteri telah dua kali pemilihan Umno, ertinya telah dua kali Pengerusi Perhubungan Umno dilantik.
Sebelum ini kedudukan kepimpinan Umno Sabah adalah Musa-Shafie, kemudian Najib melantik kombinasi baru Musa- Salleh (Datuk Salleh Tun Said). Kemudian kombinasi itu diteruskan selepas pemilihan lalu.
Mengeritik Musa, ertinya sama juga mengeritik Najib. Kalaulah demikian tidak betullah bahawa Jumat mempunyai hubungan khusus dengan Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment