16 January 2015

Apa Yang Dr Maximus Mahu?

APA maksud Timbalan Presiden PBS Datuk Dr Maximus Ongkili, dalam BN tidak berlaku berkongsian kuasa?

PBS adalah parti Komponen yang paling banyak kerusi kalah pada PRU-13 lalu, pun demikian, jumlah jawatan yang diberi sama dengan sebelum DUN Sabah di bubar. Apa kah itu bukan perkongsian kuasa?

Dalam konsep BN, mana-mana kawasan yang dikuasai/ditandangi atau dimenangi mana-mana parti komponen, selain wakil rakyat, Pemimpin Pembangunan Masyarakat adalah juga daripada parti yang menang itu.Jika calon parti itu kalah, jawatan PPM akan juga datangnya daripada parti itu, contoh DUN Tamparuli, calon yang kalah dilantik sebagai PPM.

JKKK atau ketua-ketua kampung juga daripada parti yang menang itu. Di mana kah maksud Maximus, bahawa BN Sabah tidak mengamalkan perkongsian kuasa?

Maximus kena ingat, dalam konsep perkongsian kuasa, pemberian atau perlantikan jawatan-jawatan tidak semsetinya selari dengan jumlah kerusi yang dimenangi, akan tetapi berasaskan komposisi kaum. Dalam kabinet negeri, perlantikan jemaah menteri, bukan berasas kepada jumlah kerusi akan tetapi komposisi kaum.

Kerajaan yang dipimpin Datuk Musa Aman, telah mengakomodasi semua kaum, bermula daripada jemaah menteri, setiausaha-setiausaha politik, pengerusi GLC, malah terlihat dengan jelas melalui jawatan Speaker, timbalan-timbalan speaker Dewan Undangan Negeri.

OKB tidak faham, mengapa isu perkongsian kuasa timbul, hanya rungutan daripada pihak-pihak tertentu penyokong PBS, sehingga Maximus, terus menembak merata, tanpa memeriksa fakta sebenar.

Kenyataan Maximus melalui media, seolah-olah mempersoal kepimpinan negeri, seandainya dakwaan beliau itu benar, adalah lojik untuk bersuara, akan tetapi dakwaan beliau itu, sama sekali tidak tepat.

Tahun 1990, diambang pembuangan undi PBS menikam BN, kerana hanya mahu memastikan calon-calon parti itu di kawasan-kawasan tertentu menang. Tikam belakang itu, menggambarkan bagaimana tidak setiakawannya PBS.

Melalui kenyataan Timbalan Presiden PBS itu, yang mendakwa tiada perkongsian kuasa, sedangkan fakta yang adalah sebaliknya, kerana itu dakwaan beliau adalah satu tindakan menikam kawan.

Jika iapun, PBS kehilangan sokongan kaum KDM, janganlah menjadikan kawan sebagai "punching bag" semata-mata untuk merai undi kaum yang diwakili, kerana dakwaan itu lebih menyakitkan, lebih-lebih lagi, ianya bercanggah dengan konsep kerajaan negeri.

Sepatutnya Maximus melihat, bagaimana setiakawannya Musa, kerana, walaupun PBS kehilangan banyak kerusi, akan tetapi jawatan jemaah menteri daripada parti itu jumlahnya sama sebelum pembubaran DUN tahun 2013.

OKB bertanya, apa yang Dr Maximus mahu?

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels