MELIHAT kepada calon yang bertanding, antara Bn & Warisan, terdapatnya 7 kawasan DUN dan 4 kawasan Parlimen berkedudukan 50:50.
Bagi kawasan DUN adalah N11-Kiulu- antara penyebab Dun ini berkedudukan 50:50 kerana penyokong Bn dan pembangkang hampir seimbang, meskipun pada PRU-13 lalu dimenangi Bn. Bagi PRU-14, Bn diwakili Datuk Joinston Bangkuai dan PWS- Jo- Anna Rampas.
N-17 Tanjong Aru, meskipun Dun itu dimenangi Bn dengan undi popular 53.4% pada PRU-13, namun kehadiran mantan ADUN Likas Junz Wong (PWS) menjadikan pertembungan antara naib Presiden PWS itu dengan calon Bn- Edward Yong mempunyai peluang yang sama.
N-20 Moyog- Meskipun kawasan itu memangpun wilayah pembangkang berasaskan kepada keputusan PRU-13, yang mana calon Bn yang sama hanya mendapat 38.98% undi popular, namun peluang masih berkeadaan sama, kerana calon PWS, selain pendatang baru, juga kurang dikenali.
N-28 Sindumin- Memanglah Dun ini adalah wilayah Bn, namun pertembungan antara pemimpin veteran antara Datuk Sapawi Ahmad (BN) dan Datuk Dr Yusof Yakob-PWS (mantan pemimpin Umno) menyebabkan antara mereka mempunyai peluang yang sama.
N-38 Nabawan- Pertembungan berulang antara dua calon, walaupun calon Bn pada PRU-13 lalu Datuk Bobby Suan menang dengan undi popular 48.65%, menunjukkan bahawa peluang antara Bn dan PWS dalam keadaan yang sama.
N-52 Sulabayan- kaawasan ini memang dianggap sebagai kawasan 50:50 sejak tertubuhnya PWS, sama kedudukannya dengan N-53 Senallang.
Bagi kawasan Parlimen pula, P-171 Sepanggar berkedudukan sama rata antara Bn dan PWS, demikian juga P-174 Penampang, P-176 Kimanis dan P-186 Semporna.
Nampaknya kawasan-kawasan pertembungan antara Bn dan PWS, kawasan-kawasan yang disenaraikan adalah kawasan-kawasan panas bagi Bn.
Tergambar sungguh, pemimpin utama PWS termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ketua Wira melakukan kamikaze atau do or die.
Parti mana yang bakal menang di kawasan-kawasan yang disenraikan, terlalu sukar untuk ditentukan. Parti yang menang sudah tentunya terletak pada gerak kerja masing-masing selama tempoh kempen sehinggalah ke pembuangan undi.