Jawatan menteri Persekutuan yang diberikan kepada wakil rakyat Sabah, seharusnya kementerian yang boleh memberi impak kepada pembangunan dan kemajuan negeri, bagi mengejar ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri di Semenanjung.
Semasa kerajaan Parti Barisan Nasional, pemimpin Sabah dilantik ke kementerian yang boleh memberi impak kepada kemajuan & pembangunan negeri, misalnya Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW), Kementerian Kesejahteraan Perumahan & Kerajaan Tempatan, Menteri yang menjaga ekonomi negara, Kementerian multimedia & Komunikasi, Kementerian tenaga & air, selain Kementerian inovasi dan alam sekitar.
Namun, menerusi kerajaan Pakatan Harapan, kementerian yang memberi impak besar kepada pembangunan & kemajuan tidak diberikan kepada para pemimpin Sabah, sebaliknya kementerian seperti Menteri Undang-Undang, Menteri MITI, Menteri Pelancongan & Kebudayaan (jika betul senarai yang tular).
Jawatan menteri yang diberikan kepada pemimpin Sabah, hanya sebagai pelengkap jawatan politik, bukan bertujuan untuk membangun & memajukan Sabah, dan kini kembali seperti mana era sebelum tahun Era Dato Seri Najib.
Nampaknya, Sabah akan terus ketinggalan dalam arus pembangunan & kemajuan, seperti mana sebelum ini ( 1981-2003).
Adalah diharapkan, para penyokong parti Warisan Sabah di mana sebelum ini kerap sangat menularkan jalan-jalan rosak, bangunan-bangunan sekolah yang daif, jalan-jalan daif agar meneruskan berbuat demikian, supaya mereka ternampak sebagai pejuang rakyat Sabah. Selain itu, jika penyokong parti Umno atau parti pembangkang menularkan keadaan sama, sokonglah, supaya kemudahan asas seumpama itu dibina dan diupgrade.