SABAH tidak perlu lagi fokus kepada peratusan bayaran daripada keluaran minyak & gas yang dihasilkan daripada wilayah Sabah, sebaliknya fokus kepada pemilikan wilayah.
Jika Sabah mendapatkan hak semua wilayah carigali dan keluaran minyak, maka ekonomi Sabah akan berkembang pesat, peluang pekerjaan bagi anak-anak Sabah terbuka luas.
Memang industri minyak dan gas memerlukan modal yang besar, meskipun demikian pelaburan yang besar juga memberi pendapatan yang besar.
Sejak tahun 1974, Sabah hanya dibayar 5% dan jumlah itu akhir-akhir ini hanya berlegar-legar pada amaun RM1bilion. Jika Sabah sendiri mengoperasikan memiliki penuh semua wilayah minyak & gas, sudah tentunya, pendapatan daripada sektor itu bukannya RM1bilion, akan tetapi lebih daripada itu.
Sabah memerlukan hasil minyak untuk membangun negeri dan perekonomiannya, memandangkan keaadaan infrastruktur negeri ini sangat ketinggalan berbanding negeri-negeri di Semenanjung, meskipun telah menyertai Persekutuan sejak tahun 1963. Lebih setengah abad, Sabah merdeka, namun sebahagian kawasan masih berstatus pra merdeka, malah masih banyaknya kawasan yang belum dijamah kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik. Malah jalan perhubungan itu masih dalam keadaan daif, sehingga mengundang kemalangan yang meragut nyawa.
Sudah tiba masa setiap pemimpin politik Sabah tanpa mengira parti, perlu berganding bahu memanfaatkan keputusan Mahkamah Persekutuan, menolak saman Petronas terhadap Sarawak, berkaitan takrifan wilayah minyak & gas. Bermula pada 1Julai, 2018 Sarawak akan melaksanakan kuasa kawal selia ke atas sumber minyak dan gasnya.
No comments:
Post a Comment