25 June 2018

KAUM LAIN TOLAK BN DAPAT ISI, MELAYU TOLAK BN DAPAT TULANG

Kehilangan kuasa parti Barisan Nasional, benar-benar ikut apa kata peribahasa ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta yang bermaksud "orang yang mengikut hawa nafsunya akan mendapat akibat yang buruk akhirnya".

Penulis tidak mampu lagi menyenaraikan kerugian kaum melayu atau bumiputera yang makan gaji, nelayan, petani, buruh, pemandu teksi, penoreh, guru-guru agama, imam-imam, ketua-ketua kampong, peneroka, malah para pencarum KWSP apabila kerajaan Parti Barisan Nasional digantikan oleh Pakatan Harapan.

Penulis juga sangat terkilan, PH yang hanya mendapat sokongan 25% kaum melayu/bumiputera memerintah negara, sehinggakan blok terbesar pembangkang adalah kaum melayu/bumiputera.

Pasca PRU-14, menggambarkan, tanah dipijak milik orang lain.

Keputusan PRU-14 semoga menjadi pengajaran kepada melayu/bumiputera, bahawa keputusan ikut hati, tanpa pertimbangan akal fikiran, menyebabkan kaum terbesar negara itu kehilangan kuasa, terpaksa akur diperintah oleh kaum minoriti di tanah air sendiri.

Umno dengan berbaki 53 kerusi parlimen dan Pas dengan 18 semuanya kawasan melayu/bumiputera, akan berada di barisan pembangkang di Dewan Rakyat. Kumpulan ini, tidak lagi sebaris dengan 19 ahli Parlimen Sarawak, kerana Sarawak kini sudah menjadi mesra Pakatan Harapan.

Di atas kertas, Umno boleh menang 65 kerusi Parlimen di Semenanjung, Sabah-7, manakala Pas 21, menjadikan kerusi melayu/bumiputera Sabah/Semenanjung sebanyak 93. Dengan jumlah itu, maka diperlukan 19 kerusi lagi bagi mencapai majoriti mudah daripada 222 kerusi Parlimen, jika tiada tambahan persempadanan baru.

Jika Umno dapat bangkit semula, nampaknya PRU-15 sangat-sangat menarik untuk ditunggu.

Kaum melayu/bumiputera kena menjadikan PRU-14 sebagai pengajaran dan sempadan, kerana sokongan membabi buta, menyebabkan golongan terbesar itu hanya mendapat tulang, sedangkan kumpulan minoriti semuanya isi.

1 comment:

Unknown said...

tuan, sungguh benar apa yang dikata. berfikir dahulu sebelum bertindak, natijahnya selamat begitu jua sebaliknya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels