31 May 2011

Nik Aziz dakwa dipujuk 5 kali oleh Umno

Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu.

Menurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai "berpangkat datuk" dan "pesara kerajaan".

Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.

Bagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.

Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

Sementara itu, sumber yang dekat Nik Aziz mengakui terdapat beberapa pertemuan, termasuk di rumahnya di Pulau Melaka diadakan sejak awal tahun ini

Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat memastikan butiran spesifik berhubung masa dan tarikh ia berlangsung.

Sejak timbulnya isu itu pada 2008, Nik Aziz antara pemimpin PAS yang paling lantang menolak idea itu sehingga mendorong beliau mencadangkan diadakan Muktamar Khas bagi menyingkirkan beberapa pemimpin parti itu.

Bagaimanapun, beliau sendiri pernah dikaitkan dengan perkara itu apabila menghadiri majlis dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin, yang turut dihadiri perdana menteri di ibu negara.

Nik Aziz bagaimanapun menyeru semua pihak sama ada media atau invidu supaya tidak mengaitkan istana dengan pergolakan politik negara kerana ia hanya majlis santapan malam.

29 May 2011

Sampai bila penyokong tegar BN miskin?

Sampai bila penyokong tegar BN dibiarkan miskin? satu pertanyaan yang lama menghantui benak OKB.

Semasa PRK Batu Sapi-terpampang dengan jelas taraf hidup dan kedaifan penyokong tegar BN-sehingga setiausaha BN KU NAN menitiskan air mata menurut blogger Sekali Ketuk dalam entrinya semasa PRK itu.

Demikian juga gambar-gambar yang dimuat turun dalam FB ADUN Tempasuk-Datuk Haji Musbah Jamli-gambar-gambar yang yang menyayat hati untuk di pandang. Seperkara yang menarik, pada setiap pilihanraya, kawasan-kawasan di mana terdapat penduduk yang daif, maka di situ lah BN mendapat sokongan padu.

Dalam hati para pengundi itu-bantu lah kami-atas sebab itu-kami memberi sokongan yang padu-namun semua itu tidak berbalas sepertimana kehendak para pengundi itu.

Apabila kerajaan dibentuk-kawasan yang tidak menyokong kerajaan juga yang mendapat tempias pembangunan luarbiasa. Mereka yang pandai bermuka-muka juga yang untung, sebaliknya mereka yang mengharap-dibiarkan penggal demi penggal.

Sampai kapan kah keadaan ini berlaku? Apa kah BN mahu seperti yang berlaku di Kedah-apabila rakyat protes-kerajaan yang diperatuhkan.

PRU 2008 merupakan saksi dan panduan. Pada masa PRU itu-kita menyaksikan penurun jumlah undi yang diperolehi calon BN pada kawasan-kawasan tradisi BN. Kawasan Kota Belud, baik parlimen mahupun DUN, jumlah undi yang diperolehi calon BN begitu merosot sekali; keadaan juga berlaku di kawasan-kawasan lain.

Pada PRN Sarawak- kita juga menyaksikan bagaimana penurunan undi yang diperoleh oleh calon-calon BN, baik di pendalaman mahupun separah bandar-jangan di kata di bandar-BN kecudang!!.

Pada ketika ini-anak-anak kampung yang berijrah ke bandar mempunyai persepsi yang negatif terhadap kerajaan-apabila PRU nanti-mereka akan pulang kampung dan mempengaruhi ibu-bapa dan sanak saudara mereka untuk menolak kerajaan. Jangan anggap enteng fenomena ini-pasti ianya akan berlaku.

Secara Nasional-pada PRU 2008 lalu, kawasan Selatan bermula daripada N9 hingga ke Johor merupakan kubu kuat BN secara tradisi setiap pilihanraya; namun pada PRU lalu N9 kehilangan 2/3 di DUN, sementara di Johor-buat pertama kali PAS menang 2 kerusi DUN.

Di utara Semenanjung-BN akan terus terkial-kial- Kelantan sukar untuk BN menwannya-pada keadaan politik sekarang- Kedah? jika perbalahan antara pemimpin Umno tidak reda, alamat Pakatan terus menguasai negeri Jelapang Padi itu. Pulau Pinang- MCA dan Gerakan tiada taring lagi-apapun hiasan kapal dua komponen BN itu-kaum cina tidak akan menaikinya. Kaum cina ahli MCA sebenarnya telah bingung selepas tsunami politik melanda parti itu pada PRU 2008, dimana daripada 31 parlimen yang ditandingi hanya menang 14, sementara di Pulau Pinang-semua calon MCA baik DUN mahupun Parlimen kalah teruk. Akibat kebingungan itu-maka mereka terpaksa memilih Presiden yang ada kaitan dengan moral.

Apa kah stretegi ahli MCA memilih presiden yang ada kaitan dengan moral-untuk menghalang kaum cina mengundi MCA? untuk memperlancar parti DAP menjadi parti tunggak dalam negara?

Ingat hanya Malaysia di Asia Tengara ini belum berketua negarakan kaum cina- semua negara telah berketuakan kaum cina termasuk Indonesia yang berpenduduk islam terbesar di dunia.

Dalam perlembagaan negara tidak menghalang sesiapa sahaja warganegara ini menjadi Perdana Menteri asalkan individu itu mempunyai command dalam dewan rakyat-yakni pada masa ini 112 kerusi daripada 222 kerusi dewan rakyat. Keadaan Perak tidak boleh diikuti-walaupun PAS hanya ada 6 kerusi dan DAP 18- Nizar Jamaluddin yang dilantik MB-akhirnya Nizar hanya tergantung kepada parti DAP-tanpa ada kuasa.

Demikian juga- Jika Pakatan Menang dengan DAP mempunyai kerusi terbanyak-melantik Anwar sebagai Perdana Menteri-hanya menjadi PM kepada DAP.

Oleh kerana itu- jika BN mahu terus berkuasa-jangan kecewakan para pengundi yang selama ini memberi sokongan yang tidak berbelah bagi- Jangan sombong kepada rakyat yang meletakkan anda di persada kuasa!!!

27 May 2011

Harga RON95 tidak naik-Tariif Litrik pula naik

Majlis Ekonomi Negara (NEC) pada Jumaat meluluskan kenaikkan tarif elektrik yang butirannya hanya akan diumumkan Isnin ini.

NEC yang bermesyuarat di sini dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota Jemaah Menteri, lapor Malaysiakini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dijadualkan mengadakan sidang media pada pukul 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Sejak beberapa minggu lalu, Kabinet berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, Kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Wakil rakyat -Kenapa mesti jadi sombong?

Wakil rakyat seharusnya mewakili rakyat sekaligus pembantu kepada rakyat. . .namun kenyataannya yg malah lebih sombong wakilnya daripada bosnya/rakyat. . . .lihat ja masa bosnya masih ada yg tinggal dibawa jembatan dan susah dengan urusan keperluan harian untuk hidup. . . .eh malah mereka enak2kan mau buat gedung megah padhal duit punya rakyat. . .dah itu ga dikasih restu lagi ma bosnya. . .eh malah yg ngeyel anak buah. . .

26 May 2011

BUGIS DI SABAH. SIAPA ANAK WATAN?‏

Perdana Menteri Malaysia adalah berketurunan bangsawan Bugis, yang mewarisi gelaran Orang Kaya Indera Shahbandar. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak adalah generasi ketiga atau keempat Bugis di Tanah Melayu yang merupakan tanah tumpah darahnya dan kesetiaannya hanya kepada negara Malaysia.

Di Sabah ramai juga keturunan suku Bugis. Namun yang dipersoalkan bukan keturunan Bugis generasi kedua, ketiga atau keempat yang telah sebati kehidupan dan budayanya dengan penduduk pribumi tempatan Sabah. Bugis kategori ini hanya menumpahkan taat setianya kepada Sabah dan Malaysia serta tidak mepunyai sikap rakus dan gelojoh berbanding dengan golongan pendatang baru kaum Bugis yang statusnya kerakyatannya masih diragui rakyat tempatan!

Persoalan ini timbul bila pada 22 Mei lalu, persatuan suku itu yang dikenali Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS) tiba-tiba telah bertukar nama, lebih tepat dipanggil rebranding kepada Persatuan Komuniti Bugis Sabah dengan singkatan yang sama PKBS. Bagaimana ini bisa berlaku? Sedangkan PKBS yang sebelumnya telah diharamkan R.O.S kerana melanggar beberapa syarat dalam Akta Pertubuhan?

Nah sekarang PKBS sudah kembali aktif. Lumrahnya begitu setiap kali menjelang pilihan raya umum untuk menonjolkan pemimpin-pemimpinnya yang begitu ghairah menjadi calon pilihan raya. Maka nama-nama seperti Datuk Osman Jamal, Andi Bandipilo (pernah ditahan ISA kerana peranannya mengeluarkan kad pengenalan), Haji Pondiring Nawa, Mohd Gasing Saling, Datuk Dr Pataware dan Zainal Hj Amin.

Namun ada yang bertanya, benarkah "tembuni" nama-nama yang ghairah menjadi calon itu ditanam dibumi Sabah atau di Indonesia?

Nama anak-anak Bugis tempatan seperti Haji Amrullah Kamal, Yahaya OKK Zainal dan lain-lainya lebih berwibawa akan tetapi secara sengaja ditenggelamkan dan menonjolkan nama-nama yang disebut awal tadi.

Sebagai Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib jangan mudah terpedaya dengan helah PKBS kerana salah perhitungan memilih calon yang bukan asalnya anak tempatan, kedudukan Sabah sebagai fixed deposit akan terancam.

20 May 2011

Disebalik "Movement of Change Sabah"

Kata orang walaupun nyamuk itu serangga kecil, tetapi amat bahaya. Bisa membawa malaria dan juga denggi.

Pada Rabu lalu sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai agen untuk Movement of Change Sabah aka MoCS telah ditubuhkan.

Penubuhan MoCS sepertimana dakwaan NGO itu adalah untuk menukar kepimpinan negeri, yang kini diketuai oleh Datuk Seri Musa bin Haji Aman.

Musa adalah Ketua Menteri Sabah sejak tahun 2002-selepas mengambil alih daripada Tan Sri Chong Kah kiat.

Pada PRU-2004- Musa mengetuai BN Negeri dan menang dengan bergaya, kecuali kalah di DUN Kuala Penyu.

Pada PRU-2008, walaupun Musa dengan beraninya mengenepikan beberapa pemimpin besar seperti DSP Salleh Said, TS Pandikar dan Datuk Amir Kahar, namun BN berjaya menang 59 kerusi DUN dan 24 kerusi Parlimen. Adun yang terlepas adalah DUN Sri Tanjong, sementara Parlimen adalah Kota Kinabalu-kedua-duanya kepada DAP.

November 2010, pada PRK Batu Sapi-pertama di Sabah selepas tsunami politik peringkat kebangsaan, BN menang mudah melalui pertandingan tiga penjuru-calon SAPP melalui Datuk Yong Teck Lee, Calon PKR melalui Ansari Abdullah dan PBS melalui Linda Tsen. Linda yang mewakili BN menang dengan pertambahan majoriti yang sangat ketara.

Daripada segi politik, kehebatan Musa Aman, sukar diganggu gugat, apatah lagi sokongan padu daripada Timbalan Pengerusi Umno Negeri DSP Salleh dan juga sokongan yang tidak bebelah bagi daripada Tan Sri Pairin Kitingan-Presiden PBS yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Dari segi perekonomian-Sabah untuk pertama kalinya mendapat pendapatan di atas 3 bilion setahun, semuanya berlaku di bawah petadbiran Musa Aman.

Bukan mudah mendapat pendapatan di atas 3b, memandangkan sumber utama Sabah sebelumnya seperti kayu balak, tidak lagi menjadi penyumbang.

Musa Aman mengurus pentadbiran negeri seperti mengurus sebuah syarikat besar, mementingkan keputusan "bottom line"- ertinya mengurus kewangan negeri sangat telus dan teratur, sehingga ketua Audit negara memberikan "Thumb" kepada pengurusan kewangan negeri.

Bagi OKB, disebalik kemunculan MoCS adalah kelemahan Musa Aman mengagihkan kek melalui ilmu politik, sebaliknya cara Musa lebih tertumpu kepada cara korporat.

Jika MA menseimbangkan antara metoda politik dan korporat, OKB yakin dan pasti, kumpulan MoCS yang mengadakan sidang akhbar pada Rabu, tidak akan wujud.

Jangan pandang remeh kudis kecil, mungkin itu punca kanser. Fikir-fikirkan lah.

16 May 2011

Twit Anwar menggambarkan kesedihannya-terpaksa membela diri meliwat

Anwar Ibrahim

12 May 2011

Sumpah laknat: Kaki betina, kaki arak : Sumpahnya Tak sah-Anwar

Anwar terperangkap dengan kata-katanya sendiri. Merujuk kepada sumpah laknat Eskay Abdullah, Anwar berkata sumpah laknat bagi orang kaki betina dan arak tidak sah dan tidak memenuhi rukun agama islam.

Mungkin inilah yang dirasakan Anwar, sebab itu walaupun berbagai desakan daripada semua penjuru, agar Anwar bersumpah laknat, kerana afdalnya sumpah laknat juga wajib dibalas dengan sumpah laknat.

Mantan mufti Perlis Dr Asri sebelum ini pernah mencadangkan agar Anwar bersumpah laknat untuk menepis sumah laknat Eskay, namun hingga kini Anwar enggan bersumpah.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Fathul Bari berkata; Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melakukan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan pihak tertentu yang sudah bersumpah laknat mengatakan beliau terlibat dalam skandal video seks dan kes liwat.

Fathul Bari berkata perkara itu dituntut oleh Islam bagi mengelakkan fitnah dan tuduh menuduh daripada terus berlarutan.

"Bila sumpah laknat berlaku, maka cara menjawab balik adalah dengan sumpah laknat juga, ini yang dituntut sebenarnya, jadi kita masih menunggu sekiranya Anwar bersedia untuk bersumpah laknat.

"Sekiranya beliau masih lagi berada dalam peringkat tidak sanggup bersumpah laknat, maka ia akan menjadi tanda tanya kepada rakyat Malaysia keseluruhannya," katanya kepada pemberita selepas menjadi ahli panel Forum 65 Tahun Umno di sini Rabu.

Beliau berkata demikian merujuk kepada sumpah laknat yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung kes liwat dan video seks yang didakwa melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Negara Kristian: Blogger Bigdog dan Jeff Ooi ada agenda?

Jeff Ooi dan blogger Bigdog
Hari ini sudah masuk hari ke lima kita berbicara tentang isu penubuhan negara kristian. Pihak yang pertama mendedahkan perkara ini ialah blog bigdog.

Sehingga ke hari ini bigdog masih mengekalkan pendiriannya tentang apa yang ditulisnya. Beliau tidak meminta maaf atau menarik balik tulisannya. Malah makin menambahkannya lagi.

Di kalangan para-para blogger yang mengenali beliau sudah puas mereka bertanya kepada blogger bigdog dari mana beliau mendapat maklumat berkenaan. Gunalah apa cara sekalipun, pusinglah soalan macamana sekali pun, pujuklah macam mana sekali pun bigdog tetap tidak memberitahunya.

Saya rasa saya telah menemui jawapannya petang tadi.

Melihat kepada keberanian bigdog mempertahankan tulisannya, kita semua dapat merasakan beliau mendapat sumber maklumat yang kukuh tentang perkara itu.

Sumber maklumat yang kukuh hanya boleh diperolehi daripada orang yang berada dalam majlis itu.

Siapakah orang bukan kristian yang berada dalam majlis tersebut yang sibuk melayan iPad dan menjamu selera ketika paderi-paderi sedang berdoa ? Sudah tentulah Jeff Oii....

Kalau orang itu orang kristian, dia tidak makan atau melayan iPad semasa orang-orang kristian sedang berdoa. Seperti kita orang-orang Islam, mana mungkin kita melayan iPad atau makan ketika Ustaz atau Imam sedang berdoa, berwirid atau berzanji.

Jeff Oii telah mengaku secara terbuka dia berugama buddha walaupun menggunakan nama Jeff.

“Saya beragama Budhha. Saya juga tidak mempunyai kuasa sebagai seorang Buddha untuk mengarahkan pihak Kristian melakukan apa-apa (seperti) yang didakwa itu.

Jeff Oii Malaysiakini

Mengapa saya mengatakan Jeff Oii yang salurkan maklumat kepada bigdog ?

Jeff Oii dan bigdog adalah sahabat . Mereka amat rapat semasa bersama-sama dalam sebuah persatuan yang bernama All Blogs yang aktif sebelum PRU 2008.

Nak dijadikan cerita pula saya terjumpa sebuah blog yang bernama Zakhir's Zoo kepunyaan bigdog yang menunjukkan mereka berdua bertemu di Komtar beberapa bulan selepas PRU 2008. Sini

Jawapan yang diberikan oleh Jeff Oii apabila ditanya oleh Utusan Malaysia amat-amat meragukan. Seolah-olah hendak menutup sesuatu dan ada sesuatu yang tidak kena serta tidak menyalahkan bigdog.

Jeff yang ditanya mengenai ikrar itu mendakwa, ketika majlis berlangsung, beliau sibuk 'melayan' iPad selain menjamu selera walaupun turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.

"Bukankah berdoa itu suruhan tuhan. Apa yang saya tahu, 'bigdog' (penulis blog) tidak sebut nama saya, dia tidak tuduh saya. Kalau mahu tahu lebih lanjut, sila tanya polis Cawangan Khas dan dengar rakaman yang dibuat mereka," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia

Jeff Oii hanya membuat laporan polis dua hari selepas perkara tersebut kecoh (ahad petang), itu pun mungkin selepas ditekan atau dipaksa oleh kepimpinan DAP.

Mengapa perlu Jeff Oii menyalurkan maklumat berkenaan kepada bigdog ?

Saya berpendapat ada dua kemungkinan,

1) Mungkin sebagai seorang yang beragama buddha, beliau merasa tidak selesa apabila orang-orang kristian hendak menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara dan mahu mengangkat PM dari kalangan orang kristian. Perkara ini tidak boleh dibangkitkan dalam DAP, kerana majoriti pemimpin DAP beragama kristian. Untuk meletupnya dengan lebih berkesan , sudah tentu ianya perlu diletupkan oleh pihak lawan. Ini perkara biasa dalam politik. Perkara yang tidak berani diletupkan sendiri akan diberikan kepada parti lawan untuk letupkan. Pemimpin Umno sendiri pun terima berbagai-bagai maklumat dari pemimpin Pas untuk diletupkan. Jangan kata pemimpin Umno, blogger-blogger yang pro Umno pun terima banyak juga maklumat dalaman dari pemimpin-pemimpin Pas untuk didedahkan. Tambahan pula menjelang pemilihan Pas tidak lama lagi. Pelbagai maklumat yang kami terima tentang seorang exco Kelantan.

2) Mahu memperbesarkan perkara itu dengan niat hendak memerangkap BN dan mencari keuntungan politik untuk DAP.

Itu pandangan saya dan saya berkeyakinan dalam hal ini bigdog dan Jeff Oii banyak bermain wayang untuk menyelamatkan satu sama lain terutamanya untuk menyelamatkan kedudukan Jeff Oii.

Saya merasakan, pada peringkat awal mereka mungkin tidak menjangka perkara ini akan kecoh sampai ke tahap sekarang. Tetapi setelah keadaan terlalu kecoh, Jeff Oii banyak bertukar rentak berbanding hari pertama.

Siapa lagi nak tolong kawan, kalau bukan kawan yang menolong walaupun terpaksa menjadi kambing hitam. RBF disini

10 May 2011

Waah: Selepas lebih 50 tahun-baru tahu negara tiada agama rasmi

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah “agama rasmi” negara, kata peguam Syahredzan Johan ketika kontroversi tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Akhbar milik Umno itu dan beberapa kumpulan Melayu-Muslim termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri menekankan pandangan bahawa undang-undang tertinggi negara mengisytiharkan Islam sebagai agama “rasmi” dan hanya Muslim boleh menjadi perdana menteri.

Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai “tanggapan salah yang bahaya”, yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.

“Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.

“Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.

Beliau merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa “agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan” dan menekankan bahawa perkataan “rasmi” tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.

Syahredzan berkata, seksyen dalam Perlembagaan mesti ditafsir bersama Artikel 11, di mana setiap orang ada hak untuk mengamalkan agama masing-masing dan tertakluk kepada Klausa (4) yang mana berkaitan dengan Islam - untuk menyebarluaskannya.

“Kita kena faham terminologi yang betul untuk digunakan apabila kita bercakap apa sahaja berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Beliau menambah, “setiap orang, daripada kalangan menteri sehinggalah NGO, malah sehingga blogger mengatakan macam-macam, yang menunjukkan mereka tidak tahu apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Katanya, dengan memasukkan perkataan-perkataan ke atas Perlembagaan, blogger, menteri dan surat khabar membaca perkara-perkara yang tiada dan meminda undang-undang.

“Dan, ia bercanggah dengan Perlembagaan,” kata peguam itu.

Syahredzan berkata, rakyat biasa boleh dimaafkan kerana tidak biasa dengan undang-undang, tetapi menteri dan peguam-peguam tidak boleh dimaafkan kerana ia bukan sahaja tugas mereka, tetapi tanggungjawab mereka.

Syahredzan berkata, beliau membangkitkan perkara ini sebab tiada pihak yang berbuat demikian.

“Ia perkara yang sangat bahaya dan ia dipermainkan dan disebabkan itu, ia menjadi lebih daripada isu perlembagaan semata-mata, ia menjadi momok... ia menjadi isu agama dan isu sosial dan isu politik dan satu masalah.

“(Perlu ada) seseorang bangun dan mengatakan mengenai perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Dengan melihat kepada badan-badan pelobi Melayu sayap kanan yang tidak gembira dengan isu semasa ini, Syahredzan menambah, beliau tidak pasti sama kempen mereka adalah sesuatu yang akibat terdesak atau dijalankan disebabkan kedangkalan mereka.

Oleh itu kata Syahredzan, Putrajaya mesti menerajui usaha untuk membetulkan salah tanggapan ini bagi mengelakkan malapetaka.

“Sesuatu perlu dilakukan, kerajaan mesti menyatakan dengan jelas apa yang ada dan apa yang tiada dalam Perlembagaan,” katanya.

Guru kesunyian-pelajarnya dirogolnya

KUANTAN: Mungkin kerana kesunyian akibat berjauhan dengan isteri, seorang guru gagal mengawal nafsunya lalu merogol pelajarnya sendiri berusia 15 tahun selepas mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mengulang kaji pelajaran.

Kejadian berlaku di rumah guru berusia 33 tahun itu iaitu di kuarters sebuah sekolah menengah di Jerantut pada kira-kira jam 3.30 petang, Khamis lalu.

Menurut sumber, sebelum kejadian guru terbabit dikatakan menghubungi ibu mangsa dan mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mahu membantunya belajar dan tawaran itu diterima baik ibu mangsa tanpa sebarang prasangka.

Katanya, mangsa pergi ke rumah gurunya itu yang terletak tidak jauh dari rumahnya dengan ditemani rakan, namun rakannya terus pulang selepas menghantarnya.

“Pada mulanya guru itu mengajar mangsa tugasan sekolah, namun dipercayai gagal mengawal nafsunya dan terus memeluk mangsa dari belakang sebelum merogolnya.

9 May 2011

Anwar tersungkur kerana liwat dan video seks-tak jamin melayu selamat

Sewaktu hendak menyatupadukan Melayu pada tahun 1946, Dato Onn Jaffar berkata bahawa harapan beliau ialah: MAHU MELAYU BERSATUPADU BIAR JADI KUAT, SEBAB APABILA MELAYU KUAT, MEREKA AKAN SELAMAT.

Antara satu pesanan terakhir Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa hari sebelum persaraannya ialah: MELAYU JANGAN FIKIR MEREKA SUDAH SELAMAT.

Sementara itu blog Kuda Kepang berkata: Tak garenti jatuhnya Anwar kerana liwat atau video seks akan beri laluan mudah untuk UMNO/BN. DAP begitu bersungguh-sungguh dengan persediaan. UMNO Negeri perlu ketepikan isu peribadi dan habuan untuk perjuangan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels