31 October 2012

PRU-13:Benar kah suasana Poliltik Sabah terkini serupa tahun 1985?

BENAR KAH dakwaan Pembangkang bahawa suasana politik Sabah pada masa ini serupa dengan keadaan politik tahun 1985? Situasi apa kah yang membuatkan pembangkang menyamakan keadaan politik Sabah kini dengan keadaan politik tahun itu?

Tahun 1985 merupakan kejatuhan Kerajaan BN yang diterajui Parti Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri). Pada PRN tahun itu, BN yang dianggotai Berjaya dan Usno (Usno parti pembangkang diperingkat negeri) tumbang kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dipimpin Datuk Pairin Kitingan (kini Tan Sri).

Pada pilihanraya itu, Parti Berjaya yang mempunyai 41 kerusi DUN dan USNO 6 sebelum DUN dibubarkan, masing-masing hanya mendapat 6 kerusi bagi Berjaya, sementara Usno 16, manakala PBS menang 25 kerusi dan satu kerusi bebas bagi DUN Moyog.

Pada PRN itu juga Datuk Harris kehilangan kerusi DUN Tenom kepada Kadoh Agundung (kini Datuk)

Sebaik keputusan pilihanraya itu, kejadian yang tidak diingini berlaku di Istana Negeri, di mana berlaku peristiwa mengangkat sumpah Ketua Menteri daripada parti Usno dan selepas itu, Pairin pula mengangkat sumpah. Sejarah telah tercatat di Sabah, bahawa pada satu masa, negeri itu mempunyai dua orang Ketua Menteri.

Disebabkan campur tangan Pemangku Perdana Menteri ketika itu-Datuk Musa Hitam (kini Tun), akhirnya Pairin diiktiraf sebagai Ketua Menteri yang sah, menyisikan Allahyarham Tun Mustapha. Lojik kepada pengistiharan Pairin sebagai Ketua yang sah kerana partinya mempunyai majoriti mudah daripada 48 kerusi DUN Sabah.

Perlu diimbas kembali keadaan politik Sabah sebelum PRN 1985- Pertama pemecatan Pairin daripada Parti Berjaya, sehingga membuka ruang kepada pilihanraya kecil Tambunan pada tahun 1984. Selepas sahaja Pairin dipecat, Tambunan yang diwakili beliau diturunkan statusnya daripada daerah kepada sub-daerah. Faktor kedua adalah bangkangan beliau terhadap penyerahan Labuan kepada Persekutuan untuk dijadikan wilayah persekutuan dan faktor ketiga protes beliau terhadap penghapusan Pesta Menuai oleh kerajaan Harris dan menggantikan pesta itu kepada pesta rakyat.

Namun, faktor yang menambat hati rakyat terutama kaum KDM adalah pemecatan Pairin dan penurunan status Tambunan. Faktor inilah yang menyebabkan kaum KDM marah dan naik semangat.

Keadaan pada tahun 1985 dan sebelumnya tidak berlakupun pada suasana politik Sabah ketika ini. Pada ketika ini, boleh dikatakan tiadapun pemimpin negeri ini dianak tirikan atau diketepikan. Boleh dikatakan semua kaum di negeri ini mendapat tempat dalam kerajaan, baik itu jawatan politik mahupun bukan.

Dalam suasana politik BN kini, tiadapun pemimpin yang dipecat oleh pucuk pimpinan. Apa yang berlaku, para pemimpin BN sendiri yang mengasingkan dirinya dengan meninggalkan BN.

Pada tahun 2008, sebaik sahaja BN Sabah menang dengan kemenangan hampir  mutlak, Datuk Yong Teck Lee bersama-sama partinya SAPP keluar daripada BN, kononnya hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri ketika itu-Datuk Abdullah Badawi (kini Tun). Sebenarnya alasan yang diberikan oleh Yong pada masa itu hanya gimik, kerana beliau termakan  janji Gerakan 16 September Anwar yang kononnya Pakatan Rakyat akan membentuk Kerajaan Persekutuan menjelang Hari Malaysia, kerana 30 ahli Parlimen BN akan berpaling tadah. Jika kejadian itu berlaku, Yong akan dilantik salah seorang Timbalan Perdana Menteri.

Selepas empat tahun, tiada lagi pemimpin BN yang keluar, melainkan para wakil rakyat PR dan mengistiharkan diri mereka sebagai wakil bebas mesra BN. Tindakan para wakil rakyat PR keluar daripada parti-parti mereka, juga telah mengakibatkan Kerajaan PR di Perak jatuh pada Februari 2009.

Sebenarnya keadaan politik tanah air dianggap tenang, walaupun berbagai isu politik dimainkan termasuk kes sodomi II Anwar. 

Sementara negara menanti untuk menghadapi PRU-13, kekecohan politik berlaku di Sabah pada 29 Julai lalu, apabila dua MP BN daripada Sabah keluar dan menubuhkan NGO mesra Pakatan Rakyat.

Kalau ditilik-tilik sebenarnya tiada asas kukuh dua MP BN itu keluar. Misi mereka sebenarnya adalah misi BN secara keseluruhan. Isu pendatang yang mendapat kewarnegaraan seperti mana didakwa sudahpun ditangani melalui penubuhan RCI spertimana yang diminta. Isu tanah tanah adat diselesaikan secara berperingkat-peringkat melalui pemberian geran secara komunal. Pendekatan pemberian geran secara berkelompok untuk mengelak tanah dijual oleh pemilik geran individu.

Isu pembangunan, pembelaan terhadap rakyat akibat kenaikan harga barang ditangani oleh kerajaan melalui berbagai bantuan termasuk BR1M dan tahun depan BR1M2.0 turut diberikan. Semua pelajar daripada tahun satu hingga tingkatan enam mendapat bantuan RM100 setiap seorang, tidak keinggalan pelajar universiti juga mendapat baucer buku bernilai RM200 setiap pelajar.

Bagi generasi muda pula yang membeli handpone berinternet mendapat rebet RM250 setiap seorang. Selain itu, penyeragaman harga barang keperluan rakyat antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung ditangani melalui bajet 2013 nasional.

Di peringkat negeri, bajet Sabah saban tahun mencipta rekod. Tujuan bajet besar bagi negeri adalah untuk mmpercepat pembangunan negeri di bawah bayu ini.

Berasaskan pengamatan Suara Rakyat, sebenarnya tiada isu yang diuar-uarkan oleh pembangkang termasuk para pemimpin BN yang berpaling tadah yang tidak diseselasikan oleh BN. Menurut pandangan Suara Rakyat, perjuangan para pemimpin pembangkang termasuk para pemimpin BN yang berpaling tadah hanya untuk mendapat kuasa, bukannya untuk kepentingan rakyat.


Pendek kata, dakwaan pembangkang, kononnya suasana politik Sabah sama dengan suasana tahun 1985, hanya persepsi mereka sendiri, bukan perasaan rakyat yang majoriti. Fikir-fikirkanlah.

30 October 2012

Tanah Sorob bakal dimilik rakyat semula

DARD 4 dari kanan, Musbah 3 dari kanan, Timbon 2 kanan.
Inisiatif Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Datuk Dahalan bertemu Panglima Angkatan Tentera Malaysia di MINDEF dua hari lalu membuka laluan penyerahan semula 1020 ekar tanah Sorob kepada penduduk Tempasuk/Kedamaian.

Semasa pertemuan itu, Rahman disertai dua ADUN- ADUN Tempasuk Datuk Haji Musbah Jamli dan ADUN Kedamaian Datuk Herbert Timbon Lagadan.

Pertemuan antara wakil rakyat yang mewakili penduduk Tempasuk dan Kedamaian itu adalah julung-julung kalinya dibuat antara Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Tanah Sorob pada tahun 70-an menjadi suatu isu setempat yang luarbiasa, kerana berlakunya penentangan penduduk terhadap pemilikan tanah itu oleh tentara. Malah dalam penentangan itu berlaku kematian rakyat tempatan yang bernama Nasip, kerana mendiang tidak berganjak dan tidak mahu berpindah daripada kawasan yang ditakriifkan sebagai wilayah tentera.

Sorob adalah sebuah perkampungan di kawasan Tempasuk dan didiami oleh kaum-kaum yang ada di Kota Belud dan di kampung ini lah terletak Kem Sorob atau kemudian dikenali sebagai Kem Paradise.

Selepas pertemuan itu- Datuk Rahman menulis di Facebook beliau "Syukur. Perjumpaan saya, Datuk Musbah dan Datuk Herbert bersama Panglima Angkatan Tentera mengenai permohonan tanah tentera di kota belud berjalan dengan baik pagi ini. Pihak tentera bersetuju secara dasarnya untuk keluarkan 1020 ekar daripada gazet tanah tentera. Kg Bangkahak dan kg Rosok akan mendapat sebahagian dari kawasan itu. Ada beberapa kg lagi sekitar Tambulion yang perlu disiasat dan dilapor semula. Apa pun saya berterima kasih kepada tentera kerana memahami kehendak rakyat. Satu jawatankuasa khas mengenai isu ini peringkat daerah kota belud juga akan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Wakil-wakil rakyat akan turut serta. Wakil tentera juga akan hadir. Saya lihat ada jalan penyelesaian dalam isu-isu kampung yang melibatkan tanah tentera ini. Bukan semua permohonan dapat dipertimbangkan tetapi sebahagian besar akan dapat diseleaikan. Saya akan maklumkan butiran terperinci dalam masa yang terdekat ini. Insyaallah.

29 October 2012

PRU-13: Apa kah Sabah dan Sarawak masih Simpanan Tetap BN?

ATAS jolokkan Simpanan Tetap BN, maka Pembangkang menggila di Sabah dan Sarawak. Para pemimpin Pembangkang menaburkan berbagai janji semata-mata untuk mendapat sokongan daripada pengundi dua negeri itu.

Pembangkang mengangkat isu-isu yang dekat dengan hati rakyat antaranya isu tanah adat, isu royalti minyak, isu harga barang dan isu pengagihan jawatan persekutuan yang disandang rakyat dua negeri di Malaysia Timur itu.

Pada PRU-12, kalau bukan kerana kejayaan hampir mutlak BN di kedua negeri itu, kerajaan BN yang ada sekarang mungkin merupakan kerajaan yang lemah, kerana kekurangan jumlah kerusi di peringkat parlimen. 

Walaupun Sabah dan Sarawak memberikan kerusi Parlimen hampir mutlak, namun BN secara keseluruhan masih kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat. Keadaan ini disebabkan oleh pencapaian BN di Semenanjung hampir seimbang dengan jumlah kerusi Pembangkang. Daripada 166 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Semenanjung, BN hanya menang 85 berbanding Pembangkang 80, sementara satu kerusi dimenangi calon bebas yang menggunakan lambang Pas. Kalau dikira-kira betul-betul, keputusan PRU-12 itu, BN mendapat 85 kerusi dan Pembangkang 81.

Pada PRU-13 akan datang ada yang memperkirakan bahawa BN akan kehilangan 13 kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak, dan untuk itu BN Semenanjung perlu menang di 13 kawasan Pembangkang bagi menutup kekurangan itu. 

Mampukah BN menang 13 kerusi tambahan di Semenanjung? Jika mampu, maka sekurang-kurangnya keputusan PRU-12 akan berulang.

Akan tetapi berasaskan pengamatan Suara Rakyat untuk Sabah sahaja, keputusan PRU-13 akan sama dengan keputusan PRU 2004 dan 2008. Pembangkang hanya akan menang satu kerusi parlimen, yakni Parlimen Kota Kinabalu. Anggapan ini, berasaskan kepada sejarah pilihanraya di negeri di bawah bayu itu, di mana setakat ini, belum pernah parti pembangkang menang lebih daripada dua kerusi parlimen pada sebarang pilihanraya, kecuali pada tahun 1990, kerana suasana pada ketika itu sungguh berlainan, kerana berlakunya tikam belakang daripada parti komponen BN sendiri.

Pembangkang tidak akan mampu menambah kerusi parlimen di Sabah, walaupun berbagai senario politik berlaku di negeri itu sejak akhir-akhir ini.

Pembangkang memperkirakan mendapat sekurang-kurangnya enam kerusi parlimen- kerusi parlimen yang mereka jangka akan mereka menangi adalah Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Beaufort, Sepanggar dan Moyog. Pada PRU-12, Kota Kinabalu ditandingi PBS, Sandakan-LDP, Tawau-SAPP, Sepanggar-SAPP dan Moyog-UPKO. Pada PRU-13, dijangkakan tidak akan ada perubahan parti mana yang akan bertanding di Kota Kinabalu, Sandakan dan Moyog; akan tetapi bagi Tawau dan Sepanggar belum diketahui parti komponen BN yang mana diberi kepercayaan untuk bertanding di kerusi-kerusi yang dikuasai SAPP itu. 

Jika BN Sabah mampu mengetengahkan calon-calon yang berwibawa harapan sangat cerah bagi BN menang di Tawau dan Sepanggar. 

Melihat senario semasa di negeri bawah bayu itu, tiada riak-riak yang boleh menghalang calon-calon untuk menang 24 kerusi parlimen di tanah besar Sabah dan satu kerusi bagi WP Labuan.

Anggapan pembangkang untuk mendapat enam kerusi parlimen di Sabah, hanya tinggal anggapan, jauh sekali anggapan Lajim Ukin, kononnya barisan Pembangkang akan mendapat 15.

28 October 2012

Ganguan Litrik KKIA: Kabinet Sabah menunggu laporan MAB

Kabinet Sabah sedang menunggu laporan penuh daripada Malaysia Airports Berhad (MAB) mengenai gangguan bekalan elektrik di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Khamis yang menyebabkan pembatalan penerbangan dan ribuan penumpang terkandas.

Semasa menggesa bagi laporan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata MAB juga perlu menggariskan langkah yang perlu diambil untuk memastikan gangguan bekalan elektrik tidak berulang.

"Insiden ini tidak sepatutnya berlaku dan masalah itu tidak sepatutnya mengambil masa yang lama untuk diatasi. Ini telah menjejaskan ribuan penumpang dan mungkin mencemarkan imej Sabah sebagai destinasi pelancongan," kata Musa yang juga pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, dalam kenyataan.

MAB, semalam dipetik sebagai berkata masalah lampu tidak berfungsi di landasan KKIA telah mengakibatkan 51 penerbangan, sama ada terpaksa dilencongkan, ditunda dan dibatalkan selama dua malam, menjejaskan sejumlah 6,000 penumpang.

Bagaimanapun, ia disahkan selamat untuk operasi penerbangan komersil pada sebelah malam pada 9.30 malam pada Jumaat, berikutan pemasangan kabel baharu dan pencahayaan serta sistem sokongan bekalan elektrik mudah alih.

Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menggesa siasatan dijalankan berhubung kejadian gangguan bekalan elektrik di landasan itu.

Beliau dipetik sebagai berkata tiada pihak patut dikecualikan daripada siasatan itu dan memberikan amaran tindakan tegas akan diambil terhadap "pihak yang cuai" sama ada individu, pihak berkuasa tempatan atau pengendali lapangan terbang.

Kong berkata beliau amat kecewa dengan kejadian itu yang telah menimbulkan ketidakselesaan dan kemarahan di kalangan penumpang yang telah merancang perjalanan untuk menyambut Aidiladha bersama-sama anggota keluarga dan orang tersayang.

PRU-13:Sumbangan kerusi Parlimen BN Sabah

SENARIO politik tanah air yang tidak menentu, akibat tsunami politik tahun 2008, sedikit sebanyak menyumbang kepada keupayaan BN Sabah pada PRU-13 yang akan datang.

PRU-13 akan dipanggil bila-bila masa daripada sekarang, walaupun besar kemungkinan pilihanraya yang disebut sebagai IBU kepada semua pilihanraya Negara itu akan berlangsung selepas 28 April, 2013.

Pada PRU 2008, untuk kedua kalinya BN kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat (Yang Pertama tahun 1969 semasa gabungan berbagai parti itu masih bernama Perikatan).

Keputusan PRU-2008, menyaksikan kekuatan BN di Semenanjung hampir berimbang dengan kekuatan PR, di mana BN hanya mampu mendapat 85+1 kerusi parlimen berbanding PR 80 daripada 166 kerusi yang dipertandingkan. Walaupun kerusi BN lebih banyak, namun jika dilihat daripada undi popular, PR mengatasi BN dengan rasio 52:46.

Pada PRU-13, jumlah keseluruhan kerusi yang dipertandingkan tidak berubah. Di Semenanjung 166 termasuk wilayah Persekutuan, manakala Sarawak 31 dan Sabah 26 termasuk satu kerusi bagi WP Labuan.

Pada PRU kali ini, berbagai spekulasi timbul, terutama di Sarawak dan Sabah yang dianggap sebagai simpanan tetap BN.

Di Sarawak, ekoran keputusan PRN pada April 2011, nampaknya parti pembangkang terutama DAP dan PKR sudah berjaya bertapak di bumi kenyalang, apabila melihat jumlah kerusi yang diperolehi parti-parti itu. 

Ada yang mengatakan bahawa keputusan PRN adalah tidak sama dengan keputusan peringkat parlimen, kerana pada PRN Sarawak, parti-parti pembangkang membawa misi mahu memerintah negeri. Akibat kegagalan parti-parti pembangkang menumbangkan BN Sarawak, maka persepsi rakyat kini telah kembali kepada biasa, di mana sokongan rakyat kepada BN bertaut semula. Sejauh mana persepsi ini, agak sukar difaktakan, kerana parti-parti pembangkang sudah mengila menabur berbagai janji retorik bagi mendapat sokongan rakyat.

Sementara di Sabah pula, kalaulah parti-parti pembangkang sukar mendapat kata sepakat berhadapan satu lawan satu dengan calon-calon BN, maka sukar bagi parti pembangkang bertapak di Bumi Di Bawah Bayu itu.

Kekuatan BN Sabah terutama di kawasan bumiputera islam sukar diganggu gugat; walaupun pada kali ini akan berlaku persaingan sengit di DUN Klias dan Parlimen Beaufort.

Sementara kawasan KDM, jika berlaku satu lawan satu, kawasan-kawasan yang kelabu bagi BN termasuk Parlimen Pensiangan, Parlimen Penampang dan Parlimen Putatan. Bagi kawasan cina pula, Parlmen Kota Kinabalu agak sukar dirampas daripada DAP, manakala Parlimen Sandakan dan Tawau, masih dalam kedudukan 50-50.

Namun apabila berlaku pertembungan berbagai penjuru, BN akan menang di semua kawasan, kecuali Parlimen Kota Kinabalu.

Bagi kerusi-kerusi DUN pula, nampaknya BN Sabah tidak mempunyai laluan sukar mempertahankan sebahagian besar kerusi. Malah, DUN Sri Tanjung pada kali ini akan dimenangi BN. Walaupun demikian, besar kemungkinan juga BN Sabah akan kehilangan dua kerusi DUN, yakni DUN Kuala Penyu dan Klias. 

Bergantung pada senario selepas penamaan calon, apabila berlaku pertembungan satu lawan satu untuk semua kerusi di Sabah bagi kawasan parlimen, BN Sabah berhadapan dengan saingan saingan sengit di berapa kawasan parlimen, demikian juga kawasan DUN.

Walaupun keupayaan BN Sabah tidak sama dengan keupayaan pada tahun 2008, kali ini disebabkan berbagai senario politik yang berlaku di Sabah, nampaknya kekuatan BN Sabah menghadapi PRU-13 jauh lebih kukuh berbanding PRU-PRU lalu. Anda boleh bersetuju untuk tidak bersetuju, namun berasaskan pengamatan Suara Rakyat; pada PRU kali ini, kejayaan BN Sabah adalah hampir sama dengan kejayaan pada PRU 2004 dan 2008.

27 October 2012

PRU-13: Kali ini Janji Apa pula Yang Didendangkan

DALAM pilihanraya, Parti-parti yang bertanding akan mendendangkan janji-janji yang bakal dilaksanakan, kepada rakyat. Janji-janji itu dirangkum dalam satu istilah MANIFESTO.

Apakah itu manifesto? Menurut kamus, manifesto adalah satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang digunakan seseorang atau sebuah parti politik semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi.

Sesuatu manifesto mesti mampu membangkitkan keghairaan pengundi untuk memilih sesebuah parti itu. Manifesto perlu menarik, singkat namun mudah diterima, selain lojik juga dekat dengan isu-isu semasa yang dihadapi rakyat.

Nampaknya parti-parti yang mampu mendepankan masalah-masalah rakyat dan dituangkan nmelalui manifesto akan menjadi pilihan rakyat pada PRU-13 akan datang.

Apa masalah utama yang dihadapi rakyat? Harga barang yang meningkat, kesesakan jalan raya, kes jenayah, pengangguran bagi lulusan universiti selain lulusan sekolah-sekolah vokasinal, pelajar lepasan menangah, kekurangan infrastruktur di luar bandar, masalah keperluan asas seperti air bersih serta api litrik.

Selain itu, parti-parti yang bertanding juga perlu memberitahu rakyat melalui manifesto itu, tentang kejayaan parti-parti itu dan seterusnya parancangan seterusnya, jika parti yang telah dipilih itu dipilih semula.

Bagi parti-parti BN, mudah untuk memberi tahu rakyat, kejayaan yang telah dicapai, namun bagi parti-parti pembangkang, janji-janji dalam manifesto mereka, janji tetap janji.

Adalah ditakdirkan juga apabila pembangkang memerintah di beberapa buah negeri. Parti-parti itu tidak boleh lagi berselindung disebalik kata-kata, bahawa parti mereka tidak mampu melaksanakan janji-janji kerana belum menjadi kerajaan.

Rakyat kini boleh menilai, antara janji-janji BN dan PR. BN menunaikan janji-janji sepertimana yang ditulis melalui manifesto melalui Janji Ditepati, manakala PR begitu benci dengan perkataan JANJI DITEPATI kerana menurut mereka, janji manifesto piliharaya tidak sepatutnya ditetapi.

PRU-13 diambang pintu. Sekali lagi MANIFESTO pilihanraya dihidangkan kepada rakyat. BN akan menyediakan manifesto yang boleh dilaksanakan, manakala PR akan menyediakan manifesto yang BOLEH MENARIK pengundi menyokong mereka.

Jika RAKYAT tidak berfikir panjang berhubung DUA manifesto yang dihidangkan kepada mereka, takut-takut nanti, mereka terperangkap dengan JANJI KOSONG DAN RETORIK. Jika ini yang berlaku, maka penyesalan TIDAK BERGUNA LAGI, kerana nasi sudah menjadi bubur. Ada yang kata, tak apa.. dalam lima tahun, TUKAR LAGI, masa lima tahun terlalu lama.

Bagi pengundi Sabah, para pengundi negeri ini sudah terlalu masak dengan pertukaran kerajaan; atas sebab itu, sukar menukarkan kerajaan atau parti yang mampu membangun rakyat. Yang dikhuatirkan adalah pengundi Semenanjung, para pengundi Semenanjung belum merasakan bagai mana pahitnya jika berlaku pertukaran kerajaan.

Di Selangor, di Pulau Pinang, di Perak (hampir setahun), di Kedah, rakyat merasakannya. Kehidupan di negeri-negeri itu tidak semudah yang disangka. Para pemimpin pembangkang yang kelaparan berdekad lamanya mengisi tembelok mereka terlebih dahulu termasuk para penyokongnya sebelum memikirkan masalah rakyat. Berbanding dengan BN, yang sudah kenyang sejak berdekad lalu, sehingga tidak mahu lagi berfikir tentang tembelok, akan tetapi memikirkan soal rakyat, atas sebab itulah pendekatan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN digunakan oleh kerajaan dalam mengurus khazanah negara.

Kerajaan BN telah mengariskan TOLOK UKUR bagaimana rakyat menilainya melalui pendekatan yang dilakukan. JANJI DITEPATI. RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Sebarang penyimpangan daripada pendekatan ini, maka rakyat bebas bersuara, rakyat bebas memprotes, rakyat bebas bertanya.

Sepatutnya rakyat negara ini mengambil peluang semua ini dan menyokong kerajaan yang memberi peluang kepada rakyat seluas-luasnya menegur kerajaan atau pemimpin.  Peluang ini adalah peluang menang-menang, demi kesejahteraan negara. Fikir-fikirkan lah. 

25 October 2012

Sifat Bodoh-Bodoh ADUN DAP Sri Tanjung membawa Padah

SETIAP persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, kehadiran ADUN Sri Tanjung Jimmy Wong daripada DAP menjadi hiburan kepada dewan, kerana tindakan bodoh-bodohnya.

Jimmy dalam mengambil peluang membahas apa sahaja isu-isu yang dibangkitkan dalam dewan, senantiasa berbahas diluar tajuk, dan mengambil pendekatan seperti berkempen di depan orang ramai, dengan membangkitkan berbagai isu, terutama isu rasuah.

ADUN Sri Tanjung itu, akan senantiasa membuat tuduhan terhadap kerajaan, termasuk semua wakil rakyat dan penjawat awam, adalah rasuah,  tanpa  boleh menunjukkan sebarang fakta atau bukti.

Contoh hujahan bodoh ADUN DAP itu, adalah kejadian tiang lampu yang rosak akibat kemalangan, kononnya kerana rasuah, maka tiang lampu jalan itu jadi condong.

Pada persidangan DUN Sabah yang bermula 19 oktober lalu, ADUN DAP itu membuat hujahan bodoh lagi pada selesa, dengan tidak membahas berkaitan dengan Bajet 2013, sedangkan persidangan kali ini adalah persidangan Bajet 2013 Sabah.

Jimmy semasa diberi peluang ikut serta dalam perbahasan itu, membuka peluang yang diberikan dengan menyerang para wakil rakyat BN dan penjawat awam sebagai pegamal rasuah.

Speaker DUN Sabah, Datuk Salleh Tun Said berulang kali menegur ADUN DAP itu agar memberi tumpuhan kepada perbahasan bajet, namun wakil rakyat itu enggan mematuhi arahan speaker, sebaliknya meneruskan ucapannya dengan tuduhan-tuduhan liar dan menghina ADUN-ADUN lain.

Tindakan bodoh-bodoh Jimmy Wong itu membawa padah apabila TKM Sabah-Datuk Yahya Hussien mengusulkan agar ADUN DAP itu digantung daripada menghadiri sidang DUN sehingga persidangan DUN tamat.

Berasaskan usulan daripada Adun Petagas itu, Speaker menggunakan Perkara 52 Peraturan Tetap sidang DUN bagi menyingkirkan mana-mana ADUN yang melanggar Perkara 51 peraturan itu daripada menghadiri persidangan dewan.

Sidang DUN Sabah pada kali ini, kemungkinan besar sebagai sidang terakhir sebelum DUN itu dibubarkan untuk membolehkan PRU-13 dijalankan.

Anggota DUN Sabah terdiri daripada 60 ADUN dan majoritinya dikuasai oleh ADUN daripada BN terutama parti Umno dan PBS.

24 October 2012

Kepimpinan dinamik Musa rahsia kejayaan Sabah: Tawfik

Kepimpinan di bawah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang dinamik merupakan antara rahsia kejayaan Sabah mendapat pengiktirafan cemerlang iaitu Sijil Tanpa Teguran selama 12 tahun berturut-turut sejak tahun 2000 menerusi Laporan Audit Negara.

Menurut Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Tintingan, kejayaan tersebut juga tidak akan tercapai tanpa adanya visi dan keupayaan dari segi pemikiran yang bernas dan tindakan susulan untuk mencapai sebuah negeri yang maju jaya, aman makmur dan sejahtera.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Musa Aman yang juga selaku Menteri Kewangan yang buat sekian kalinya telah berjaya membimbing dan mengemudi negeri ini kearah kejayaan dan kecemerlangan,” katanya pada Persedangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, kelmarin.

Tawfiq berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulabayan, yang bertanya- kan rahsia dan pendekatan yang diambil bagi memperkasa tadbir urus kewangan negeri sehingga Sabah berjaya mendapat pengiktirafan sedemikian.

Di samping itu Tawfiq berkata, penyediaan penyata kewangan Kerajaan Negeri yang berpandukan Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) sentiasa diselenggara dengan teratur dan sempurna untuk memberi gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

“Selain itu, usaha-usaha juga giat dijalankan untuk mempertingkatkan Sistem Perakaunan supaya ianya ‘compatible’ (bersesuaian) dengan perkembangan teknologi IT semasa dan Piawaian Perakaunan Kerajaan (Public Sector Accounting Standard),” katanya.

Sementara itu, Tawfiq turut men- yangkal segala dakwaan dari pihak pembangkang yang mendakwa tanpa merujuk fakta bahawa kononnya pengurusan kewangan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional tidak teratur dan sebagainya.

Namun katanya, melalui perakuan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sendiri, bukan sahaja Kerajaan Negeri telah berjaya mengekalkan Sijil Tanpa Teguran selama 12 tahun berturut-turut, malah beliau juga memperakukan bahawa pengurusan kewangan Negeri Sabah sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah antara yang terbaik di seluruh Malaysia.

23 October 2012

PRU-13: Lajim mengigau

MP Beaufort Datuk Lajim Haji Ukin mengigau, apabila memberitahu penduduk Setapak, Kuala Lumpur, kononnya barisan Pembangkang akan menang 15 kerusi Parlimen di Sabah pada PRU-13 akan datang.

Walau bagaimanapun, Lajim tidak menyebut kawasan-kawasan itu ketika berucap didepan penyokong Pakatan Rakyat semalam.

Umum mengetahui, bahawa pembangkang tiada sejarah menang lebih 2 kerusi Parlimen di Sabah, sejak sistem pilihanraya diadakan di Sabah bermula tahun 1967.

Sepanjang sejarah pilihanraya Sabah, hanya parti DAP yang pernah menang, itupun untuk kerusi Parlimen Sandakan atau Kota Kinabalu. Kemenangan DAP jarang serentak, kalau menang di Sandakan, maka kalah di Parlimen Kota Kinabalu, dan apabila menang di Kota Kinabalu, maka kalah di Sandakan.

Pada PRU-2004, DAP kosong kerusi di Sabah, manakala PRU-2008, DAP menang Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjung (Tawau).

Pada PRU-13 akan datang, ada kemungkinan, DAP mengekalkan Parlimen Kota Kinabalu, akan tetapi pada kali ini akan kosong DUN. Sementara parti-parti lain termasuk parti Tempatan SAPP dan STAR, akan kosong kerusi Parlimen, akan tetapi mungkin menang satu-dua kerusi DUN. Manakala PKR kemungkinan akan mendapat kerusi DUN Kuala Penyu, jika John OT Ghani bertanding. Sementara PAS, akan meneruskan kegagalannya sepertimana pada PRU-PRU lalu.

Sementara itu Lajim mungkin akan menang di DUN Klias atas faktor sokongan kaumnya, sementara Parlimen Beaufort yang dimenanginya melalui tikit BN pada PRU-12 lalu, dalam keadaan 50-50. Jika BN mampu mencalonkan calon yang berwibawa, Parlimen Beaufort, masih dalam penguasaan BN.

22 October 2012

Isu RM 40 juta- Pembangkang banyak mengkhayal- Rahman

Umno Sabah menafikan dakwaan bahawa parti itu mencampuri siasatan kes rasuah kontroversi membabitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan ahli perniagaan balak, Michael Chia melibatkan dana politik berjumlah RM40 juta.

Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, parti itu memberikan kerjasama penuh apabila Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) menjalankan siasatan mereka selama dua bulan di Sabah.

"Tidak ada mana-mana pegawai kami yang menghalang pihak berkuasa melakukan siasatan mereka," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Selain itu Abdul Rahman juga menolak dakwaan bahawa Michael ditahan di lapangan terbang Hong Kong kerana menyeludup 'secara fizikal' wang tunai berjumlah RM40 juta oleh pihak berkuasa Hong Kong.

"Siasatan itu bermula apabila ketua pemuda PKR (Parti Keadilan Rakyat) Shamsul Iskandar Mohd Akin pergi ke Hong Kong dan membuat aduan mengenai dakwaan ini.

"Jadi ICAC seperti semua badan-badan bebas, mereka akan menjalankan siasatan selepas menerima aduan. Tetapi dalam imaginasi mereka (pembangkang) bahawa wang berkenaan diseludup daripada Hong Kong," katanya.

Sebelum ini Jabatan Peguam Negara (JPN) memutuskan tiada elemen perbuatan rasuah dibuktikan terhadap Musa berkenaan dana berjumlah RM40 juta selepas meneliti keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

JPN mendapati dana tersebut adalah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri.

Kes yang sama turut disiasat ICAC.

Selain itu Abdul Rahman turut mempersoalkan tindakan pemimpin pembangkang yang enggan menerima penemuan ICAC yang diktiraf di peringkat antarabangsa.

"Sebelum ini pembangkang banyak menyebelahi ICAC malah menggesa SPRM mencontohi tugas mereka dalam membanteras rasuah.

"Tetapi kini apabila ICAC bersihkan Ketua Menteri Sabah, mengapa mereka tidak boleh terima?" katanya.

PRU-13 Sabah: Pemimpin Muda perlu dipertimbangkan

Datuk Musbah
KITA menyaksikan bagaimana  hebatnya para pemimpin muda dalam BN yang diberi peluang bertanding pada PRU-12 lalu, seperti Datuk Rahman Dahalan, Datuk Rosnah Rashid Sherlin dan Masung Bana.Kehadiran mereka di dewan rakyat atau dewan undangan menarik perhatian, bukan sahaja disegani para pembangkang, tetapi hujaan mereka penuh dengan fakta benar.
Datuk Rahman
Rahman Dahalan sendiri selalu berdepan dengan pihak pembangkang berdebat baik dalam dewan rakyat, juga di pentas-pentas umum atau melalui kaca TV.

Pada PRU-13, para pemimpin muda BN Sabah yang perlu dipertimbangkan bertanding antaranya Tuan Haji Nizam Abu Bakar Titingan daripada Tawau serta Jamawi Jaafar daripada Pendalaman, selain Awang Kadin Tang- Ketua Pemuda Umno Sabah.

Di bahagian putri pula, Musliati Muslimin perlu diketengahkan.
Nizam-Baju Putih

Hujaan mengapa pemuda perlu diberi peluang bertanding adalah faktor peratusan golongan muda yang terdapat dalam daftar pengundi; malah pada PRU-13 akan datang, ramai golongan ini untuk pertama kali mengundi.

Nama-nama golongan muda yang disebutkan di atas perlu dipertimbangkan pada PRU-13 akan datang, selain menggamit pengundi muda juga sebagai peremejaan kepimpinan.

Wakil rakyat BN daripada Tawau, misalnya hanya Datuk Tawfik AB Titingan dan ADUN Merotai boleh dikategorikan sebagai muda, manakala yang lain adalah pemimpin yang sudah lama bertapak dalam persada politik negeri ini.

Pada kali ini, wajar BN Sabah mempertimbangkan pemimpin muda bertanding dalam pilihanraya, terutama di kawasan-kawasan yang senantiasa didominasi oleh pemimpin lama.

Kawasan-kawasan yang senantiasa didominasi oleh pemimpin lama adalah DUN Sulaman, dimana penyandangnya sudah lima penggal, Dun Tambunan, dan  Dun yang diberikan kepada PBS, terkecuali Kuamat.

DUN Balung di Tawau, perlu diwakili pemimpin muda, demikian juga parlimen Kalabakan, DUN Senallang, serta DUN Bongawan.

Di pihak BN, hanya Umno dan LDP yang mempunyai kecenderungan menampilkan pemimpin muda, manakala PBS, senantiasa mengekalkan pemimpin lama. Jika PBS tidak melalukan peremajaan pemimpin, dikhuatirkan keupayaan BN Sabah akan terjejas, kerana perasaan jelak akan menghantui fikiran para pengundi terutama pengundi muda.

Suara Rakyat, sungguh yakin Datuk Musa Aman sebagai pengerusi BN negeri, akan mencadangkan kepada para pemimpin komponen BN Sabah agar mengetengahkan para pemimpin pelapis, dan tidak ketinggalan Umno juga akan turut sama.

Para pemimpin muda BN seperti Datuk Musbah Jamli, Datuk Rahman Dahalan, Datuk Bolkiah Ismail, Tuan Haji Nizam AB Titingan, Rosnah Rashid Sherlin Jamawi Jaafar, Awang Kadin Tang, Musliati Muslimin perlu bertanding atau dikekalkan pada PRU-13 akan datang.

20 October 2012

Air Kota Belud -Apa Kesudahannya?

 AIR merupakan keperluan asas bagi setiap mahkluk, tidak terkecuali manusia. Atas sebab itu, setiap penempatan manusia kini disebut penduduk perlu berhampiran dengan sumber air. Sumber air boleh berpunca daripada sungai, mata air, air tanah ataupun hujan.

Akibat kemajuan indusitri, dengan terciptanya batang-batang paip dulu daripada plumbum, kini PVC, penempatan manusia tidak perlu lagi berdekatan dengan sumber air, atas sebab air boleh disalurkan berkilometer daripada sumber air ke rumah-rumah penduduk. Sementara itu, sumber air daripada tanah dimana boleh dimanafaatkan melalui perigi, kini digantikan dengan “tubewell”.

Walaupun berbagai teknologi ditemukan untuk digunakan mendapatkan air untuk keperluan manusia, namun perkembangan pertanian yang terpengaruh menggunakan baja-baja kimia, menyebabkan sumber air tercemar.Selain itu akibat perbuatan manusia sendiri, sumber-sumber air seperti sungai tercemar. Hujan pula tercemar kerana perlepasan asap monokside ke udara, sehinggakan air daripada hujan bertukar kepada air asid.

Dikeranakan pencemaran sumber air, maka terciptalah kaedah perawatan air, demi kegunaan manusia/penduduk.

Loji-loji besar perawatan air di bangun, terutama di Bandar-bandar dan pekan-pekan termasuk daerah Kota Belud.

Masalah air terawat bagi daerah Kota Belud bermula sejak awal kemerdekaan lagi. Atas sebab itu, pada tahun 1978, kerajaan Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri) mengarahkan pemasangan paip-paip ke kampung-kampung berdekatan pekan Kota Belud; namun kerana sumber air terawat terhad, maka akhirnya paip-paip itu hanya berjaya dipasang, namun tidak berair.

Keperluan air bagi Kota Belud, merupakan isu politik utama bagi daerah ini, atas sebab itu semasa kempen pilihanraya tahun 2008, calon BN bagi kawasan Parlimen Kota Belud, Rahman Dahalan (kini Datuk) berjanji akan memperjuangkan penyediaan air terawat kepada sebahagian besar penduduk.

Al-hasil perjuangan MP Kota Belud itu, pada tahun 2010, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan memperuntukan RM98 juta untuk maksud penyediaan air terawat bagai daerah Kota Belud dan jika siap kelak, akan meliputi 90 peratus penduduk daerah itu.

Walaupun program penyediaan air terawat bagi dearah Kota Belud sedang rancak berjalan, namun permintaan keperluan terhadap air terawat begitu sinonim dengan kehidupan; sehinggakan kekuarangan air terawat, kelihatan sungguh krtikal.

Bagi peminat FB, saban hari kita akan terbaca komen-komen melalui FB persendirian penduduk Kota Belud, bahawa betapa krtikalnya bekalan air bagi daerah Kota Belud, terutama penduduk yang berhampiran pekan. Manakala penduduk yang terbiasa menggunakan “tubewell” desakan keperluan air untuk kegunaan harian, belum terasa krtikalnya, kerana sumber air alternatif itu telah menjadi kebiasaan berdekad lamanya.

Penyediaan air terawat bagai daerah Kota Belud adalah perjuangan utama MP Kota Belud, atas sebab itu peruntukan besar diperolehi, namun penyiapan terhadap program itu, sangat tergantung kepada pihak pelaksana, yakni Jabatan Air dan kontraktor yang telah dilantik. Kalau dilihat sepintas lalu, perjuangan wakil rakyat adalah untuk mendapatkan dana; walaupun dana telah tersedia, namun perlaksanaan lapangannya tidak mudah, kerana memerlukan masa.

Artikel akan datang, Suara Rakyat akan menulis secara komprehensif dan detail mengenai perancangan penyediaan bekalan air terawat daerah Kota Belud, sebaik mendapat maklumat terkini daripada Jurutera Jabatan Air.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels