25 August 2009

Tiger Woods Menang Skins Game

Setelah kecewa melalui PGA mimggu lepas, Tiger Wood melepaskan geram dalam permainan skins. Tiger mengalahkan juara bertahan Carmilo Villegas. Melalui permainan tersebut, Tiger mendapat 23o ribu usd, manakala Villegas hanya 200 ribu usd.

24 August 2009

Teringkat istilah plastik: islam plastik: Kata Husam

Tahun 1989 semasa kempen di Pilihanraya kecil Ranau, pertandingan antara mendiang Datuk Mark Koding mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah, lawan Siringan Gubat, teringkat masa itu, istilah plastik. Pandikar Amin Mulia (kini Tan sri) menuduh YB Bagai Basirun Adun Kedamain masa itu, sebagai dusun plastik, kerana walaupun YB Bagai dilahirkan sebagai Dusun dan ahli USDA, tetapi tidak menyokong presiden Usda masa itu (Datuk Mark koding), akan tetapi lebih condong kepada KCA (Kadazan).
.
Istilah plastik kali ini muncul semula, apabila Husam Musa, menafikan bahawa Nik Aziz ada kata, bahawa islam penyokong Umno itu sama dengan islam palestin, kerana itu tidak akan masuk syurga. Sebaliknya menurut Husam, bukan islam palestin yang Nik Aziz maksudkan, akan tetapi islam plastik.

Nik Aziz mengatakan bahawa ucapan beliau diputar belitkan, beliau akan menyaman surat khabar yang memutar belitkan ucapannya tersebut.

Sama-sama kita tunggu kesudahnya.

22 August 2009

A Samad Said telah hilang padanya apa itu kesabaran

Isu PPSMI. Kerana kerajaan terpaksa ikut perancangan untuk menghapuskan penggunaan bahasa inggeris bagi mata ajaran Sains dan matematik, sehingga tahun 2012, A Samad Said melenting dan mengatakan bahasa melayu terus dihina. A Samad, telah terlupakan apa itu proses pembelajaran? A Samad telah lupa kah masak nasi pun perlu masa.
.
Tantangan A Samad Said kepadal PPSMI bukan kerana isu PPMSI, tetapi demi politik. Sayang A Samad Said dah tua, jika tidak ada kemungkinan akan ikut DAP, PAS atau PKR dan mahu bertanding pula, nak jadi wakil rakyat.
.
Dah terlamat A Samad Said. Biarkan generasi pelapis meneruskan agenda demi negara ini, bukannya berpaksi kepada fikiran yang telah basi.

Khalid Ibrahim MB Selangor: Ambil mana duit nak bayar 66.7 juta ringgit

Tidak lama lagi MB Selangor hilang kelayakan jadi wakil rakyat, sebabnya kerana muflis. Nak bayar hampir 67 juta ringgit, nak skop kat mana? Kalau ambil persen daripada projek-projek, agak susah, SPRM dok intai. Macam mana Bank islam berikan kredit sebanyak tu kepada Khalid? Tan Sri ni guna ilmu apa, sampai bank islam pun, boleh terpukau.
.
Pelik juga bank islam ni, ramai lagi peniaga yang nak pinjam 50 ribupun susah sangat, tapi puluhan juta terlalu mudah.
.
Kembali kepada persoalan hutang jutaan ni, seharusnya Bank Islam tak patut lagi beri peluang, dah hampir 8 tahun, Khalid tak juga bayar-bayar, kenapa tak mufliskan? Kalau rakyat lain pinjam 20K pun dah dimufliskan. Rupanya bank pilih bulu,kalau hutang besar tak nak mufliskan, kalau hutang kecil, dengan senang dimufliskan.
.
Satu ingatan kepada para peminjam, pinjamlah sebanyak mungkin, kerana kalau jumlah pinjaman besar, bank tak mudah mufliskan. Contoh adalah MB Selangor ni.

Hafizah: Wanita menhantui Rohaizat Othman: Siapakah wanita itu?

Dakwaan ketua pemuda Pas, bahawa calon Umno Permatang Pasir ada isteri kedua, bernama Hafizah. Ketua Pemuda Pas itu berkata, bahawa wanita bernama Hafizah dikahwini oleh Rohaizat pada tahun 2005, dan kini wanita tersebut tinggal di Jengka Pahang.
.
Siapa kah Hafizah, jika wanita ini ada, muncul lah untuk merungkai tuduhan ini. Jika pun Rohaizat ada isteri ke-2, apa salahnya.
.
Kata Nik Aziz jangan serang pribadi, serang lah parti. Nampaknya ketua pemuda Pas ini, ingkar perintah Tok Gurunya, Ingkar bererti masuk neraka.

SUV SPRM dibom pasti kerja pro perasuah

Setelah SPRM melipat gandakan kerja-kerja penyiasatan mengenai salah guna kuasa dan penyelewengan, maka musuh mereka telah bertambah. Musuh bukan sahaja dari ahli-ahli politik juga menular kepada pro perasuah.

Melempar bom molotov kepada kenderaan mereka, adalah amaran kepada SPRM jangan meneruskan agenda membenteras kes-kes penyelewengan exco-exco kerajaan Pakatan Selangor, kerana jika diteruskan, maka buruk padanya.

Ancaman seumpama ini jangan mengakibatkan SPRM kecut, sebaliknya teruskan usaha, apa pun halangan yang melintang demi menyenyelamatkan wang rakyat.

Jangan biarkan ikan jerung terlepas, tetapi hanya mengaut ikan bilis.

21 August 2009

Alangkah eloknya jadi Nik Aziz

Nik Aziz mempunyai kelebihan di banding manusia biasa. Nik Aziz mampu melihat bahawa seseorang itu boleh masuk neraka atau syurga. Nik Aziz juga mempunyai kelebihan, kerana hanya beliau sahaja yang boleh mengatakan bahawa penyokong Umno atau ahli Umno itu tidak masuk syurga.

Semasa PRK Manek Urai, Nik Aziz kata, orang Umno tidak beriman, kerana mengatakan bahawa Umno itu menolak islam. Senjata ini yang diulang-ulang oleh Nik Aziz, walaupun belum ada bukti bahawa Umno itu menolak islam.

Jika Umno dikatakan menolak islam kerana berkerjasama dengan MCA, MIC dan parti-parti lain yang bukan islam, apa kah kedudukan Pas yang berkerja sama dengan DAP dan pada suatu ketika dahulu, Pas dengan syaitanpun boleh berkerjasama, jika syaitan itu mampu memenangkan Pas dalam pilihanraya.

Sampai bila kah kemampuan Nik Aziz ini boleh bertahan? Apa kah setelah Nik Aziz pergi untuk selama-lamanya, apa kah kunci menilai tersebut beliau akan tinggalkan. Jika ya, kepada siapa?

20 August 2009

Manek Urai terkenang di Permatang Pasir

Dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai di Kelantan Julai lalu, PAS berdepan kejutan apabila menang dengan hanya 65 undi mengatasi Umno, parti yang dikatakan semakin terjejas popularitinya ekoran keputusan PRU-12.

Majoriti tipis itu dilihat sebagai signifikan kepada parti Umno kerana memberi gambaran seolah-olah sokongan rakyat telah kembali kepada Umno kerana implikasi pergeseran dalaman PAS.
Kejutan itu menjadikan Umno bersemangat untuk meneruskan dan mendapatkan hasil daripada momentum Manek Urai itu, menggugat kawasan tunggal PAS di Pulau Pinang yang kini ditandingi Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man.

Tambahan pula, sentimen Melayu yang dimainkan dengan agresif melalui akhbar dikuasainya sejak sekurang-kurangnya kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dilihat mula menampakkan sedikit kesan.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menyatakan keyakinan untuk Umno menggugat kekuatan PAS di Permatang Pasir, sama seperti yang dilakukan di Manek Urai.

Dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak, undi Melayu untuk Umno meningkat walaupun jumlahnya tidak cukup untuk menambahkan dengan signifikan undi Umno disebabkan jumlah pengundi Cina yang besar dan memberi sokongan kepada PAS yang diwakili Mohammad Nizar Jamaluddin.

Terbaharu, pertikaian di Selangor menjadi tumpuan media pro-Umno. Pergeseran melibatkan PAS dan DAP diperlihatkan sebagai peminggiran kepentingan Melayu di negeri itu dan menjadi senjata penting Umno di negeri itu dalam usaha merampas kembali negeri pusat ekonomi negara itu.

Di Permatang Pasir, apa yang berlaku di Manek Urai itu masih diingati dan bakal mencorakkan kerja-kerja di kawasan pilihan raya ini.

Tawaran membina jambatan di Manek Urai dinilai sebagai satu isu yang memberi kelebihan kepada Umno. Umno dijangka membawa lagi isu pembangunan dan isu Melayu untuk menarik pengundi Melayu di Permatang Pasir.

Pada masa sama, Umno turut meningkatkan serangan kepada Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendakwa beliau membela DAP yang menghina Islam.

Pentadbiran Najib telah melaksanakan beberapa langkah yang dilihat bermatlamat memenangi hati pengundi bukan Melayu, seperti liberalisasi dalam sektor ekonomi dan pelancaran Amanah Saham Satu Malaysia.

Namun yang mencacatkan peluang Umno merampas Permatang Pasir daripada PAS adalah terletak pada calon yang dikemukakan. Rohaizat Othman dikatakan bermasalah pribdi, kerana pernah melakukan pecah amanah, sehingga mengakibatkan beliau dipecat daripada majlis peguam. Sementara itu, protes terhadap pemilihan Rohaizat semasa penamaan calon, sedikit sebanyak menggugat peluang Umno melalui PRK Permatang Pasir ini.

Umno melalui kempennya tidak boleh menghadalkan lagi kepada kelebihan calonnya, kerana pekung di dada telah terbongkar. Umno hanya dapat berkempen meneruskan trade marknya, yakni kerajaan pembangunan.

PAS umumnya kelihatan yakin dan kurang bimbang dengan kempen Umno menggunakan isu Melayu itu, disebabkan kedudukan kawasan ini sebagai kubu kuat PAS di Pulau Pinang, yang kawasan parlimennya dimenangi ketua pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman dan Anwar memenangi kawasan masing-masing di kubu Pakatan Rakyat itu dengan undi yang lebih besar, meningkat berbanding pilihan raya sebelumnya.

Permatang Pasir telah menjadi tumpuan PAS sejak lebih 10 tahun lalu, dengan jumlah pengundi yang besar dan wakil rakyat yang disenangi penduduk tempatan. Mohamad Sabu, Timbalan Pesuruhjaya 2 Pulau Pinang menunjukkan keyakinan PAS akan mengekalkan kerusi Permatang Pasir.

18 August 2009

Tiba masanya Calon Umno untuk majoriti melayu

Kerusi tradisi yang diamalkan oleh BN sekarang, perlu dikaji. Pada PRU-13, letak calon parti yang mempunyai majoriti kaum di situ. Tiada guna ikut kerusi tradisi, kalau kawasan tersebut kalah.
.
Kaedah ini selain menilai sokongan kaum tertentu kepada wakilnya dan memudahkan menjalankan postmortem keputusan pilihanraya.
.
Kaum melayu dan bumiputera perlu menilai semangat tolak ansur yang selama ini diberikan kepada kaum lain, kerana akhir-akhir ini, semangat tersebut menjadi batu loncatan mereka menginjak-injak melayu dan bumiputera.

17 August 2009

NIK AZIZ KATA AHLI UMNO TAK AKAN MASUK SYURGA

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.

Guru Emotional: Beban Tugas kah atau ada sebab lain

Rupanya perbuatan mencederakan orang pada masa ini, tidak lagi terhad kepada samseng atau perompak atau peragut atau penjenayah kelas berat, tetapi juga guru atau cikgu boleh berkelakuan kearah mencenderakan orang.

Guru juga manusia biasa, walaupun kerja guru merupakan kerja mulia, tetapi individunya bukan terlepas kerja-kerja samseng dan pembuli.

Kejadian baru-baru ini dimana seorang murid terpaksa dimasukan dalam ICU kerana pengsan dibelasah oleh seorang guru konsuler disalah sebuah sekolah di Kota Belud Sabah, merupakan contoh kejadian “tips of iceberg” terhadap kelakuan guru.

Rupanya mutakhir ini, kerjaya guru telah berubah. Jika dahulu kerjaya guru merupakan kerja santai dan nostalgik, telah berubah kepada kerjaya membebankan sehingga boleh mengusik jiwa penyandangnya.

Adanya kecenderungan perubahan prilaku guru apakah ada kaitan dengan beban tugas? ataukah ada kaitan dengan kemudahan-kemudahan atau bantuan-bantuan kerajaaan yang boleh menjadi wang dengan cepat seperti rancangan makanan tambahan (RMT) atau bekalan ke sekolah melalui korikulum sekolah (kokum) dimana ada guru-guru juga terlibat sebagai kontraktor?

Telah sering disaksikan, telah selalu diketahui, bahawa ada guru-guru yang tidak mengutamakan proses pembelajaraan murid-murid, guru ponteng kerana sibuk mengurus kerja-kerja kontraktor- mengatur bantuan-bantuan kerajaan kepada sekolah-sekolah seperti baju-baju sukan, baju-baju seragam, kerja pembersihan dan semacamnya.

Keinginan untuk mendapat wang lebih disamping gaji sebagai guru, tidak salah asalkan tidak mengorbankan kerjaya asal yakni seorang pendidik bangsa. Keinginan untuk mendapatkan harta yang menonjol walaupun sebagai guru biasa di sekolah rendah, tidak salah- asalkan asas mendapatkan gaji bulanan tidak terabai. Keinginan untuk mengurus RMT- syarikat atas nama isteri atau saudara terdekat- tidak salah, asalkan tidak mengorbankan emosi, jika kontrak atau tawaran ditamatkan kerana memberi peluang kepada orang lain.

Andaian-andaian ini hanya merupakan berpaksi kepada kejadian-kejadian kecil dan boleh dianggap terpencil,kerana adalah dipercayai- guru-guru secara keseluruhannya masih berhati mulia kerana atas asas kerjaya mereka.

15 August 2009

Kes-kes kenakalan pelajar

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, nakal bermaksud melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan.
.
Sejak kebelakangan ini kes-kes kenakalan pelajar semakin meningkat. Hal ini adalah ekoran daripada perubahan masa.Terdapat banyak cara untuk mengatasi kes kenakalan ini .Setiap pihak mempunyai cara yang tersendiri untuk menghalang atau mengurangkan kes kenakalan ini.
.
Misalnya, masyarakat perlu juga mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka boleh mengadakan kursus kesedaran di peringkat kawasan masing-masing. Mereka mesti berani menegur pelajar-pelajar yang nakal ini. Mungkin ,cara ini dapat mengurangkan masalah ini.
.
Ibu bapa adalah orang yang berperanan besar menangani masalah kes kenakalan .Mereka adalah orang yang bertanggungjawab mendidik anak-anak sejak kecil. Didikan agama yang secukupnya amat penting . Mereka hendaklah dihantar ke kelas agama fardu ain dan sebagainya untuk mendalami asas agama. Ibu bapa perlu menyemai kasih sayang dan bukannya perasaan benci. Anak-anak diajar supaya melakukan kebaikan dan kegiatan yang berfaedah. Ibu bapa juga perlu mengawal anak mereka daripada kebebasan yang keterlaluan.
.
Pihak sekolah juga berperanan menangani masalah di peringkat sekolah. Pihak sekolah boleh mengetatkan lagi undang-undang di sekolah supaya pelajar-pelajar tidak berani melakukan kesalahan disiplin. Tindakan yang tegas perlu diambil seperti menggantung persekolahan dan membuang pelajar yang melakukan kesalahan disiplin yang berat. Pihak sekolah dapat memupuk perasaan bertanggungjawab dengan cara mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh merapatkan silaturrahim antara pelajar-pelajar. Guru kaunseling juga dapat membantu mengurangkan kes-kes kenakalan dengan memberikan nasihat dan sebagainya. .Pihak sekolah dengan kerjasama pusat kaunseling perlu mengadakan ceramah, motivasi dan lain-lain yang berkaitan untuk membentuk pelajar menjadi insan yang baik.
.
Rakan sebaya juga memainkan peranan untuk membantu rakan-rakan mereka yang bermasalah. Merek juga boleh membantu dengan cara memberikan nasihat atau teguran dan mengajak rakan mereka melakukan perkara-perkara yang berfaedah.
.
Selain itu, pihak media juga mestilah bekerjasama dalam menangani masalah ini. Mereka mestilah menapis segala unsur negatif yang terdapat dalam filem-filem dan majalah-majalah. Penulis drama perlu membanyakkan cerita yang bernilai moral. Media massa juga boleh menyiarkan banyak iklan dan kempen tentang masyarakat penyayang, keluarga penyayang dan sekolah penyayang. Justeru itu,penglibatan semua pihak dalam menangani masalah kes kenakalan pelajar amat diperlukan. Tanpa kerjasama semua pihak masalah ini tidak akan dapat diselesaikan dengan mudah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels