6 November 2009

Nizar: Persatuan Peguam Syarie Minta Maaf Pada Dr Asri

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip telah mengemukakan permohonan maaf kepada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurut sumber terdekat, permohonan maaf tersebut dikemukakan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. Difahamkan pihak berkenaan telah menghubungi Mohd Asri sebentar tadi bagi memaklumkan mengenai perkembangan terkini itu.

"Draf permohonan maaf tersebut telah dilakukan di hadapan Datuk Jamil yang turut menurunkan tandatangannya sebagai saksi," jelas sumber itu.

PGSM bersetuju menarik balik segala tuduhan negatif terhadap Mohd Asri seperti yang terkandung di dalam memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong tempoh hari.

"Permohonan maaf itu akan disiarkan di dalam laman web PGSM dan akan dihantar kepada semua media tidak lama lagi," kata sumber itu lagi.

Ketika dihubungi, Mohd Asri yang sedang dalam perjalanan pulang ke Mengkuang, Bukit Mertajam berkata, beliau akan memberi komen berhubung perkara ini setelah melihat sendiri permohonan maaf itu secara rasmi.

"Saya hanya akan beri komen setelah melihat permohonan maaf itu secara hitam putih," katanya. Dalam pada itu, sebelum ini Mohd Asri mengesahkan telah mengadakan pertemuan dengan Mohamad Isa, Jamil Khir dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz di ibu negara hari ini.

Pertemuan itu dalam usaha untuk menyelesaikan apa jua salah faham di antara mereka dalam suasana harmoni dan baik. Dalam satu wawancara eksklusif dengan mStar Online di Menara Star hari ini, Mohd Asri berkata, pertemuan itu berlangsung dalam suasana yang harmoni dan saling hormat menghormati bak seperti kata pepatah Melayu; “Buang yang keruh, ambil yang jernih.”

Bagaimanapun Mohd Asri enggan mengulas lanjut mengenainya sebagai tanda penghormatan kepada mereka yang lain yang turut terlibat dalam pertemuan itu. Pendekatan ini katanya, bersesuaian dengan amalan dan ajaran Islam itu sendiri yang menganjurkan umatnya agar saling bermaaf-maafan dan menerima sesuatu perkara itu dalam keadaan berbaik sangka.

"Kami telah mengadakan pertemuan, saya harap sesuatu yang baik akan dapat dicapai daripada pertemuan ini... kita tunggu sahaja berita dari pihak sana," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai butiran pertemuan yang mengambil masa lebih satu jam itu.

Pertemuan ini dipercayai hasil daripada kenyataan Presiden PGSM, Mohamad Isa sebelum ini yang sedia bersemuka dengan Mohd Asri bagi menjelaskan memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membantah tawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kepada bekas mufti itu.

Manakala penglibatan Jakim dalam pertemuan tersebut dipercayai berkaitan dengan kenyataan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jakim, Zamihan Mat Zain Al-Ghari dilaporkan mendakwa Mohd Asri memalsukan kelayakan Syariah kerana Universiti Jordan tidak menawarkan dua pengkhususan dalam satu ijazah.

Zamihan dipetik berkata, pengkhususan sebenar Mohd Asri ialah Bahasa Arab dan Sastera, bukan Syariah. Mohd Asri, 38, yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) sebaliknya melabelkan kenyataan Zamihan sebagai satu fitnah ke atasnya.

Dalam pada itu, difahamkan juga penglibatan Jamil Khir dalam pertemuan tersebut adalah sebagai 'orang tengah' bagi meleraikan kekusutan yang timbul ekoran isu berkenaan terutamanya dakwaan yang mengatakan Dr Asri adalah pengikut fahaman wahabi.

5 November 2009

Nizar News: Kalau JAIS Tak Tangkap Dr Asri: PGSM Tak Akan Minta Maaf

Nizar News: PKFZ: Yang Jelas Wang Kerajaan Hilang: Chan Akan Jawab

Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy berkata beliau akan kembali dengan segera dari luar negara bagi memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Saya bersedia memberi kerjasama dengan pihak berkuasa penyiasatan bagi memberi penjelasan lanjut dan bantuan berhubung perkara ini," katanya dalam kenyataan hari Khamis.

"Saya kini berada di luar negara dan akan pulang secepat mungkin. Saya harap kenyataan ringkas ini akan memperjelaskan sebarang spekulasi yang tidak wajar," katanya.

Semalam, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam laporanya mengenai PKFZ mengesyorkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis menyiasat Chan dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C. Phang, membabitkan isu pecah amanah.

Menurut laporan PAC itu, kedua-dua mereka harus disiasat berhubung tiga surat sokongan yang dikeluarkan oleh Chan dan tiga surat aku janji yang dikeluarkan oleh Phang tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.

PAC menjalankan siasatan terhadap pelaksanaan projek PKFZ selepas projek itu dilaporkan meningkat daripada RM1.957 bilion kepada RM4.947 bilion.

Dalam kenyataan satu muka surat itu, Chan berkata apabila beliau menjadi Menteri Pengangkutan pada 1 Julai, 2003, urusan pembelian tanah bagi projek PKFZ telah pun selesai.

Katanya semasa memegang jawatan itu, beliau telah beberapa kali menjelaskan secara terperinci termasuk pada prosiding Parlimen mengenai tiga surat yang dikeluarkannya itu.

"Adalah paling malang perkara ini telah dibangkitkan semula. Saya telah nyatakan dalam perbicaraan PAC pada 29 Julai 2009 bahawa tiga surat yang ditandatangani oleh saya itu sebenarnya surat sokongan dan bukan surat jaminan," katanya.

Chan memegang portfolio itu sehingga tahun lepas sebelum berundur secara aktif dalam politik.

"Ia juga pandangan oleh seorang peguam kanan Malaysia dan juga peguam diraja (Queen Counsel) yang terkenal. Saya tandatangan surat berkenaan berdasarkan kepercayaan ikhlas bahawa ia sebenarnya surat sokongan," katanya.

Laporan PAC itu berkata kos tanah PKFZ bagi setiap kaki persegi adalah RM41.76 iaitu 67 peratus lebih tinggi daripada harga RM25 ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Laporan itu menyatakan jika tanah bagi projek itu diperoleh mengikut prosedur, kerajaan hanya perlu membayar RM442.13 juta dan menjimatkan sejumlah RM645.87 juta.

Berdasarkan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun bagi bayaran balik tanah secara tertunda sebelum perjanjian jual beli yang dipersetujui oleh Phang, maka kos tanah itu melonjak kepada RM1.818 bilion, kata laporan itu.

Nizar News: Jeffery Pulang Ke Gagang??

Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang meletak jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) minggu lepas, belum melahirkan hasrat untuk kembali semula ke dalam Parti Bersatu Sabah (PBS), kata Presiden PBS Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

"Dia belum menghubungi saya atau mana-mana pemimpin mengenai perkara itu," kata Pairin ketika mengulas peletakan jawatan oleh adiknya sebagai Naib Presiden, ahli Majlis Integrasi Nasional untuk Sabah dan Sarawak serta ahli Majlis Tertinggi (MT) PKR.

"Dia belum membuat ketetapan lagi. Setahu kami, dia masih ahli PKR," katanya kepada pemberita semasa melawat Pelabuhan Kontena Teluk Sepangar, dekat sini, pada Khamis.

Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, bagaimanapun berkata sekiranya Jeffrey ingin menyertai semula PBS, majlis tertinggi parti akan membuat penilaian terhadap permohonan keahliannya.

Jeffrey melepaskan semua jawatan dalam PKR pada 27 Okt lepas atas alasan tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi parti berkenaan melayan kehendak PKR Sabah sejak 2007.

Dia juga membuat keputusan drastik tersebut kerana tidak puas hati dengan tindakan kepimpinan PKR pusat melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah.

Bagaimanapun, Jeffrey masih menjadi ketua bahagian PKR Keningau.

Selain Jeffrey, Christina Liew juga melepaskan jawatannya sebagai ahli MT PKR tetapi masih memegang jawatan Ketua Bahagian Kota Kinabalu.

Nizar News: Monahara Isteri Derhaka: Tewas

Gagal mengemukakan pembelaan terhadap saman suaminya Tengku Temenggong Kelantan, bekas model muda Manohara Odelia Pinot diarahkan membayar tuntutan kepada putera Sultan Kelantan itu.

Jumlah ganti rugi itu - yang dituntut Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra sebanyak RM105 juta - bagaimanapun akan ditetapkan kemudian.

manohara odelia pinot malaysiakini interview 290609 05Penghakiman ingkar itu dibuat selepas Manohara, yang bergelar Cik Puan Temenggong Kelantan, gagal melantik peguamnya dalam tuntutan saman suaminya.

Pada 12 Oktober lalu, mahkamah yang sama membenarkan permohonan firma guaman Fakrul Hisham Abdullah & Associates menarik diri daripada mewakili Manohara, yang kini melarikan diri di Jakarta, dan ibunya Daisy Fajarina.

Pada 20 Julai lalu, susulan krisis rumah tangga mereka yang berlarutan selama beberapa bulan, Tengku Muhammad Fakhry menfailkan saman terhadap kedua-dua warga Indonesia itu.

Plantif mendakwa defendan secara palsu dan niat jahat melafazkan perkataan yang bersifat umpatan dan fitnah mengenai penderaan seksual terhadap Manohara, semasa sidang akhbar antara April sehingga Jun lalu.

Tengku Muhammad Fakhry mendakwa pernyataan fitnah itu telah diterbitkan semula dalam media elektronik seperti The Jakarta Globe, Banjarmasin Post, Detiknews, Kompas.com, Global TV dan Malaysiakini, serta dilaporkan secara meluas dalam akhbar di Malaysia dan Indonesia.

Perkataan itu dirancang untuk memperkecil-kecilkan dan mengaibkannya di kalangan ahli kerabat diraja Kelantan, kerajaan Malaysia dan rakyat jelata, dakwanya lagi.

tengku fakhry manohara odelia pinot 260609Putera ketiga Sultan Kelantan itu seterusnya mendakwa bahawa dakwaan dan sindiran itu tidak benar, tidak berasas dan menyebabkannya mengalami kerosakan serius kepada reputasi peribadi secara nasional dan antarabangsa.

"Defendan-defendan melafazkan perkataan-perkataan tersebut dengan didorong oleh keuntungan kewangan," dakwa Tengku Fakhry.

Plaintif menuntut ganti rugi teruk, teladan dan pampasan berjumlah
RM105 juta, faedah, kos serta perintah injuksi menghalang kedua-dua defendan daripada terus mengeluarkan perkataan fitnah tersebut.

Nizar News: Disekitar Perbicaraan Nizar Lawan Zambry

PUTRAJAYA, 5 Nov: Rayuan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dalam menentukan kedudukan Menteri Besar Perak yang sah hari ini sedang didengarkan di hadapan lima panel hakim.

12.45 tgh:Dalam pada itu, Nizar sewaktu ditemui menjelaskan, lima hakim yang ditetapkan tidak menggambarkan 1 Malaysia. Katanya, jika kes dadah boleh didengar oleh lima hakim tentunya kes ini memerlukan hakim lebih besar kerana ia membawa kesan lebih besar. "Sepatutnya ada hakim dari Borneo juga,"katanya semasa ditemui pada sesi rehat sebentar tadi. Beliau berharap inilah peluang keemasan untuk membuat keputusan yang memulihkan sistem kehakiman negara.

12.00 tengahari: Sementara itu, menurut Hanifa Maidin yang hadir hari ini, permohonan untuk mendapatkan 11 hakim adalah untuk memastikan tiada unsur 'bias', para hakim membuat keputusan yang tepat dan tidak wujud unsur-unsur yang memihak apabila membuat keputusan. Beliau juga melahirkan kebimbangan kerana lima panel hakim yang dilantik kini adalah hakim-hakim yang pernah mendengar kes terdahulu dan dibimbangi akan mempengaruhi kes tersebut.

Sementara itu, ditanya mengenai hujah yang dikemukakan oleh pihak Nizar, beliau mengulas bahawa antara yang ditegaskan oleh barisan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah adalah;telah termaktub dalam undang-undang bahawa Tuanku Sultan Perak tiada hak dan kuasa dalam memecat Menteri Besar dan juga jika ingin memecat maka mesti ada undi tidak percaya dalam dewan.

Tambahnya, berkemungkinan keputusan tidak akan diketahui hari ini, tetapi diharapkan Nizar akan menang bersandarkan kepada hujah-hujah yang dikemukakan. Mahkamah ketika ini berhenti rehat.

Berita sebelum ini 10.15 pagi:Ketika ini, panel lima hakim sedang mendengar rayuan tersebut. Sebelum ini, Nizar memohon supaya panel 11 hakim mendengar kes rayuan tersebut tetapi telah ditolak oleh mahkamah.

Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Nizar diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

9.00 pagi:Para wartawan dan orang ramai sudah tiba di kompleks mahkamah Putrajaya seawal jam 7 pagi, bagi mengikuti prosiding rayuan tersebut. Kawalan keselamatan juga ketat di mana anggota polis dan anggota keselamatan mewajibkan mereka yang ingin masuk ke dewan mahkamah, mendapatkan pas khas. _

Nizar News: Kelab Penyokong Dr Asri Dilancarkan

SEJAK timbulnya isu penahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin atas dakwaan berceramah tanpa tauliah, ramai pihak termasuk rakan artis yang bersimpati dan menyokong bekas Mufti Perlis itu.

Bukan sekadar untuk meluahkan kata-kata dan mesej untuk menyemarakkan semangat Dr Asri mempertahankan dirinya, salah seorang pengurus artis dari Embun Records, Aszuad Zakaria telah membuka kelab penyokong ‘Kami Menyokong Dr Asri Zainul Abidin’ di laman web FaceBook.

Bagi Aszuad, 39, dia telah lama mengikuti perkembangan Dr Asri sejak dulu lagi dan apabila berlaku kontroversi sekarang, dia nekad untuk mengajak orang ramai untuk sama-sama menyokong Dr Asri. Laman web ‘Kami Menyokong Dr Asri Zainul Abidin’ yang baru sahaja dilancarkan semalam

turut memuatkan artikel dan video berkaitan Dr Asri.

Aszuad berkata dia telah lama memikirkan untuk membuka laman web itu sebelum melihat ada sebuah laman web kelab penyokong lain yang menggunakan nama penuh Dr Asri "Dr Asri Zainul Abidin" yang telah berjaya mengumpul lebih 4,000 peminat.

Aszuad Zakaria meminati dan menyokong Dr Asri sejak dulu lagi. -foto ihsan ASZUAD

“Saya baru sahaja menyiapkan laman web kelab penyokong itu. Sebelum ini memang saya nak buat tetapi apabila saya pantau di internet, sudah ada orang yang membuka kelab penyokong Dr Asri.

“Saya bimbang juga kalau saya buat yang baru nanti seolah-olah seperti meniru pula. Tetapi saya nekad juga untuk membuatnya atas dorongan kawan-kawan,” katanya yang mengikuti ceramah Dr Asri di YouTube dan blog.

Aszuad yang pernah mengurus penyanyi Imran Ajmain ini menambah, sesetengah rakan-rakannya yang menyokong Dr Asri juga melakukan perkara yang sama jika mereka tidak berkesempatan menontonnya secara langsung. “Saya juga mendapat tahu tentang perkembangan Dr Asri menerusi blog dan YouTube.

Misalnya apabila dia berada di luar negara,” ujarnya yang turut aktif melawati blog Dr Asri. Jelasnya lagi, dia semakin teruja untuk mengenali Dr Asri selepas mendapat tahu daripada rakan artis seperti kumpulan nasyid Rabbani.

“Saya hormati dengan pendekatan yang Dr Asri gunakan,” tuturnya yang menyarankan kepada semua penyokong pensyarah USM ini supaya sama-sama menyertai kelab ini di FaceBook. Aszuad turut menggalakkan rakan-rakan artis di bawah pengurusannya, penyanyi Naizle, Sabhi Saddi dan kumpulan nasyid In Heart untuk turut sama menyokong tokoh agama itu.

Sesiapa yang berminat, bolehlah sertai Kelab Penyokong ‘Kami Menyokong Dr Asri Zainul Abidin’ di FaceBook.

Sementara itu, Dr Asri meluahkan rasa terima kasihnya atas sokongan peminat. "Terima kasih di atas semua sokongan. Saya menghargai semua sokongan yang diberi," kata Dr Asri.

Nizar News:Siasatan Tan Sri Chan Kong Choy: Serupa Perwaja Steel

Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mengesyorkan bekas menteri pengangkutanTan Sri Chan Kong Choy disiasat berhubung dakwaan pecah amanah dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

PAC juga mengesyorkan siasatan turut dijalankan terhadap bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka OC Phang.Menurut laporan PAC berhubung PKFZ yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini, kedua-dua mereka harus disiasat berhubung tiga surat sokongan yang dikeluarkan Chan dan tiga surat akujanji oleh Phang, lapor Bernama."Jawatankuasa dimaklumkan oleh Peguam Negara bahawa tiga surat sokongan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Chan Kong Choy, (bekas) Menteri Pengangkutan dan ketiga-tiga surat akujanji yang dikeluarkan oleh Pengurus Besar LPK (Lembaga Pelabuhan Kelang) secara tersirat atau bersifat jaminan daripada kerajaan yang meletakkan tanggungan ke atas kerajaan untuk memastikan ada peruntukan yang membolehkan LPK memenuhi obligasinya di bawah Perjanjian Pembangunan.

"Oleh itu, siasatan rapi perlu dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia/Polis Diraja Malaysia terhadap perkara ini kerana ia dikeluarkan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan sepertimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Tatacara Kewangan 1957," kata laporan itu.

Selain itu, tindakan Chan dan Phang juga boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah pecah amanah di bawah Seksyen 409 yang dibaca bersama Seksyen 409B Kanun Keseksaan.

Seksyen 409 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman minimum dua tahun maksimum 20 tahun, dan dengan sebat, dan boleh juga dikenakan hukuman denda jika sabit kesalahan.

Laporan PAC yang diketuai Datuk Seri Azmi Khalid juga berpendapat surat akujanji yang dikeluarkan oleh Phang adalah bertentangan dengan keputusan kerajaan kerana semasa meluluskan projek PKFZ, kerajaan telah memutuskan supaya ia dibiayai sendiri oleh LPK.

Sehubungan itu, Phang dan Kementerian Pengangkutan didapati gagal
memaklumkan kabinet dengan awal mengenai ketidakupayaan LPK untuk membiayai sendiri projek itu walaupun perkara tersebut telah dibangkitkan dalam laporan-laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan LPK bagi tahun 2003, 2004, 2005, 2006 dan 2007.

Selain itu, mereka juga didapati gagal berunding dengan Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi bagi mendapatkan peruntukan bagi membiayai projek itu.

Pengurus besar LPK itu juga didapati telah melakukan "gambaran yang salah" apabila mengeluarkan surat akujanji kepada pemegang amanah PDS iaitu OSK Securities Berhad yang menyatakan bahawa LPK akan meminta kerajaan untuk meremit dana daripada peruntukan bajet ke "akaun rizab khas" atau "kod khas akaun" yang diuruskan oleh LPK memandangkan LPK tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan atau Kementerian Kewangan berhubung perkara itu.PAC menjalankan pemeriksaan terhadap pelaksanaan projek PKFZ selepas isu berhubung dengannya menjadi topik perbualan umum kerana kos projek itu melambung daripada RM1.957 bilion kepada RM4.947 bilion.

Jawatankuasa itu telah bersidang mulai 11 Jun 2009 hingga 3 September 2009 bagi menemuramah saksi-saksi yang berkenaan termasuk Menteri Pengangkutan dan dua bekas menteri yang memegang portfolio berkenaan iaitu Datuk Seri Ong Tee Keat, Tun Dr Ling Liong Sik dan Chan.

PAC turut menggunakan laporan-laporan Ketua Audit Negara dan laporan yang dikeluarkan PricewaterhouseCoopers serta meminta Jabatan Audit Negara menjalankan semakan dan pengesahan terhadap beberapa perkara berkaitan perancangan dan pelaksanaan projek PKFZ.

Selain jawatankuasa itu, pada 9 September lalu, kerajaan telah memutuskan untuk menubuhkan Pasukan Petugas Khas PKFZ yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara bagi mengenal pasti kelemahan tadbir urus dan pengurusan pelaksanaan projek pembangunan PKFZ serta mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan yang perlu diambil.

4 November 2009

Nizar News: Tun Mahathir Minta Ali MCA Sokong Ong dan Dr Chua

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ahli MCA perlu kembali bersatu dan memberi sokongan yang padu terhadap kepimpinan presiden parti itu, Datuk Seri Ong Tee Keat dan timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Menurut beliau, memandangkan kedua-dua pemimpin itu telah kembali bersama, maka pemimpin lain dan semua ahli parti harus memberikan sokongan demi kepentingan MCA. "Soi Lek dan Tee Keat dah kembali bersama, yang lain sepatutnya menyokong di belakang dan beri sokongan," katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama siri syarahan perdana mengenai Peranan Wanita dan Belia dalam Pembangunan Nasional di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai krisis kepimpinan yang terus melanda MCA apabila parti itu kini mempunyai 'dua' Timbalan Presiden selepas parti itu menerima keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa Dr Chua kembali memegang jawatannya.

Manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai yang sebelum ini dilantik ke jawatan itu menggantikan Dr Chua menyatakan pendirian untuk mencabar keputusan ROS itu di mahkamah.

Liow berkata keputusan ROS itu melanggar perlembagaan parti kerana ROS tidak mempunyai hak mencampuri keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA pada 10 Oktober lalu apabila menolak resolusi ketiga supaya mengembalikan jawatan Timbalan Presiden kepada Dr Chua.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, perasaan tidak puas hati hanya akan merugikan MCA. "Mereka perlu beri sokongan, tapi sekarang ada orang yang tak gembira, Tee Keat pula perlu ambil tindakan pecat orang, ini semua perkara yang tidak sihat.

"Dr Mahathir juga mengulangi nasihatnya kepada MCA agar parti itu tidak mengadakan EGM yang baru kerana perkara itu hanya menimbulkan perpecahan dalam parti.

"EGM tak akan selesaikan apa-apa, EGM hanya akan tentukan siapa yang menang dan siapa yang kalah.

"Dan kebiasaannya, dalam setiap kes, yang kalah tidak akan sokong yang menang dan ia akan pecah belahkan parti... kita ada pengalaman itu dalam Umno," katanya.

Terdahulu dalam sesi soal jawab pada majlis berkenaan, Dr Mahathir berkata Umno perlu membuka ruang kepada generasi muda jika parti itu benar-benar mahukan melakukan perubahan. Jelasnya perubahan tersebut perlu dilakukan terutamanya di peringkat pemimpin akar umbi.

"Saya fikir kepimpinan Umno mesti percaya bahawa Umno menjadi semakin kecil kerana pemimpin peringkat bawah sebenarnya menghalang orang untuk menyertai Umno.

"Jadi tak ada pembaharuan kerana pemimpin yang ada sekarang akan menjadi semakin tua dan akhirnya dikalangan mereka sahaja yang akan dipilih menjadi pemimpin kerana mereka sahaja yang ada untuk dipilih," katanya.

Nizar News: Dr Chua Lebih Mesra BN: Ong Tee Kiat Salah Perkiraan

Keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengiktiraf Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai timbalan presiden MCA yang sah dibuat berdasarkan kepada undang-undang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Najib yang juga pengerusi BN berkata ianya dibuat berdasarkan interpretasi ROS terhadap perlembagaan parti itu.

Perlembagaan parti itu, katanya, menetapkan peruntukan tertentu yang memerlukan majoriti dua pertiga untuk memecat seorang, sama ada dilantik atau dipilih.

Berdasarkan itu, kata Najib, maka ROS memutuskan Chua masih timbalan presiden dan begitu juga dengan kedudukan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai presiden.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Parlimen, Najib berkata ROS perlu konsisten dan tidak boleh membuat dua keputusan yang berbeza apabila kesnya adalah sama.

Menurutnya, MCA telah memutuskan bahagian perlembagaan tersebut manakala ROS pula hanya menginterpresasi perlembagaan berkenaan.

Keputusan ROS itu dimaklumkan kepada ibupejabat MCA melalui suratnya, sebelum jawatankuasa pusat MCA bermesyuarat semalam.

ROS menjelaskan tidak berlaku kekosongan bagi jawatan tersebut kerana keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA pada 10 Oktober lalu tidak memenuhi syarat majoriti dua pertiga, seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 35 Perlembagaan MCA.

Chua dipecat pada 26 Ogos lalu, tetapi jawatankuasa pusat kemudiannya telah membatalkanya pemecatannya tetapi menggantung keahliannya selama empat tahun.

Berikutan itu, naib presiden MCA, Datuk Seri Liow Ting Lai telah dilantik mengisi jawatan timbalan presiden pada 15 Oktober lalu.

Semalam, Liow memberitahu satu akhbar selepas mesyuarat jawatankuasa pusat MCA di ibunegara bahawa beliau masih timbalan presiden.

Menurutnya, beliau mempunyai hak untuk membuat rayuan terhadap keputusan ROS itu.

Malah, katanya, jika perlu, beliau akan membawa perkara itu ke mahkamah.

Nizar News: Mati Puncuk Tetapi Segan Cari Rawatan

Amin, 35, merupakan eksekutif kanan sebuah agensi perhubungan awam di ibu kota. Selepas 10 tahun berkahwin dan dengan kehadiran dua anak, rumah tangga beliau 'tidak seperti dulu lagi'.

Apakah sebabnya?

Amin ialah antara lelaki yang mengalami Disfungsi Erektil (ED) atau 'mati pucuk'.

"Saya telah mencuba Viagra tetapi ia tidak memberi kesan," Amin memberitahu pakar yang merawat beliau.

Mati pucuk yang dialami Amin menyebabkan beliau berasa hampa, kecewa, murung dan malu dan isterinya pula menganggap beliau sudah jemu dengannya, menurut pakar yang merawat Amin yang mahu dikenali hanya sebagai Dr Lee demi menjaga identiti sebenar Amin.

"Viagra mungkin hanya sesuai bagi sesetengah orang dan mungkin tidak sesuai bagi mereka yang lain. Tetapi ada cara lain untuk membantu mereka yang mengalami ED dan mereka ini janganlah putus harapan kerana ada kaedah lain yang boleh membantu mereka keluar dari masalah ini," kata beliau.

"ED atau mati pucuk mengganggu kehidupan seks seorang lelaki dan menyebabkan dia boleh merasa teramat rendah diri," kata Dr Lee.

APA ITU DISFUNGSI EREKTIL?

Seorang lelaki mengalami masalah ED atau mati pucuk bila dia gagal mendapatkan ketegangan zakar yang cukup baginya mengadakan hubungan seks.

Menurut Dr Lee, masalah ini boleh dialami oleh lelaki di semua peringkat usia tetapi begitu ketara bagi mereka yang sudah berumur kerana kumpulan ini boleh mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti diabetis, tekanan darah tinggi dan kandungan kolesterol yang tinggi.

Keresahan yang melampau, stres yang tinggi serta kemurungan yang berpanjangan juga ialah antara faktor yang boleh menyebabkan mati pucuk. Keadaan ini juga boleh terjadi bila terdapat kecederaan pada saraf atau pengurangan bekalan darah ke zakar.

Sebab-sebab lain ialah surgeri dan kecederaan di kawasan pelvis serta juga masalah sistem saraf seperti penyakit Parkinson dan 'multiple sclerosis'.

"Terdapat beberapa ubat yang jika diambil boleh menyebabkan masalah ini. Kalau anda mengalami masalah ketegangan (zakar) setelah mengambil sesuatu ubat, segeralah beritahu doktor anda kerana ini mungkin kesan sampingan daripada ubat itu," kata Dr lee.

RAWATAN

Biasanya pada peringkat permulaan rawatan, doktor akan menasihatkan pesakit supaya mengubah gaya hidup mereka.

"Tukar gaya hidup seperti berhenti merokok, berhenti ambil dadah dan minum alkohol. Berhenti juga daripada mengambil ubat yang menyebabkan kesan sampingan yang boleh menimbulkan masalah ini.

"Ubat seperti Viagra, Cialis dan Levitra boleh membantu. Tetapi ubat-ubat ini tidak mempunyai kesan yang sama dalam semua orang. Bincang dengan doktor anda dahulu. Adalah penting untuk mengambil makanan yang sihat dan lakukan senaman yang secukupnya," kata beliau.

Kaedah lain merawat mati pucuk ialah menggunakan alat vakum, suntikan ubat terus ke zakar serta juga surgeri untuk meletakkan implan ke dalam organ itu.

Bolehkan mati pucuk dicegah?

"Untuk mengurangkan mati pucuk, janganlah merokok, minum alkohol serta mengambil dadah. Cari ketenangan dan kurangkan stres," kata Dr Lee.

SIKAP BUAT TIDAK TAHU

Menurut Dr Lee, ramai yang berpendapat jika Viagra tidak dapat membantu, maka mereka yang mati pucuk tidak dapat dibantu.

"Pendapat sebegitu tidak betul. Mereka yang mengalami ED boleh dibantu tetapi apa yang menyebabkan masalah ini berpanjangan ialah sikap buat tidak tahu pesakit itu sendiri.

"Mereka yang mati pucuk janganlah segan untuk meminta bantuan kerana terdapat beberapa kaedah yang boleh mebantu mereka,"

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels