30 January 2015

Yang Penting Dalam Piliharaya Adalah Parti Yang Boleh Menang!!!

APA yang paling mengembirakan dalam pilihanraya umum adalah kemenangan parti-parti yang bertanding. 

Bagi kes Sabah, parti yang paling banyak menang adalah Umno, sementara parti kompnen banyak calon mengalami kekalahan.

Ambil kes PRU-13 lalu, Semua parti tiada yang memperoleh kemenangan 100 peratus, kecuali PBRS. Manakala Umnopun, kehilangan kerusi Dun Klias, apabila kerusi itu ditawan Janang Gayuh Kaum Bisaya- Datuk Lajim Haji Ukin. Dun Klias sebelumnya adalah wilayah Umno semasa Lajim masih bersama Umno.

Komponen Bn yang mengalami kekalahan paling banyak adalah PBS, diikuti UPKO, LDP, kemudian diikuti MCA. Dua Presiden parti kalah dalam PRU-13, iaitu Presiden Upko Tan Sri Bernard Giluk Dompok dan Presiden LDP Datuk Liew Vui Keong. Kawasan Penampang, tiada yang dimenangi BN, samada peringkat Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri.

Desakan parti komponen Bn Sabah (bukan Umno) untuk bertanding lebih banyak kerusi, sebenarnya, memberi peluang kepada parti pembangkang untuk mendapat kerusi. 

Terdengar benar, bahawa komponen parti Bn Sabah seolah-olah cemburu kepada parti Umno kerana banyak bertanding kerusi, tetapi mereka tidak melihat bahawa Umno dapat menyumbang kerusi yang diperlukan. Apa lah gunanya bertanding, kalau hanya untuk kalah.

Bn Sabah pada PRU-13 lalu, menang 48 daripada 60 kerusi yang dipertandingkan, 31 kerusi adalah sumbangan parti Umno. Ertinya, Umno menyumbang 65 peratus kerusi Bn, manakala parti komponen hanya 35 peratus. Adalah wajar, untuk mempertahankan Kerajaan Bn, Umno perlu bertanding lebih banyak kerusi, kerana parti itu adalah parti boleh menang.

Para pemimpin parti komponen Bn, kena berfikir, bahawa kemenangan adalah utama, bukannya atas nama bertanding.

29 January 2015

Sabah Daripada Tebang Hutan Kepada Pemuliharan Hutan

SABAH satu ketika dikenal dengan negeri kaya balak. Malah sesiapa yang sahaja yang ada lifestyle datang ke Semananjung berlagak sebagai tauke balak. Sampai satu ketika, apabila ada Datuk atau pemimpin Sabah bertandang ke sana, mendapat jolokan sebagai tauke balak.

Cerita itu, adalah cerita tahun 70-an dan awal 80-an. Akibat rakusnya para pemimpin pada masa itu menebang balak, maka hutan Sabah, hampir gundul. Kalau tiadanya konsesi Yayasan Sabah, pasti balak di Sabah sudah menjadi lagenda.

Keluasan Sabah adalah 7.362 juta hektar. Pada tahun 2002, hutan yang berbaki hanya 838,132 hektar atau 11.38 peratus keluasan negeri. 11 Tahun kemudian, keluasan hutan Sabah meningkat 1.350,574 hektar atau 18.35 peratus daripada keluasan seluruh negeri. Pada tahun 2025, target keluasan hutan Sabah akan ditingkatkan ke paras 30 peratus daripada keluasan negeri atau hutan Sabah akan menjadi 2,2086,000 hektar. Target itu hanya boleh dicapai, jika tiada perubahan polisi atau kebijakan kerajaan.

Kelusan tanah hutan berkurang, kerana keperluan pembangunan. Demikian juga keinginan rakyat memohon tanah untuk diterokai. Gencarnya rakyat meneroka tanah milik kerajaan yang mengunakan istilah NCR, adalah satu penghalang kepada polisi menghijaukan negeri.

Di laman-laman facebook atau media sosial, ramai pengguna yang tidak bertanggungjawab melimpar tomahan atau dakwaan kepada Ketua Menteri, kononnya rakus menebang hutan, sedangkan hakikatnya tidaklah demikian.

Kerajaan Negeri malah mengupah Firma Antarabangsa untuk mengodit syarikat-syarikat yang mendapat konsesi yang belum tamat tempohnya, agar supaya penebangan hutan sesuai dengan piawaian antarabanga. Kerajaan negeri sanggup membayar kos sebanyak RM1juta setahun, demi ketelusan pembalakan yang dijalankan oleh pemilik-pemilik konsesi. Rujuk Tulisan Datuk Salleh untold story Disini

Najib Tiada Hubungan Dengan Tindakan Jumat

DATUK Jumat Idris dan penyokongnya mempergunakan nama Presiden Umno dan Perdana Menteri untuk menjustifikasi tindakan mereka melakukan berbagai dakwaan terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Haji Aman.

Perdana Menteri memberitahu barisan Exco Umno Sabah, bahawa beliau tiada kaitan dengan tindakan Jumat dan penyokongnya. Malah, Presiden parti itu, cukup terkejut dengan dakwaan itu, dan akan meniliti tindakan apa yang harus dilakukan, termasuklah tindakan disiplin terhadap Ketua Bahagian Umno Sepanggar itu.

Jumat yang mengetuai 7 Ketua Bahagian Umno majoriti KDM telah berjumpa Perdana Menteri pada Julai 2014, dengan tujuan asal membincangkan projek-projek bagi kawasan-kawasan mereka, tetapi berakhir dengan mencadangkan pertukaran kepimpinan di Sabah. 

Selepas sahaja pertemuan itu, satu sumber yang dekat Ketua Menteri memberitahu, bahawa PM sendiri menghibahkan semua hasil pertemuan itu termasuk cadangan mereka berhubungan dengan pertukaran kuasa. Malah, jaminan Perdana Menteri disusuli dengan satu kenyataan semasa melawat Sabah selepas itu, bahawa tiada sebarang pertukaran atau peralihan kuasa di Sabah.

Menurut Perdana Menteri, Sabah maju jaya kerana kepimpinan Musa, sungguh tidak arif atau bijak membunuh angsa bertelur emas.

Musa membuktikan untuk tiga piliharaya umum, di mana Bn Sabah menang dengan cemerlang, sehingga Sabah diberi julukkan "Fixed Deposit Bn" oleh Perdana Menteri sendiri.

Barisana Exco Umno Sabah yang diketuai Datuk Salleh Tun Said berdiri teguh dibelakang Musa, hal ini diperlihatkan, melalui tindakan-tindakan serta kenyataan-kenyataan mereka.

Juga pada tahun lepas, sebenarnya semua Bahagian Umno Sabah telah memutuskan, bahawa mereka hanya berketuakan satu, iaitu Datuk Musa di Sabah dan Dato Seri Najib diperingkat pusat.

Dalam parti jika belaku perbezaan pendapat adalah wajar, akan tetapi membuat dakwaan fitnah adalah sesuatu yang melanggar adab dan etika parti dan semangat kepimpinan. 

Tindakan Jumat dan kawan-kawan adalah seperti gunting dalam lipatan, kerana Musa, tiada dalam sebarang kesempatan bertindak bercanggah dengan matalamat parti atau kerajaan. Tindakan Musa adalah untuk Bangsa, Negara dan agama.

28 January 2015

Sabah Perlu Musa

MEREKA yang mengikuti perkembangan politik serta pembangunan Sabah, akan mengakui bahawa punca pembangunan dan ekonomi Sabah ketinggalan, kerana kerapnya bertukar kerajaan. Sabah bertukar kerajaan sebanyak empat kali sejak bergabung dalam Persekutuan Malaysia.

Sabah perlu meniti dan berusaha mengejar ketinggalan itu bermula tahun 1994. Sembilan tahun diperlukan untuk menstabilkan politik, kerana perbalahan poltiklah penyebab kepada kadar pembangun fizikal dan ekonomi tersendat.

Tahun 2003, apabila Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah, beliau mengariskan Hala Tuju Pembangunan Sabah. Selepas 11 tahun dan kini memasuki tahun ke-12, adalah bohong kalau tidak mengakui, bahawa Sabah berubah wajah dalam semua aspek.

Daripada negeri yang hanya tahu menebang balak untuk menjana ekonomi telah berubah kepada perlandangan, pelancongan, pembuatan dan peternakan. Kini pula telah mencebur diri dalam industri perminyakan dan gas.

Banyak program atau projek yang berorentasi kepada penciptaan lapangan pekerjaan seperti Projek Urea Sipitang, POIC Lahad Datu, projek udang mega Pitas, SGOT, Kimanis.

Sabah melangkah dalam pemuliharaan hutan semulajadi, apabila stok hutan meningkat kepada 1.3 juta hektar, berbanding 0.8juta hektar sebelum ini.

Simpanan kewangan Sabah terus kukuh pada paras RM3bilion, berbanding tahun 2002 yang hanya RM150juta.

Bagi yang jarang ke Kota Kinabalu, pasti akan terperajat, bagaimana pesatnya pembangunan Bandarraya Kota Kinabalu. 

Sabah memerlukan Musa untuk meneruskan memontum pembangunan fizikal dan ekonomi Sabah. Sebagai seorang yang mempunyai latar belakang sebagai peniaga, sangat arif bagaimana membangun sebuah negeri yang mulanya sebagai negeri termiskin di Malaysia.

Bukan mudah untuk keluar daripada kemiskinan, hanya melalui usaha yang berterusan dan terarah sahaja membolehkan ianya berlaku.

Tindakan kumpulan dalam Umno yang diketuai oleh Datuk Jumat Idris bersama 7 Ketua bahagian yang lain, tidak akan kemana-mana, kerana rakyat tahu tindakan mereka itu bertujuan peribadi, bukannya untuk rakyat.

Sabah sebenarnya tidak memerlukan pemimpin yang berjuang mempergunakan rakyat untuk kepentingan peribadi.

27 January 2015

Kenapa Musa Diserang?

KENAPA Musa diserang? Tujuannya adalah untuk menggamabarkan imej buruk kepada Ketua Menteri Sabah itu. 

Para penyerangnya tahu, ikan mula membusuk dikepala, atas sebab itu berbagai cara dilakukan agar kepala itu cepat busuk.

Walaupun serangan terhadap Ketua Menteri itu, untuk sementara hanya berligar-ligar di media sosial dan kedai-kedai kopi, namun jika tidak dibendung, ianya akan merebak, dan lama kelamaan akan melarat.

Di alam maya, terutama facebook berbagai fake account dibuat, semata-mata untuk menyerang Musa termasuk petadbiraan dan keluarga beliau.

Memang semua serangan itu tidak berasas, hanya rekaan, namun jika serangan itu berterusan, lama kelamaan akan mengwujudkan satu poll opinion atau persepsi, bahawa ianya benar.

Musa tidak boleh mengisi bakul dan mengangkatnya sendiri. seseorang atau sekumpulan pemimpin perlu keluar daripada sarang atau petapaan untuk membuat kenyataan, bahawa semua dakwaan itu hanya rekaan dan fitnah.

Jangan ambil mudah, serangan melalui media sosial, kerana media alternatif ini, bukan hanya terhad kepada mereka yang minat atau hanya satu kegemaran, akan tetapi kini jangkauannya sudah melebar di perdesaan, malah sudah sampai dibilik tidur.

Pengguna media alternatif bukan terhad kepada mereka yang terpelajar, akan tetapi sudah menjangkau sebahagian besar rakyat, malah termasuk imam-imam masjid.

Persepsi adalah sesuatu yang sangat bahaya kepada seseorang pemimpin, apatah lagi sebagai ketua kerajaan. 

Sebagai Ketua Kerajaan amat mudah untuk diserang, kerana beliau sangat terdedah kepada semua serangan, termasuk serangan fitnah.

Selepas Datuk Jumat Idris, Ketua Bahagian Umno Sepanggar, merangkap MP Sepanggar, menyerang dengan berbagai fitnah melalui media sosial, sehingga menjemput tiga sayap parti Umno Sabah membuat kenyataan bersama, mencadangkan agar beliau diambil tindakan disiplin, malah wanita Umno Sabah mencadangkan untuk dipecat.

Ekoran tindakan sayap parti itu, bermunculanlah akaun-akaun palsu, menyerang kepimpinan Datuk Musa dan memasukkan pula keluarga beliau terrmasuk Datuk Anifah Aman.

Bagi mereka yang memang tahu keadaan sebenar, apa yang berlaku, memang tidak akan terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan itu, akan tetapi mereka yang bersifat atas pagar, sedikit sebanyak akan termakan isu-isu yang dilimparkan.

26 January 2015

Apa Kah Rakyat Tolak Musa?

SEMUA pemimpin menerima hakekat, bahawa tiada sokongan 100 peratus. Dalam sistem demokrasi, menang satu undipun dikira sudah menang.

Musa adalah Pengerusi Umno Sabah, kedudukan beliau samalah dengan presiden parti-parti komponen jika dilihat daripada segi parti.Pencapaian seseorang ketua parti, adalah berapa peratus pencapaian kemenangan dalam pilihanraya.

Pada PRU-13, hanya satu kerusi DUN yang ditandingi umno kalah, itupun kawasan janang gayuh bisaya Datuk Lajim Haji Ukin, seorang mantan pemimpin Umno yang telah keluar daripada parti. 

Pada PRU-13 juga memperlihatkan, kawasan Sepanggar yang bukan kerusi Umno menang bergaya.

OKB mengikuti perkembangan politik Sabah sejak tahun 1976. Trend pengundi, sejak tahun itu diamati, penyebab kepada kekalahan, penyebab kepada kemenangan dan sebagainya.

Pada Pru-13, Bn Sabah kehilangan 11 Kerusi DUN dan 2 Kerusi Parlimen, sebagai tambahan kepada kerusi yang gagal ditawan pada PRU sebelumnya, lebih banyak didisebabkan oleh faktor-faktor, pemilihan calon yang tidak tepat, masalah isu pembakaran injil dan Kalimah Allah, sementara di kawasan cina, kaum itu telah lama menyokong DAP, kalah atau menang.

Ambil contoh kawasan Dun Kedamaian Kota Belud, calon yang dikemukan Bn, sebenarnya langsung tidak lagi mendapat tempat dihati pengundi, demikian juga calon Dun Tamparuli, pengundi tolak, kerana sifat calon itu sendiri semasa menjadi ADUN. Sementara bagi Dun Inanam pula disebabkan sabotaj daripada mantan wakil rakyat kawasan itu. Bagi Parlimen Sandakan pula, kerana isu percakaran dalam parti itu, menyebabkan sabotaj antara satu sama lain. Di Parlimen Penampang, pengundi kawasan itu memang menolak kepimpinan Tan Sri Bernard Dompok. Ertinya, kekalahan calon-calon bn pada PRU-13, sama sekali bukan terletak kepada Musa sebagai pengerusi Bn negeri, akan tetapi terletak kepada faktor-faktor tertentu dan setempat.

Dakwaan pemilik facebook, dipercayai palsu (Alfred Chung) dimana kalau dilihat daripada posting-postingnya adalah pembela dan penyokong Datuk Jumat Idris, hanya merupakan dakwaan, bukannya penyebab kepada kekalahan beberapa calon bn pada PRU-13.

Tuduhan Kepada Keluarga Musa

SEJAK akhir-akhir ini Keluarga Datuk Musa Aman menjadi sasaran fitnah dan dakwaan daripada pihak-pihak tertentu, yang tiba-tiba menucul.

Serangan terhadap keluarga Musa dan beliau sendiri, selepas tiga sayap Umno Sabah sebulat suara mencadangkan agar Umno mengambil tindakan terhadap Ketua Bahagian Umno Sepanggar merangkap MP kawasan itu- Datuk Jumat Idris.

Berbagai dakwaan timbul oleh mereka yang berakaun benar dan palsu di ruang maya, seperti daripada Sahar Haji Mantamin (akaun benar) dan Alfred Chong (akaun palsu).

Para penuduh ini lupa membezakan antara perjuangan sukarela dan peniaga. Dalam pengertian mereka, pejuang atau penyokong parti atau pemimpin parti perlu juga sebagai peniaga, atas sebab itu, jika ada projek-projek kerajaan atau swasta, mereka juga perlu mendapatkannya. Setidak-tidaknya itulah pengertian mereka.

Pandangan mereka itu, sebenarnya silap, kalau mereka-mereka itu mahu sebagai peniaga, maka seharusnya mereka jangan mempunyai jawatan dalam parti atau pejuang dalam parti, sebaliknya mereka-mereka itu perlu menjadi peniaga. Jika mereka menjadi peniaga, maka peluang untuk mendapatkan projek-projek besar terbentang luas, kerana pihak pemberi projek akan mempertimbangkan mereka sebagai pelaksana, kerana mempunyai syarikat yang berkelayakan, mempunyai pengalaman selain mempunyai kepakaran. Kalau projek-projek kerajaan diberikan kepada para penyokong atau mereka yang berjawatan, kesimpulannya, projek-projek itu, bukanpun mereka laksanakan, akan tetapi dialibabakan, atau dijual, di mana mereka hanya mengambil percentage. Jika ini berlaku, bukan sahaja mutu projek itu dikompromi akan tetapi kemungkinan besar kos projek meningkat atau terbengkalai.

Kata orang, berikan sesuatu pekerjaan sesuai dengan kepakaran masing-masing. Kalau kereta rosak, hantarlah ke workshop, jangan hantar ke dobi pula, demikian juga kalau orang sakit, hantarlah ke hospital untuk jumpa doktor, jangan hantar ke rumah urut pula.

Jika benar, bahawa nama-nama yang disebut mereka itu, (semuanya) bernama cina seperti Freddy Lim, Andrew Lim, Miicheal Chai, Nasir Yeo, John Lim, Albert Lim, Robert Tan,Terence Chung, Lawarance Chung Gary Saw dan Humphery Tan , atas sebab, pemilik-pemilik syarikat yang berkelayakan itu adalah milik orang-orang itu.

Pemberi projek, mempunyai pertimbangan sendiri, bahawa sesuatu projek yang diberikan mesti berasaskan kepada value for money, tidak terbengkalai, sesuai dengan kualiti projek, serta sesuai dengan tarikh penyiapan. Sebagai contoh projek naik taraf Lapangan Terbang Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sandakan, pembinaan Pusat Petadbiran Kerajaa Sabah di Teluk Likas, semunya dilaksanakan oleh Syarikat Besar yang berpengalaman, dan semuanya dimiliki rakyat negara ini yang berketurunan cina.

Pemberi projek mempunyai pandangan yang bebeza dengan pandangan penyokong atau pemimpin parti, kerana pemberi projek mementingkan delivery, bukannya berasaskan kepada pujian atau nama. Contoh, projek yang kaitan dengan GLCpun seperti bangunan terbengkalai di depan Centre Point, Kota Kinabalu, di mana dipapan tanda itu tertulis SUDC sebagai pemilik projek dan pelaksana, buktinya telah bertahun-tahun projek itu tidak berjaya disiapkan.

Kini, keluarga Musa 'under attack" dengan menyebut nama-nama seperti Anifah Aman, Hasnol Ayub, Johari Ayub, dan Hafez Musa, di mana dituduh mendapat habuan luarbiasa melalui kepimpinan Musa.

24 January 2015

Ikan Membusuk Dari Kepala

Semua negara di dunia hari ini perlu kepemimpinan yang mantap banding dengan 30 atau 40 tahun lalu. Pntadbiran negara dan pengurusan ekonomi tambah kompleks dan masalah yang timbul makin rumit, saling kait-mengait dan berbentuk global.

Kita dah tengok apa yang jadi kepada negara-negara yang gagal dalam aspek politik akibat kepemimpinan yang lemah. Mula-mula mereka gagal dalam politik. Lepas itu ekonomi, keamanan dan keselamatan mereka pula jahanam. Akhirnya jadilah mereka negara gagal (failed state).

Serentak itu, kitar ekonomi (economic cycle), iaitu masa antara ekonomi berkembang dan menguncup semakin singkat. Kalau 30 atau 40 tahun lalu kitar ekonomi kira-kira 10 tahun sekarang kalau lima tahun pun dah dikira cukup lama. Silap-silap tiga tahun dah bertukar.

Kitar ekonomi yang ada hari ini baru berusia lima tahun. Kalau kita ingat lagi, ekonomi dunia merosot pada tahun 2008/09 akibat krisis perbankan di Amerika Syarikat yang kemudiannya merebak ke Eropah.

Sekarang satu dunia di ambang kemerosotan ekonomi akibat kejatuhan harga minyak mentah. Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) baru saja rendahkan ramalan pertumbuhan ekonomi dunia tahun ini daripada 3.8 peratus kepada 3.5 peratus.

Dalam suasana ekonomi sekarang susah bagi mana-mana kerajaan pun merangka dasar dan rancangan secara tepat dan sahih. Kerajaan bukan saja kena cekap urus pentadbiran tapi ia juga kena cekap dalam hal ehwal fiskal (percukaian) dan mata wang.

Bagi kita di Malaysia, anggaran asal cukai dan pendapatan kerajaan macam dalam Bajet 2015 dah terkeluar sasar akibat kejatuhan harga minyak mentah.

Apa pun dasar dan langkah kerajaan di penghujungnya yang akan rasa kesan dan tanggung beban adalah rakyat jelata dan pengguna. Pengguna pula makin terdedah kepada naik turun harga dan inflasi disebabkan ekonomi kita kian hari kian terikat dengan mata wang. Dalam bahasa ekonomi dipanggil monetary economy (ekonomi mata wang) di mana semua jenis barang dan perkhidmatan dinilai ikut mata wang.

Yang buat keadaan jadi lebih rumit dan kacau-bilau ialah mata wang itu sendiri dah jadi bahan perdagangan yang dijual beli dan dijadikan bahan spekulasi. Maka harga barang bukan lagi ditentukan oleh imbangan antara bekalan dan permintaan tapi juga oleh naik turun nilai mata wang. Lagi teruklah bila dalam urusan jual-beli itu ada penipuan dan manipulasi.

23 January 2015

Harga Barang: Pertaruhan Putrajaya pada PRU-14

PENGUMUMAN Perdana Menteri pada Selasa, bahawa ekonomi negara bukan dalam keadaan gawat akan tetapi reaksi pasaran saham seolah-olah tiada keyakinan.

Persepsi rakyat yang tiada keyakinan akan melemahkan sokongan kepada kerajaan, apatah lagi, penurunan minyak tidak juga menyebabkan harga barangan turun.

Import makanan akan menjadi mahal, kerana penurun mata wang ringgit. Malaysia masih mengimport beras, bawang, dan makanan lain kerana keluaran dalam negara tidak mencukupi.

Kalaulah rakyat membuat keputusan bahawa kerajaan tidak mampu mengurus ekonomi negara, kerana gagal membendung kenaikan harga barangan, meskipun harga minyak dimana suatu masa dijadikan kambing hitam sebagai sebab menaikkan harga barang.

Harga barang yang tidak turun, walaupun harga minyak turun, boleh menimbulkan impak yang sangat besar terhadap Putrajaya. Jika persepsi ini bertimbun dan sukar dibendung, maka BN akan mempertaruhkan Putrajaya pada PRU-14.

Kota Belud Seperti Yang Lalu-Lalu

TIDAK banyak perubahan berlaku di Kota Belud, apa yang berubah adalah suasana. Jika dahulu jarang ada Malam Cinta Rasul, kini telah ada. Jika dahulu, jarang yang respon terhadap kesusahan penduduk seperti musibah, kini ramai yang membantu, malahan membantu bersungguh-sungguh.

Ada juga penduduk yang peka terhadap sekiling. Keadaan Pasar Besar yang dicemari tahi burung turut mendapat perhatian. Sekurang-kurang dua penduduk yang berstatus memberi komentar terhadap kotornya tahi burung di Pasar Besar Kota Belud, khususnya di ruang penjual ikan segar.

Masalah parking, kesesakan, juga belum ada penyelesaian, malah semakin hari semakin buruk. Majlis Daerah yang mengubah arah laluan tahun lalu, tidak juga memperlancar pergerakan lalu lintas di Pekan, malah diperburuk dengan tabiat, meletakkan kenderaan sesuka hati, terutama dilakukan kereta-kereta sapu.

Banjir yang melanda Kota Belud baru-baru ini, mengambarkan, bahawa sistem perparitan di kawasan itu tidak bertambah baik, walaupun ada projek berkaitan banjir bernilai puluhan juta, rupanya projek itu tidak mengena, kerana kawasan yang sepatutnya tercegah landaan banjir, tetap juga dilanda banjir.

Masalah Bekalan Air Besih Luar Bandar yang menelan belanja RM114juta, juga tidak menyelesaiakan masalah air yang telah berdekade lamanya. Rupanya, meskipun ada projek seumpama itu, kalau kesungguhan daripada pihak pelaksana kurang serius, tidak juga dapat menyelesaikan masalah yang didepani.

Netizens melalui Facebook, banyak menuding jari kepada pemimpin yang mempunyai jawatan dalam kerajaan dan mereka menghubungkan kegagalan mengatasi masalah-masalah Kota Belud dengan mereka. Malah ada yang meminta, agar mereka-mereka ini tidak diberi peluang bertanding pada PRU-14. Satu cadangan yang amat nakal, kerana masalah yang ada sebenarnya bukan kerana pemimpin, akan tetapi kelemahan pihak pelaksana. Pelaksana adalah Kakitangan Kerajaan dan kontraktor yang mendapat projek,

Kakitangan yang ada sebahagian besar mahir atas meja, mahir bertutur, akan tetapi tiada kemahiran dalam mengemban tugas. Apabila sesuatu daerah dipenuhi kakitangan kerajaan seperti itu, sepintar atau seligat manapun seorang pemimpin, tidak akan berimpak kepada penyelesaian masalah.

Kekangan seperti inilah yang didepani daerah-daerah di Sabah termasuk Kota Belud.

22 January 2015

Ada Kewajaran Kah Timbon Persoal Salleh?

Datuk Herbert Timbon Lagadan, terpaku dengan pengertian perkongsian kuasa berasaskan individu pada satu-satu kawasan. Mantan ADUN Kedamaian itu gagal melihat secara keseluruhan, Kota Belud. 

Kota Belud ada tiga kawasan Dewan undangan Negeri dan satu kawasan Parlimen.

Perkongsian kuasa bagi satu kawasan parlimen adalah dilihat secara keseluruhan, bukannya berasaskan DUN. Di sinilah kegagalan Timbon, apabila mempersoal Ketua Bahagian Umno Kota Belud, tentang status perkongsian kuasa di DUN Usukan.
Usukan majoriti kaum bajau, Tempasuk kawasan campuran, manakala Kedamaian majoriti KDM. Pada praktik sekarang, pemegang jawatan bagi Usukan majoriti bajau, Tempasuk campuran, manakala Kedamaian majoriti KDM, kemundian, kalau dilihat secara keseluruhan, maka ianya menggambarkan satu perkongsian.

Timbon hanya nampak skop yang kecil, tetapi terlepas pandang skop yang besar. Menyadari hakekat inilah, beliau ditolak pengundi Kedamaian, termasuk daripada kampung halamannya sendiri.

Timbon sudah menjadi catitan sejarah sebagai mantan ADUN yang gagal, meskipun dapat peluang sebagai Pembantu Menteri.

20 January 2015

Herbert Timbon Lagadan Mengigau

ADAKAH patut, sebaik sahaja bangun dari tidur, Hebert Timbon Lagadan, mantan ADUN Kedamaian berpenggal-penggal, akan tetapi tewas tragis pada PRU-13 pada seorang calon yang tidak diketahui ramai mempersoal pula berkaitan perkongsian kuasa Barisan Nasional.

Dalam keadaan teraba-raba mempersoal pula Kedudukan Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap ADUN Usukuan Datuk Salleh Tun Said, sambil bertanya, apa kah komposisi jawatan di peringkat Usukan, termasuk Pejabat Pemimpin Pembangunan Masyaralat (PPM).

Kemudian mengatas namakan pula akar umbi, kononnya suara akar umbi mempersoalkan perkongsian kuasa yang ada dalam Bn. Satu pertanyaan, sejak bila pula, mantan wakil rakyat ini, dekat dengan akar umbi? sedangkan rumahnyapun akar umbi tidak tahu berada di mana, bagi mereka yang tahu, tidak akan boleh masuk sebagai tetamu.

Seorang wakil rakyat berpenggal-penggal sejak tahun 1994, kalah dengan tragis termasuk ditolak sepenuhnya oleh pengundi kampungnya sendiri, kini bersuara pula, mempersoalkan perkongsian kuasa.

Timbon adalah punca penolakan penduduk Kg Tambuton, kerana memecat Ketua Kampung daripada Umno, tanpa sebarang alasan, akibatnya mantan Ketua Kampung itu bersama-sama penduduk kampung bersatu hati menentang pembinaan empangan untuk manafaat Jelapang Padi Kota Belud, dengan pemecatan itu juga beliau kehilangan kerusi DUN Kedamaian.

Kalau sudah ditolak rakyat, mengertilah, bahawa apa-apa tindakan politik sudah berakhir.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels