APA yang paling mengembirakan dalam pilihanraya umum adalah kemenangan parti-parti yang bertanding.
Bagi kes Sabah, parti yang paling banyak menang adalah Umno, sementara parti kompnen banyak calon mengalami kekalahan.
Ambil kes PRU-13 lalu, Semua parti tiada yang memperoleh kemenangan 100 peratus, kecuali PBRS. Manakala Umnopun, kehilangan kerusi Dun Klias, apabila kerusi itu ditawan Janang Gayuh Kaum Bisaya- Datuk Lajim Haji Ukin. Dun Klias sebelumnya adalah wilayah Umno semasa Lajim masih bersama Umno.
Komponen Bn yang mengalami kekalahan paling banyak adalah PBS, diikuti UPKO, LDP, kemudian diikuti MCA. Dua Presiden parti kalah dalam PRU-13, iaitu Presiden Upko Tan Sri Bernard Giluk Dompok dan Presiden LDP Datuk Liew Vui Keong. Kawasan Penampang, tiada yang dimenangi BN, samada peringkat Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri.
Desakan parti komponen Bn Sabah (bukan Umno) untuk bertanding lebih banyak kerusi, sebenarnya, memberi peluang kepada parti pembangkang untuk mendapat kerusi.
Terdengar benar, bahawa komponen parti Bn Sabah seolah-olah cemburu kepada parti Umno kerana banyak bertanding kerusi, tetapi mereka tidak melihat bahawa Umno dapat menyumbang kerusi yang diperlukan. Apa lah gunanya bertanding, kalau hanya untuk kalah.
Bn Sabah pada PRU-13 lalu, menang 48 daripada 60 kerusi yang dipertandingkan, 31 kerusi adalah sumbangan parti Umno. Ertinya, Umno menyumbang 65 peratus kerusi Bn, manakala parti komponen hanya 35 peratus. Adalah wajar, untuk mempertahankan Kerajaan Bn, Umno perlu bertanding lebih banyak kerusi, kerana parti itu adalah parti boleh menang.
Para pemimpin parti komponen Bn, kena berfikir, bahawa kemenangan adalah utama, bukannya atas nama bertanding.
No comments:
Post a Comment