26 January 2015

Apa Kah Rakyat Tolak Musa?

SEMUA pemimpin menerima hakekat, bahawa tiada sokongan 100 peratus. Dalam sistem demokrasi, menang satu undipun dikira sudah menang.

Musa adalah Pengerusi Umno Sabah, kedudukan beliau samalah dengan presiden parti-parti komponen jika dilihat daripada segi parti.Pencapaian seseorang ketua parti, adalah berapa peratus pencapaian kemenangan dalam pilihanraya.

Pada PRU-13, hanya satu kerusi DUN yang ditandingi umno kalah, itupun kawasan janang gayuh bisaya Datuk Lajim Haji Ukin, seorang mantan pemimpin Umno yang telah keluar daripada parti. 

Pada PRU-13 juga memperlihatkan, kawasan Sepanggar yang bukan kerusi Umno menang bergaya.

OKB mengikuti perkembangan politik Sabah sejak tahun 1976. Trend pengundi, sejak tahun itu diamati, penyebab kepada kekalahan, penyebab kepada kemenangan dan sebagainya.

Pada Pru-13, Bn Sabah kehilangan 11 Kerusi DUN dan 2 Kerusi Parlimen, sebagai tambahan kepada kerusi yang gagal ditawan pada PRU sebelumnya, lebih banyak didisebabkan oleh faktor-faktor, pemilihan calon yang tidak tepat, masalah isu pembakaran injil dan Kalimah Allah, sementara di kawasan cina, kaum itu telah lama menyokong DAP, kalah atau menang.

Ambil contoh kawasan Dun Kedamaian Kota Belud, calon yang dikemukan Bn, sebenarnya langsung tidak lagi mendapat tempat dihati pengundi, demikian juga calon Dun Tamparuli, pengundi tolak, kerana sifat calon itu sendiri semasa menjadi ADUN. Sementara bagi Dun Inanam pula disebabkan sabotaj daripada mantan wakil rakyat kawasan itu. Bagi Parlimen Sandakan pula, kerana isu percakaran dalam parti itu, menyebabkan sabotaj antara satu sama lain. Di Parlimen Penampang, pengundi kawasan itu memang menolak kepimpinan Tan Sri Bernard Dompok. Ertinya, kekalahan calon-calon bn pada PRU-13, sama sekali bukan terletak kepada Musa sebagai pengerusi Bn negeri, akan tetapi terletak kepada faktor-faktor tertentu dan setempat.

Dakwaan pemilik facebook, dipercayai palsu (Alfred Chung) dimana kalau dilihat daripada posting-postingnya adalah pembela dan penyokong Datuk Jumat Idris, hanya merupakan dakwaan, bukannya penyebab kepada kekalahan beberapa calon bn pada PRU-13.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels