19 August 2021

PM-9: APA HARAPAN RAKYAT?


HAMPIR pasti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal dipilih sebagai Perdana Menteri ke-9, Perdana Menteri ketiga sejak Mei, 2018.

Apa harapan rakyat? Dalam masa setahun setengah atau kurang sebelum parlimen bubar?

Tiada magic yang boleh dilakukan, hanya mungkin, apabila Program Imunisasi Caovid-19 Kebangsaan (PICK) berjaya memvaksinasi keseluruhan penduduk yang layak, maka dapat membantu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menerusi PPN, telah dikenal pasti, fasa-fasa atau keadaan membuka aktiviti ekonomi dan sosial.

Impak krisis kesihatan, ada lah pengalaman buruk yang dialami rakyat, bukan sahaja memberi kesan pada kehidupan harian, akan tetapi jauh daripada itu.

Perdana Menteri yang mengharungi tiga krisis serangkai-krisis kesihatan-krisis ekonomi-krisis ekonomi, terpaksa mengalah, bukan kerana lari daripada tanggungjawab atau bebanan tugas, akan tetapi terpaksa tunduk pada sistem demokrasi.

Selang beberapa jam daripada sekarang, kerajaan baharu, bakal dibentuk, menangani krisis tiga serangai yang belum selesai.

Melihat senario yang melanda rakyat dan negara, sepatutnya, masa tidak terbuang, hanya memenuhi karenah ahli-ahli politik, yang tidak menyumbang manafaatkan kepada rakyat dan negara.

Perbuatan mereka, telah membuka kelemahan mereka di mata rakyat negara ini.

Kekecohan yang berlaku, walaupun selesai, akan tetapi, tiada perubahan yang jitu, yang boleh menyebabkan keadaan tidak berulang.

Tidak pasti, akan bila kah, kekecohan sebegini akan dinoktahkan, sebabnya kekecohan ini, sebenarnya ada lah bibit-bibit PRU-12, dan puncakya pada PRU-14. Selagi, tiada kuasa 2/3 daripada mana-mana parti politik, seperti mana sebelum ini, tiada jaminan kekecohan yang bermula awal bulan ini dan puncaknya pada 16 Ogos tidak akan berulang.

Apa pun, diharapkan, baki penggal parlimen ke-14 ini, dapat diurus dengan baik oleh pentadbiran negara yang baharu yang diterajui PM yang baharu, khususnya menjayakan PPN, sebelum kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baharu.

HASRAT SHAFIE GUGAT KERAJAAN GRS TERBANTUT


SEJAK kalah dalam PRN-16 Sabah September tahun lalu, Shafie bersama rakan-rakan beliau dalam Warisan Plus, tidak henti-henti mengatur strategi, memujuk Umno berpaling tadah, dan sebaliknya memilih mereka untuk membentuk kerajaan baharu.

Alang kah gembiranya mereka, apabila Datuk Bung Moktar Radin bersama Mohammad Alamin, terlibat menjatuhkan Perdana Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Keadaan begini lah yang mereka tunggu-tunggu, Umno dan Bersatu berpecah. Bagi mereka, kenyataan Umno Sabah kekal bersama GRS, hanya kenyataan politik, kerana apabila di Persekutuan, berlaku penjajaran politik baharu antara Umno dan PH Plus, maka Umno Sabah tiada pilihan, melainkan memilih kerajaan negeri sehaluan dengan kerajaan pusat.

Kini, walaupun kerajaan baharu persekutuan belum diketahui, tetapi, sudah boleh diramal, atas sebab harapan Shafie akan ada kerjasama antara Umno dan PH plus tidak berlaku.

Walaupun kerajaan baharu yang bakal dibentuk, bukan perubahan politik atau penyelesaian politik, tetapi hanya penyelarasan pentadbiran, tetapi jelas, telah menghalang niat Shafie dan pemimpin Warisan.

Shafie dan Warisan teruja sangat mendapatkan kuasa menerusi pintu belakang, kerana mereka sedar, mereka tidak akan mendapat mandat daripada rakyat.

Pada PRU-14, Shafie dan parti beliau gagal mendapat mandat, akan tetapi kerana khianat 6 ADUN Bn, Shafie dapat merampas kerajaan.

Pada PRN-16 Sabah, sebelum kerajaan GRS membentuk kerajaan, Shafie cuba mempengaruhi PBS untuk berkerjasama dengan mereka, membentuk kerajaan. Menurut hemat Shafie, pemimpin PBS itu seperti pemimpin UPKO. Shafie tersilap besar.

Pergolakan politik tanah air akan berterusan, sehingga lah parlimen dibubar.

Kerajaan Persekutuan yang bakal dibentuk, hanya untuk meneruskan Pelan Pemulihan Negara (PPN) agar rakyat terkeluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi.

Walaupun kerajaan yang bakal dibentuk, semacam klon daripada kerajaan yang tumbang, harap-harap isu kerajaan yang mempunyai majoriti paling tipis di dunia, tidak dibangkitkan oleh orang-orang yang sama, kerana tersangat jelas, kerajaan yang bakal dibentuk, bukan kerajaan yang telah menyelesaikan krisis politik, tetapi hanya berkisar pada pergantian nahkoda.

Bagi Shafie and the gang, stop dulu angan-angan membentuk kerajaan pintu belakang, kerana tidak akan belaku dalam masa terdekat.

Kerajaan GRS, adalah kerajaan yang diberi mandat rakyat. Mana-mana parti yang cuba mengkhianatinya, akan dikuburkan oleh pengundi pada pilihan raya.

18 August 2021

KERANA FAKTOR ANWAR- AHLI PARLIMEN EX PN BERTAUT

ABAH tumbang, kerana 15 ahli parlimen Umno yang diketuai Presiden dan mantan Presiden. Itu lah fakta yang bakal dicatit dalam sejarah politik tanah air.

Kini, semua ahli parlimen ex Perikatan Nasional (PN) bertaut semula, kerana faktor Anwar.

Faktor Anwar menjadi unsur kesepakatan antara parti-parti ex kerajaan PN, hanya kerana, Anwar disokong DAP.

Dua parti yang ada pengalaman bersama DAP, selain Bersatu, adalah PAS. Bersama DAP, sama dengan menyimpan singa dalam rumah.

Iktibar apa yang dapat dipelajari pada kejatuhan Abah? Hanya satu, sifat kepimpinan yang menerima takdir. Kepimpinan Bersatu, sekali lagi membuktikan, apabila hilang kedudukan, tidak melatah, tidak memberontak, sebaliknya, terima hakikat, jika pernah disokong, maka tiba masanya menyokong pula.

Apabila Umno menamakan Naib Presiden parti itu- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mantan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan PN, Bersatu menyokong sebulat suara, termasuklah Presiden yang tersingkir daripada jawatan Perdana Menteri.

Kepimpinan yang ditunjukkan pemimpin Bersatu, menunjukkan kesetiaan, pada pihak yang sepatutnya perlu setia. Memang, Bersatu ada rekod, lari daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibentuk bersama DAP. Lari bukan tidak setia, akan tetapi, kesetiaan yang membawa mudarat kepada ummah, lebih banyak keburukkannya, dan lebih berdosa.

Jika pemimpin Bersatu itu ada dendam, boleh sahaja menyokong Anwar. Anwar hanya perlu sokongan 6 ahli parlimen, untuk mendapat sokongan majoriti. Tetapi, ianya tidak berlaku. 31 ahli parlimen parti itu, kekal mendokong sebuah kerajaan Melayu/bumiputera.

Kata orang, “Facts speak louder than words”.

ISMAIL SABRI YAAKOB BAKAL DILANTIK PM-9


Ahli Parlimen Bera, Pahang, yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri era Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin yang meletakkan jawatan bersama kabinet pada 16 Ogos, 2021, ekoran kehilangan sokongan majoriti, bakal dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9 negara, kerana disokong majoriti daripada 220 ahli parlimen.

Datuk Ismail Yaakob yang juga Naib Presiden Umno, adalah calon tunggal parti itu, Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Gabungan Parti-Parti Sarawak, PBS dan 4 ahli parlimen bebas.

Saingan terdekat beliau adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disokong Pakatan Harapan, Warisan,Pejuang, PSB, UPKO dan 2 ahli parlimen bebas gagal mendapat sokongan majoriti yang diperlukan.

Episod pertukaran Perdana Menteri mengikuti langkah Perak Disember lalu, yang membabitkan pemimpin daripada parti yang sama. Langkah Perak membabitkan Timbalan Presiden, kali ini pula membabitkan Presiden.

Kerana hanya membabitkan jawatan Perdana Menteri, maka dasar-dasar kerajaan terdahulu akan diteruskan, terutama Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tidak dipastikan lagi, apa kah menteri-menteri yang dilantik terdiri daripada individu yang sama dan kembali ke kementerian yang sama, terutama menteri kewangan, menteri kesihatan dan menteri Inovasi dan teknologi. Ada lah diyakani, para individu tersebut akan dilantik semula dan kembali ke kementerian masing-masing, untuk menyambung tugasan dan tanggubjawab yang perlu disempurnakan.

Mungkin beberapa kementerian, akan berlaku pergantian, khususnya kementerian Luar bandar dan wilayah, kementerian multimedia dan komunikasi yang kurang menyerlah sepanjang 17 bulan.

Selain itu, apakah berlaku pengecilan jumlah kabinet? Atau kah akan sama? Sama-sama kita tunggu, selepas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri ke-9 negara.

Jika perlantikan ini dapat disempurnakan, maka dalam tempoh 3 tahun, Malaysia telah mempunyai 3 Perdana Menteri, sedangkan di masa lalu, mererlukan berpenggal-penggal, termasuk yang terlama, iaitu 22 tahun.

Jika Datuk Ismail Sabri Yaakob, tiada aral melintang, dan selepas mendapat perkenan SPBA, maka akan mengangkat sumpah jawatan dalam masa yang terdekat. Tahian daripada SUARA RAKYAT!!!

17 August 2021

KLON PN BAKAL TUBUHKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN


TIDAK kira lah siapa ahli parlimen yang dipersetuji dan seterusnya diperkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang jelas bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan juga Datuk Shafie Apdal.

Alhamdulliah, akhirnya semua ahli parlimen Umno bertaut semula dalam BN, semua ahli parlimen Bersatu, kekal bersatu dalam PN, Gabungan Parti Sarawak, kekal bergabung, Pas bersetia susah dan senang dalam PN, demikian juga PBS, meneruskan bersatu, manakala bebarapa ahli parlimen tidak berparti mengikat persahabatan.

Sebelum pukul 4.00 petang esok, seperti mana dikehendaki, setiap ahli parlimen muafakat baharu ini, akan menghantar surat akuan bertulis yang mencatit hanya satu nama. Dan yang paling mustahak Jumlah mereka melepasi jumlah majoriti yang diperlukan.

SEMENTARA klon PN ini sedang memuktamadkan ikatan, ada pula pihak mengaku adanya KERJAAN PERPADUAN, antara parti, untuk menyahut titah SPBA. Hakikatnya perbuatan mereka itu, hanya merupakan perang saraf antara mereka, sebagai penghibur hati, kerana ayam tambatan mereka, tidak dapat melepaskan tag PM TEPI.

HAJIJI ALU-ALUKAN BANTUAN AMERIKA SYARIKAT



Hajiji berhubung secara maya dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian D Mcfeeters.

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah menzahirkan penghargaan kepada Amerika Syarikat atas pelbagai bantuan yang diberikan kepada negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan perkara itu ketika berhubung secara maya dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian D Mcfeeters pada Isnin. 

"Kami berterima kasih dengan semua bantuan yang diberikan oleh Amerika Syarikat kepada Malaysia dan Sabah dalam bidang pendidikan, pemuliharaan alam semula jadi dan yang terbaharu bantuan untuk memerangi pandemik Covid-19.

"Bantuan ini akan mempercepatkan lagi usaha kami dalam memerangi cabaran susulan penularan pandemik Covid-19," katanya. 

Hajiji dalam pada itu turut menyambut baik janji duta iaitu sebanyak AS$1 juta untuk usaha pemuliharaan hidupan liar di Sabah bagi melengkapkan program pelindungan hidupan liar yang sedang dilaksanakan di negeri ini. 

AKAN KEMBALI KAH KLEPTOKRAT DITAMPUK KUASA?


MALAYSIA akan menjadi bahan ejekkan lagi, bukan sahaja dalam negara, akan tetapi di peringkat dunia, sekiranya benar-benar kumpulan klepktokrat kembali ke tampuk kuasa.

Benar, kumpulan ini, pernah menyokong tanpa diberikan apa-apa peranan, dalam kerajaan PN, kerana kehadiran mereka tersebut, hanya untuk mencukupi kerusi, dalam sistem demokrasi, ya, hanya untuk mencukupi kerusi!!! Tidak lebih daripada itu.

Selama 17 bulan, kumpulan kleptokrat ini, tidak mampu menggait ahli parlimen separti atau mana-ahli parlimen lain yang menyokong kerajaan, untuk menjatuhkan kerajaan, termasuk gagal menterjemahkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan.

Apabila sahaja timbul pembatalan ordinan darurat atas sebab isu teknikaliti, yang menyebabkan SPBA dukacita, kumpulan ini, gahirah semula, daripada mati hidup semula, dengan mengapungkan isu derhaka.

Sebagai impak kepada isu derhaka, telah menyebabkan kumpulan itu dapat menggaitkan sehinggakan jumlah mereka mencapai 15, dan jumlah itu tentunya lebih dari mencukupi untuk menjatuhkan kerajaan yang mereka sertai.

Mereka yang ikut menyokong tersebut, kononnya menghormati ketetapan parti, sedangkan ketetapan parti itu, terhasil oleh kumpulan kleptokrat.

Kumpulan kleptokrat disokong pula oleh MKT yang sebahagian besarnya dianggotai oleh mereka yang ditolak dengan teruk oleh rakyat pada PRU-14. Dalam MKT, yang ditolak rakyat, ada mantan menteri-Menteri Besar, ada Menteri kanan, malah mereka mempunyai kedudukan selesa dalam kerajaan.

Kini, SPBA sedang memperhalusi, siapa individu yang difikirkan oleh baginda mungkin mendapat sokongan majoriti ahli parlimen, akan diperkenankan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9.

Pada proses penentuan pada kali ini, ketua parti, jika merupakan ahli parlimen, maka hanya boleh mewakili dirinya, manakala yang bukan, tidak boleh mewakili ahli parlimen parti tersebut.

Kaedah terbaharu ini, sesuai dengan arahan Speaker Dewan Rakyat, iaitu, mana-mana ahli parlimen perlu mengemukakan surat akuan persendirian yang menamakan calon Perdana Menteri yang disahkan benar oleh yang berwajib, untuk dipersembahkan kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.

Ada lah diharapkan, individu yang terpilih nanti, dijauhi daripada cengkaman, kem klepkotrat, meskipun kem itu, menjadi penyokong dan noktah pada status itu sahaja. Mereka diperkirakan tidak dapat mengulangi tindakan mereka semasa menjatuhkan kerajaan PN, kerana kesuntukkan masa, kerana jika tindakan mereka berulang, maka PRU-15 boleh sudah dilaksanakan, menerusi pembubaran parlimen.

Dalam kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau tidak dapat memohon pembubaran parlimen, kerana pilihan raya sama sekali tidak kondiusif dilaksanakan, kerana cengkaman covid-19 yang belum mereda, atas sebab hampir 80% dewan-dewan undang negeri seluruh negara berada pada zon merah, setakat 10 Ogos, 2021. Tan Sri Muhiyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-8 negara pada 16 Ogos, 2021.

16 August 2021

BERAKHIRNYA KERAJAAN ABAH


SEBUAH kerajaan prihatin rakyat, akhirnya berakhir pada 16 Ogos, 2021, 15 hari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan.

Tumbang bukan kerana apa, kerana perbuatan kawan-kawan yang mengutamakan kepentingan peribadi.

Jika memetik ucapan Tan Sri Muhiyiddin Yassin semasa mengumumkan perletakan jawatan, mengakui, kerana beliau enggan mengorbankan prinsip, adalah punca tumbangnya kerajaan prihatin rakyat.

Malang sungguh nasib rakyat negara ini, kerana perbuatan segelintir ahli parlimen, sebuah kerajaan peduli rakyat terpaksa mengalah, kerana memenuhi sistem demokrasi.

Nasib rakyat yang disandarkan pada 220 individu, yang asalnya rakyat biasa juga, tetapi diletakkan sebagai ahli parlimen, bagi membela 32 juta orang, apabila berbalah, bukan kerana kepentingan rakyat, akan tetapi peribadi, maka 99 peratus rakyat menjadi mangsa.

Punca tumbangnya kerajaan Abah, hanya kerana angkara 15 individu, manakala 105 lagi bertempik dan bersorak memberi dokongan dan sokongan.

Kini, walaupun Abah dan kerajaan beliau tumbang, akan tetapi masih diberi tanggungjawab dan amanah sebagai caretaker Prime Minister, sehingga seorang dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Mungkin sekarang 120 ahli parlimen tersebut, bukan sahaja puas, akan tetapi telah klimaks, dan kerana itu, tiba-tiba kerancakkan membidas, mengertik, mendesak, dan 1001 macam tohmahan dan dakwaan, senyap. Tetapi, di laman FB Tan Sri Muhiyiddin, dipenuhi luahan neitizen yang merasa sedih, dan ramai yang menangis, kerana Abah, bukan lagi Perdana Menteri.

Rupanya, panggilan Abah itu, bukan atas nama sahaja, akan tetapi telah meresap di jiwa rakyat yang benar-benar terasa, keprihatian Abah dan kabinet beliau, selama 17 bulan.

Tidak mudah mendapat pengiktirafan sedemikian tinggi daripada rakyat jelata, apa tah lagi dalam tempoh Abah sebagai Perdana Menteri, rakyat melalui bukan sekali PKP, akan tetapi 3 PKP, dan termasuk yang terakhir Total Lockdown. Rakyat terkurung begitu lama, ramai rakyat kehilangan pekerjaan,ramai rakyat kehilangan keluarga tercinta, tetapi sungguh diluar dugaan, apabila pemimpin yang terlibat sama mengharungi masa-masa sedemikian, bukan disambut dengan kegembiran akan tetapi kesedihan yang amat mendalam, apabila pemimpin yang dipanggil Abah, terpaksa melepaskan jawatan.

KEM ZAHID: KUCAR KACIRKAN KERAJAAN SATU KEPUASAN


DIKALA ini, mungkin semua anggota kem Zahid, sudah mencapai klimaks, kerana usaha mengkucar kacirkan kerajaan telah berjaya.

Walaupun, pengumuman rasmi Tan Sri Muhiyiddin Yassin dijadualkan pada jam 3.00 petang ini, akan tetapi ciapan dua mantan menteri, seorang memberi tahu, menghadiri mesyuarat kabinet terakhir, dan seorang lagi, mengatakan seluruh anggota kabinet telah mengutus surat perletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Butiran pengumuman petang ini, akan diketahui kedudukan Perdana Menteri, kabinet dan kerajaan Perikatan Nasional.

Walaupun, semua boleh menduga, bahawa kandungan pengumuman tersebut berkaitan perletakan jawatan Perdana Menteri dan kabinet, tetapi, secara faktanya, untuk sementara hanya Tan Sri Muhiyiddin dan Agong sahaja yang tahu.

Malang bagi rakyat negara ini, dikala kerajaan di tengah-tengah usaha rancak memerangi pandemik sekaligus memulihkan ekonomi negara, berlaku pula kucar kacir yang digerakan oleh kem Presiden Umno.

Parti yang membawa misi Demi Agama ,Bangsa dan Tanah Air (ABATA), menjadi biang kerok, membelakang rakyat dan negara.

Umno itu, parti keramat melayu/bumiputera, tercemar namanya, kerana perbuatan pemimpinnya sendiri.

Umno adalah parti yang membawa kemerdekaan kepada negara, namun kerana karenah pemimpinnya sendiri, Umno kehilangan kuasa yang digenggam sejak merdeka pada PRU-14. Kini, Umno diseret pula oleh pemimpinnya sendiri memangsakan rakyat.

Akan terpahat dalam sejarah Malaysia, bahawa dikala rakyat memerlukan pembelaan, maka pemimpin yang gila kuasa yang menjadi penyebab, kekucar kaciran.

PARLIMEN BUBAR SATU OPTION TAN SRI MUHIYIDDIN YASSIN


SEMENTARA semua pihak tertumpu pada kemungkinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin menyerahkan surat perletakan jawatan pada YDPA tengah hari ini, di Istana pula berlaku majlis menghadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Pada kelazimannya, di masa lalu, jika ini berlaku, maka sebagai petanda adanya pilihan raya.

Memang semua pihak memandang, kerana covid-19 belum mereda, maka tidak kondusif untuk mengadakan pilihan raya. Akan tetapi, tidak menutup kemungkinan itu, asalkan,SPR mempunyai kesanggupan melaksanakannya dengan SOP khusus untuk itu.

Berbeza dengan PRN-16 Sabah atau pilihan raya di negara luar yang dilaksanakan sebelum ini, kerana belum adanya vaksinasi, maka pilihan raya telah menyebabkan peningkatan jangkitan.

Jika PRU-15 dilakasanakan pada awal November, 2021, lebih separuh rakyat telah menerima vaksin, keadaan tersebut memungkinkan diadakan pilihan raya.

Kemelut politik yang ada, tidak akan selesai menerusi pertukaran Perdana Menteri, atau pertukaran kerajaan, atau bentuk kerajaan apapun. 

Jika kerajaan yang mengambil alih, kononnya untuk menangani krisis kesihatan dan ekonomi, tidak akan mampu berbuat banyak, kerana metodolgi yang bakal digunakan adalah sama.

Telah pun ditemui ramuan jalan keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi, iaitu menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN). Hanya melalui PPN sahaja jalan keluar dapat direalisasikan, bukannya, dalam bentuk lain, atau bergantung siapa Perdana Menteri.

Berasaskan pada keadaan ini, option parlimen bubar, untuk membolehkan mandat dikembalikan pada rakyat, adalah option sebaik-baiknya.

15 August 2021

TAN SRI MUHIYIDDIN YASSIN AKAN DIKENANG SEBAGAI ABAH PRIHATIN


SEANDAINYA, rakyat boleh mempertahankan Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, diyakni lebih separuh rakyat negara akan bangun mempertahankan beliau.

Abah terpaksa mengalah pada sistem demokrasi yang digunapakai, iaitu siapa yang paling banyak kerusi parlimen, maka pemimpin itu lah yang dikira mendapat sokongan.

Pun demikian, walaupun hanya 17 bulan sebagai Perdana Menteri, akan tetapi sumbangan beliau pada rakyat, bagaikan setengah abad.

Ditakdirkan Abah menjadi ketua kerajaan, dikala rakyat mendapat musibah besar yang tiada tolok bandingnya. Bencana yang tidak memberi ruang sedikit sudut di dunia ini, semuanya dilanda tanpa segan-silu termasuk mengambil nyawa.

Abah, sebagai seorang ketua keluarga, faham dan megerti kesusahan, keperitan, bertindak sebaik mungkin, memastikan, sekurang-kurangnya makanan atas meja setiap warga tersedia.

Kita semua maklum, sebaik sahaja Abah dilantik sebagai Perdana Menteri sehingga di saat akhir beliau sebagai ketua kerajaan, masih ingat dengan tanggungjawab, kerana masih dapat mengeluarkan keputusan berkaitan perlongaran SOP, semata-mata untuk memudahkan rakyat jelata.

Semua tindakan beliau bersama kerajaan dan anggota kabinet yang beliau pimpin, boleh digoogle atau melayari laman-laman sesawang, mana-mana kementerian, jabatan-jabatan kerajaan atau agensi kerajaan, telah tersenari 1001 perkara yang keseluruhannya untuk kepentingan rakyat dan negara.

Tidak cukup dengan itu, bacaan doa beliau memohoan ke hadrat Allah SWT, agar semua rakyat terhindar daripada malapetaka covid-19, tiap hari berkumandang dicorong-corong radio.

Belum pernah, berlaku, di negara ini, bacaan doa seorang Perdana Menteri sentiasa diulang-ulang, selama 17 bulan.

Apa pun kesudahannya, Abah, akan terus terpahat di hati rakyat dengan segala kebaikanya.

Benar lah kata pujanga, kenangan itu cukup tinggi nilainya.

JAWATAN PERDANA MENTERI- ANWAR MELEPAS LAGI


DATUK Seri Anwar Ibrahim, mengharap setinggi gunung Kinabalu, apabila Tan Sri Muhiyiddin Yassin meletakkan jawatan, maka peluang beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9.

Malang sungguh, harapan tersebut, tidak akan tercapai, kerana Perikatan Nasional bertaut semula, selepas hasrat kem Zahid tercapai.

Walaupun Muhiyiddin meletakkan jawatan, namun sebagai Penegerusi Perikatan Nasional (PN), adalah pemimpin yang memastikan kerajaan PN kekal sehingga parlimen bubar.

Jiwa besar Presiden Bersatu tersebut, sukar dicontohi,kerana sanggup berkorban, demi rakyat dan negara.

Ada lah norma baharu politik tanah air yang dipamerkan oleh pemimpin Bersatu, apabila kehilangan jawatan tidak melatah apa tah lagi memberontak.

Tidak sedikit pemimpin Bersatu kehilangan jawatan, seperti MB Johor, MB Perak, namun, kekal sebagai kawan sepasukan dengan mereka yang mengambil alih. Keadaan ini, tidak terkecuali berlaku pada Tan Sri Muhiyiddin, kerana beliau mahu membuktikan apa erti kepimpinan melalui teladan.

Apabila Perdana Menteri meletakkan jawatan, Kerajaan tidak terbubar, hanya berlaku pergantian Perdana Menteri.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels