16 August 2021

BERAKHIRNYA KERAJAAN ABAH


SEBUAH kerajaan prihatin rakyat, akhirnya berakhir pada 16 Ogos, 2021, 15 hari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan.

Tumbang bukan kerana apa, kerana perbuatan kawan-kawan yang mengutamakan kepentingan peribadi.

Jika memetik ucapan Tan Sri Muhiyiddin Yassin semasa mengumumkan perletakan jawatan, mengakui, kerana beliau enggan mengorbankan prinsip, adalah punca tumbangnya kerajaan prihatin rakyat.

Malang sungguh nasib rakyat negara ini, kerana perbuatan segelintir ahli parlimen, sebuah kerajaan peduli rakyat terpaksa mengalah, kerana memenuhi sistem demokrasi.

Nasib rakyat yang disandarkan pada 220 individu, yang asalnya rakyat biasa juga, tetapi diletakkan sebagai ahli parlimen, bagi membela 32 juta orang, apabila berbalah, bukan kerana kepentingan rakyat, akan tetapi peribadi, maka 99 peratus rakyat menjadi mangsa.

Punca tumbangnya kerajaan Abah, hanya kerana angkara 15 individu, manakala 105 lagi bertempik dan bersorak memberi dokongan dan sokongan.

Kini, walaupun Abah dan kerajaan beliau tumbang, akan tetapi masih diberi tanggungjawab dan amanah sebagai caretaker Prime Minister, sehingga seorang dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Mungkin sekarang 120 ahli parlimen tersebut, bukan sahaja puas, akan tetapi telah klimaks, dan kerana itu, tiba-tiba kerancakkan membidas, mengertik, mendesak, dan 1001 macam tohmahan dan dakwaan, senyap. Tetapi, di laman FB Tan Sri Muhiyiddin, dipenuhi luahan neitizen yang merasa sedih, dan ramai yang menangis, kerana Abah, bukan lagi Perdana Menteri.

Rupanya, panggilan Abah itu, bukan atas nama sahaja, akan tetapi telah meresap di jiwa rakyat yang benar-benar terasa, keprihatian Abah dan kabinet beliau, selama 17 bulan.

Tidak mudah mendapat pengiktirafan sedemikian tinggi daripada rakyat jelata, apa tah lagi dalam tempoh Abah sebagai Perdana Menteri, rakyat melalui bukan sekali PKP, akan tetapi 3 PKP, dan termasuk yang terakhir Total Lockdown. Rakyat terkurung begitu lama, ramai rakyat kehilangan pekerjaan,ramai rakyat kehilangan keluarga tercinta, tetapi sungguh diluar dugaan, apabila pemimpin yang terlibat sama mengharungi masa-masa sedemikian, bukan disambut dengan kegembiran akan tetapi kesedihan yang amat mendalam, apabila pemimpin yang dipanggil Abah, terpaksa melepaskan jawatan.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels