1 October 2009

Bagan Pinang: Surat Khabar Lama Lawan Sampah Lama

Pertarungan antara surat khabar lama lawan sampah lama akan berlaku di DUN Bagan Pinang bermula 3 Oktober ini.

Surat Khabar lama merupakan bahan yang dicari-cari untuk dikitar semula. Di Kaca-kaca TV maupun iklan-iklan di di tepi jalan selalu kita nampak pembeli surat-surat khabar lama.

Surat khbar lama selain boleh dikitar semula untuk dijual semula, malah menjadi bahan penting dalam cetakan surat khabar maupun kilang-kilang kotak.

Namun sampah lama..boleh juga berfaedah kerana akan menajdi kompos untuk baja, tetapi jika sampah itu adalah plastik,maka memerlukan 100 tahun untuk terurai. Sampah selain membawa sifat yang menjejekan juga merupakan punca pencemaran alam.

Di suatu masa dahulu kerajaan Selangor pernah melawan Jepun untuk melihat bagaimana sampah dikitar semula untuk jadi bahan tenaga, akan tetapi kaedah yang digunakan di Jepun itu terlalu mahal sehingga kini cadangan tersebut belum dibagunkan.

Di Bagan Pinang akan terjadi pertarungan antara Surat Khabar lama dan Sampah lama.. Pemenangnya kita tunggu

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels