22 October 2009

Nizar-Pas: Ada Apa Dengan Pengundi Pos? Mereka Juga Warganegra

Tindakan PAS untuk terus mempersoalkan ketelusan undi pos dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang baru-baru ini adalah untuk menjaga perasaan penyokongnya yang tidak boleh menerima hakikat kekalahan parti itu, kata calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad.

isa samad interview 150509Katanya ini kerana parti itu sudah menanam lebih awal keyakinan bahawa PAS akan menang kerusi tersebut, kepada para penyokong hingga mereka sanggup datang beramai-ramai dari seluruh negara.

"Bagi menjaga perasaan penyokongnya kononnya PAS kuat, parti itu terpaksa mencari alasan dan menjadikan undi pos sebagai 'kambing hitam'," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus pengedanlian hotel bajet anjuran Persatuan Hotel Bajet Malaysia di Port Dickson hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan PAS yang mempertikaikan ketelusan undi pos dengan membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) semalam dan bercadang memfailkan petisen mencabar kemenangan BN dalam pilihan raya tersebut.

Dalam pilihan raya kecil pada 11 Oktober itu, Mohd Isa menang dengan majoriti 5,345 undi mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar.

Mohd Isa berkata tindakan PAS itu menyerlahkan sikap sebenar parti itu yang akan terus mempersoalkan sistem di negara ini sekiranya tidak memihak kepada mereka.

"Jika membawa untung, mereka akan menyokong. Ini adalah sikap sebenar PAS dan pembangkang," katanya. - Bernama

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels