29 March 2011

Datuk T boleh dilindungi undang-undang: Nazri

Trio 'Datuk T' yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang mendedahkan video berkenaan.

"Bagaimanapun, kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam ketika diminta mengulas mengenai perlindungan undang-undang yang boleh diberi kepada trio berkenaan.

Rabu lepas, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tampil membuat penafian beliau individu di dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah tampil untuk disoal siasat polis di Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.

Nazri berkata perkara itu bukan berkisar kepada persoalan undang-undang semata-mata tetapi ia turut melibatkan persoalan moral.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memfailkan saman terhadap Anwar yang mengaitkan beliau dalam kes video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, Isnin lepas.

Berikutan itu, Hishammuddin melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham semalam bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap ketua pembangkang terbabit.

Menurut sumber Kementerian Dalam Negeri, dakwaan Anwar bahawa Hishammuddin adalah dalang di sebalik penayangan video yang membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang tersebut telah menjatuhkan maruah dan nama baiknya sebagai menteri.

Kata sumber itu, tindakan undang-undang itu diambil bagi membersihkan nama Hishammuddin.

Anwar dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.

Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan.
- Bernama

12 comments:

madd said...

tunggu sajalah sehingga siasatan selesai bagi mengetahui kebenaran kes ini.

Mohd Ishak said...

Siasat dulu, siapa yang salah.

UrbanAngel said...

Soon the truth will reveal....

UrbanAngel said...

But i will let this case investigate 1st.. no point making an assumption now.

Wazxiran said...

bermacam-macam dilakukan bila diri bersalah. Menyalahkan orang lain lah dan sebagainya. Apa pun kita tunggu saja keputusan dari siasatan..

Jason said...

Better to wait till the investigation is over.

Jason said...

Hopefully there be a progress in the investigation.

rebirth said...

seperti biasa bagi menyelamatkan parti dan diri beliau, sesiapa sahaja akan difitnah oleh Anwar.

tombolo said...

siasatan masih lagi dilakukan, kita tunggu ja hasilnya.

Paquin said...

Boring betul dengan isu ni oo.. huhuhu

Paquin said...

Apapun, kita tunggu sajalah hasil siasatan. Sementara itu tak perlulah buat apa2 andaian dulu. hehe

shiro said...

Bila siasatan sudah selesai,barulah semuanya akan terdedah.Jadi,biar pihak penyiasat menjalankan tugas mereka.Tidak perlu kita membuat andaian yang tidak menentu supaya situasi tidak bertambah kalut.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels