1 August 2012

Ke mana sudah Datuk Lajim?

BENAR juga kata sebahagian besar pengamat politik Sabah, tindakan Datuk Lajim keluar BN, tidak berimpak.

Malah penggurannya sebagai Timbalan Menteri, Perdana Menteri menggunakan istilah PEMBATALAN perlantikan. Perkataan Pengguguran tidak sama dengan pembatalan.

Lajim yang menginginkan untuk DIPECAT akhirnya tidak kesampaian.. meloponglah ahli politik veteran itu. 

Apabila ditanya reaksinya terhadap istilah yang digunakan terhadap kedudukannya dalam kabinet, LAJIM melopong, tidak tercetus apa-apa jawapan daripada mulutnya... belum ada idea katanya.

Seorang yang menganggap dirinya seorang pemimpin.. syogianya siap siaga pada sebarang kemungkinan; hakekatnya tidak berlaku pada Lajim.

Lajim masih terkejut kerana tindakan yang dirancangnya tidak berimpak, atas sebab tiada tanda-tandapun ahli atau penyokong Umno/Bn turut ikut bersama-sama berjuang dengannya.

Kini, Lajim hanya menunggu untuk dipecat daripada Umno, Parti Umno menggunakan urus pentadbiran yang betul dengan menghantar surat tunjuk sebab mengapa beliau tidak boleh dipecat daripada parti. 14 hari tempoh beliau menjawabnya, selepas itu, apa kah beliau menjawabnya, tindakan pembatatan keahliannya akan diteruskan.

Umno tidak boleh mempunyai ahli seperti Lajim, kerana tindakannya secara terang-terangkan bercanggah dengan perjuangan parti.
Yang peliknya selepas berbulan-bulan melakukan tindakan berlawanan dengan aspirasi parti dan kemuncaknya pada 29 Julai, kini kelibat Lajim menghilang, .... apa yang berlaku???

3 comments:

Ian Cooper said...

UMNO masih bagi peluang kepada Lajim tapi nampaknya hati Lajim sudah ada pada parti pembangkang. lebih baik keluar keluar serta merta saja.

mantera said...

Lajim ingin dipecat supaya dia boleh mendapatkan simpati daripada rakyat, tapi ia tak tercapai.

mantera said...

baik Lajim keluar ja sendiri dari UMNO, tak perlu tunggu dipecat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels