7 August 2012

PRU-13: Rakyat perlu hukum habis-habis pemimpin katak

KALAU bercakap soal pemimpin Katak,pasti ramai yang merujuk pemimpin Sabah. Beberapa bulan lalu, Dr Jeffery Kitingan pernah berkata, tiada seorangpun pemimpin Sabah yang bukan pemimpin katak.

Terus terang, hanya mungkin "pemimpin Usno" yang bukan katak, kerana para pemimpinnya bukan melompat, tetapi Parti Usno itu sendiri dibubarkan dan secara enblok-semua ahli dan pemimpinnya masuk Umno.

Pada masa ini, mereka yang yang tergolong bukan pemimpin katak, adalah mereka yang hanya menjadi ahli sesebuah parti, dan tidak pernah bertukar parti.

Rakyat Sabah benar-benar tahu siapa-siapa pemimpin katak. Sudah tiba masanya semua pemimpin katak ini dihapuskan, kerana bukan sahaja menjadi racun demokrasi, akan tetapi menjadi racun kepada rakyat.

Tiada apa-apa yang boleh dicontohi daripada pemimpin katak, melainkan mereka ini adalah tergolong pemimpin yang tidak amanah dalam perjuangan. Apapun alasan yang diberikan untuk menghalalkan pemimpin katak; tetap mereka itu terdiri golongan yang tidak amanah dalam perjuangan.

Rakyat bermula pada PRU-13, perlu menghapuskan pemimpin katak untuk selama-lamanya, agar menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja. Kalau bukan rakyat yang menentukan.. siapa lagi?

8 comments:

Green Sabah said...

The biggest frog in Sabah political history is no other than Jeffrey Kitingan. From PBS to PBRS to AKAR Bersatu to UPKO, then in PKR and lastly he formed his own Star. Cannot be denied that he is indeed the King of Frogs.

Green Sabah said...

Sabahans should reject political frogs. They cannot be trusted.

Ian Cooper said...

Pemimpin yang berpindah dari sebuah parti ke parti yang lain tidak akan dipandang negatif jika tujuan mereka bukan untuk mengejar kepentingan diri sendiri.

mantera said...

pemimpin katak adalah pemimpin yang tiada pendirian. dan jgnlah kita pilih pemimpin katak.

mantera said...

pilih pemimpin yang ada pendirian dan benar2 berjuang untuk rakyat.

Sanih Alias said...

Apa pun kita tunggu saja apa kata rakyat dengan pemimpin sebegini.

Kris Jr said...

Jangan undi pemimpin katak hanya merosakan semua masa depan.

Kris Jr said...

Pasti rakyat tahu apa yang harus dibuat

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels