11 February 2013

Kepimpinan Dr Salleh Said

MEMANG berasas apabila ramai yang mengatakan bahawa kepimpinan Datuk Dr Salleh Tun Said disenangi baik kawan mahupun lawan.

Kerana sifat kepimpinan Presiden Usbo itu yang sukar menyimpan perasaan dendam kepada sessiapapun, atas sebab itu, baik dalam arena politik mahupun persatuan, beliau mampu mengayumi berbagai pihak, walaupun pada suatu waktu merupakan musuh politik.

Suara Rakyat terbaca satu salinan Surat Perlantikan yang dipaparkan di Wall FB seorang rakan berhubung hasrat Presiden Usbo itu melantik seorang peguam Mohd Shukor Abdul Mumin sebagai Penasihat Undang-undang dan Pengerusi Biro Professional pertubuhan itu yang bertarikh 6 Februari 2013.

Bagi mereka yang berasal daripada Kota Belud, sudah tentu kenal siapa Mohd Shukor, kerana beliau merupakan salah seorang calon PKR pada PRU-12 lalu bagi kawasan DUN Usukan.

Pada PRU 2008, Shukor menentang calon Bn Datuk Japlin Akim satu lawan satu. Beliau bagaimanapun tewas dengan hanya mendapat undi 3,941 berbanding Japlin 7,964 undi.

Sebenarnya Shukor bukan asing bagi politik Kota Belud, kerana beliau pernah menjadi Ketua Pemuda Bahagian Kota Belud sebelum Datuk Japlin.

Dalam politik semua boleh berlaku. Kerana peraturan parti Umno, sesiapa sahaja ahlinya yang menentang calon parti dalam sesebuah pilihanraya, maka peraturannya seseorang itu dipecat daripada parti.Suara Rakyat tidak pasti, apakah Shukor dipecat ataupun telah keluar daripada parti.

Apabila dipecat, maka sukar seseorang itu menjadi ahli semula, keculai mendapat restu daripada Majlis Tertinggi parti.

Datuk Salleh sebagai Ketua Bahagian Umno Kota Belud merangkap sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, melihat walaupun seseorang itu pernah dipecat daripada parti, namun kembali menyokong parti, tetapi kerana urusan pentadbiran, maka seseorang itu belum boleh menjadi ahli parti, maka ianya perlu diambil pendekatan yang bersifat menang-menang. 

Dikeranakan Usbo merupakan ahli terus Bn, maka adalah sesuai melantik atau menerima seseorang itu yang mempunyai aspirasi sama dengan Bn. Inilah mungkin salah satu faktor mengapa Presiden Usbo itu mengsyorkan dan berhasrat seseorang seperti Mohd Shukor Abdul Mumin dilantik sebagai penasihat Undang-undang Usbo merangkap Pengerusi Professional pertubuhan itu.

Salleh sedar dalam politik yang penting adalah jumlah. Atas sebab itu semakin ramai jumlah yang menyertai sesuatu badan politik, maka cerahlah harapan sesebuah parti itu berdapan dengan sebarang pilihanraya.

Melalui perlantikan Shukor dalam Usbo, maka semakin berkuranglah aktivtis yang menentang Umno khususnya bagi Daerah Kota belud, kerana jika pada suatu ketika Shukor sebagai penentang kini bersama-sama Umno melalui Usbo bersepadu semula sebagai satu pasukan. 

Tahniah kepada Datuk Dr Salleh kerana mempunyai pandangan ke hadapan untuk mengayomi semua lapisan dan mencoraknya sebagai satu pasukan.

44 comments:

unknown said...

Kepimpinan terbukti.

unknown said...

This is where the person lies on.

unknown said...

Yang penting adalah kepimpinan beliau terbukti.

unknown said...

We have to believe in.

unknown said...

Congratulates.

unknown said...

The heart belongs to those who understands.

unknown said...

Rakyat mampu meniyakan.

unknown said...

People know best.

unknown said...

Sokongan padu rakyat.

Paquin said...

Teruskan kepimpinan yang memfokuskan kebajikan rakyat dan bukannya kepentingan politik masing-masing.

Paquin said...

Asalkan rakyat dapat merasakan keikhlasan pemimpin untuk bantu rakyat dan bangunkna negeri ini, pasti akan dapat sokongan kuat juga tu.

Paquin said...

Lupakan sengketa lama, bekerjasamalah untuk menjadi pemimpin dan juga parti yang kukuh di hati rakyat.

Paquin said...

Banyak pembangunan yang BN sumbangkan kepada Sabah. Walaupun masih ada lagi yang kurang tapi tanpa sumbangan itu belum tentu rakyat dapat melayari kemudahan internet seperti ini. hihi

Paquin said...

Saya yakin kali ini pasti kemenangan akan berpihak kepada BN asalkan BN terus berusaha membuktikan keihlasan mereka membantu rakyat.

CarloS said...

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mahu rakyat Sabah berwaspada dengan pendirian politik pihak tertentu yang sering berubah wajah semata-mata untuk mengekalkan kelangsungan politik mereka.

CarloS said...

Beliau berkata semasa memegang jawatan dalam kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka sentiasa mendukung agenda pembangunan negeri dan negara serta memuji keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan rakyat namun nada mereka kini berubah apabila berada dalam kem pembangkang.

CarloS said...

“Kini kita lihat mereka menyerang agenda pembangunan yang pernah mereka dukung dan menabur pelbagai janji manis atau luar biasa semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

CarloS said...

“Sebenarnya ada di kalangan pemimpin pembangkang ini yang pernah menjadi pembantu menteri, menteri dan timbalan ketua menteri dalam barisan cabinet negeri Sabah selama bertahun-tahun sebelum menyeberang ke pakatan pembangkang.

CarloS said...

Bolehkah rakyat mempercayai “political chameleon” (pendirian politik berubah wajah) ini,” katanya

CarloS said...

Sehubungan itu, Salleh berharap rakyat Sabah tidak mudah termakan janji manis pakatan, sebaliknya menilai kualiti kepemimpinan tokoh politik yang menyokong pakatan pembangkang sewaktu mereka masih berkuasa dan “bukan sewaktu mereka tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan”.

CarloS said...

Sambil mengetepikan dakwaan pakatan pembangkang kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak ada membawa apa-apa pembangunan untuk rakyat Sabah, Salleh berkata pemimpin pakatan rakyat sudah ketandusan isu, dan kini hanya bersandarkan kepada janji manis dan pembohongan untuk mendapatkan sokongan rakyat menjelang pilihan raya yang ke-13.

CarloS said...

“Saya percaya rakyat bijak menilai kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan taktik kotor pembangkang,” katanya.

CarloS said...

Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri yakin BN yang kini berada di tahap yang kuat akan mencapai kemenangan yang cemerlang pilihan raya umum akan datang.

Unknown said...

Salleh, holds a Bachelor’s degree in Political Science from Simon Fraser University in Canada, and a Master’s Degree in Politics and Government from Universiti Putra Malaysia.

Unknown said...

Salleh who began his career in the public service in 1983 as the District Officer of his hometown Kota Belud, has served in various positions including political secretary and minister before he was appointed Chief Minister on Dec 1994 for a two-year term till May 1996 under the rotation system introduced by former prime minister Dr Mahathir Mohamad.

Unknown said...

Salleh who also heads United Sabah Bajau Organisation (USBO) had also been the assemblyman for Usukan and MP for Kota Belud before.

Unknown said...

Salleh in a brief statement said he was thankful to Musa for his appointment as Speaker.

Unknown said...

“I will discharge my responsibility as best as possible. As Sabah Umno Liaison Committee deputy chairman, I will continue to assist Musa to strengthen the party in Sabah,” he said.

mantera said...

kepimpinan datuk Salleh amat baik sekali. presatasi dia agak cemerlang.

Blackforest said...

Ada dua jenis kepimpinan, iaitu bersifat negarawan dan kepimpinan politik semata-mata.

Blackforest said...

Negarawan memikirkan nasib generasi akan datang, sementara pemimpin politik semata-mata memikirkan kemenangan pilihan raya akan datang.

Blackforest said...

Kepimpinan politik seperti ini sangat bahaya bukan saja kepada rakyat, tetapi juga kepada negara. Justeru dia akan berbuat apa saja untuk memenangi pilihan raya dan mengekalkan kuasa.

Blackforest said...

Pemimpin politik seperti ini – yang membujur lalu melintang patah – tidak akan mempedulikan aspek agama, mengkesampingkan nilai moral, etika universal, bahkan segala hukum dan undang-undang, serta melakukan pelbagai kezaliman dan penindasan.

Blackforest said...

Inilah jenis pemimpin politik yang sangat dikhuatiri rakyat jika ia berkuasa ataupun sudah berkuasa. Kepimpinan diktator yang ditampilkan oleh Hosni Mubarak, Zainal e- Abidin, Muammar Gaddafi, Saddam Hussein dan kebanyakan pemimpin Arab yang lain adalah contohnya.

Blackforest said...

Adapun yang dikatakan negarawan tidak begitu sifatnya. Dia memikirkan masa depan rakyat dan negaranya, penuh dengan misi dan visi, menegakkan keadilan, tidak melakukan diskriminasi sebaliknya patuh kepada tuntutan agama, mengambil kira dosa dan pahala, etika moral, peraturan dan undang-undang.

Blackforest said...

Kepimpinan seumpama ini menyerlah pada tokoh abad ke-20 antaranya Dr Muhamad Hatta, Muhamad Natsir, Nelson Mandela dan beberapa orang lain. Jumlahnya sedikit, namun sangat cemerlang.

Blackforest said...

Ciri-ciri pemimpin yang diperlukan ialah:

* Menganggap tugas memimpin itu amanah, bukan peluang untuk menambah kekayaan untuk diri, keluarga dan suku sakatnya.

* Ia mesti bijaksana, merancang sesuatu jauh ke depan dan bertindak secara bijaksana dan bijaksana.

Blackforest said...

* Dia mesti mempunyai idea dan berfikiran terkini serta berstrategi, mampu menghadapi cabaran betapapun hebatnya.

* Dia mesti bersikap terbuka, demokratik dan menjadi pendengar yang baik, iaitu bersedia mendengar pandangan orang lain serta bersedia pula menerima kritikan.

* Menjadikan rakyat atau orang yang dipimpinnya itu sebagai rakan penting untuk sama-sama memikul tanggungjawab terhadap rakyat dan negara.

Blackforest said...

Pemimpin yang tidak mempunyai idea, tidak dinamik, tidak memandang jauh ke depan dan bekerja tanpa strategi adalah pemimpin yang lemah dan tidak wajar disokong oleh rakyat.

Blackforest said...

Pemimpin mestilah lebih pantas berfikir daripada orang lain dan pemikirannya mestilah sentiasa terkini dan relevan.

Blackforest said...

Menjadi kewajipan rakyat, melalui demokrasi pilihan raya, memilih pemimpin yang dapat melindungi dan memenuhi keperluan mereka. Mereka mahukan pemimpin yang dapat melaksanakan amanah, keadilan dan demokrasi, yang dapat menyelesaikan masalah mereka, yang mampu menjalankan pemerintahan dengan cekap dan berwibawa.

Blackforest said...

Pemimpin yang diperlukan mestilah tokoh yang boleh berfikir, bukan pemimpin yang ucapannya pun disediakan oleh orang lain, atau pemimpin yang lemah, tidak mengetahui kelemahan diri sendiri, tidak tahu apa yang berlaku sekitarnya, jauh daripada rakyatnya sendiri.

Blackforest said...

Daripada tokoh yang lemah inilah, biasanya, melahirkan pemimpin yang enggan menerima kritikan dan tidak bersedia untuk mendengar pandangan orang lain. Pemimpin seperti inilah akhirnya menjadi diktator yang sentiasa ‘menyeringaikan taringnya’ untuk membaham mangsanya.

Blackforest said...

Negara ini mengadakan pilihan raya umum lima tahun sekali, atau lebih cepat daripada itu, justeru rakyat perlu memilih pemimpin yang bersifat negarawan, yang ada visi, mempunyai pandangan terkini, bukan tokoh politik yang hanya memikirkan kemenangan pilihan raya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels