18 February 2013

Najib Letak Jawatan? Perbuatan Siapa?

APA yang berlaku pada pakar-pakar IT Jabatan Penerangan? sehingga dengan mudah sensawang Jabatan itu mudah diceroboh? Sudah lah Lahad Datu diceroboh. 

Mesej yang memalukan yang terpampang pada sensawang itu, yang mengatakan Perdana Menteri letak jawatan. Print yang ada, adalah yang sempat disalin sebelum mesej itu dipadam oleh Jabatan berkenaan.

Ekoran pesenan tersebut Jabatan Penerangan menafikan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dipetik dan tersebar di beberapa laman media sosial yang disedari pagi Isnin, kata Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Beliau berkata penafian ini dibuat susulan daripada sistem e-Akhbar dan e-Press milik jabatan itu yang disyaki telah digodam dengan penyiaran dua kenyataan - 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan.' "Jabatan Penerangan Malaysia telah mengambil tindakan awal dengan memadamkan kenyataan palsu itu daripada kedua-dua sistem tersebut.

"Tindakan awal ini bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Ibrahim berkata satu siasatan dalaman mengenai perkara itu sedang dibuat oleh pihak jabatan disusuli dengan laporan polis.

65 comments:

Star said...

MEREKA SUDAH TERLALU BENCI DENGAN KERAJAN SEHINGGA BERTINDAK SEPERTI INI. MENGODAM.

KITA KURANG PASTI APA SEBAB MEREKA MELAKUKAN SEPERTI INI? ADAKAH TELAH TERMAKAN JANJI BULAN DAN BINTANG? KITA TIDAK TAHU. APA YG PASTI TAK PERLULAH TERLALU ANTI DENGAN KERAJAAN. SAYA FIKIR BAHWA MEREKA INI BUKAN FIKIR PASAL KEBAJIKAN ORANG LAIN MALAH FIKIRKAN PASAL DIRI SENDIRI. SIAPA LAGI KALAU BUKAN PEMBANGKANG.

Star said...

Pengundi India Sudah Hilang Kepercayaan, Tidak Mahu Ditipu Pembangkang Sekali Lagi

Peningkatan sokongan kaum India kepada Barisan Nasional membuktikan mereka sudah hilang kepercayaan kepada pakatan pembangkang kerana parti itu gagal melaksanakan pelbagai janji yang kononnya ingin membantu kaum berkenaan pada pilihan raya lalu.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kalamanathan berkata pada pilihan raya lalu pembangkang membuat pelbagai janji untuk membuat perubahan di negara ini termasuk untuk kaum India namun sehingga kini apa yang dijanjikan itu tidak mampu ditunaikan walaupun mereka memerintah di beberapa buah negeri.

“Pilihan raya lalu mereka membuat pelbagai janji, tapi sehingga kini bukan sahaja janji untuk kaum India malah pelbagai janji kepada kauam lain juga tidak dilksanakan, sebaliknya mereka menyalahkan pihak lain untuk menutup kelemahannya.

Star said...

Pengundi India Sudah Hilang Kepercayaan, Tidak Mahu Ditipu Pembangkang Sekali Lagi

“Tidak perlu pergi jauh, kita lihat apa yang telah dilakukan oleh mereka di Selangor walaupun mereka berkuasa, tiada pembangunan khusus yang dilakukan untuk kaum India di Selangor walaupun mereka mempunyai yang bertanggung jawab terhadap kauam India di negeri ini,” katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peningkatan sokongan kaum India kepada Barisan Nasional kebelakangan ini berbanding pada piliha raya umum ke 12 lalu.

Menurutnya, perubahan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang turut melibatkan kaum India sama dalam bidang ekonomi, pendidikan serta pembangunan telah membuaka mata kepada kaum India bahawa Barisan Nasional tidak pernah mengenepikan mana-mana pihak atau kaum di negara ini dalam apa jua bentuk bantuan yang disediakan.

Star said...

Pengundi India Sudah Hilang Kepercayaan, Tidak Mahu Ditipu Pembangkang Sekali Lagi

Tiada kaum yang terpeinggir di negara ini, walau di mana mereka berada kerajaan Barisan Nasional akan sentiasa berusaha untuk memastikan mereka yang berkelayakkan menerima apa jua bantuan yang disediakan seperti BR1M.

“Berbeza dengan apa yang berlaku di negeri yang diperintah oleh pembangkang, mereka pilih kasih, contohnya seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang, yang sering menajdi mangsa ketidak adilan kepimpinan pembangkang di sana ialah orang Melayu dan India,’ katanya.

Kamalanathan berkata, walaupun terdapat pemimpin India dalam pakatan pembangkang, namun mereka tidak punyai kuasa dan terpaksa mengikut telunjuk.

“Berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional, semua kaum mendapat hak yang sama, malah banyak peruntukkan yang disediakan khusus untuk kaum India seperti mempertingkatkan sekolah Tamil walaupun jumlah pelajarnya berkurangan,” katanya.

Star said...

Pengundi India Sudah Hilang Kepercayaan, Tidak Mahu Ditipu Pembangkang Sekali Lagi

Menurutnya, pada pilihan raya ke 13 nanti, sudah pasti kaum India akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan dua pertiga seperti yang dipinta oleh Perdana Menteri.

Kamalanathan berkata, walaupun terdapat pemimpin India dalam pakatan pembangkang, namun mereka tidak punyai kuasa dan terpaksa mengikut telunjuk.

“Berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional, semua kaum mendapat hak yang sama, malah banyak peruntukkan yang disediakan khusus untuk kaum India seperti mempertingkatkan sekolah Tamil walaupun jumlah pelajarnya berkurangan,” katanya.

Menurutnya, pada pilihan raya ke 13 nanti, sudah pasti kaum India akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan dua pertiga seperti yang dipinta oleh Perdana Menteri.

Hidup Di Sabah said...

Dengar-dengar sekarang ini. Pengodam sedang menyasarkan portal kerajaan untuk diganggu.

Hidup Di Sabah said...

Tidak lain tidak bukan sudah pasti pengodam ini adalah dari pihak sebelah.

Hidup Di Sabah said...

Nampaknya kerana kecewa mereka mula mengatur langkah merosakan protal dan website kerajaan dan pro kerajaan.

Hidup Di Sabah said...

Apa pun semua itu tidak penting sekarang. Datuk Najib akan terus berusaha untuk memastikan yang terbaik kepada rakyat.

Hidup Di Sabah said...

Majoriti belia berumur antara 17 hingga 35 tahun di negara ini menyatakan rasa puas hati dan berikrar menyokong hala tuju yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini.

Hidup Di Sabah said...

Perkara itu didedahkan The Asia Foundation menerusi kaji selidik terbaharu mereka ke atas 2,012 belia seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak untuk tempoh April hingga Jun lalu.

Hidup Di Sabah said...

Wakil negara The Asia Foundation, Anthea Mulakala berkata, kajian yang bertujuan mengetahui pandangan belia terhadap negara itu mendapati, sebanyak 48 peratus daripada mereka meletakkan kepercayaan Malaysia sedang bergerak ke arah yang betul manakala 88 peratus belia dari Sarawak pula lebih optimis terhadap hala tuju negara.

Hidup Di Sabah said...

Faktor ekonomi yang stabil, aman dan harmoni, kemajuan teknologi, peluang pekerjaan dan kaedah menangani jenayah yang lebih baik adalah punca utama sejumlah 58 peratus belia bersetuju kerajaan hari ini adalah yang terbaik.

Hidup Di Sabah said...

Sementara itu, Anthea berkata, kajian sama turut dilakukan ke atas peratusan daftar pemilih dalam kalangan belia yang mendapati golongan berumur antara 21 hingga 22 tahun merupakan kumpulan paling sedikit mendaftar sebagai pengundi.

Hidup Di Sabah said...

Jadi sungguh mustahil Datuk Najib akan tarik diri begitu saja. Semua ini cuma permainan pengodam daripada pihak lain.

Scarlett Newton said...

Banjir IOI Puchong.. Lagi Bukti Kelemahan Kerajaan Pakatan Selangor

Banjir yang melanda IOI Puchong pada petang ini adalah sudah dijangkakan. Banjir yang sama pernah menyerang Klang beberapa kali dalam tahun lalu. Banjir yang sama juga pernah melanda Kajang tahun lalu.

Scarlett Newton said...

Banjir IOI Puchong.. Lagi Bukti Kelemahan Kerajaan Pakatan Selangor

engerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), semua orang tahu, punca banjir-banjir kilat adalah kerana saliran longkang, parit dan sungai tidak diselengagra dengan baik oleh pentadbiran kerajaan Selangor.

“Walaupun kerajaan pusat memberikan bantuan sebanyak lebih dari RM350 juta setahun dari peruntukan MARRIS kepada kerajaan Selangor setiap tahun, namun kerana kelekaan Menteri Besar bermain politik setiap hari menjadi nya lena dalam buaian politiking yang tak berkesudahan.

“Peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan untuk baiki jalan, selenggara parit, longkang dan sungai dibazirkan kepada projek MES yang menguntungkan kroni politik PKR, DAP dan Pas sahaja,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Soal beliau air hak rakyat seperti yang dilaungkan setiap hari oleh Menteri Besar, adakah air banjir juga milik rakyat ? Mohon MB memberikan jawapan yang pasti

Scarlett Newton said...

satu contoh yang tidak baik, bukan?

Scarlett Newton said...

BUKANKAH SELAMA INI JUGA PERANCANGAN KERAJAAN BN TERSUSUN? KITA BACA FAKTA DI BAWAH.. SAYA LIHAT RAMAI ORANG YANG MUDAH DIMANIPULASI DENGAN KATA-KATA PEMBANGKANG TERUTAMA MELALUI MEDIA

Scarlett Newton said...

Bn punya perancangan tersusun untuk Rakyat

BAIK kerajaan Pusat mahupun negeri, mempunyai perancangan tersusun untuk rakyat. Atas sebab rancangan tersusun itu, maka rakyat menikmatinya. Bahkan bukan sahaja kerajaan, akan tetapi juga badan-badan kerajaan seperti Yayasan Sabah, juga mempunyai perancangan terhadap rakyat.

Di Kampung Melangkap pada Ahad, Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Timbalan Pengerusi Umno negeri- Datuk Dr Salleh Tun Said sempat merasmikan "Yayasan Sabah bersama rakyat Program 1 Kampung".

Scarlett Newton said...

Bn punya perancangan tersusun untuk Rakyat

Semasa perasmiannya, Ketua bahagian Umno merangkap Pengerusi Bn Kota Belud itu berkata, hanya melalui sokongan rakyat yang berterusan kepada kerajaan Bn amnya dan Kerajaan negeri yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman, maka rakyat menikmati berbagai kemudahan, sokongan kewangan dan sokongan pembangunan demi kemudahan semua golongan rakyat.

Sememangnya kerajaan Bn adalah kerajaan yang senantiasa mengotakan janji, kerajaan yang menepati janji. Kerajaan Bn tidak berjanji berasaskan retorik, berlawanan dengan Pembangkang yang hanya pandai memutar belit fakta, menafikan kejayaan kerajaan disamping menabur janji-janji khyalan.

Scarlett Newton said...

Bn punya perancangan tersusun untuk Rakyat

Atas sebab itu, pada PRU-13 akan datang, rakyat perlu memberikan sokongan kepada calon-calon Bn agar supaya perancangan dan rangka kerja yang telah disusun akan terus berjalan, agar supaya Sabah akan turut maju menjelang tahun 2020.

Menurut Salleh, rakyat perlu menerima hakekat, bahawa keluasan Sabah yang hampir 1/3 daripada Semenanjung, sudah tentu peruntukan yang besar diperlukan untuk menaik taraf pembangunan negeri ini setaraf dengan Semenanjung. Atas sebab itu, walaupun RM23.2 bilion peruntukan daripada kerajaan pusat kepada negeri ini dalam RMK-10, tidak termasuk bajet kerajaan negeri, kelihatan pembangunan tidak ketara, kerana pembangunan tertabur di merata tempat.

Namun, di sekitar bandar, pembangunan begitu ketara sekali, sehingga Kerajaan Negeri telah mewartakan, bahawa Tiada lagi pembangunan di Pesisir Pantai Kota Kinabalu.

Scarlett Newton said...

Bn punya perancangan tersusun untuk Rakyat

Komitmen kerajaan terhadap pembangunan Sabah, tidak pernah berhenti, atas sebab itu, kerajaan persekutuan akan terus memberi peruntukan besar kepada negeri ini secara berperingkat-peringkat.

Kemajuan pendidikan tidak terlepas pandang, sebagai contoh katanya, pembaikan pulihan atau membangun sekolah-sekolah baru di kawasan Kota Belud, sedang giat berjalan. Sebagai misalnya, Pembangunan SMK Taun Gusi II, tidak akan lama akan siap. Penyiapan sekolah ini, sedikit sebanyak memberi keselesaan kepada pelajar, kerana sekolah itu juga disertakan dengan bilik-bilik asrama.

Kerajaan Pesekutuan juga mengambil tahu keperluan asas rakyat, atas sebab itu kerajaan melalui KKLW memperuntukan RM114 juta untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar Kota Belud. Apabila Projek tersebut siap sepenuhnya pertengahan tahun ini, maka masalah bekalan air bersih kepada rakyat Kota Belud akan teratasi sehingga tahun 2020.

Scarlett Newton said...

Bn punya perancangan tersusun untuk Rakyat

Kerajaan juga sangat perhatian terhadap pembangunan perekonomian rakyat, atas sebab itu berbagai agensi kerajaan baik daripada persekutuan atau negeri aktif di kawasan Kota Belud, semata-mata untuk mencipta agar pendapatan rakyat terus meningkat, sesuai dengan arah kemajuan negara.

Sebenarnya pembangunan tidak pernah berhenti. Atas sebab itu, pembinaan jalan raya pintas daripada Tuaran ke Kota Belud dibina pada tahun 1996, tujuannya agar kemudahan pengakutan dan mempersingkat masa perjalanan warga Kota belud atau sebaliknya pengujung daerah ini.

Kota Belud menurut Dr Salleh mempunyai banyak kemudahan untuk tujuan pelancongan, umpamanya Tamu Besar Kota Belud, sudah termasuk sebagai kalender pelancongan negara.

Scarlett Newton said...

Bn punya perancangan tersusun untuk Rakyat

Kota Belud menurut Salleh, tidak lama lagi akan memasuki peta negara sebagai Pengeluar beras negara, apabila Projek Jelapang Padi siap sepenuhnya. Melalui projek itu, diharapkan golongan yang bertanah akan mampu meningkatkan pendapatan mereka kepada golongan berpendapatan tinggi.

Selain itu, Kota Belud pada masa akan datang akan menerima tempisan pembangunan, apabila Lebuh raya Kudat Kota Belud siap kelak.

Pembangunan Kota Belud berserta dengan rakyatnya akan terus rancak, jika sekiranya kawasan ini terus dikuasi kerajaan Bn, kerana sememangnya hanya Bn yang mengetahui hala tuju keperluan rakyat, kerana pengalamannya mengurus negara lebih setengah abad yang lalu.

Hinamori said...

PM berkata terdapat keperluan untuk membawa pergerakan itu ke setiap minda insan bagi memadamkan keburukan akibat sikap tidak bertoleransi dan prasangka di samping kejahilan dan mementingkan diri yang mendesak masyarakat untuk mengulangi kitaran keganasan.

Hinamori said...

Menyebarluaskan budaya keamanan, pada pendapat saya, adalah paling penting kepada masyarakat.

Hinamori said...

Jika masyarakat mahu keluar daripada bayangan konflik dan melakukan permulaan yang baharu, anggotanya mesti dipupuk dalam sebuah budaya keamanan

Hinamori said...

budaya keamanan sebagai merangkumkan satu nilai, sikap dan cara hidup berasaskan prinsip kebebasan, keadilan, demokrasi, toleransi, kesepakatan dan saling menghormati terhadap kepelbagaian, dialog dan persefahaman.

Hinamori said...

Ia menyasarkan individu. Keamanan sebenarnya tidak ada melainkan minda berada dalam keadaan aman

Hinamori said...

sebagai tambahan kepada organisasi negara dan antarabangsa, tindakan untuk meningkatkan budaya kemanan boleh dilakukan oleh komuniti dan pemimpin-pemimpin agama serta semua lapisan masyarakat seperti ibu bapa, keluarga, guru, artis, profesor, wartawan dan pelajar.

Hinamori said...

PM berkata Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk menyumbang kepada usaha ini berdasarkan inisiatifnya dalam Gerakan Kesederhanaan dengan pandangan untuk menjadikan suara kesederhanaan mengatasi ekstremisme dan sikap tidak bertoleransi.

Hinamori said...

Jika pencegahan konflik ingin diberi perhatian serius, maka sistem amaran awal yang akan menunjukkan bila dan di mana konflik itu berkemungkinan berlaku, perlu diwujudkan, diletak dalam keadaan teratur dan diberi perhatian serius

Hinamori said...

Najib berkata pencegahan konflik perlu melangkaui ikhtiar dari segi ketenteraan dan merangkumi aspek politik, ekonomi, sosial dan kemanusiaan yang akan mengurangkan kemungkinan berlakunya konflik.

Hinamori said...

Ini menuntut kerjasama yang lebih rapat antara semua agensi terlibat dan pewujudan pendekatan lebih bersepadu terhadap konflik dan penyelesaiannya

Caldina said...

Kenyataan palsu PM letak jawatan, Pakatan Haram semakin tedesak menyedari sokongan rakyat tehadap kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak semakin meningkat.

Caldina said...

Pelbagai spekulasi timbul apabila secara tiba-tiba berita perletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak muncul di laman web JPM hari ini.Bagi yang dah masak dengan perangai pihak-pihak tertentu sudah tentulah ianya bukan satu kejutan namun ianya mampu mencetuskan kejutan di kalangan rakyat Malaysia.

Caldina said...

Apa pun jangan khuatir kerana kejadian tersebut merupakan satu lagi tindakan oleh pihak-pihak tertentu menggodam laman-laman web dengan niat jahat atau cuba untuk melakukan sabotaj.

Caldina said...

Kalau di kira dari suasana politik negara barangkali ianya di lakukan oleh pihak-pihak yang tidak senang dengan YAB PM dan kerajaan Barisan Nasional itu ada , apatah lagi dalam keadaan terdesak sebegini puak-puak songsang sanggup melakukan apa saja waima tidur di Dataran Merdeka sekalipun.

Caldina said...

Jadi tak mustahillah segalanya mungkin berlaku..Dah terdesak sangat dah puak-puak ni rasanya....

Anak Sabah said...

Tidak mungkin Najib akan meletak jawatan sebelum PRU-13.

Anak Sabah said...

Janganlah percaya dengan khabar angin mengarut macam ni.

Anak Sabah said...

Harap dalang di sebalik isu ini akan didedahkan.

Anak Sabah said...

Najib dijangka akan teruskan kuasanya sebagai perdana menteri.

Anak Sabah said...

Mungkin ini perbuatan orang yang sudah terdesak untuk menjatuhkan kerajaan.

petrus pius said...

pembangkang sudah terbukti akan melakukan apa saja cara termasuk menyebarkan maklumat palsu untuk menjatuhkan imej pemimpin2 kerajaan BN..

petrus pius said...

tindakan tidak bermoral ini menunjukkan sifat sebenar pemimpin2 pembangkang yang terlalu sombong dan kemaruk untuk berkuasa..

petrus pius said...

maka rakyat perlulah bijak menilai siapa yang sebenarnya membela nasib rakyat dan siapa yang hanya mempergunakan emosi rakyat untuk kepentingan politik peribadi..

petrus pius said...

apa2 pun, rakyat tidak perlu percaya pada maklumat palsu tersebut...bahkan rakyat juga tidak patut percaya pada pembangkang...mandat harus diberikan kepada kerajaan BN pada pru13 nanti.

petrus pius said...

diharapkan insiden serupa tidak akan berlaku di masa akan datang...jabatan penerangan harus meningkatkan sistem sekuriti IT mereka agar tidak dicerobohi oleh pihak2 tidak bertanggungjawab dan terdesak.

zam said...

atan Penerangan menafikan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dipetik dan tersebar di beberapa laman media sosial yang disedari pagi ini, kata Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

zam said...

Beliau berkata, penafian ini dibuat susulan daripada sistem e-Akhbar dan e-Press milik jabatan itu yang disyaki telah digodam dengan penyiaran dua kenyataan – ‘Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan.’

zam said...

“Jabatan Penerangan Malaysia telah mengambil tindakan awal dengan memadamkan kenyataan palsu itu daripada kedua-dua sistem tersebut.

zam said...

“Tindakan awal ini bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

zam said...

Ibrahim berkata, satu siasatan dalaman mengenai perkara itu sedang dibuat oleh pihak jabatan disusuli dengan laporan polis.

Qistina Morea said...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menggunakan tempoh mandat yang ada untuk memberi keyakinan kepada rakyat mengenai kebolehan serta keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya terhadap rakyat.

Qistina Morea said...

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan Najib yang menghormati mandat lima tahun diberi rakyat untuk mentadbir negara sebelum mengadakan pilihan raya umum adalah sesuatu yang lebih baik.

Qistina Morea said...

“Tetapi ada kemungkinan pula, jika kerajaan beri masa yang panjang (sebelum mengadakan pilihan raya umum), desakan dan tuntutan yang bukan-bukan terhadap kerajaan akan bertambah dan mereka akan mengugut kerajaan, jika tidak bagi ini, mereka tidak akan sokong,” katanya.

Qistina Morea said...

Najib berkata tidak timbul soal BN kurang yakin menghadapi pilihan raya umum akan datang berikutan dakwaan pembangkang yang beliau sengaja melambatkan tarikh pilihan raya.

Qistina Morea said...

Presiden Umno merangkap Pengerusi BN itu menegaskan BN diberi mandat oleh rakyat untuk tempoh lima tahun bagi memperlihatkan kemampuan memimpin dan mentadbir negara serta membawa kemajuan dan membela untung nasib rakyat.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata pandangannya mengenai kemenangan calon BN ditentukan oleh pengundi Cina dibuat berdasarkan kebenaran, bukan sentimen atau faktor lain.

Qistina Morea said...

“Dulu kita dapat sokongan daripada pengundi Cina yang menyebakan kita (BN) menang. Apabila orang Melayu berpecah dua, yang menentukan siapa menang adalah orang Cina. Apabila orang Cina berpecah dua, yang tentukan siapa menang adalah orang Melayu.

Qistina Morea said...

“Jadi dalam bandar yang mana jumlah orang Cina ramai dan mereka berpecah dua, maka orang Melayu yang akan tentukan. Di kawasan orang Melayu ramai dan berpecah, sekarang ini berpecah tiga, jadi undi orang Cina yang tentukan siapa menang,” katanya.

Qistina Morea said...

Mengenai dakwaan bahawa BN menggunakan wang ringgit untuk mendapatkan sokongan rakyat, Dr Mahathir berkata kos hidup rakyat semakin meningkat dan ini menjejaskan terutama kepada kehidupan golongan miskin.

Qistina Morea said...

Bagaimanapun, katanya bantuan wang tunai yang diberi oleh kerajaan BN bagi menyokong kehidupan rakyat untuk membeli seperti keperluan harian dan buku, sampai terus kepada rakyat yang benar-benar memerlukan dan tidak sewajarnya dianggap sebagai cubaan merasuah rakyat.

mantera said...

ini perbuatan mereka tak bertangungjawab.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels