25 February 2013

PRU-13: Musa yakin BN ulangi keputusan Tahun 2008

KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yakin, Bn Sabah akan mengulangi keputusan tahun 2008 pada PRU-13 akan datang. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Gelombang Biru Wanita Sabah di Stadium Likas pada Ahad.

Pada tahun 2008 (PRU-12) Bn Sabah hampir menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan, menang 24 kerusi parlimen daripada 25, dan menang 59 kerusi Dun daripada 60.

Jika keputusan tahun 2008 akan dicapai pada PRU-13 ini, maka secara berturut-turut keputusan yang sama berulang tiga kali pilihanraya. Pada tahun 2004 (PRU-11) keputusan sama juga dicapai oleh Bn Sabah.

21 comments:

Anakbukitgantang said...

kena letak utk Sabah sahaja-klu PRU 12 2008 di Semenanjung Barisan tidak dapat 2/3 majority-belum kalah pon dah Melayu dan Islam di hina sebegitu rupa-harap jangan demotivate umat Islam dgn kenyataan yg misleading

Unknown said...

Sementara tarikh pilihanraya masih menjadi teka-teki kepada semua orang, keupayaan BN memenangi pilihanraya akan datang ini juga masih menjdi misteri.

Unknown said...

Ada yang yakin menang tetapi tidak kurang yang merasakan BN akan kecundang. Segelintir yang lain percaya hanya kemenangan tipis yang mampu dicapai BN dan Najib akan dipaksa berundur berikutan prestasi buruk itu.

Unknown said...

Menurut Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO, keyakinannya ialah BN akan menang dua pertiga kali ini

Unknown said...

Hujahnya ialah Najib seorang pemimpin super hebat yang sarat dengan pelbagai transformasi telah menyebabkan pengundi akan kembali memberi sokongan padu kepada BN.

Unknown said...

Bagi Ahmad Maslan, isu Rosmah, isu Altantuya, isu rasuah dan kekayaan anak isteri Najib serta pelbagai perkara yang dibangkitkan Deepak seolah-olah hanyalah isu kecil yang mampu ditutup oleh perwatakan serta kepimpinan bosnya, Najib yang super hebat itu.

Unknown said...

Dengan menghadapi pilihanraya sebagai kerajaan, BN memiliki kelebihan kerana jentera kerajaan berada di pihaknya.

Unknown said...

Kelebihan kedua yang dimiliki oleh BN ialah wang. Sebagai kerajaan yang masih berkuasa, BN lebih mudah mengumpul wang berbanding PR untuk menghadapi pilihanraya akan datang ini.

mantera said...

BN pasti akan menang.

Hinamori said...

tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani Ikrar Integriti Transparency sebagai satu perisytiharan umum dan menunjukkan komitmen untuk membanteras rasuah pada Pilihan Raya Umum (PRU13) sepatutnya disokong pembangkang.

Hinamori said...

kerajaan ikhlas untuk memastikan calon yang ditonjol berintegriti dan bebas rasuah.

Hinamori said...

Pembangkang masih lagi mahu mempolitikkan ikrar integriti pilihan raya walaupun matlamatnya ternyata murni agar calon yang bertanding pada pilihan raya bersih dan bebas rasuah.

Hinamori said...

Calon mesti bersetuju mendokong prinsip integriti, beretika dan telus selain tidak menerima atau memberi rasuah, atau terbabit dalam apa cara perlakuan rasuah

Hinamori said...

Najib serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional menandatangani ikrar integriti bersama TI-Malaysia

Hinamori said...

Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyifatkan tidak ada yang istimewa dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang selain tidak masuk akal, justeru harus ditolak rakyat.

Hinamori said...

Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyifatkan tidak ada yang istimewa dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang selain tidak masuk akal, justeru harus ditolak rakyat.

Hinamori said...

kebanyakan yang ditawarkan itu sudah dilakukan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hinamori said...

Manifesto pakatan tidak kreatif selain tidak bertanggungjawab. Contohnya menghantar pulang sejuta pekerja asing akan melumpuhkan sektor perladangan kelapa sawit, pembinaan dan industri perkhidmatan serta separuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar negara sekarang

Hinamori said...

Melalui manifesto Pakatan pembangkang, pemansuhan pinjaman pengajian Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menafikan hak sebahagian pelajar dari Sabah dan Sarawak yang kini menuntut di universiti awam dan swasta.

Hinamori said...

penghapusan tol, langkah itu akan mengikis kewangan kerajaan, sekali gus menjejaskan pembinaan jalan berkualiti di Sabah dan Sarawak sedangkan penduduk di Semenanjung menikmati kemudahan lebuh raya.

Hinamori said...

Kita tidak perlukan kerajaan pusat seperti itu. Manifesto itu resepi sempurna bagi penolakan rakyat

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels