26 August 2013

Naib Presiden Umno: Apa Mesej 21 Bahagian Umno Sabah

SABAH mempunyai 25 Bahagian Umno, daripada itu, 21 Bahagian berdiri di belakang Datuk Musa Aman, jika Ketua Menteri Sabah itu mahu menyertai pemilihan parti pada 19 Oktober ini.

Sebelum ini, 21 Bahagian Umno Sabah telah membuat cadangan, agar Pengerusi Perhubungan Umno Sabah itu menyertai pemilihan parti bagi menduduki salah seorang daripada tiga Naib Presiden parti. Hanya tiga bahagian menyokong MP Semporna, merangkap Menteri KKLW yang juga penyandang jawatan NP- Datuk Safie Apdal, iaitu Bahagian Semporna di mana Safie adalah Ketua bahagiannya, Bahagian Kalabakan dan Kinabatanan.

Sebenarnya Umno Sabah tidaklah sangat kemaruk dengan jawatan parti, namun apa yang perlu kepada Umno Sabah adalah perhatian dalam pengagihan peruntukan pembangunan, kerana keadaan Sabah yang masih terbelakang berbanding Semenanjung.

Dikeranakan Umno adalah tunjang kepada kerajaan, maka dirasakan kedudukan dalam parti merupakan salah satu peluang menyuarakan, mencorakan hala tuju parti terutama yang berkaitan dengan Sabah.

Atas pertimbangan itulah, majoriti bahagian parti di Sabah merasakan perlunya Pengerusi Perhubungan Umno Sabah duduk di kerusi Naib Presiden.

Selain itu, berasaskan kepada suara bahagian-bahagian, jelas dan terang, hanya Pengerusi Perhubungan Umno Negeri adalah pemimpin utama di peringkat negeri, bukannya pemimpin lain.

Melalui mesej yang disuarakan oleh 21 bahagian (tidak termasuk Bahagian Libaran di mana Datuk Musa Aman adalah Ketua bahagiannya), bahawa Umno Sabah hanya mengiktiraf Musa sebagai pemimpin Utama parti; atau dengan kata lain, Musalah pemimpin yang mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parti.

Jika mesej ini dapat dimengerti, maka seharusnya, apa-apa sahaja bentuk pembangunan untuk kepentingan rakyat Sabah, maka sayogianya dicorakan oleh Ketua Perhubungan Umno Negeri yang juga Ketua Menteri Sabah.

Memang benar, banyaknya peruntukan daripada persekutuan masuk ke Sabah, terutama daripada KKLW atau Pendidikan, namun disebabkan pelaksanaannya masih bersifat sentralisasi, maka bukan kadangkala lagi sasaran kepada peruntukan itu tersasar jauh daripada target atau dengan kata lain, tidak berasaskan kepada prioriti atau kesegeraan.

Kalau dilihat di atas kertas (kejayaan pelaksanaan projek) yang merupakan tolok ukur kepada Key Performance Index (KPI) maka tidak syak lagi, kejayaan membelanjakan peruntukan yang disediakan cukup tinggi, namun pertanyaannya, apa kah menepati sasaran?

Disebabkan sasaran yang tidak tepat dalam pelaksanaan projek-projek daripada kerajaan persekutuan, maka menjadi penyebab utama kepada terganggunya pembangunan Sabah secara umumnya. 

Saban tahun, peruntukan khas daripada jabatan ketua menteri, terpaksa ditambah, demi menutup pembangunan yang seharusnya termasuk dalam skop pembangunan yang dibiayai kerajaan persekutuan. Sekiranya peruntukan daripada persekutuan disalurkan melalui kerajaan negeri, maka adalah mudah bagi kerajaan negeri mengagih-agihkan peruntukan pembangunan menurut sasaran dan keperluan. Sebabnya, kerajaan negerilah yang mempunyai maklumat berkaitan dengan pembangunan demi kepentingan rakyat.

Bagi peruntukan keselamatan dan keamanan, OKB bersetuju agar ianya terus dikelola oleh pihak persekutuan, kerana ianya bersifat skala besar, namun bagi projek-projek ekonomi dan infrastrukutur dan pendidikan, seelok-eloknya diberikan kepada kerajaan negeri, untuk mengelak projek-projek yang tidak menepati sasaran dan mengurangkan projek-projek terbengkalai.

Sebenarnya, sedikit uraian di atas adalah mesej daripada 21 bahagian kepada pucuk pimpinan parti, dalam suasana pemilihan parti oktober ini.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels