3 August 2013

Pemilihan Umno Kota Belud: Apa Yang Akar Umbi Mahu?

"Anggota Umno perlu memilih calon yang benar-benar boleh memimpin dan memajukan parti pada pemilihan yang akan datang. Pilihlah mereka yang ikhlas dan mahu berkerja dan memperjuangkan parti" Tan Sri Muhiyiddn Yassin

Kenyataan Timbalan Presiden parti itu ada kaitan dengan sifat-sifat atau ciri-ciri pemimpin yang perlu dipilih. JIKA akar umbi mahu memilih pemimpin yang benar-benar seorang pemimpin, maka mereka perlu memilih pemimpin yang mempunyai sifat-sfat - “memimpin supaya tegak. Membimbing supaya dapat berjalan, memapah supaya jangan jatuh! Atau menarik naik kalau sudah tergelincir jatuh. Tegak ke muka kalau bahaya datang mengancam”.

Apa kah ciri-ciri pemimpin yang disebutkan di atas yang dicari akar umbi atau pendek kata perwakilan Umno?

Perlu diingat, ciri-ciri yang disebutkan di atas bukan sahaja meliputi jawatan Ketua Bahagian, akan tetapi meliputi semua jajaran termasuk Ahli Jawatan Kuasa yang bakal dipilih.

Jika para perwakilan bertaut pada ciri-ciri di atas untuk memilih individu dan mengangkat individu itu menjadi pemimpin, maka bukan sahaja parti akan selamat, malah mereka yang memilih juga selamat.

Bagi akar umbi atau perwakilan, sebenarnya mereka mengenali semua individu-individu yang dikategorikan sebagai pemimpin; samada di peringkat cawangan mahupun bahagian; hanya kelekaan mereka, mereka memilih pemimpin bukan berasas kepada ciri-ciri yang disebutkan.

Untuk itu, pada pemilihan Parti yang bakal berlangsung pada 5 Oktober, perlulah para perwakilan menjadikan ciri-ciri pemimpin yang disebutkan di atas sebagai pedoman memilih sipulan dan si pulan menganggotai ahli jawatan kuasa bahagian parti.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels