25 August 2013

Musa Bukan Seorang Yang Tamak Jawatan Parti- Salleh

DATUK Dr Salleh Tun Said terkilan dengan kenyataan salah seorang Ketua Bahagian Umno Sabah yang tidak bersetuju dengan cadangan agar supaya Pengerusi Perhubungan Umno Sabah- Datuk Musa Aman bertanding salah satu kedudukan Naib Presiden parti pada 19 oktober ini.

Minggu lalu Ketua Bahagian Kinabatangan -Datuk Bung Moktar Radin yang juga MP kawasan itu, dan kini berjawatan Pengerusi Felca sebuah agensi di bawah Kementerian KKLW di mana menterinya adalah salah seorang penyandang Naib Presiden-Datuk Safie Apdal, menyatakan bahawa tidak perlu bagi Musa bertanding jawatan Naib Presiden, memandangkan "Tiada Isu Besar" yang menyebabkan Ketua Menteri Sabah itu berbuat demikian.

Sebelum ini, lebih 21 Bahagian Umno Sabah telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi sekiranya Musa menerima cadangan akar umbi agar beliau bertanding bagi salah satu jawatan Naib Presiden Parti. Sejak timbulnya desakan kepada beliau, tidak sepatah katapun keluar daripada Pengerusi Perhubungan Umno itu, apa kah bersedia ataupun tidak. Sebagai rekod, Musa adalah AMT parti yang mendapat undi kedua tertinggi pada pemilihan parti tahun 2009.

Dalam satu kenyataan semalam, sempena Majlis Rumah Terbuka wakil-wakil Rakyat BN kawasan Kota Belud yang bertempat di Dewan Datuk Musbah Kg Taun Gusi yang juga dihadiri Datuk Musa dan mantan Ketua Menteri Melaka-Datuk Ali Rustam; Salleh menyatakan bahawa Ketua Menteri Sabah itu bukanlah seorang yang tamak jawatan parti, kerana sifat beliau adalah mengutamakan kerja berpasukan. Lagipun, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah itu, Musa belum menyatakan apakah bersedia bertanding jawatan itu atau sebaliknya. Untuk itu, gesaan agar supaya beliau tidak bertanding, seharusnya tidak timbul.

Ketua Bahagian Umno Kota Belud itu yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, mengesa pemimpin Umno Sabah agar supaya jangan cepat membuat kesimpulan berkaitan kedudukan Datuk Musa pada pemilihan parti yang bakal berlangsung oktober nanti. Walau bagaimanapun, jika sekiranya beliau bersetuju bertanding, maka sebahagian besar jajaran Umno Sabah akan menyokong sepenuhnya hasrat itu.

Perlu dingat kata Salleh, bahawa 21 Bahagian Umno Sabah semasa membuat kenyataan menyokong dan berada di belakang Musa, jika beliau bersetuju bertanding jawatan Naib Presiden, bukan diasaskan kepada emosi, tetapi telah dipertimbangkan dengan semasak-masaknya.

Dalam perkembangan yang sama, Salleh turut menyatakan bahawa Umno Sabah tidaklah sangat berminat dengan kedudukan dalam parti, sebaliknya lebih berminat kepada saluran peruntukan kepada kerajaan negeri, bukannya amalan sekarang, di mana peruntukan daripada persekutuan tidak disalurkan kepada kerajaan negeri, sehingga perbelanjaan peruntukan itu tidak menepati sasaran.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels