17 August 2013

Naib Presiden Umno: Safie Apdal Hilang Daripada Radar Umno Sabah

WALAUPUN Datuk Safie Apdal merupakan pemimpin pertama daripada Umno Sabah menang jawatan Naib Presdien, namun nama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu semacam hilang daripada radar Umno Sabah.

Berbagai pihak di Sabah nampaknya telah melupakan Naib Presiden itu, walaupun beliau telah awal-awal menyatakan hasratnya mempertahankan kedudukannya dalam parti yang dimenanginya sebelum ini.

Sabah mempunyai 25 bahagian Umno, daripada jumlah itu, 20 Bahagian telah menyatakan sokongan kepada Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah, sebagai calon yang paling tepat untuk dipilih sebagai Naib Presiden Parti pada pemilihan parti 19 oktober ini.

Umno secara keseluruhan mempunyai 191 bahagian di seluruh negara. Melihat kepada kecenderungan Umno Sabah itu, walaupun ianya hanya 11 peratus daripada seluruh bahagian, namun ianya boleh mempengaruhi bahagian-bahagian lain dalam penentuan siapa yang bakal dimenangkan dalam pertandingan kerusi Naib Presiden.

Umno Sabah merupakan negeri yang mempunyai keahlian yang teramai sekali, dan kira-kira 60,000 perwakilan Sabah daripada 146,500 akan melakukan pemilihan pada pemilihan parti nanti. Perwakilan Sabah mewakili 41 peratus daripada seluruh pemilih.

Melihat kepada kecenderungan Umno Sabah, adalah dilihat, Musa dengan mudah mendapat 48,000 undi daripada perwakilan Sabah, dan beliau hanya memerlukan 62,000 undi daripada 166 Bahagian daripada Semenanjung untuk menang. Diperkirakan, calon yang mendapat undi antara 105,000-110,000 akan diistiharkan sebagai pemenang.

Dalam perkembangan lain Umno Sabah dikatakan akan "berkomunikasi" dengan rakan Umno di Semenanjung berhubung kewajaran mencalonkan Ketua Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman bertanding satu daripada tiga jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan parti Oktober ini. 

Menurut Timbalan Pengerusi Umno Sabah yang juga Speaker Dun Sabah Merangkap Ketua Bahagian Umno Kota Belud-"Sebagai pemimpin dari Sabah, kami mempunyai alasan kukuh dan kami berpendapat mereka dapat diyakinkan dan bersetuju dengan kami bahawa Musa pilihan terbaik untuk mengisi satu daripada tiga jawatan naib presiden," 

Sebelum itu,  Timbalan Ketua Menteri dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Yahya Hussin baru-baru ini bahawa Umno Sabah sudah bersedia menggerakkan jenteranya sekiranya Musa memutuskan bertanding jawatan itu. 

Musa dikatakan mempunyai merit untuk dipilih sebagai Naib Presiden parti atas sebab kejayaan beliau menerajui BN Sabah mengekalkan kuasa di negeri ini dengan majoriti dua pertiga dengan memenangi 48 daripada 60 kawasan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, telah membuktikan komitmen, kerja keras dan kesetiaan beliau kepada parti. 

BN negeri juga memenangi 22 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah untuk menyumbang kepada pembentukan kerajaan BN di peringkat persekutuan. 

Menurut Salleh, Musa akan mampu, bersama-sama dengan pemimpin yang lain, memperkukuhkan Umno untuk menang selesa dalam pilihan raya umum akan datang. 

"Beliau (Musa) akan memberikan pendapatnya secara jujur dan ikhlas mewakili bukan sahaja Sabah tetapi juga anggota parti. 

"Naib Presiden ialah jawatan penting dalam parti dan anggota mesti diberikan pilihan. Kami pasti akan memberikan pandangan kami kepada rakan-rakan di Kuala Lumpur mengenai Ketua Menteri kami. 

"Apa pun, Musa yang akan memberikan kata putus (sama ada akan bertanding atau tidak) selepas menimbangkan semua faktor demi kebaikan Sabah dan parti," kata Salleh.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels