KENYATAAN Mantan Ahli Parlimen Libaran Sabah- Datuk Akhbar Khan melalui FMT disini semalam yang bersumber pada kenyataan beliau melalui surat khabar nasional? yang mencadangkan agar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman bertanding jawatan Timbalan Presiden adalah satu kenyataan NAKAL.
Kenyataan beliau itu, bercanggah dengan pendirian Umno Sabah yang mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.
Kenyatan Akbar itu, seolah-olah mempersenda kedudukan Jawatan Timbalan Presiden yang kini disandang oleh Timbalan Perdana Menteri- Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Disegenap Bahagian Umno Sabah termasuk para pemimpinnya, tidak timbul desakan atau permintaan agar Pengerusi Perhubungan Umno Sabah bertanding jawatan Timbalan Presiden, yang ada adalah suara dan gema akar umbi agar Musa Aman perlu bertanding salah satu daripada jawatan Naib Presiden parti.
Walaupun suara 21 Bahagian Umno yang dimulakan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah- Datuk Dr Salleh Tun Said dan kemudian disokong oleh Setiausaha Umno Sabah Datuk Yahya Hussin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah meminta Musa bertanding jawatan Naib Presiden, sehingga kini belum ada ulasan daripada Ketua Menteri Sabah itu.
Adalah jangkal seseorang yang telah lama tidak mengikuti perjalanan parti terutama di Sabah, membuat kenyataan yang bersifat provokasi kecualilah kenyataan itu mempunyai agenda tertentu.
Pemilihan parti pada 19 oktober ini adalah proses demokrasi terbesar parti yang julung-julung kali diadakan yang melibatkan 150,000 perwakilan. Tujuan pemilihan parti dengan mengunapakai kaedah pemilihan parti yang baru adalah untuk membuka seluas-luasnya kepada perwakilan, barisan pemimpin yang mereka inginkan untuk membantu Presiden dan Timbalan Presiden memantapkan parti terutama agenda mentransformasikan parti agar terus relevan dan kekal sepanjang masa.
Sebahagian besar pemimpin Sabah berpandangan, bahawa Musa mampu membantu Presiden dan Timbalannya dalam merangka hala tuju parti dalam suasana politik tanah air yang mencabar, terutama berdepan dengan PRU-14.
Pengalaman Musa menerajui tiga pilihanraya umum (PRU) dan membawa kejayaan besar kepada BN Sabah adalah pengalaman yang dirasakan boleh dikongsikan dengan Presiden dan Timbalan Presiden Parti untuk memantapkan parti; itulah matalamat sebenar sebahagian pemimpin Umno Sabah; dan perasaan itu dikongsi juga oleh sebahagian besar akar umbi parti.
Untuk itu, kenyataan yang melangkui hasrat parti Umno Sabah adalah satu kenyataan NAKAL yang tidak diperhitungkan, dan boleh dianggap sebagai kenyataan menghina Presiden dan Timbalannya.
No comments:
Post a Comment