UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah pada tahun 1990 dan kemudian secara rasmi bertapak pada tahun 1991, melalui Pilihanraya kecil (PRK) Usukan dalam Parlimen Kota Belud.
Pada PRU tahun 1994, Umno menyertai pilihanraya sebagai parti tunggak Bn Sabah, namun dalam PRU itu, masih belum mampu mengalahkan Parti Bersatu Sabah, parti yang memerintah Sabah, apabila parti Bn hanya menang 23 kerusi Dun berbanding PBS 25.
Pada PRU-1999, sekali lagi Bn bertanding dengan diterajui Umno; walaupun pada PRU itu Bn menang, namun kestabilan politik dalam negeri masih panas, memandangkan PBS masih mampu meraih 17 kerusi, dan kerajaan yang ditubuhkan masih tidak mempunyai kuasa 2/3.
Selepas PRU-1999, Ketua Menteri Sabah sekarang- Datuk Musa Aman menyertai kabinet dan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Ketua Menteri, kemudian berpindah ke Kementerian Kewangan Negeri.
Semasa Tan Sri Chong Kah Kiat sebagai Ketua Menteri dan Musa dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Sabah; maka timbul usaha untuk menyatukan parti-parti politik di Sabah, demi kestabilan agar supaya pembanguan Sabah dapat dijalankan dengan berkesan.
Musa melihat, penyatuan parti-parti politik dalam satu wadah perjuangan adalah salah satu pra-syarat agar Sabah boleh melangkah jauh daripada segi pembangunan dan khasnya pengurangan kadar kemiskinan.
Musa sebagai Menteri Kewangan Negeri mempunyai data berkaitan dengan kadar kemiskinan rakyat Sabah, yang pada masa itu mencecah di atas 30 peratus, sehingga negeri di bawah bayu itu tersenarai paling atas di negara ini yang paling miskin.
Dalam amalan pengurusan yang baik, pra-syarat utama apabila semua terlibat bergandingan bahu dan satu fikiran untuk mencapai matalamat yang sama. Atas sebab itu, kaedah yang perlu dilakukan adalah kestabilan politik dan seterusnya semua pemimpin politik bergerak bersama memajukan negeri.
Atas gerak kerja yang tersusun, maka Musa berjaya mengyakinkan Parti Bersatu Sabah menyertai semula Bn dan rasminya PBS menjadi komponen Bn pada tahun 2002. Ironinya, pada tahun 2003, Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.
Kestabilan politik di Sabah menyebabkan dalam tiga PRU- komponen Bn menang dengan selesa, bukan sahaja di peringkat Dun akan tetapi juga di peringkat Parlimen. Atas kemenangan Bn Sabah itu, maka Sabah mendapat jolokan sebagai "simpanan tetap Bn" di samping negeri Sarawak.
Pada PRU-12, di mana Bn mengalami tsunami politik di Semenanjung dan berterusan pada PRU-13, namun Sabah tetap menyumbang kerusi yang mencukupi untuk mempertahankan Bn tetap berkuasa di Putrajaya.
Kerajaan Bn Sabah yang diterajui Musa, yang bermula pada tahun 2003, terus melangkah, selain penambahan simpanan kewangan negeri daripada RM184 juta pada tahun 2003, terus meningkat kepada RM3bilion pada tahun 2012, malahan bajet kerajaan negeri terus memcatat rekod, melepasi RM4bilion dan pada tahun 2013, melepasi RM5bilion termasuk tambahan yang diluluskan di Dun Sabah pada 19 ogos.
Pengeurusan kewangan yang baik, pemerintahan yang mendapat sokongan padu rakyat, adalah aset atau trek rekod Ketua Menteri Sabah itu; atas faktor inilah sebahagian besar pemimpin parti daripada Sabah, mahukan agar Musa dapat menyumbang kepada parti terutama membantu Presiden dan Timbalannya mencatur, mengurus dan menyusun hala tuju parti dalam era mentransformsikannya agar parti terus diterima oleh rakyat.
Adalah menguntungkan parti jika seseorang seperti Musa menduduki salah seorang daripada Naib Presiden parti. Inilah yang dilihat oleh sebahagian besar pemimpin Umno Sabah dan para pemimpin lain di Semenanjung. Atas sebab gema daripada akar umbi itu, maka Timbalan Pengerusi Umno Sabah- Datuk Dr Salleh Tun Said menyuarakan, adalah tepat masanya Musa bertanding jawatan Naib Presiden parti pada pemilihan 19 Oktober ini.
No comments:
Post a Comment