23 August 2013

VP Umno: Kenyataan Bung Moktar berkaitan Musa Aman- Sepatutnya Tidak Timbul

WALAPUN Datuk Seri Musa Aman belum membuat reaksi berkaitan desakan sebahagian besar Pemimpin Umno Sabah agar supaya beliau bertanding salah satu daripada Naib Presiden parti pada 19 oktober ini; seorang Ketua Bahagian Umno Sabah Datuk Bung Moktar Radin yang baru sahaja dilantik sebagai Pengerusi Felcra salah satu GLC di bawah Kementerian KKLW menyuarakan pendapatnya bahawa TIADA SEBAB BESAR menyebabkan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah itu perlu bertanding Naib Presiden Umno.

Kenyataan MP Kinabatangan itu, bercanggah dengan kehendak majoriti ahli parti daripada Sabah yang mahukan Ketua Menteri Sabah bertanding bagi merebut salah satu daripada jawatan Naib Presiden.

Selain Bung, salah seorang mantan MP daripada Sabah Datuk Akhbar Khan Abdul Rahman yang dikatakan penyokong Datuk Safie Afdal, membuat kenyataan NAKAL, apabila mencadangkan agar Musa tidak perlu bertanding Naib Presiden Parti, sebaliknya Jawatan Timbalan Presiden.

Kenapa Musa jadi sasaran komen-komen pemimpin yang dekat dengan Safie? sedangkan tiadapun pemimpin parti yang menyokong Musa memberi kenyataan negatif terhadap MP Semporna itu.

Pemilihan parti pada 19 Oktober adalah proses biasa dalam parti. Seharusnya tidak timbul kenyataan sepertimana yang dinyatakan oleh Bung Moktar Radin itu.

Kenyataan Mantan MP Libaran- Datuk Akhbar Khan, sungguh bercanggah dengan pendirian Umno Sabah, di mana telah memutuskan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Kenyataan beliau itu, seolah-olah memperlekeh penyandang Jawatan itu yang juga Timbalan Perdana Menteri- Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kenyataan Bung agar Musa tidak perlu bertanding jawatan Naib Presiden, merperlekeh gema daripada akar umbi yang dizahirkan melalui 21 Bahagian Umno Sabah. Beliau perlu akur bahawa 21 Bahagian Umno Sabah itu hanya mau Pengerusi Perhubungan Umno Sabah bertanding jawatan Naib, dan tidakpun mengeluarkan kenyataan tidak menyokong Safie. Safie adalah penyandang jawatan itu, dan telahpun menyatakan kesediaannya mempertahankan jawatan.

Suara akar umbi daripada 21 bahagian, bukannya mahu merebut jawatan Datuk Safie Apdal, kerana kalau lah MP Semporna itu masih diperlukan oleh perwakilan, maka beliau akan tetap dikekalkan.

Perlu diingat, setiap seorang perwakilan mempunyai hak memilih tiga calon; ertinya para pemilih masih boleh memilih Safie dan Musa, bukan salah seorang.

Bung dalam kenyataannya, khuatir kalau-kalau perwakilan daripada 166 Bahagian di Semenanjung tidak akan memberi peluang kepada pemimpin Sabah, kalau ada dua calon yang bertanding Naib, adalah satu presepsi, dan mendahului keputusan perwakilan.

Perwakilan daripada Semenanjung perlu menerima hakekat, bahawa kentalnya sokongan terhadap kepimpinan Umno negeri, membuatkan semua calon Umno di peringkat Parlimen menang 100 peratus pada PRU-13 yang lalu, selain itu, Bn Sabah menang 88 peratus kerusi yang di tandinginya (daripada 88 kerusi yang dimenagi Umno-14 daripada Sabah). 

Ahli Umno terutama daripada Sabah, mahukan agar pemimpin yang membawa kejayaan kepada parti dalam tiga musim pilihanraya umum, berkongsi kejayaan itu dengan pemimpin kebangsaan di peringkat pusat., itulah sebabnya para pemimpin Sabah mendesak agar Musa bertanding bagi merebut salah satu jawatan itu.

Isyarat akar umbi parti jangan dipadamkan, kerana hanya mahu mempertahankan seseorang. Isyarat akar umbi adalah untuk mentransformasikan parti, agar supaya hilang daripada kawalan tangan-tangan gahib seperti desakan pihak-pihak tertentu, agar pemimpin tertentu tidak perlu bertanding, dan membiarkan penyandang bergoyang tangan dan kaki tanpa perlu berkerja keras untuk memikat perwakilan.

Akar umbi parti mahu, agar pengalaman Musa dapat dikongsikan dengan Presiden dan Timbalannya bagi memperkemas, memperkasa parti agar relevan sepanjang masa.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels