6 August 2013

Datuk Lajim Ukin kehilangan kerusi Dun Klias

Datuk Lajim Ukin wakil rakyat Klias kehilangan kerusi itu, apabila Mahkamah pilihanraya di Kota Kinabalu hari ini membenarkan petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang pertama setakat ini dan sekaligus memberi laluan kepada pilihan raya kecil di Sabah bagi kerus DUN Klias.

Ini adalah petisyen pertama yang berjaya di antara 69 petisyen difailkan pembangkang PR dan Barisan Nasional (BN) selepas tamat PRU13 pada 5 Mei lalu.

Kerusi Klias dimenangi ketua pembangkang Sabah, Datuk Lajim Ukin dengan majoriti 179.

Petisyen itu difailkan calon BN, Isnin Aliasnih yang memperolehi 6,182 undi berbanding Lajim, 6, 324 undi.

Hakim Yew Jen Kie bagaimanapun membuang petisyen difailkan Lajim yang mencabar keputusan kerusi Parlimen Beaufort. Lajim tewas di kerusi itu apabila calon BN, Datuk Azizah Mohd Dun memenanginya.

Yew turut membuang petisyen Isnin yang difailkan terhadap pegawai pilihan raya (RO) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan memerintahkannya membayar kos RM10,000 setiap seorang.

Hakim berkata, Isnin dalam permohonannya tidak menjelaskan bagaimana tindakan RO dan SPR memberi kesan terhadap keputusan kerusi Klias.

Dalam pilihan raya lalu, bagi negeri Sabah, BN memenangi 48 kerusi sementara pembangkang menang 12. – 6 gos, 2013.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels