30 January 2010

Semangat Kenegerian Kuli Kental !! Abaikan Kepentingan Negara

Isu tuntutan royalti petroleum oleh kerajaan negeri Kelantan perlu diselesaikan melalui saluran undang-undang di mahkamah dan bukannya melalui ceramah di stadium.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata isu itu tidak sepatutnya dipolitikkan dengan mengupah orang untuk hadir ke ceramah di stadium.

"Bagi sesetengah orang yang lupa asal-usul, mereka terus memberi ceramah dan membangkitkan isu yang bukan-bukan. Untuk menjadi wira dengan menyampaikan sesuatu memang mudah, tetapi ia mesti berasaskan undang-undang serta fakta nyata dari segi pemilikan hak antarabangsa dan negeri," katanya kepada pemberita.

Beliau mengulas mengenai tindakan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) yang dilaporkan mengadakan ceramah tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negeri Kelantan di sebuah stadium di Kota Baharu semalam.

Ceramah itu turut dihadiri anggota parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang dilaporkan menyokong kerajaan Kelantan untuk menerima royalti berbanding berbanding wang ehsan.

Rais berkata, sumber alam yang dijumpai melebihi tiga batu nautika dari bibir pantai adalah hak antarabangsa negara.

"Selain itu, apa-apa yang dituntut juga mesti berasaskan kepada penemuan minyak. Jika minyak tidak ada, maka tidak ada apa yang boleh diberi," katanya.

Kuli sanggup menggadaikan fahaman politik dan kepentingan negara demi negerinya. Rupanya  rakyat sudah membuat keputusan lebih awal, kerana itu pada tahun 1990 dan 1999, rakyat tidak memberi peluang kepada parti Kuli S-46 kerana rakyat sudah tahu,Kuli pasti akan mengorbankan seluruh kepentingan, termasuk kepentingan negara demi negerinya.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels