27 January 2010

Umno Juga Disalahkan Jika Anwar Sokong Kalimallah Allah Bagi Penganut Kristian

Anwar hentam Umno memang logik kerana Umno lah penghalang cita-citanya menguasai Putrajaya. Anwar yang sudah menjadi kacang lupakan kulit telah kenyang semasa dalam Umno. Penduli apa lagi parti yang berbudi padanya. Bagi Anwar Umno adalah punca semua masalah dalam negara ini, kerana dia tahu Umno sahaja lah lawannya.

Perjuangan Anwar semasa dalam Angkatan Belia Islam dahulu hanya pura-pura agar supaya mendapat perhatian pemimpin negara dan rakyat. Atas perjuaangan tersebut Dr Mahathir menerimanya menjadi ahli Umno. Dalam masa singkat pula dipilih bertanding dalam pilihanraya. Atas sokongan ahli-ahli Umno Pematang Pauh maka Anwar Menang.

Setelah menang, Dr Mahathir lantik pula sebagai menteri. Berbagai kementerian telah Dr Mahathir serahkan kepada Anwar.

Sifat Anwar yang penuh muslihat ini akhirnya menjadi ancaman kepada kedudukan Dr Mahathir. Berpunca daripada pemilihan Umno tahun 1993 dimana Anwar dengan team wawasannya menguasai seluruh bahagian Umno dengan wang ringgitnya. Ghaffar Baba tidak dapat berbuat banyak kerana peraturan parti masa itu adalah pada setiap pencalonan secara automatik mendapat 10 undi.

Ghaffar Baba tiada pilihan lain, kecuali menarik diri bertanding jawatan timbalan presdien.

Anwar sebagai No. 2 parti terpaksa dilantik oleh Dr Mahathir. Selain sebagai TPM Anwar juga  dilantik sebagai menteri kewangan.

Melalui kementerian kewangan ini Anwar membangun empirenya. Membangun kroninya. Memperbanyak jalinan sosialnya. Memperbanyak pembodek dan spiner-spiner bagi menyokong perjuangannya.

Sifat Anwar yang semulajadi "kambuh" semula. Kuasa telah ditangan. Dengan kuasa ini Anwar boleh berbuat apa sahaja termasuk menyalahgunakan kuasa termasuk menggunakan PDRM untuk melindungi "sifat semulajadinya" tersebut.

Dengan kedudukan dan karenah Anwar Dr Mahathir terpaksa menghimpun maklumat mengenai Anwar.

Negara jiran mengintai sebaik sahaja Anwar menjadi PM, maka Anwar akan dijadikan boneka kerana negara jiran tersebut telah mengetahui "sifat semulajadi" Anwar tersebut.

Namun Allah lebih mengetahui. Allah belum mahu negara yang diasaskan pada tahun 1957 ini kecundang di tangan jiran yang sebelum ini juga merupakan sebahagian daripada negara ini.

Dr Mahathir tercium malapetaka yang maha dahsyat jika Anwar menjadi PM. Atas sebab itu memecat Anwar daripada Kabinetnya dan juga Umno.

Benar juga sangakaan Mahathir, setelah Anwar dipecat, maka belang yang selama ini disembunyikan Anwar melalui perjuangannya dalam ABIM telah terserlah.

Anwar dalam tulisannya dalam ruangan pendat THE WALL STREET JOURNAL bertajuk "Orang Islam Tiada Monopoli dalam Penggunaan Kalimah Allah"

Anwar berkata, hanya segelintir umat Islam di seluruh dunia menyokong dakwaan bahawa mereka berhak memonopoli penggunaan kalimah Allah.

Katanya, ini kerana kalimah berkenaan telah diperakui wujud dalam kamus bahasa Arab kuno sebelum ketibaan Islam lagi.

Sebelum ini, Anwar juga pernah dikecam apabila menuduh Islam menindas kaum minoriti penganut agama Hindu, Buddha, Kristian dan Yahudi ketika menghadiri satu persidangan di Australia, Disember lalu.

Dalam artikel yang disiarkan hari ini, beliau berkata, beberapa bahasa semantik yang mempunyai pertalian dengan bahasa Arab turut menggunakan kalimah Allah ketika merujuk kepada tuhan seperti Elaha dalam bahasa Aramaic dan Elohim dalam bahasa Ibrani.

“Manuskrip sejarah membuktikan bahawa orang Islam, Kristian dan Yahudi yang menggunakan bahasa Arab secara kolektif telah menyembah tuhan pencipta serta pentadbir alam semesta yang dipanggil Allah lebih 1,400 tahun lalu.

“Sejarah Islam di Asia Tenggara pula telah dikenali dengan tradisi kemajmukan yang merangkumi semua, manakala hubungan persahabatan antara orang Islam dan bukan Islam telah menjadi satu norma sejak beberapa generasi.

“Sehubungan itu cendekiawan Islam di luar negara melihat isu penggunaan kalimah Allah di Malaysia sebagai tidak masuk akal dan tidak dapat menduga ia mencetuskan bantahan dan kemarahan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar membuat dakwaan bahawa kelemahan Malaysia dalam menangani isu membabitkan agama dan perbezaan kaum bukannya sesuatu yang luar biasa.

Katanya, layanan buruk kepada kumpulan minoriti di negara Islam selalunya lebih teruk daripada perbuatan serupa yang dikecam umat Islam di negara Barat.

“Kita telah melihat bagaimana orang Islam di seluruh dunia membantah undang-undang mendiskriminasi mereka yang diluluskan di negara Barat yang sepatutnya lebih liberal dan progresif.

“Sebagaimana Perancis serta Jerman dalam isu pemakaian burqa dan Switzerland dengan isu menara masjid, begitulah juga Malaysia yang seringkali gagal menyediakan suasana selamat dan terjamin terhadap masyarakat minoriti,” katanya.

Sementara itu, Anwar mendakwa ketegangan dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini dicetuskan oleh beberapa pemimpin politik yang semberono, media arus perdana dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kaitan dengan ahli dan pemimpin UMNO.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels