10 January 2010

UMNO:Juara Rakyat Sekadar Retorik Bagi Daerah Kota Belud?

SEKARANG baru terasa bahawa UMNO mahu menjadi JUARA RAKYAT. Dengan mengambil iktibar isyarat rakyat melalui keputusan PRU-12 dan kekalahan parti LDP Jepun, Presiden Umno mencipta slogan baru UMNO: Juara Rakyat, disamping konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

Umno telah mentadbir negara sejak merdeka. Kalau dihitung dengan jari Umno telah mengurus negara ini melangkah ke angka 53 tahun. Rupanya setelah setengah ABAD, Umno belum merasakan dirinya menjadi JUARA RAKYAT!.

Menjadi juara tidak mudah, selain bakat, kemampuan dan strategik, budibaik juga merupakan faktor yang mesti diambilkira.Di samping itu, faktor pemimpin dan individu parti juga tidak kurang pentingnya.

Untuk menjadi juara rakyat, pemimpin atau individu parti bukan sahaja peka terhadap permasalahan rakyat, tetapi juga mampu menyelasaikan masalah-masalah itu.

Kehidupan rakyat yang hakiki adalah memenuhi keperluan mereka dari segi sumber makanan, minuman, kesehatan dan lingkungan penambahan ilmu, yakni pendidikan serta keselamatan.

Tidak dinafikan bahawa kerajaan kalau boleh menyediakan seluruh kemudahan tersebut demi keselesaan rakyat,namun prioriti atau keutamaan kerajaan juga perlu dipentingkan.

Kemudahan infrastrukutur misalnya jalan-jalanraya, kemudahan bekalan litrik, kemudahan bekalan air bersih untuk keperluan harian rakyat, kerajaan mengutamakan kawasan-kawasan pekan dan bandar yang padat penduduknya, manakala kawasan pedesaan atau kampung, selalunya dibelakangkan, kerana kawasan-kawasan ini kurang bernilai ekonomi.

Hinggakini kita tidak merasa anih, apabila masih banyak kampung-kampung terutama di Sabah dan Sarawak belum mempunyai kemudahan bekalan litrik mahupun bekalan air bersih.

Kalau lah jarak kampung-kampung itu beratus kilometer daripada sumberair atau sumber loji, adalah lojik apabila kampung-kampung itu belum boleh dibekalkan dengan kemudahan ini kerana faktor kos.Namun, apabila kampung-kampung itu hanya beberapa kilometer dari sumber, maka di sini lah timbulnya persoalan besar.

Contoh mudah adalah Sekolah Pertanian Timbang Manggaris Kota Belud. Sekolah ini ditubuhkan pada zaman Usno,yakni tahun 70-an dengan kelengkapan bekalan litrik dan air bersih yang disambung terus dari janakuasa Pekan Kota Belud. Namun yang cukup sedih adalah kampung-kampung yang di lalui saluran paip dan kabel litrik tidak disediakan dengan kemudahan-kemudahan asas bagi rakyat ini.

Kemudahan litrik hanya disambung pada penghunjung tahun 1990-an, manakala bekalan air bersih hingga kini belum ada tanda-tanda bahawa kampung-kampung ini akan dibekalkan dengan kemudahan asas itu.

Ramai rakyat yang celik pendidikan menuding jari kepada para pemimpin daerah yang telah meniti kerjaya mereka ke peringkat negeri malah peringkat nasional. Mereka mempersoalkan atas sebab musabab apakah para pemimpin tersebut gagal memperjuangkan atau membuat perancangan agar kemudahan asas ini dibekalkan kepada rakyat.

Sehinggakini hanya Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahalan berani mengumumkan bahawa telah ada peruntukan 30 juta ringgit untuk menaik taraf bekalan air minum di daerah Kota Belud, namun liputannya tiada siapa yang tahu. Apakah kos sebesar itu hanya untuk mengganti paip-paip air yang telah sediaada, atau kah kos itu untuk memperluas jangkaun bekalan air bersih yang meliputi kampung-kampung? hingga kini belum ada maklumat rinci mengenai perkara ini.

Kampung Rampayan Ulu di mana Sekolah Timbang Menggaris bertapak,hingga kini (selama lebih 50 tahun) rakyatnya belum merasakan apa itu air bersih. Penduduk kampung bergantung kepada air bawah tanah yang berkarat. Air ini bukan sahaja memudaratkan pakaian-pakaian yang dibasuh akan tetapi mengakibatkan menigkatkan penduduk menghidap penyakit buah pinggang dan penyakit hepetitis B.

Slogan Umno: Juara Rakyat dan slogan kerajaan BN 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, mungkin kah akan mengambil tempat di perkampungan; semuanya terserah kepada perancangan WAKIL-WAKIL RAKYAT DAN PEMIMPIN PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL KHASNYA UMNO!

Atas arahan DS Najib bahawa bagi setiap 191 Bahagian Umno seluruh negara perlu mengadakan program JUARA RAKYAT secara bulanan, apakah UMNO KOTA BELUD mahu menyahut CABARAN INI? atau kah slogan Umno Pusat ini hanya retorik bagi Daerah Kota Belud? Sama-sama kita tunggu respon Datuk Sri Panglima Salleh Tun Said untuk menjawabnya.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels