31 July 2010

Majlis bersama rakyat yang lesu

Siapa sebenarnya yang disanjung dalam majlis bersama rakyat? pemimpin kah atau rakyat?

Majlis bersama rakyat MOA yang berlatar bersama rakyat, sebenarnya majlis pemimpin bukanlah rakyat.

Pagi tadi di padang Pekan Kota Belud yang ternampak adalah para pemimpin parti dan para pegawai kerajaan.

Ada juga rakyat yang datang, tetapi yang terlibat dalam acara kebudayaan.

Sungguh malang, jauh-jauh menteri pertanian dan asas tani persekutuan Datuk Noh Omar datang dari Kuala Lumpur hanya menyaksikan perbarisan para pemimpin parti komponen barisan nasional dan para pegawai kerajaan, bukannya menyaksikan perhimpunan rakyat.

Benarlah istilah BERSAMA RAKYAT hanya retorik.

29 July 2010

Kenapa Pemimpin Sabah yang itu-itu juga?

OKB terbaca komen seorang penggiat teater asal Kota Belud yang mempersoalkan bahawa para pemimpin Sabah kini yang itu-itu juga yakni mereka-mereka ini adalah juga pemimpin parti Usno yang telah dibubarkan, pemimpin parti Berjaya yang telah terkubur dan pemimpin PBS.

Penggiat itu bertanya pada dirinya sendiri dan kawan-kawannya apa kah tiada lagi pemimpin yang boleh di ketengahkan selain para pemimpin yang hampir luput itu?

Bagi OKB, para pemimpin Sabah yang boleh menjadi pemimpin adalah mereka yang mempunyai beberapa ciri: Pemimpin itu mesti kayaraya; pemimpin itu banyak penyokong daripada kontraktor-kontraktor atau pembalak dan pemimpin itu sanggup melabur wang untuk mendapat kedudukan politik.

Sesiapa sahaja yang tergolong dalam ciri-ciri tersebut dan mahu mencebur diri dalam politik pasti berjaya dalam politik.

Para pemimpin Sabah yang dikatakan telah berdekad masih merupakan pemimpin adalah mereka yang mempunyi 3 ciri yang disebutkan di atas.

Bagi daerah Kota Belud telah menjadi rahsia umum bahawa para pemimpin daerah ini adalah mereka yang mempunyai ciri-ciri sepertimana yang disebutkan. Para pemimpin muda secara perlahan-lahan menghampiri 3 ciri tersebut dan akan mewarisi ciri-ciri pemimpin terdahulu.

Mengganti pemimpin tidak sama dengan salin baju, kecuali penggantian pemimpin akan berlaku dengan cepatnya jika parti yang dinaungi oleh pemimpin-pemimpin tersebut di tolak oleh rakyat secara mutlak.

Jika keadaan ini berlaku, maka akan ada gelombang baru para pemimpin. Yang mereka kejar adalah 3 ciri sepertimana yang disebutkan. Jika ini yang berlaku maka rakyatlah jadi mangsa. Lihat sahaja apa yang terjadi di Sabah. Para pemimpin Usno yang kayaraya ditolak rakyat. Apabila berjaya mengambil alih, maka wujud orang-orang kaya baru, demikian juga zaman PBS, telah wujud orang-orang kaya baru. Apabila Umno-sabah mengambil alih, maka kewujudan orang-orang kaya baru agak perlahan. Sebab apa? para pemimpin Umno-Sabah adalah mantan-mantan pemimpin Usno, berjaya dan Pbs yang telah kayaraya.

Kini dikatakan bahawa rakyat Sabah terutama kaum cina dan bumiputra intelek dikatakan akan menolak kerajaan BN Sabah yang ada. Mereka terpedaya dengan isu merit dan kesama rataan yang diketengahkan oleh Anwar Ibrahim. Bagi OKB, bumiputra intelek ini cuba berjudi, mana lah tahu giliran mereka mendapatkan 3 ciri yang disebutkan. Jika gagal sekalipun, bagi mereka tidak membawa apa-apa kerugian dalam jangka pendek, kerana periuk nasi mereka tetap berasap, atas sebab kebanyakan mereka adalah kakitangan bergaji bulanan.

Dua hari lalu apabila KSN menumumkan bahawa guru-guru dalam gred DG41-DG48 dibenarkan berpolitik dengan syarat mendapat kelulusan daripada ketua masing-masing disambut dengan gembira oleh mereka yang termasuk dalam bumiputra intelek tersebut.Belumpun kebenaran itu diwartakan apa tak lagi kebenaran daripada ketua mereka masing-masing, mereka sudah mula mengagungkan Parti Pas dan PKR. Bagi mereka, hanya parti Pas dan PKR akan boleh membantu menghapuskan para pemimpin yang ada sekarang yang dikatakan gila penghormatan, gila harta dan gila kuasa.

Bagi OKB sebagai seorang penyokong Umno terlalu sukar mempertahan para YB-YB daerah ini daripada tomahan mereka itu, atas sebab OKB tidak mengetahui secara pasti darimanakah sumber pendapatan para YB tersebut, sehinggakan menjadi kayaraya secara tiba-tiba; sedangkan ramai yang mengetahui kedudukan mereka sebelum mejadi Yang Berhormat.

Bagi OKB penanda aras kepada YB-YB daerah ini samada terus dipertahankan oleh rakyat adalah melalui pilihanraya. Inipun jika mereka masih diberi kepercayaan oleh parti mewakli parti.

Parti Umno baik, tiada cacat celah, yang bermasalah adalah para pemimpinnya. Para pemimpin yang dipilih oleh ahli-ahli parti tersebut, menjadi khayal apabila duduk pada kerusi empuk yang menyediakan segala-galanya. Akibat keseronokan tersebut, pemimpin yang terbuai tersebut alfa kepada mereka yang menyokognya, menjadi net workingnya, tukang propagandanya menaikkan nama bakal pemimpin tersebut. Ini lah sifat-sifat yang memuakan golongan intelek bumiputra tersebut.

Merokok dilarang di sekolah?

Gambar hiasan
Di sekolah manapun di negara ini merokok dilarang. Namun, di luar pagar sekolah tiada peraturan yang mengatakan merokok adalah dilarang. Mungkin ini lah yang dimanafaatkan oleh pelajar sekolah menengah Taun gusi (semtasi. Maaf bukan semua pelajar sekolah itu merokok, tetapi ada yang merokok di luar pagar sekolah.

OKB saban hari meliwati sekolah itu. Setiap meliwati sekolah itu ada sahaja pelajar merokok di warung-warung kecil bersebelahan jalanraya beberapa meter daripada pintu masuk sekolah.

Bukan calang-calang yang merokok adalah pelajar yang segak berseragam sekolah.

Nampaknya walaupun iklan rokok telah lama dilarang di TV milik kerajaan atau swasta, namun sistem pemasaran pengusaha-pengusaha rokok cukup hebat, sehingga pelajar sekolahpun sudah mula terjangkit.

Warung-warung yang beroperasi berdekatan sekolah secara sembunyi-sembunyi menjual rokok secara batangan. Rokok pilihan warung-warung ini adalah rokok yang tidak berbayar cukai, misalnya rokok berjenama premuim, LA, Era, John serta rokok kritik indonesia.

Seorang guru yang mengajar di sekolah itu malah cukup pelik, bagaimanakah pemilik warung-warung tersebut boleh menjual rokok kepada para pelajar tanpa dapat dipantau.

Salah siapa kah? pemilik warung? Guru-guru? atau Ibu bapa?

25 July 2010

Pembangunan Sabah Siapa Yang Kuasai?

Pembangunan Sabah Siapa yang kuasai? Pertanyaan ini bukan sahaja menjadi isu kepada rakyat akan tetapi juga YB-YB.

Bajet pembangunan Sabah 70% bersumber daripada kerajaan persekutuan,manakala 30% digenerate oleh kerajaan negeri.

Memang benar berbilion ringgit disalurkan kepada pembangunan negeri daripada persekutuan, namun wang yang disalur itu tidak dikuasai oleh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri hanya dilantik sebagai pemantau dan mengenal pasti bentuk pembangunan yang diperlukan. Namun apabila tiba kepada pelaksanaan dan pelaksana Sabah tidak mempunyai peranaan langsung.

Projek-projek pembangunan yang dibiayai oleh persekutuan diatur sendiri oleh persekutuan. Bermula daripada pemberian kontrak dan kontraktor pelaksana seluruhnya dipilih oleh persekutuan.

Pelaksanaan dan pemberian kontrak pembangunan yang dikuasai oleh persekutuan tersebutlah yang menjadi isu di kalangan rakyat Sabah pada masa ini.

Ketua menteri dan jemaah menteri Sabah diasak dari berbagi sudut mengenai projek-projek pembangunan yang diperlukan oleh rakyat di kawasan-kawasan tertentu, namun baik ketua menteri apa tak lagi jemaah menteri, tidak mampu memberikan atau meluluskan projek-projek yang diperlukan. Para YB ini hanya mampu meluluskan peruntukan-peruntukan ADUN dan Parlimen, di mana jumlahnya sangat terhad.

Sebagai contoh, kawasan parlimen Kota Belud, wakil rakyatnya hanya mampu meluluskan pembinaan-pembinaan bastop dan pembaikan-pembaikan lorong kaki, kerana itu sahaja yang termampu diberikan melalui peruntukan 1.5 juta setiap kawasan parlimen setahun.

Sementara ADUN pula, dana bagi ADUn pula hanya 750 ribu setahun. Apa yang boleh dilakukan dengan dana sekecil itu?

Kawasan Kota Belud sama luasnya dengan Negeri Perlis, pun demikian hanya menerima tempias pembangunan sebanyak RM 3.75 juta setahun.

Namun apabila diambilkira projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan yang umumnya bersangkut paut dengan dunia pendidikan, jalan-jalan luar bandar, maka jumlahnya beratus juta. Untuk kawasan Tempasuk sahaja pada tahun 2009, jumlah projek di kawasan Datuk Musbah tersebut telah menjangkau 500 juta ringgit.

Malangnya seluruh pelaksana projek-projek yang bernilai ratusan juta tersebut,kurang daripada 5% dilaksanakan oleh kontraktor tempatan.

Disebabkan pelaksana adalah bukan orang tempatan, maka projek pembangunan tersebut terbengkalai. Sebagai contoh pembangunan sekolah SK Tamau, Labuan, Timbang Dayang dan banyak lagi.

SK Sembirai kebetulan dilaksanakan oleh kontraktor tempatan, kita menyaksikan sendiri bagaimana cepatnya penyiapan sekolah tersebut. Kata orang penyiapan SK Sembirai terlalu kedepan,kenapa? kerana orang tempatan merasakan sense of belonging.

Jika keadaan penguasaan pengagihan projek-projek pembangunan persekutuan ini tidak diperturunkan kepada kerajaan negeri, OKB sangat khuatir ianya menjadi isu utama rakyat negeri ini menolak BN. Jika ini berlaku, bukan sahaja Sabah sirna sebagai Fixed Deposit, malah kemungkinan menjadi pembangkang.

22 July 2010

Umno Kota Belud Tidak Berpuak

Dari jauh ada yang mengatakan bahawa Umno Kota Belud bergolak. Tetapi apabila didekati rupanya pergolakan itu hanya fatamorgana.

11 Julai lalu semasa mesyuarat Bahagian itu berlangsung, semua para pemimpin Umno daerah ini telah berkumpul di Dewan Tun Said bagi menghadiri persidangan itu.

Dari dekat terserlah kemesraan antara pemimpin daerah ini. Satu faktor lagi yang menampak bahawa kepimpinan daerah ini sangat akrab adalah semasa perasmian MTQ peringkat kebangsaan yang diadakan di dewan saadah Wisma Muis.

Jika sebelum ini terdapat anggapan bahawa ekoran pertandingan merebut ketua bahagian umno tahun 2008, maka berlaku jurang yang amat besar antara Datuk Salleh Said dan Datuk Musbah Jamli. Namun melalui pengamatan OKB, sejak masa itu, kedaan itu sebenarnya tidak wujud. Hubungan antara Salleh dan Musbah sebenarnya baik.

Musbah pada masa ini mempunyai agenda membangunkan daerah Kota Belud atas kapasitinya sebagai ahli jemaah menteri, sementara itu Salleh memperkukuh kekuatan parti atas kapasitinya sebagai Ketua Bahagian dan Timbalan Pengerusi Umno negeri.

Bagi OKB antara Musbah dan Salleh mereka tergantung antara satu sama lain.

Jika kadar kemiskinan berkurang dan taraf ekonomi Kota Belud meningkat yang dilihat adalah kejayaan Musbah. Musbah mewakili parti yakni parti Umno. Kejayaan Musbah adalah juga kejayaan Parti.

Persepsi bahawa ada perbalahan antara Musbah dan Salleh pada masa ini tidak wujud lagi. Ibarat kata peribahasa perahu lalu kiambang bertaut semula.

Musbah dan Salleh pada ketika dan waktu ini adalah satu pasukan dengan Musa Aman. Agar pasukan berjaya dalam satu-satu pertandingan, bahawa perlu bergerak secara berpasukan.

Tiada pasukan yang berjaya disebabkan primadona dalam pasukan itu, buktinya pasukan Brazil, Argentina, gagal memang piala dunia, kerana pasukannya menghandalkan kepada primadona, akan tetapi sepanyol yang menghadalkan pasukan, dan setiap anggota pasukan adalah asset, maka Sepanyol menang piala dunia, walau hanya 1 goal baik di final mahu diperingkat saringan.

Dalam politik semuanya boleh berlaku. Dalam politik tiada musuh selama-lamanya, demikian juga tiada kawan-kawan selama-lamanya. Dalam politik yang utama adalah rakyat. Kemahuan rakyatlah yang boleh menyatukan pemimpin politik, bukan sebaliknya.

Pada masa dan ketika ini rakyat mahukan Salleh menjadi pemimpin parti Kota Belud, sementara itu, rakyat juga mahukan Musbah membahwa pembangunan ekonomi. Pilihan rakyat ini sangat berasas kerana kemampuan Salleh memang dalam politik, sementara itu Musbah dalam dunia ekonomi. Saling sokong menyokong antara Salleh dan Musbah akan menjadikan Kota Belud membangun dalam masa terdekat; yang mendapat manafaat adalah rakyat.

Sebagai anak watan Kota Belud, OKB mahukan Kota Belud majujaya.

21 July 2010

Sabah dan Sarawak Tetap Kubu Kuat BN: Hisham

KOTA MARUDU: UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah menyiapkan benteng ampuh untuk mempertahankan Sabah dan Sarawak, selain merampas semula Selangor daripada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata berikutan itu pembangkang sukar menawan hati pengundi Sabah dan Sarawak berikutan keadaan politik di kedua-dua negeri itu berbeza dengan Semenanjung, manakala Selangor pula sukar dipertahankan oleh pakatan pembangkang.

Namun, Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri, mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO serta parti komponen BN Sabah tidak leka dengan kemenangan besar pilihan raya umum 2008, sebaliknya terus menggiatkan usaha menawan hati pengundi dengan pendekatan menyelesaikan masalah rakyat.

Hishammuddin berkata, pembangkang berhasrat menawan Sabah dan Sarawak kerana menyedari tidak mampu menawan Parlimen jika gagal memperoleh sokongan pengundi di kedua-dua negeri berkenaan.

“Kita jangan leka. Jangan fikir kedudukan kita kuat... kita tidak peduli masalah rakyat. Kita akan terus mendapat kepercayaan rakyat jika kita tidak bertelagah sesama sendiri. Dalam menyiapkan diri menghadapi pilihan raya umum akan datang, kita harus lihat bagaimana UMNO dan BN dapat memenuhi cita rasa rakyat dan bagaimana transformasi yang dilakukan benar-benar mendapat tempat di hati rakyat,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Kota Marudu di Dewan Komuniti Kota Marudu, di sini semalam.

Hadir sama Ketua UMNO bahagian, Wetrom Bahanda dan Ketua UMNO Kota Belud, Datuk Salleh Said Keruak selaku wakil Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Ditanya mengenai perbincangan antara UMNO dengan PAS, Hishammuddin berkata, kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, supaya PAS berhenti daripada menghina UMNO harus dilihat secara ikhlas oleh PAS sebagai landasan kedua-dua parti berbincang mengenai perpaduan Melayu dan umat Islam.

20 July 2010

Senario politik Sabah diambang PRU-13

Datuk Harris Salleh keluar USNO untuk tubuhkan Berjaya adalah tindakan berani, kerana sebelum itu dalam pilihanraya negeri parti USNO menyapuh bersih semua kawasan DUN Sabah.

Memecat Datuk Pairin Kitingan dalam parti Berjaya serta menurunkan status Tambunan daripada daerah kepada daerah kecil juga tindakan berani Datuk Harris-walaupun Datuk Pairin merupakan ketua suku kaum terbesar bumiputera bukan islam.

Menyerahkan 95% hasil minyak dan gas negeri Sabah kepada kerajaan persekutuan juga salah satu keberanian Datuk Haris Salleh.

Memberi status wilayah persekutuan kepada Pulau Labuan sehinggakan mantan perdana menteri dr Mahathir mengeluarkan kata-kata “sink and swim with Berjaya” juga terserlah keberanian Datuk Harris.

Kenapa Datuk Harris Salleh Berani?

Keberanian seorang ketua kerajaan terserlah apabila mendapat mandat yang kuat daripada rakyat yang menaikannya ke tampuk pemerintahan. Harris memanfaatkan sokongan rakyat yang diberikan kepada parti Berjaya bahawa pada dua kali pilihanraya-Parti pimpinannya menang 2/3 kerusi dalam DUN Sabah (masa itu hanya 48 kerusi DUN), dan bakinya oleh parti USNO. USNO dan Berjaya berlawanan diperingkat negeri-tetapi kedua-duanya parti komponen BN di peringkat persekutuan.

Sebelum pilihanraya kecil Tambunan tahun 1984- kegagahan Harris dan Partinya kelihatan di luaran sungguh kuat. Datuk Harris mewakili Tenom di mana majoriti adalah kaum murut bumiputera bukan islam- bukan penghalang baginya- melalui dua piliahanraya- Datuk Harris menang besar.

Tahun 1984- apabila ada pilihanraya kecil Tambunan- Parti Berjaya di wakili oleh Roger Ongkili adik-beradik dengan James Ongkili mantan menteri persekutuan dan Dr Maximus Ongkili (Timbalan presiden PBS) dan masa ini merupakan menteri Sains dan Inovasi Persekutuan telah kalah teruk. Datuk Pairin Kitingan dinobatkan sebagai pemenang. Datuk Harris merasa tercabar- setahun kemudian beliau membubarkan DUN Sabah untuk membolehkan piliahanraya negeri. Umum mengetahui- pada pilahanraya tersebut- parti Berjaya yang ternampak begitu kuat kecundang di tangan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang ditubuhkan belum setahun jagung.

Parti PBS memerintah pada awalnya sebagai parti pembangkang dan kemudian diterima masuk dalam barisan nasional. Empat pilahanraya DUN Sabah- PBS terus maju dan tidak pernah kecundang.

Keberanian Datuk Pairin Kitingan

Akibat pertandingan antara Team A dan Team B dalam UMNO pada tahun 1987- UMNO diharamkan-kemudian tertubuh UMNO BARU dan Semangat 46. UMNO Baru diketuai dr Mahathir-Ghapar Baba- Manakala Semangat 46 oleh Tengku Razalleh Hamzah dan Rais Yatim. Selama dua tahun sebelum pilahanraya UMUM 1990- di semanjung secara luaran kerjasama Angkatan Perpaduan Ummah (Semangat 46 dan PAS) dan Angkatan Rakyat ( Semngat 46-DAP) mempunyai peluang membentuk kerajaan persekutuan. Berpaksi kepada anggapan ini- maka pada pilihanraya umum (PRU) 1990 sebelum pembuangan undi PBS keluar Barisan Nasional untuk bergabung dengan Angkatan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah. Akibat tikam belakang PBS ini- Dr Mahathir mengumumkan kemasukan UMNO ke Sabah atas persetujuan Tun Mustapha-melalui pembubaran USNO. Keputusan PRU-1990 masih memihak kepada BN di Semanjung dan Sarawak, sedangkan Di Sabah- Kesemua kawasan yang ditandingi PBS: PBS menang besar.

Sebelum PRU-1994, telah berbagai strategi dilalui oleh BN melalui parti UMNO di Sabah- antaranya: jika BN menguasai negeri-maka pengiliran ketua menteri akan dilaksanakan. Dalam tempoh empat tahun- parti BN Sabah- yang dianggotai AKAR-LDP dan UMNO mengembeling tenaga dan startegi untuk menumbangkan PBS. Keberanian Datuk Pairin Kitingan benar-benar tercabar dan teruji. Parti UMNO yang sebelumnya diterajui oleh Gafhar Baba, diganti oleh Tun Mustapha dan kemudian oleh Datuk Sakaran Dandai.

Pada PRU-Sabah tahun 1994- PBS menang dengan majoriti mudah. Datuk Pairin tetap Ketua Menteri. Usaha BN melalui PRU tidak berjaya. Tindak tanduk pemimpin BN pusat melalui pintu belakang yang dirancang oleh Anwar Ibrahim telah berjaya. Datuk Lajim Ukin dan Rubin Balang keluar PBS dan masuk UMNO. PBS kehilangan majoriti mudah DUN dan tumbang. Keberanian Datuk Pairin terjawab dengan kehilangan kuasa memerintah- bukan kerana penolakan rakyat tetapi secara licik dan kotor.

Kebangkitan Pemerintahan Semula BN-Sabah

Datuk Sakaran Dandai mengangkat sumpah jawatan ketua menteri sabah di hadapan Tun Said Keruak- Tuan Yang Terutama Negeri Sabah yang sebelumnya menolak permintaan Datuk Pairin membubarkan DUN Sabah bagi memberi peluang kepada rakyat memilih kerajaan. Tidak sampai setahun Datuk Sakaran meletakan jawatan Ketua Menteri kerana dilantik sebagai TYT Sabah. Datuk Salleh Tun Said ADUN Usukan Kota Belud mengambil alih jawatan Ketua Menteri untuk tempoh dua tahun dalam sistem pengiliran Ketua Menteri. Dua Tahun Bumiputera Islam- Dua Tahun untuk Kaum Cina- Dua Tahun untuk bumiputera bukan islam. Sistem pengiliran Ketua Menteri terus berjalan sehingga tahun 2004. Malangnya setelah Datuk Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri- sistem ini dihapuskan- dan kebetulan ketua menteri Sabah pada masa itu adalah Datuk Musa Aman./ Datuk Musa terus menjadi ketua menteri sehingga kini.

Taring Musa Aman

Pada awal kepimpinan Musa Aman- taring atau keberanian beliau belum terserlah. Musa Aman terus melangkah, mengatur langkah- memastikan bahawa Datuk Abdullah Badawi benar-benar mempercayainya sebagai pemimpin Sabah yang tidak berganti. Sistem mengampuh sepertimana yang dilakukan Datuk Harris kepada dr Mahathir-dilakukan oleh Musa Aman terhadap Datuk Abdullah. Di Sabah- tiada lagi pemimpin kepercayaan Abdullah-kecuali Musa Aman. Kepercayaan Datuk Abdullah terhadap Musa Aman begitu jelas dan nyata- apabila pada PRU-12,Musa Aman yang menentukan calon-calon BN yang mewakili UMNO di Sabah. Musa Aman dalam memilih calon-bukan berpaksi kepada latarbelakang calon-dalam senerio politik awal kemasukan UMNO ke Sabah dalam usaha menumbang PBS. Musa Aman memilih calon yang beliau rasakan dalam “inner circle” beliau.

Keberanian Datuk Musa Aman

Kepercayaan penuh yang diberikan oleh Datuk Abdullah dan hasil keputusan PRU-11 di mana semua kawasan baik DUN maupun parlimen dimenangi oleh BN- maka, pada PRU-12- Musa Aman menunjukan keberaniannya. Tiga pemimpin yang dianggap sangat sinonim dengan kepimpinan negeri selepas generasi Datuk Harris Salleh- digugurkan.

Datuk Salleh Tun Said- dimana ayahandalah yang menyebabkan bermulanya permerintahan BN yang diterajui UMNO di Sabah digugurkan. Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia- melalui parti AKAR yang sejak awal-awal lagi merupakan titik-tolak melemahnya kekuatan PBS kerana para pemimpin AKAR adalah mantan-mantan pemimimpin PBS dan kemudian membubarkannya untuk menyatu dengan UMNO digugurkan. Datu Amir Kahar Tun Mustapha- dimana ayahnya berkorban membubarkan USNO untuk menggantikannya dengan UMNO digugurkan.

Walaupun tiga pemimpin yang besar-besar ini digugurkan- mereka tetap bersama UMNO dan bertungkus-lumus memastikan bahawa kawasan-kawasan yang pernah mereka wakili memperoleh kemenangan. Walaupun, pada ketika itu-para pemimpin ini merasakan bahawa mereka- telah tidak berfaedah lagi dikaca mata Musa Aman- mereka tetap setia kepada parti mereka- yakni UMNO. Mereka tahu- pemimpin bersilih ganti- tetapi jika parti kalah dan terkubur- adalah lebih sukar mengembalikannya kerjayaannya. Mereka sedar- parti-parti yang telah terkubur- sukar untuk dipulihkan semula. Berpaksikan kepada asas ini-mereka tetap menyokong UMNO dan BN.

Setelah PRU-12- dimana keputusannya sangat memeranjatkan di Semenanjung- jika tiada Sabah dan Sarawak- sudah pasti kerajaan persekutuan telah berganti. Di Semenanjung: kepiminan Datuk Abdullah kehilang lima negeri- termasuk negari asalnya Pulau Pinang. Manakala di Sabah- Musa Aman terus menyerlah- kerana semua calon UMNO telah menang-walaupun majoriti agak merosot. Parlimen Sabah- hanya kalah satu- melalui calon PBS- yang dikalahkan oleh DAP- begitu juga ADUN- calon PBS kalah kepada DAP. Walaupun- BN Sabah yang dianggotai oleh: UMNO-LDP-SAPP-MCA-MIC-PBRS-UPKO-Gerakan menang besar- tetapi disebabkan tiupan angin perubahan di Semenanjung- menyebabkan pergolakan politik dalaman BN- Sabah. SAPP- pimpinan Datuk Yong Teck Lee- keluar BN- kerana alasannya- hilang kepercayaan kepada kepimpinan Datuk Abdullah. Majoriti pemimpin SAPP baik yang berjawatan dalam kerajaan Musa Aman- keluar BN- kecuali Timbalan Presidennya- Datuk Raymond Tan yang akhirnya masuk parti Gerakan untuk mempertahankan jawatan menterinya dalam kabinet Musa Aman.

Datuk Raymond Tan pada satu ketika sehingga setahun - walaupun tidak berparti- masih dipertahankan oleh Musa Aman- atas dasar- bahawa Datuk Raymond Tan- masih menyokong dan menang kerusi ADUN melalui parti BN. Selama setahun Datuk Raymond Tan-masih tidak berparti- tetapi masih Timbalan Ketua Menteri.Jika tidak desakan LDP melalui Timbalannya, kemungkinan besar Raymond Tan masih berjawatan Timbalan Ketua Menteri.

Keberanian Musa Aman- tidak berganjak dalam isu Datuk Raymond Tan- walaupun bercanggah dengan konsep barisan nasional pada masa itu- dan konsep beliau sendiri. Dr Jeffery Kitingan- pada suatu ketika mengistiharkan dirinya adalah ahli adun bebas penyokong BN- Musa Aman dengan lantang bercakap- tidak ada istilah demikian.

Keberanian Musa Aman- luarbiasa. Parti komponen BN-Sabah seperti LDP- komponen tertua BN-Sabah- menyuarakan konsep pembentukan kabinet yang berpaksikan kepada konsesus komponen parti BN- tetapi kerana keberanian Musa Aman- beliau hanya menjawab- bahawa beliau bersedia mendengar maklum-balas dari parti-parti ini sebelum beliau membuat sebarang keputusan- mengenai kedudukan Datuk Raymond Tan.

Keberanian Musa Aman- membuat keputusan bukan didorong oleh kuasa yang dimilkinya melalui kuasa rakyat- tetapi berpaksi kepada ‘ apa yang saya mahu” “saya ini pemimpin”. Falsafah ini- pernah dilakukan oleh Datuk Harris Salleh semasa memasuki penggal kedua kepimpinannya. Datuk Musa Aman- pada masa ini- membuat keputusan menurut kehendak hati nuraninya- untuk kepentingan kuasanya. Sebagai misalan- keputusan awam yang diketahui adalah perlantikan CEO IDS. Hasnul Datuk Ayub Aman adalah anak saudaranya- yang tidak berkelulusan PhD- seperti amalan sebelum ini- bahawa CEO IDS- yang merupakan think-tank negeri Sabah diterajui oleh mereka yang berkelayakan PhD. Bermula dengan Dr Jeffery Kitingan, Dr Maximus Ongkili, Dr Richard Gunting dan kemudian Dr Yakob.

Bibit-bibit keberanian Musa Aman ini secara perlahan mengundang kebencian dan geramnya rakyat biasa, sepertimana yang terajadi terhadap kepimpinan Datuk Harris Salleh. Sebelum PRU- Sabah 1985- Kekuatan Datuk Harris Salleh seolah-olah tidak dapat dibendung. Ahli politik berpengalamanpun seperti dr Mahathirpun mengakuinya sehingga beliau mengatakan “sink and swim with Berjaya”. Secara luaran pada masa ini- kekuatan Datuk Musa Aman- sangat kuat- ini terbukti dengan undi kedua tertinggi dalam majlis tertinggi UMNO bersama-sama Dato Noh Omar- Tanjung Karang Selangor. Musa Aman- terlupa- bahawa kekuatan yang pada dirinya pada masa kini adalah gabungan tenaga dan usaha daripada para pemimpin komponen maupun para pemimpin yang tidak berkedudukan dalam parti. Datuk Musa lupa- bahawa Sabah ini terdiri dari berbagai etnik yang ketara jumlahnya setiap etnik.

Terfikirkah oleh Datuk Musa- jika seandainya sokongan dari etik kadazan-dusun yang diketuai oleh Datuk Pairin- Datuk Bernard Dompok; melalui etnik biasaya bersatu menentang kepimpinan beliau- apakah keberaniannya ini dapat berfungsi? Sejarah telah terbukti- apakah melalui parti USNO- Parti Berjaya- sekarang di Semenanjung apabila Anwar Ibrahim tidak berada dalam UMNO- BN hampir tumbang- dan mempercepat turunnya Datuk Abdullah Ahmad Badawi. daripada kerusi nombor wahid negara.

Pemimpin USNO dan kemudian menjadi UMNO seperti Datuk Rahim Ismail, Datuk Karim Bujang yang mewakili pantai barat Sabah- diketepikan dalam Kabinet negeri- walaupun mereka ini berkemampuan dan menunjukan kepimpinan yang disenangi rakyat. Apakah Datuk Ghafur Salleh- yang merupakan pemimpin ulung daerah Tawau yang diketepikan dalam sebarang jawatan- jika bergabung tenaga dengan pemimpin kelompok yang disebutkan- dapat dicegah oleh keberanian Musa Aman.

OKB suka mengingatkan, jangan anggap air yang tenang tidak berbuaya. Percaya atau tidak, kaum KDM pada masa ini bukan lagi menyebelahi parti-parti KDM yang dalam BN. Bukti dan fakta dapat dilihat melalui blog-blog atau FB milik suku kaum ini. Rata-rata KDM pada masa ini hanya menunggu peluang untuk menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Musa Aman.

Isu-isu pribadi dan kepimpinan Musa Aman saban hari disiarkan secara bersiri oleh blog-blog yang ada kaitan dengan KDM. Nampak senerio tahun 1985 akan berulang. Kecuali para pemimpin BN yang tidak peka sahaja mengabaikan keadaan dan fenomena ini.

KDM adalah kaum sama seperti kaum cina, apabila mereka diberi sesuatu demi sokongan balik, mereka akan terima, namun apabila membuat keputusan terutama pada pilihanraya, biasanya mereka akan bersatu. Usno tumbang, Berjaya Tumbang kerana larinya sokongan kaum KDM.

BN negeri tidak lagi dapat bersandar kepada Pairin, Dompok, Maximus. Bagi kaum KDM, mereka ini adalah pemimpin KDM yang telah luput dan tidak berupaya lagi memewakili mereka di peringkat negeri.

Fakta-fakta ini perlu diambilkira oleh Datuk Musa Aman dalam menikmati kuasanya yang ada kini. Musa Aman perlu tahu- bahawa dalam politik- tidak ada yang mustahil. Bahawa dalam politik tidak ada kawan yang senantiasa bersama, dan begitu juga sebaliknya- tidak ada musuh politik selamanya.

Semasa Datuk Harris keluar USNO pada tahun 1976 dan menubuhkan Berjaya- isu utama masa itu adalah isu Datuk Syed Kechik- yang didakwa oleh parti Berjaya telah membolot berjuta-juta hasil balak Negeri Sabah. Parti Berjaya menuduh Tun Mustapha membolot kekayaan Negeri. Tetapi tuduhan-tuduhan ini tinggal tuduhan. Seandainya Tun Mustapha telah membolot kekayaan Negeri- maka mungkin hingga kini- kita dapat menyaksikan istana-istana besar milik bapak kemerdekaan Sabah ini. Semasa pemerintahan Tun Mustapaha- seluruh rakyat menikmati saban tahun hasil pembalakan waktu itu melalui Amanah Tun Mustapha.

Semasa usaha menjatuhkan kerajaan PBS yang dicanangkan oleh Parti AKAR pada tahun 1989- isu masa itu tentang kehilangan wang Yayasan Sabah, konsesi Balak yang dimonopoli oleh pemimpin PBS dan konco-konco nya. Walaupun berbagai usaha walaupun AKAR bersama-sama UMNO dan LDP berganding tenaga melalui konsep BN-Sabah- gabungan ini tidak berjaya menumbang kerajaan PBS melalui peti undi.

Kejatuhan Parti Berjaya pimpinan Datuk Harris selain isu rakus kuasa tanpa mengambil kira pandangan akar umbi- tetapi juga ada kaitan dengan kebencian rakyat kepada Datuk Harris Salleh yang bersifat pengampuh kepada kerajaan persekutuan. Datuk Harris menyerahkan 95% hasil minyak dan gas kepada persekutuan- menyerahkan pulau Labuan kepada Kerajaan Persekutuan-untuk dijadikan Wilayah Persekutuan, menyerahkan jabatan Kastam dan imigeresen kepada persekutuan serta tanah-tanah prime yang ada di bandar terutama bandar kota kinabalu- misalnya bangunan KWSP yang ada sekarang. Datuk Harris menjelang kejatuhannya telah melantik kawan-kawan rapatnya samada menjadi anggota kabinetnya atau pengerusi agensi-agnesi kerajaan negeri tanpa mengira taburan etnik negeri Sabah. Pengagihan projek-projek kerajaan yang diberikan kepada mereka yang berakhir nama khan atau para pemimpin kaki ampuh atau angkat kaki. Jabar Khan bin Napi- dahulu semasa di kampung-hanya bernama Jabar bin Napi- agar supaya tertempias projek- terpaksa menambah nama Khan di hujung namanya.

Gejala ini - seakan-akan berulang di masa pemerintahan Musa Aman. Pemerintahan Musa Aman- ramai yang mengelarnya pemerintahan satu sen- kerana sekecil-kecil projek kerajaan pun- pasti pelaksananya ada kaitan dengan orang Musa Aman atau Anifah Aman. Pemotong rumput ditepi jalan misalnya- apabila ditelusuri di mana syarikat itu berasal- pasti berasal dari daerah Sandakan. Malah dalam dewan undangan negeri pun perkara ini dibangkitkan oleh ADUN Kuamut Masiung Banah- walaupun ADUN ini tidak menyebut secara spesifik tetapi melalui kiasan “ jangan sentuh: ini orang atas punya”.

Rakyat diperingkat akar umbi sekarang ini telah mula beralih arah- terutama generasi muda- di mana bilangannya menguasai daftar undi pemilih untuk PRU-13. Mereka-mereka ini menyaksikan kerakusan para pemimpin termasuk anak-anak pemimpin dan juga sanak saudara pemimpin. Generasi ini menyaksikan dengan ketara antara mereka yang sama-sama membesar dengan anak-anak para pemimpin ini telah terjadi lonjakan perbezaan yang sangat ketara dalam segi penghidupan. Anak-anak para pemimpin yang rapat dengan Musa Aman- dengan cepat mempunyai kekayaan yang luar biasa- memandu Ninja King V-8 sekurang-kurangnya. Jika taburan pengagihan kekayaan ini merata- tidak lah menjadi persoalan- tetapi pengagihan kekayaan ini hanya tertumpu- kepada mereka yang hanya rapat dengan Musa Aman.

Kebencian rakyat bermula dengan menyaksikan keadaan ini. Musa Aman tidak dapat membendung kebencian ini. Rakyat tidak boleh menerima- apabila pemimpin mereka diketepikan- kerana bagi mereka- pemimpin itu adalah wadah untuk meminta pertolongan di kala tersepit- dikala terdesak. Datuk Musa Aman- masa ini hanya dikelilingi oleh para pemimpin yang berjuang untuk kepentingan pribadi- jauh sekali kepentingan rakyat. Ramai pemimpin yang dicipta oleh Musa Aman- dengan sekelip mata punya rumah mewah-punya kereta berjenama berbuah-buah- jika dahulunya hanya makan di kedai-kedai mamak- sekarang ini- cuma berselera di hotel-hotel mewah seperti Hotel Le Meridian milik Anifah Aman.

Apakah kebencian rakyat ini akan meledak melalui PRU-13. Berasaskan kepada keadaan ini- saya yakin ledakan ini akan terjadi melalui PRU-13 kerana bibit-bibitnya telah ternampak melalui PRU-12. Calon-calon BN yang dianggap ternama hanya ditentang oleh calon-calon bidan terjun- tetapi memberi saingan sengit kepada calon-calon BN. Keadaan ini mesti dibendung- kerana kata bidalan: marahkan nyamuk kelambu dibakar. Keadaan ini mesti disusul dengan tindakan yang segera oleh pemimpin BN- Sabah yang berada di luar kelompok Musa- kerana jika tidak- kapal yang sama-sama kita tumpangi akan tenggelam dan karam bersama Musa Aman. Tiada yang sanggup menerima padah- kerana seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit, kerana nila setitik susu sebelanga rosak. Tindakan Musa Aman memberi keutamaan kepada orang-orang dekatnya dan yang ada kaitan saudara dengannya dalam agensi-agnesi startegik menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap Musa. Selagi Musa Aman menerajui Parti BN- Sabah- maka rasanya pertukaran kerajaan akan terjadi di negari di bawah bayu ini pada PRU-13. Kuasa silent majority amat sukar di ramal- kerana air tenang- jangan disangka tiada buaya.

Ikhrar Datuk Salleh Tun Said mempertahankan bahawa Sabah merupakan simpanan tetap BN hanya angan-angan selagi Musa mempunyai kata putus muktamad dalam segala pekara baik kerajaan maupun parti.

Melalui paparan di atas BN Sabah kemungkinan dapat diselamatkan jika terjadi perubahan kepimpinan jika memang BN mahu mengotakan slogannya RAKYAT DIDAHULUKAN.

19 July 2010

Sabah: Siapa Pengerusi Umno negeri Beliaulah Mengisi Jawatan Ketua Menteri

Jangan berspekulasi mengenai jawatan Ketua Menteri. Untuk rekod siapapun dilantik sebagai Pengerusi Umno Negeri, beliau lah bakal ketua menteri, jika Umno atau BN menang pada pru-13 akan datang.

Para pemimpin Sabah yang mempunyai merit untuk jawatan Pengerusi Umno negeri selain Datuk Musa Aman, yang sekarang ini menjawat jawatan tersebut, adalah Datuk Salleh Tun Said dimana pada masa ini adalah timbalan pengerusi, Datuk Safie Apdal adalah pengerusi perhububungan Umno Kedah.

Dalam rekod, memang Datuk Salleh pernah menjawat sebagai pengerusi Umno negeri sewaktu sistem pengiliran Ketua Menteri tajaan Tun Mahathir mantan Perdana Menteri. Namun setelah sistem itu dihapus, maka keadaan Salleh yang pernah menjawat jawatan tersebut maka tamatlah jawatan Salleh sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, sama dengan tamatnya sistem pengiliran jawtan ketua Menteri.

Pada masa kini tersibar luas bahawa Musa Aman terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Umno negeri sekaligus juga jawatan Ketua Menteri.

Kita tidak tahu apa kah sebenarnya yang berlaku sehingga Musa Aman diisukan melepaskan semua jawatan baik jawatan kerajaan mahupun jawatan politik.

Menurut isu yang tersebar, Musa terpaksa melepaskan jawatan dalam Umno sebelum persidangan Umno pada bulan oktober ini. Alasannya jika Musa menyertai persidangan tersebut, ada kemungkin persidangan tersebut akan terbatal secara keseluruhan kerana Musa dikatakan mempuyai rekod yang melanggar peraturan parti.

Faktor kedua yang menyebabkan Musa berundur sebelum Pru-13 adalah isu pengubahan wang. Jika isu ini boleh ditutup dalam negera, akan tetapi di luar negara tetap tersebar. Najib tidak mahu imejnya tercalar, kerana itu meminta Musa berundur, demi negara dan pentadbiran Najib.

Nah,kembali kepada siapa pengganti Musa? Pemimpin yang paling dekat kepada jawtan pengerusi perhubungan umno negeri adalah Salleh Said. Dari segi kelayakan, tidak boleh dinafikan lagi, walaupun kepimpinan Salleh selalu mendapat tantangan daripada kawasannya sendiri.

Sebagai rekod, Salleh dilantik ke jawatan Timbalan Pengerusi Umno negeri di mana pada masa itu, mantan Ketua Menteri Sabah ini tidak mempunyai apa-apa kedudukan dalam parti,kecuali sebagai ahli biasa Umno.

Salleh dalam memperkukuhkan kedudukannya dalam parti, maka terpaksa bertanding jawatan ketua bahagian Kota Belud, di mana pada masa itu disandang oleh ADUN Tempasuk Datuk Haji Musbah Jamli.

Melalui pertandingan tersebut, Musbah mendapat sokongan padu daripada Musa Aman sendiri, Ahli parlimen Kota Belud, Rahman Dahalan dan ahli dewan undangan negeri kawasan Usukan Japlin Akim. Sementara itu, Salleh mendapat sokongan padu daripada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandkiar Amin dan Safie Apdal penaung Usbo.

Keputusan pertandingan tersebut Salleh menang dengan majoriti 47 undi.Yang menjadi persoalan besar pada masa itu adalah Salleh adalah pilhan presiden parti dan juga Perdana Menteri, pun demikan masih mendapat tantangan yang luar biasa di peringkat negeri umunya dan khasnya kawasan Kota Belud. Sekiranya Salleh kalah pada masa itu, yang kalah sebenarnya adalah Najib, bukan Salleh.

Salleh adalah pakar politik, seseuai dengan ilmunya sebagai master dalam sains politik.Setelah memegang jawatan Ketua Bahagian dan timbalan perhubungan umno negeri (jawatan yang ditinggalkan Safie Apdal), Salleh mengatur langkah; akhirnya keakraban dengan Musa berjaya tercipta. Penanda aras kepada keakraban tersebut ialah apabila Salleh dilantik menjadi penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri berstatus menteri.

Akibat penerimaan jawatan tersebut, ramai yang berspekulasi bahawa Salleh telah menjadi satu pasukan dengan Musa Aman, akibatnya hubungan dengan Safie Apdal semakin renggang, kerana Salleh dikatakan meninggalkan kawan seperjuangan.

Jika dihibau keadaan sebelum PRU-12, mac 2008, Salleh adalah MP Kota Belud. Salleh digugurkan dan tidak dipilih sebaliknya diganti oleh orang luar Kota Belud. Pada masa itu, ramai yang telah beranggapan, bahawa politik Salleh akan padam selama-lamanya. Namun atas kebijaksanaan ketiga-tiga pemimpin USBO tersebut, yakni Pandikar dan Amir Kahar serta Salleh, mereka mengatur perjumpaan dengan Musa diambang PRU-12. Ketiga-tiga pemimpin ini mengatakan sokongan padu dan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Musa. Akibat sokongan tersebut, BN Sabah berjaya menang dengan besarnya; walupun sokongan kepada BN di Semenanjung merosot sekali.

Akibat merosotnya sokongan kepada BN di Semenanjung, maka Tun Abdullah terpaksa melepaskan jawatannya kepada Najib.

Disini lah bermula perubahan kepimpinan parti di peringkat negeri-negeri, walaupun Sabah masih diterajui oleh lantikan era Tun Abdullah.

Sampai bila kah Najib mempertahankan lantikan-lantikan era Tun Abdullah? OKB merasakan Najib telah mempersiapkan semua pengganti itu melalui lantikan-lantikan Timbalan Pengerusi perhubangan Umno Negeri. Bagi Sabah, jangan berspekulasi lagi, PRU-13 akan datang akan dikemudi oleh Timbalan Pengerusi Umno Negeri, yakni Datuk Salleh Tun Said. Bagi Safie, Najib tidak akan melepaskannya di peringkat persekutuan,kerana Safie diperlukan di situ.

17 July 2010

Esok Wisma Wanita Dirasmikan Oleh "Wanita Pertama" Datin Rosmah Mansor

Datuk Najib adalah individu yang paling sibuk sekali.Awal minggu ini PM kita itu selepas sahaja hadir untu menerima pingkat tertinggi daripada Sultan Hasanal Bolkiah, terus ke Kota Kinabalu mengiringi isterinya yang melakukan lawatan rasmi ke negeri di bawah bayu ini.

Najib akan sekali lagi ke Sabah hari ini  bagi menjemput "first lady" Datin Rosmah Mansor sebaik sahaja upacara persamian selesai.

Sejak 3 hari lalu kerajaan negeri sebagai hos terpalit juga dengan kesibukan. Semalam kira-kira tengah malam, jalan Teluk Likas/Tanjung Lipat penuh sesak dengan kenderaan pengiring disertai dengan motocarde yang mengiringi Rosmah kembali ke sebuah Hotel bertaraf lima bintang, dimana wanita pertama itu menginap sejak lawatannya yang bermula 3 hari lepas.

Semalam seorang pemimpin Sabah yang Tersohor dan pada waktu ini hubungan antara mereka ibarat kuku dan isi juga bersama-sama ketua menteri berada di Wisma wanita, Jalan Tuaran untuk meninjau persiapan terakhir acara perasmian Wisma kebangaan kaum hawa itu.

Seingat OKB, belum pernah terjadi sambutan yang begitu grand terhadap isteri-isteri perdana menteri sebelumnya, ini lah upacara sambutan yang sangat grand yang julung kalinya.

Syabas kepada para protokol dan AJK sambutan yang bertungkus lumus menjadikan acara perasmian Wisma Wanita Sabah satu acara Gilang gemilang.

16 July 2010

Kenapa Ramai Sangat Mahukan Musa Aman Letak Jawatan??

Pagi tadi OKB menerima panggilan telepon daripada seorang pegawai kerajaan yang agak tinggi juga skelnya. OKB agak pelik atas panggilan tersebut,kerana individu tersebut bukan lah seorang ahli politik.

Rakan OKB ini kini bertugas di Sandakan pada sebuah agensi kerajaan yang sangat berpengaruh dalam perekonomian negeri mahupun negara.

Menurut rakan tersebut, terlalu kencang bertiup kini, malah telah menjadi topik dan buah mulut di kalangan pegawai-pegawai kerajaan baik negeri mahupun persekutuan bahawa Musa Aman mahu tidak mahu terpaksa melepaskan jawatan ketua menteri yang disandangnya pada April Pool tahun 2003.

Musa terpaksa meletakan jawatan kononnya kerana isu-isu pribadi terutama yang ada kaitan dengan masalah-masalah individu-individu yang kononnya mereka itu adalah kroni-kroni ketua menteri Sabah itu.

Isu utama kononya adalah jika Musa tetap memegang jawatan Ketua Menteri, maka impaknya adalah kepada Najib, di mata negara-negara luar.

Penyebab utama keadaan ini berlaku, apabila tertangkapnya agen yang membawa wang daripada Hong Kong dan yang celakanya agen itu mendakwa bahawa wang tersebut adalah untuk tujuan PRK Pematang Pauh, Pulau Pinang dan wang itu kononnya ada kaitan dengan Musa.

Penyebab kedua adalah "percakaran senyap" antara Musa dan Safie Apdal. Musa dikatakan "mengamalkan" kaedah "divide and Rule" apabila berjaya menyusup masuk ke dalam rangkaian USBO, di mana Presiden USBO Datuk Salleh Said yang sebelumnya begitu lantang terhadap kepimpinan Musa, kini kononya hubungan antara Salleh dan Musa ibrat "aur dengan tebing" dan "seperti kuku dn Isi".

Hubungan yang "rapat" antara Salleh dan Musa, bukan di dalaman sahaja malah secara terang-terangan. Buktinya adalah pada ucapan Salleh semasa merasmikan persidangan Umno kota Belud pada 11 julai lalu, Salleh mengulangi sokongan padunya terhadap kepimpinan Musa baik sebagai Ketua menteri mahupun sebagai pengerusi perhubungan Umno negeri.

Sokongan Salleh kepada Musa yang tidak berbelah bagi, menyebabkan golongan-golongan tertentu dalam USBO tidak berpuas hati dan seterusnya mereka menjalankan gerak saraf, baik secara lisan mahu secara fizikal melalui pemberian-pemberian projek.

Keenggan Kerajaan Negeri berkerjasama dengan Kementrian Pembangunan Luarbandar dan Wilayah dalam melaksanakan projek-projek luarbandar adalah bukti kukuh menguatkan pergeseran antara Musa-Salleh dan Safie-Pandikar. Akibat keengganan kerjasama Kerjaan Negeri dengan KPLBW, maka akan mempengaruhi KPI kementerian tersebut. Bagi kumpulan Safie, tindakan tersebut merupakan sabotaj kepada pencapaian Safie sebagai menteri.

Bagi OKB petelingkahan antara pemimpin Sabah ini kemungkinan ada "unsur" peninggalan barat yang mempengaruhinya yakni "divide and rule" agar supaya kekuatan para pemimpin Sabah menjadi lemah. Apabila lemah, maka mudah lah mereka diperkotak-katik.

Berbalik kepada isu utama tulisan ini, kenapa ramai yang mahukan Musa Aman letak jawatan dengan secepatnya, jawapannya adalah pada diri Ketua Menteri itu.

Sejak mengambil alih jawatan ketua menteri, KPInya hanya berkiblat kepada kawasan-kawasan tertentu dan puak-puak terpilih. Akibat kepada tindakan Musa tersebut, maka hari demi hari makin ramai terutama pimpinan akar umbi terpaksa membuat kelohan dan disampaikan kepada para pemimpin mahu pemimpin tertinggi. Juga tidak ketinggalan mereka-mereka yang ditugaskan mencari kelemahan-kelemahan kepimpinan Musa. Pada akhirnya, isu pengubahan suaian wang menjadi faktor utama menjatuhkan Musa.

Di desas desuskan bahawa Musa dalam masa terdekat terpaksa melepaskan jawatan Ketua Menteri. Mereka yang sebelumnya menjadi pilihan menggantikan Musa, umpamanya Safie Apdal sendiri, pada masa ini tidak boleh dilantik ke jawatan Ketua Menteri kerana bukan ahli dewan undangan negeri (ADUN), demikian juga Salleh Said. Pilihan yang boleh menggantikan Musa terletak kepada 3 individu, yakni Datuk Rahim Ismail, yang awal-awal lagi sebelum PRU-12 bercita-cita untuk menggantikan Musa. Datuk Masidi Manjun, walaupun peluangnya agar besar, namun hubungan dengan Musa sejak sekian lama (mereka sama-sama menerajui dewan perniagaan Sabah, maka peluang Masidi semakin tipis; dan yang ketiga adalah pada anak Tun Sakaran Dandai, Datuk Nasir Sakaran. Datuk Nasir adalah yang berhormat yang bersifat low profile, sama dengan sifat Musa Aman sebelum dilantik sebagai Ketua menteri Sabah pada 1 April 2003.

Namun, daripada 3 ADUN tersebut, kononnya kata pegawai kerajaan yang menelepon OKB pagi tadi, YB Datuk Rahim Ismail akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada bila-bila masa, sehinggalah DUN dibubarkan. Sabah akan diambil alih oleh "pemimpin" tertentu samada Salleh Said Keruak atau Safie Apdal diambang PRU-13. Percaturan ini lah kononnya akan menjadikan bahawa Sabah terus menjadi Simpanan tetap Barisan Nasional.

Dalam kaninet Rahim Ismail nanti, kementerian kewangan Sabah akan diambil alih oleh Salleh Said Keruak, kerana perlantikan tersebut bukan lah baru di negeri Sabah, kerana semasa Pemerintahan PBS, Welfred Bumburing yang bukan ADUN masa itu, pernah dilantik sebagai menteri infrastruktur negeri. Sama-sama kita tunggu kesahihannya

15 July 2010

Transformasi Perubahan Dalam Umno Lambat: Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno perlu melakukan proses pembaharuan politik dengan segera bagi mendapatkan semula keyakinan rakyat.

Menurutnya, proses pembaharuan politik Umno masih perlahan dan sekiranya parti tidak mengambil tindakan segera berhubung perkara itu, ia mungkin akan menjadi ancaman kepada parti dalam pilihan raya umum akan datang.

"Proses tranformasi politik (Umno) agak lambat sedikit. Kita harus usahakan apa sahaja kehendak rakyat supaya keperluan yang hendak dilihat masyarakat dilaksanakan.

"Ia perlu dibuat segera. Satu proses pembaharuan perlu dibuat segera," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Jeli, di Jeli hari ini.

Beliau berkata malahan proses pembaharuan di dalam kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) telah berjaya dilaksanakan.

Muhyiddin berkata daripada aspek pembaharuan dalam kerajaan BN, telah banyak perubahan dilakukan termasuk menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat daripada aspek pendidikan, golongan miskin, meningkatkan jumlah usahawan Bumiputera dan pelbagai lagi bantuan.

Katanya rakyat juga mahukan kerajaan pimpinan BN menangani segera isu membabitkan rasuah, jenayah dan pendidikan.

"Kesemua perkara itu telah diambil perhatian kerajaan dan tindakan segera diambil," katanya.

Hakikatnya senario politik negara telah berubah dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan Umno dan BN mengalami kejutan politik dan hilang beberapa negeri kepada pembangkang termasuk kehilangan majoriti mudah di Parlimen pada pilihan raya umum 2008, katanya.

Timbalan Presiden Umno itu berkata rakyat sudah terdidik dengan lebih baik berikutan kehadiran internet yang dapat menyalurkan maklumat dengan pantas.

Katanya rakyat kini sudah bijak menilai pemimpin mereka berdasarkan maklumat yang diperolehi biarpun sudah 64 tahun Umno dan BN berjuang untuk rakyat termasuk menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat.

"Ada persepsi kita sudah lama berkuasa, pimpinan yang ada tidak lagi peka dan prihatin, tidak lagi layan rakyat dan tidak ketahui perkembangan yang berlaku di bawah kerana kita leka dengan apa yang kita nikmati selama ini.

"Sebab itu bila sampai pilihan raya umum, mereka pergi ke peti undi dan tidak menyokong kita. Saya sebut ini untuk mengingatkan diri saya soal keberuntungan dan keberkekalan kuasa politik bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga negara," katanya.

Justeru, katanya, dengan perkembangan di dalam masyarakat sekarang, keadaan telah menuntut Umno membuat pembaharuan.

"Kalau tidak...pada pilihan raya umum akan datang senario yang kita lihat hari ini mungkin tidak akan dapat dipertahankan lagi," katanya.

Musa Aman Letak Jawatan?

Berlegar-legar desas desus bahawa Ketua Menteri Sabah sekarang ini Datuk Musa Aman akan melepaskan jawatannya selepas persidangan Umno oktober ini. Asas kepada desas desus ini adalah masalah pribadi Musa yang memudaratkan pentadbiran Najib baik dalam negeri mahupun luar negara.

Asas kepada isu pribadi Musa ini adalah seperti berikut ( Artikel seumpama ini adalah asas dan penyebab kenapa Musa sangat benci dan anti blogger)

GEMPAR! Ekoran siasatan yang dijalankan dan pendakwaan yang bakal dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ‘memberkas’ dua orang kroni Musa Aman, Freddy Lim dan Andrew Lim berhubung kegiatan Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan yang dilakukan secara bersama dengan adik angkat Musa Aman, Michael Chia Thien Foh @ Mikhael Aman.

Kedua-dua mereka ‘diberkas’ pada malam semalam bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan dan seterusnya melakukan pendakwaan, sebelum meletupnya kes Hong Kong yang akan menggemparkan dunia dalam masa dua minggu lagi; setelah Mikhael Aman ditangkap ICAC ketika cuba menyeludup keluar 16 juta dollar Singapura dalam ‘briefcase’nya ketika berlepas ke Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2008.

Mengikut modus operandi yang dikesan Sabahkini.net, Freddy dan Andrew Lim membayar Michael dan Musa Aman (McMA) melalui Wayco Enterprise Limited setelah McMA diberi konsesi pembalakan melalui Melur Azim Sdn.Bhd, Bountiful Return Sdn.Bhd, Maju Sinar Network Sdn.Bhd termasuk membeli balak Yayasan Sabah melalui Mujur Bakat Sdn Bhd dan Nadi Hasil Sdn.Bhd.

Sabahkini.net telah mendedahkan kegiatan Mikhael Aman ini melalui artikel MICHAEL CHIA, TOKOH PERNIAGAAN BN YANG BERJAYA? dan beberapa kes lain yang boleh disemak di arkib Sabahkini.net.

Tindakan tergesa-gesa SPRM menangkap Lim bersaudara ini mungkin akibat tertekan kerana bimbang imej Malaysia akan tercemar sekiranya kes berkenaan dibicarakan di mahkamah Hong Kong.

Walaupun sebelum ini SPRM memberkas beberapa kroni Musa Aman dan mereka yang ada kaitan dengan kes Hong Kong, namun siasatan hanya ala kadar; namun arahan terbaru daripada Perdana Menteri dan SPRM yang diketuai Ketua Pesuruhjaya baru begitu bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kemelut rasuah paling memalukan di Sabah.

Kesungguhan Timbalan Pengarah SPRM, Datuk Shukri Abdull membuka kembali fail siasatan 81 DALIL Musa Aman yang difailkan Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan merupakan tamparan hebat kepada Musa Aman yang berada di ambang kegelinciran kuasa.

Mengikut siasatan Sabahkini.net sebelum ini, semua pembalak yang mendapat konsesi pembalakan atau kontrak membeli kayu balak Yayasan Sabah akan membayar wang kepada Mikhael Aman; yang kemudiannya akan menyuci wang tersebut melalui akaun Richard Barnes.

Richard Barnes yang menjadi Pemegang Amanah Musa Aman akan menyuci wang tersebut melalui Datuk Nasir Yeo yang akan menyimpan dan memasukkan semula wang tersebut ke akaun Musa Aman di Central Bank Hong Kong. Sebahagian wang RM100 juta yang diterima telahpun ‘dicuci’ kembali ke Sabah dengan pembelian tanah di Sutera Harbour yang kini dikenali sebagai d'Banyan residency @ Sutera.

Setiap pembalak atau pembeli balak dikehendaki membayar RM50 bagi setiap meter padu terutama Mujur Bakat Sdn.Bhd dan Nadi Hasil Sdn.Bhd; manakala pemilik syarikat yang diberikan konsesi Yayasan Sabah dikehendaki membayar RM3,500 sehektar bermula daripada Melur Azim Sdn.Bhd (Kuamut), Bountiful Return Sdn.Bhd, Maju Sinar Network Sdn.Bhd (Pinangah), Kilang Papan Sinora yang diberikan 5,000 hektar di Hutan Simpan Tangkulap (Kota Kinabalu). Artikel asal disini

12 July 2010

Tidak Semua Guna Bom W Menang G7 Persidangan Umno KB

Ada berberapa orang calon yang biasa bertanding di masa lalu dan selalunya menang kerana menggunakan bom W. Kali ini calon-calon tertentu itu kalah teruk.

Semalam 7 calon dipilih yang lebih dikenali dengan G7. Dalam senerai yang menang itu, seperti biasa didahului oleh Serin Sudah dan Ruslan Duraman.

Kali ini ada beberapa orang yang "bersih" telah menang, namun majoriti calon yang tidak menggunakan apa-apa bom, termasuk YDP Perkasa Sabah,Musli Oli tidak berjaya melepasi urutan 1 hingga 7.

Tetapi OKB agak terkilan kerana dalam ucapan perasmian, Ketua Bahagian Datuk Salleh mahukan agar para pemimpin Umno Bahagian yang perlu diketengahkan adalah mereka yang berketrampilan dan berlimu, agar mudah bagi pemimpin itu melakukan penerangan serta mengayom akar umbi supaya terus mencintai dan meminati Umno.

Rupanya seruan tersebut belum lagi diterima oleh para perwakilan. Mungkin penyebabnya adalah mereka-mereka yang bertanding, terlalu sukar mencari mereka yang memenuhi kretiria sepertimana seruan ketua bahagian itu.

Persidangan akan datang,mungkin seruan itu akan dipertimbangkan bagi memilih wakil-wakil bahagian Umno bahagian.

Sama-sama kita tunggu.

9 July 2010

Kalau Mahu Menang G7 Kena Guna BOM W

16 Calon berentap untuk dipilih mewakili Bahagian Umno Kota Belud ke perhumpunan Parti Oktober ini di Kuala Lumpur. Daripada 16 calon tersebut hanya 7 orang calon yang dipilih, atas sebab itu dipanggil G7 atau group tujuh.

Nama-nama seperti Musli Olie yang mendapat perhatian daripada para perwakilan mahupun bloger Kota Belud,kerana kononnya YDP Perkasa Sabah tersebut mendapat restu daripada Datuk Musa Aman, Tan Sri Pandikar dan Datuk Salleh Sendiri selaku Ketua Bahagian.

Dalam pertemuan singkat semalam Musli mengakui bahawa walaupun namanya dikaitkan dengan 3 pemimpin hebat itu, namun peluangnya untuk dipilih adalah tipis,kerana dia tidak menggunakan kaedah BOM W sepertimana dilakukan oleh calon-calon lain.

Ada beberapa calon yang mendapat projek kerajaan persekutuan dan bertanding kali ini, telah mempergunakan kaedah BOM W hanya semata-mata untuk menang. Telah dikenal pasti seramai 5 calon menggunakan BOM W, dan biasanya siapa-siapa yang menggunakan BOM, akan selalunya terpilih.

Penggunaan BOM W untuk menang adalah perbuatan keji dan sangat tidak adil. Impak kepada cara ini adalah merugikan parti dan menjahanamkan parti. Mereka-mereka yang menggunakan BOM ini adalah semata-mata untuk kepentingan pribadi, bukan kepentingan parti.

Seharusnya perwakilan perlu menolak semua calon-calon yang membeli kuasa dan nama ini.

8 July 2010

Apa Kah Pemuda UMNO Protes? Siapa Yang Mereka Protes?

Kepimpinan Barul Sawi sebagai Ketua Pemuda UMNO Kota Belud belum sepenuhnya ditolak. Masalahnya adalah Barul tidak mampu "winner take all". Mereka yang menyokong Barul semasa pemilihan pemuda tetap menyokong, namun yang tidak menyokongnya tetap tidak menyokongnya.

Kemenangan Barul tidak dapat menyatukan pemuda Kota Belud. Jika sekiranya lawan Barul Sawi yakni Tadzul Rajim menang, apa kah dia mampu lakukan "winner take all". Satu pertanyaan yang hanya tinggal pertanyaan.

Satu persoalan lagi apa kah ekoran pertandingan yang amat sengit merebut Ketua Bahagian mempunyai impak yang negatif terhadap umno Kota Belud? Kalau berimpak negatif?, sudah tentu pemenang yakni Datuk Salleh Said tidak akan dilantik sebagai Timbalan pengerusi Umno negeri, malah SSK kini berkedudukan setaraf menteri di kerajaan negeri.

Seperkara lagi, jika pemilihan bahagian itu berimpak negatif, sudah tentu mantan ketuanya Datuk Musbah Jamli tidak dilantik sebagai pembantu pertanian dan asas tani, satu kementerian yang cukup besar di negeri ini setelah kementerian kewangan.

Bagi OKB akibat daripada pertandingan itu, maka kedua-kedua pemimpin baik yang kalah mahupun yang menang telah diberi perananan di peringkat negeri, kerana memang kepimpinan mereka diperlukan oleh negeri.

Apa pun komen negatif penduduk daerah Kota Belud terhadap kedua-dua pemimpin ini baik Salleh mahupun Musbah, yang jelas peranan kedua-duanya masih diperlukan di peringkat negeri.

Mengwujudkan elemen negatif dalam Umno Kota Belud,kononnya disebabkan pertandingan tersebut dan telah mengakibatkan perubahan kepimpinan parti, maka kononya Parti menjadi lemah adalah persepsi semata-mata.

Melemahnya parti atau menguatnya parti di peringkat daerah dicorakkan oleh dua pemimpin ini. Kenapa? disebabkan ego masing-masing, walaupun secara luaran hubugan antara Musbah dan Salleh sangat akrab, namun secara dalaman, hubugan mereka ini ibarat magma di perut bumi, menunggu untuk meletup.

Fenomena ini dapat dinyatakan melalui tindak tanduk ke dua-dua pemimpin daerah ini. Misalnya Musbah menghidupkan sejarah-sejarah pejuang lama melalui kisah Embo Ali, sementara itu puak Salleh menghidupkan isu-isu terkini yang boleh mencorakkan kepimpinan daerah,misalnya memartabatkan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan sebagainya.

Salleh telah mengubah pendekatan politiknya dan kini berprinsip APA YANG SUDAH ITU SUDAH LAH. Salleh mengajak warga Kota Belud untuk melangkah ke arah babak baru, yakni masa depan rakyat daerah ini.

Terperuk dengan cara berpolitik lama akan hanya menghanyutkan politik daerah ini di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Suatu ketika, pemimpin politik daerah ini telah bertapak di peringkat nasional, melalui kemengan Salleh sebagai Ahli Kerja Majlis Tertinggi parti,namun kali ini tiada seorangpun yang berkedudukan dalam parti di peringkat kebangsaan.

Semporna di wakili oleh Safie Apdal sebagai Naib Presiden UMNO, orang ke-3 dalam parti. Sandakan diwakili oleh Musa Aman, Beufort oleh Lajim Okin.

Apa kah persengketaan antara kita di daerah ini mahu mengorbankan masa depan daerah kita?

Sudah tentu jawapannya tidak!.. Namun yang menjadi faktor mendukacitakan dalam pembangunan politik daerah ini adalah, sesiapa ahli yang sangat fanatik dalam perjuangan parti, tidak mendapat apa-apa peluang dalam membangun dirinya sendiri, malah senantiasa menjadi lilin yang terus terbakar. Sebaliknya, mereka yang mengeritik parti termasuk kepimpinannya mendapat habuan yang luar biasa.

Rupanya mereka yang tergolong melagak-lagak kan pemimpin diutamakan, terutama dalam bentuk projek-projek kerajaan terutama daripada kementerian Safie Apdal.

Mampukah Wakil Rakyat Sabah dan Khasnya Wakil Rakyat Rumpun USBO Menerapkan Prinsip Pentadbiran Najib?

Tajuk tulisan ini merupakan pertanyaan kepada wakil-wakil rakyat Sabah khasnya wakil-wakil rakyat rumpun USBO, apakah mereka mampu menerapkan prinsip pentadbiran Najib seperti berikut:

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dua prinsip penting -- menjadikan kehidupan rakyat lebih baik setiap hari serta memulihkan ekonomi negara ke arah mencapai pertumbuhan sihat dan mapan -- menjadi keutamaan dalam pentadbiran beliau untuk memakmurkan negara.

Perdana Menteri berkata kedua-dua perkara itu penting bagi beliau dalam mentadbirkan kerajaan kerana beliau mahukan kehidupan rakyat sentiasa lebih baik manakala ekonomi negara pula digerakkan dan berada semula pada landasan pertumbuhan yang sihat dan mapan.

"Berasaskan prinsip ini, saudara-saudari adalah sasaran paling tepat untuk menikmati kejayaan ini sekiranya bersedia membuat anjakan minda mulai sekarang," kata beliau dalam ucapannya yang disiarkan bagi mengalukan pelajar-pelajar baru institusi pengajian tinggi Rabu.

Rakaman ucapan beliau itu disiarkan buat kali pertama sempena majlis amanat pelajar baru Universiti Utara Malaysia (UUM) yang memulakan pengajian sesi 2010/2011 di kampus Sintok di sini.

Naib Canselor UUM Prof Dr Mustafa Ishak menyampaikan amanat yang dihadiri 4,667 pelajar baru serta pensyarah dan pihak pengurusan UUM di Dewan MAS.

Mengenai Wawasan 2020, Najib berkata satu bentuk transformasi perlu dilaksanakan untuk merealisasikannya kerana masa 10 tahun yang tinggal tidak lama.

"Kita masih jauh untuk mencapainya tetapi mampu melakukannya dengan cara luar biasa jika boleh membuat anjakan paradigma iaitu dengan memberi penekanan kepada 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan," katanya.

Beliau berkata Program Transformasi Kerajaan dan program Transformasi Ekonomi dilancarkan bagi menunjangi segala usaha ke arah mencapai wawasan itu.

"Transformasi ekonomi dilaksanakan melalui dua inisiatif ekonomi bagi memeta halatuju jangka panjang, sederhana dan jangka pendek negara yakni Model Baru Ekonomi serta Rancangan Malaysia ke-10," kata Najib.

Mengenai kehidupan di kampus, Perdana Menteri berkata Malaysia menuntut pelbagai kaum bersikap positif khususnya hubungan antara etnik yang menjadi kunci utama perpaduan dan semangat toleransi terutama generasi muda.

Najib berkata setiap pelajar perlu berusaha menyemarakkan keyakinan diri dan menggunakan daya intelek mereka dengan cara kreatif serta inovatif, dan menambah masa tiga hingga empat tahun di universiti harus digunakan sebaik mungkin.

Beliau berkata kerajaan sentiasa berusaha menyediakan eko sistem intelektual terbaik agar setiap rakyat berpeluang ke universiti dan dapat mengembangkan potensi serta bakat mereka secara optimum bagi merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia negara maju serta berpendapatan tinggi.

"Imbangilah pelajaran dan kehidupan sosial di kampus dengan kekuatan pegangan agama. Insya-Allah tuan-tuan dan puan-puan akan berjaya mendapat ijazah, menjadi seorang intelek berwawasan murni dan bercitra global untuk memacu negara ini," kata Perdana Menteri.

7 July 2010

Setiap Yang Masuk Restoran Disangka Calon G7

LUCU sekali. Setiap yang masuk disangka calon G7. Mata akan tertumpu pada yang menghulur tangan untuk bersalaman. Seminggu lalu fenomena ini belum berlaku. Mungkin juga tanggal 11 Julai hanya 4 hari lagi.

Restoran-restoran di Kota Belud mula dipenuhi perwakilan mahupun bukan, tujuan hanya untuk berjumpa mereka yang mendaftar diri merebut G7 pada persidangan Umno Bahagian pada 11 julai ini.

Borak-borak di restoran, kononnya "penyu jantan" yang bertanding, kerana itu tidak akan bertelur. Pilihan para perwakilan kini, hanya pada mereka yang berbudi perkerti dan boleh disandarkan harapan.

OKB sendiripun tidak mengikuti sangat pertandingan G7 kali ini, kerana yang bertanding itu itu juga.

OKB mengharapkan semoga melalui pertandingan ini akan mencorakkan parti di peringkat bahagian.Itu sahaja. OKB mengucapkan selamat bersidang. Tahniah kepada Ketua Bahagian,kerana suasana parti terkawal.

6 July 2010

Katanya UMNO Mahu Juara Rakyat

16 orang mendaftar diri untuk dipilih sebagai G7 mewakili Umno Bahagian Kota Belud pada mesyuarat Agong yang diadakan pada bulan Oktober ini di Kuala Lumpur.

Persidangan Umno bahagian akan diadakan pada 11 Julai 2010, menurut setiaausaha bahagian Encik Adlan Lunoh, dalam balasan teleponnya kepada OKB semalam.

Mereka yang merebut untuk dipilih adalah mereka-mereka yang biasa mendaftar untuk bertanding.

Entah apa yang berlaku, persidangan Umno bahagian kali ini tidak menjadi perbualan di kedai-kedai kopi. Seorang ketua cawangan semasa berborak-borak semalam di sebuah restoran di Pekan KB, apabila OKB tanya bila mesyuarat bahagian akan diadakan, dengan gaya terpingah-pingah menjawab mungkin 17 Julai 2010. Apabila OKB katakan bahawa menurut setiausaha bahagian, mesyuarat itu diadakan bukan 17 Julai tetapi 11 Julai, ketua cawangan itu menjawab dengan nada bersahaja "mungkin barangkali".

Pengalaman OKB, biasanya 2 minggu sebelum sesuatu mesyuarat parti diadakan, kedai-kedai kopi penuh sesak dengan perwakilan ataupun mereka-mereka yang bertanding jawatan, namun kali ini keadaan itu tidak berlaku lagi.

Apa kah yang telah berlaku? mungkin kah ini petanda Umno itu telah jadi Juara Rakyat? sehingga musim huha huha tidak diperlukan lagi untuk meniupkan semangat?

Rupanya apabila parti telah menjadi Juara Rakyat, maka musim huha huha tidak diperlukan lagi, sebaliknya mengamal rasmi ubi, semakin tua semakin berisi, ikut rasmi padi, semakin matang semakin menunduk, bukan ikut rasmi jagung, semakin tua semakin meneggak.

Jika sebelum ini adalah mudah bagi setiap yang mendaftar untuk bertanding menghukurkan tangan untuk bersalaman, kali ini budaya itu "lenyap", seolah-olah tiada yang berlaku. Satu perubahan yang berlaku bagi Umno Bahagian Kota Belud. Apa kah ini yang dinamakan transformasi luaran parti? agar parti dihormati dan diterima oleh rakyat sekaligus Juara rakyat?

4 July 2010

Empat Faktor Pengaruhi Rakyat Supaya Berpihak Kepada UMNO:Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat faktor penting yang mempengaruhi sikap dan keperluan rakyat terhadap parti UMNO sebagai parti yang boleh membela nasib mereka.

Beliau berkata, faktor pertama adalah sama ada rakyat berpuas hati dengan kepimpinan di peringkat nasional, negeri, bahagian dan cawangan tentang sesuatu program yang dilakukan.

Najib, yang juga Presiden UMNO berkata pelaksanaan dasar dan sesuatu keputusan yang diambil itu akan dilihat oleh rakyat sebagai ukuran bagi meningkatkan khidmat kepada masyarakat.

"Faktor kedua pula adalah bagaimana kepimpinan negeri menguruskan soal permohonan tanah, sama ada tanah yang mahu diterokai, soal perumahan dan perkara tertentu," katanya ketika berucap pada mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pekan di sini.

Najib berkata faktor ketiga pula melibatkan penilaian masyarakat terhadap pengurusan kepimpinan peringkat akar umbi, cawangan dan bahagian dan rakyat mendapat kepuasan seperti mana penilaian yang dibuat di peringkat nasional.

"Faktor terakhir adalah peranan wakil rakyat yang dipilih melalui pengundian pada pilihan raya umum lalu sama ada mereka disenangi pengundi itu sendiri atau sebaliknya," katanya.

Menurutnya tsunami politik akan berlaku sekiranya faktor-faktor berkenaan menjadi faktor negatif di mana rakyat tidak menyenangi dengan kepimpinan di peringkat nasional, negeri, parti dan wakil rakyat itu sendiri.

"Justeru, saya menyeru semua pemimpin parti tidak kira di peringkat akar umbi mahupun bahagian harus melaksanakan tanggungjawab mereka demi kepentingan rakyat," katanya.

Beliau juga meminta semua cawangan dan bahagian mempermudahkan urusan pendaftaran ahli baru yang ingin menyertai UMNO bagi menunjukkan peranan parti yang sedia membantu dan bersikap terbuka dalam apa jua perkara melibatkan soal rakyat.

Katanya soal pendaftaran ahli tidak boleh dibuat secara bermusim sebaliknya ia perlu dilakukan secara berterusan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh menarik minat untuk menyertai parti itu.

Dalam pada itu, mesyuarat itu juga mengusulkan usul tergempar apabila menyokong kepimpinan Perdana Menteri yang membuat keputusan tidak meluluskan lesen pertaruhan sukan sempena Kejohanan Bolasepak Piala Dunia.

Usul yang dibawa oleh Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Pekan, Mohd Arippin Daud itu menyatakan mereka tetap mempertahankan keputusan Perdana Menteri walaupun terdapat pihak tertentu yang mendesak supaya meluluskan lesen tersebut.

UMNO Kota Belud Bersidang Lagi-Kali Ini Tanpa Pemilihan

Buka sahaja Facebook, seorang rakan FB "wartawan" "merangkap juru gambar" Datuk Japlin Akim ADUN Usukan Kota Belud pasti menyiarkan foto-foto terutama aktiviti Japlin Akim.

Foto-foto mereka yang bertanding G7 tidak ketinggalan di TAG. Namun, muka-muka itu juga yang kita nampak menceriakan pemilihan UMNO bahagian Kota Belud. Jika 2 tahun lalu nama Saidatul Badru menjadi bualan para ahli, namun pada pemilihan kali ini tiada seorang calonpun jadi perhatian khusus.

Ahad lalu adalah persidangan pemuda. Persidangan itu mendapat gambaran negatif baik daripada pengamat politik daerah mahupun mantan-mantan pemimpin pemuda. Isunya adalah sambutan pemuda kepada persidangan itu cukup lesu.

Persidangan-persidangan UMNO bahagian samaada pemuda,wanita atau induk, biasanya menjadi huha huha, namun kali ini cukup sepi. Kesepian ini disebabkan tahun ini tiada pemilihan, kecuali wakil 2 Pemuda dan G7 induk.

Wakil 2 pemuda telahpun dipilih daripada 2 orang yang paling aktif merai atau menggunakan pulus sebelum pertandingan itu. Acara gabi adalah perkara biasa. Acara sarung surat adalah perkara biasa. Dikhabarkan 2 orang yang paling aktif menggunakan kaedah ini telahpun menang dengan bergaya.

Pada persidangan Bahagian kali ini akan menyaksikan orang-orang itu juga menampilkan diri untuk dipilih bagi mewakili bahagian. Apakah pemilihan kali ini, akan memberi peluang kepada Tung Fah untuk menang, yang kononnya Bahagian Kota Belud mahu kedepan dalam konsep 1Malaysia.

Umno Kota Belud jika ingin ke depan, perlu merubah semuanya. Beri peluang kepada sukarelawan politik yang tidak mengejar apa-apa. Jika mereka ini yang dipilih, pasti Umno Kota Belud lebih berdaya maju. Mereka-mereka ini tidak akan tampil, kerana tidak mampu mengikuti politik kedai kopi yang bersuasana "banyak bercakap" daripada bekerja.

Apabila kita selidiki, sejak tahun 1990, Umno Kota Belud diterajui oleh mereka-mereka yang pintar-pintar berpidato, kerana itu keupayaan UMNO bahagian ini, sukar berkembang. Sandaran tidak boleh diberikan kepada "primadona" bahagian, kerana berparti memerlukan komitmen berpasukan.

Lihat sahaja Pasukan Bolasepak Piala Dunia, Pasukan-pasukan yang dipenuhi "primadona" terpaksa "Picking" awal, kerana kalah, namun yang berpasukan masih bertahan.

Jika Umno Bahagian mahu tetap dihati rakyat, berkerja berpasukanlah. Kerja berpasukkan sudah tentu tergantung kepada persefahaman dalam pasukan, ertinya kelibat masing-masing saling membantu, bukannya "yes man aja".

Kesepakatan Konsep Barisan Nasional Masih Relevan: TPM

Permuafakatan yang sedia terjalin di antara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) masih lagi relevan dan perlu diperkukuhkan khususnya dalam menghadapi landskap politik pada masa kini, kata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya beliau menyentuh perkara ini untuk menegaskan semula tentang pentingnya muafakat yang sudah lama terjalin ini diperkukuhkan dalam senario politik negara yang sudah agak berubah.

"Landskap politik negara kita tidaklah seperti yang kita lihat lima, 10 atau 20 tahun yang lalu. Walaupun situasi dan keadaan perubahan ini berlaku dengan tidak kita sedari," katanya menutup Mesyuarat Umno Bahagian Lembah Pantai di sini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata BN terbentuk bukan dilakukan secara ad hoc, sebaliknya diwujudkan atas asas permuafakatan di kalangan komponen parti.

Beliau berkata ia tidak seperti pembangkang yang hanya muafakat ketika pilihan raya tetapi BN telah lama mengadakan perkongsian kuasa yang dilakukan atas dasar permuafakatan.

Mengenai keputusan pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan BN berhadapan dengan satu tentangan hebat sehingga beberapa negeri yang ditadbir BN jatuh ke tangan pakatan pembangkang, Muhyiddin berkata:"Jadi dalam senario sebegini mungkin akan timbul persoalan relevankah BN ini? ataupun mampukan BN ini mempertahankan kedudukannya kerana pengundi yang kita hadapi pada hari ini mungkin walaupun wajahnya sama tetapi pemikirannya sudah agak berubah.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan menegaskan perhatian dan kerja keras semua anggota bukan hanya perlu tertumpu kepada pilihan raya ke-13 akan datang, sebaliknya perlu dilakukan secara berterusan.

"Jadi soal penting yang saya nak bangkitkan, persoalannya kita nak pastikan dalam kita nak hadapi pilihan raya umum akan datang dan seterusnya dan bukannya hanya melihat kepada tahun 2012 atau 2013, tetapi seterusnya kita nak tunjukan kepada rakyat jelata khususnya pengundi di negara kita bahawa BN sebuah parti yang boleh hidup bersendirian, ini bukan satu pilihan tetapi ia mesti," katanya.

Timbalan Pengerusi BN itu juga berkata BN adalah satu-satunya parti yang telah diuji sebanyak 12 kali dalam pilihan raya dan masih relevan dan mampu memenuhi aspirasi rakyat.

"Takkanlah rakyat yang memilih kita setiap kali itu melakukan kesilapan. Mesti ada kebenaran berasaskan kepercayaan, keyakinan bahawa dasar BN yang baik, dasar ekonomi juga baik, dasar pendidikan betul, dasar sosialnya begitu, dasar kebudayaan, dasar bahasa segala-galanya pun dianggap sesuai," tambahnya.

Beliau turut mengingatkan anggota Umno supaya lebih agresif dengan turun ke padang dan memberikan penjelasan mengenai sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang.

"Kini sudah sampai masanya kita kena berani turun ke bawah cabar mereka (pembangkang) dan menepis serta menyelesaikan isu rakyat supaya rakyat tahu bahawa kita sanggup berhadapan dan sanggup memberikan penjelasan hingga boleh meyakinkan mereka.

"Saya akui ini tidak mudah tetapi kita kena buat kerana waktu tidak menyebelahi kita. Pejam celik, pejam celik masa berlalu dan masa yang tinggal tidak sampai tiga tahun," katanya.

3 July 2010

Sukarnya Kalau Hilang Kuasa

BN hanya boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat jika kekal berkuasa.

Saksikan lah, jelas sekali bahawa di kawasan kita kalah, anggota BN lumpuh apabila kemudahan yang ada dimonopoli oleh Pakatan Rakyat.

Keluhan kawasan-kawasan dimana BN kalah adalah betapa sukarnya bagi penyokong BN mendapat bantuan.

Pentadbiran Najib Tidak Akan Bina Jambatan Bengkok: Nazri Aziz

Pentadbiran Najib tiada rancangan untuk menghidupkan semula jambatan bengkok yang pernah diilhamkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menggantikan Tambak Johor, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kerajaan akan kekal dengan keputusan yang dicapai antara Datuk Seri Najib Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika pentadbiran perdana menteri terdahulu itu.

“Keputusan pentadbiran kerajaan semasa kekal dan berpegang pada keputusan yang dibuat oleh pentadbiran sebelum ini, di bawah (kepimpinan) Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Jambatan bengkok tidak akan dibina. Tidak ada perbincangan untuk menghidupkan projek ini,” katanya.

Tegas Nazri, kerajaan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya memberi reaksi kepada laporan media, yang memetik individu-individu tertentu yang mendesak agar idea itu dihidupkan semula.

Sebaliknya kata beliau, persetujuan dan permintaan daripada pelbagai perlu dipertimbangkan sebelum projek ini boleh dihidupkan semula.

“Perlu ada kenyataan rasmi daripada kerajaan negeri Johor dan Singapura juga perlu bersetuju dengannya,” kata Nazri lagi.

Bagaimanapun kata beliau, kerajaan Singapura belum bersetuju dengan perkara berkaitan dengan jambatan bengkok.

“Oleh itu adalah sukar, di banyak peringkat, untuk meneruskan projek ini,” kata menteri undang-undang ini dan yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Parlimen.

“Ketika era beliau, Dr Mahathir mahu membina (jambatan bengkok) untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor. Tetapi, malah ketika itu pun Singapura tidak bersetuju,” katanya.

Keputusan kerajaan ini dinyatakan oleh Nazri di sebalik pandangan Dr Mahathir baru-baru ini dan permintaan Sultan Johor minggu lalu agar menghidupkan semula projek berkenaan.

Dalam tulisan menerusi blognya Rabu lalu, Dr Mahathir mengulangi pendirian beliau agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghidupkan semula pelan membina “jambatan bengkok” yang pernah dicadangkannya untuk menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan Johor dan Singapura.

Sehubungan itu, bekas perdana menteri menyoal sebab Najib enggan meneruskan idea berkenaan memandangkan perkara tersebut juga telah disentuh oleh Sultan Johor minggu lalu.

“Dilaporkan bahawa Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Johor telah bertitah bahawa baginda suka untuk melihat jambatan menggantikan tambak Johor.

“Demikian juga dititah oleh Al-Marhum Sultan Iskandar bahawa baginda hendak tambak Johor diganti dengan jambatan.

“Saya tidak pernah dengar rakyat Johor kecuali seorang yang bersetuju kekalkan tambak dan kesesakan lalu lintas di Johor Baru kerananya. Demikian juga saya tidak dengar bantahan oleh rakyat Malaysia terhadap projek jambatan mengganti tambak Johor ini,” kata Dr Mahathir.

Pada 26 Jun lalu, Sultan Ibrahim meminta kerajaan mempertimbangkan semula rancangan asal pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor.

Dalam ulasan segera pada hari yang sama Najib berkata, kerajaan akan mengkaji semula rancangan asal pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Bagaimanapun Perdana Menteri tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Dr Mahathir menegaskan terdapat juga surat daripada bekas perdana menteri Singapura Goh Chok Tong yang disiarkan oleh kerajaan Singapura dalam buku “Water Talks - If Only It Could” bahawa beliau tidak membantah pembinaan jambatan di perairan Malaysia jika itu dikehendaki oleh Malaysia.

Oleh itu kata Dr Mahathir, yang menolak pembinaan jambatan ini hanyalah Abdullah yang mendakwa rakyat Johor tidak mahu jambatan ini walaupun tiga hari sebelum kenyataan ini dibuat timbalan perdana menteri ketika itu iaitu perdana menteri sekarang telah mengesahkan bahawa Jambatan berkenaan tetap akan dibina.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed pula berkata Dr Mahathir memberi tumpuan perkara remeh-temeh dan sebab utama beliau membawa semula isu ini adalah kerana tidak berpuas hati dengan perjanjian terbaru antara Malaysia dan Singapura.

“Dr Mahathir hanya tidak gembira dengan perjanjian terbaru dengan Singapura. Apakah nilai sebenar jambatan bengkok ini? Mengambil kira kos asas, tidak munasabah untuk menghidupkan semula projek ini,” kata beliau ketika dihubungi.

Ketua Umno Bahagian Pulai itu berkata, meskipun jambatan alternatif hendak dibina ia tidak akan mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.

“Kesesakan masih akan wujud pada waktu puncak di Tambak Johor, jambatan bengkok tidak akan mengubah keadaan itu,” katanya lagi.

Jelas beliau, kerajaan sudah mula melakukan pengubahsuaian di Tambak Johor dengan membenarkan lebih banyak kereta dan bot kecil dan feri berulang alik dari Johor ke Singapura.

“Sudah ada kerja-kerja mendalamkan perairan yang menghubungkan sebelah kiri dan kanan Tambak Johor, bagi membolehkan feri, bot menggunakan terusan ini,” kata Nur Jazlan.

Dalam pertemuan antara Najib dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong baru-baru ini isu jambatan bengkok atau jambatan ketiga tidak dibincangkan pada pertemuan mereka.

Najib mengemukakan idea jambatan ketiga yang menghubungkan Singapura dan Malaysia Jun tahun lalu, yang boleh mencergaskan pembangunan di sebelah timur Johor dan di kawasan-kawasan seperti Mersing dan Desaru.

2 July 2010

Sup Tulang Ikan Citarasa Kota Belud- Kesukaan Rooney

Saya didesak oleh para pelanggan Citarasa Kota Belud, antaranya Cikgu Haji Milus Alu, Saudara Haji Andaman Hj Mansaded untuk menyiarkan signature menu citarasa Kota Belud kesukaan saudara Rooney Biusing.

Sukar digambarkan rasa sup ini, saudara-saudari dipelawa mencubanya.

1 July 2010

Antara Banner "Kapsul" dan Kehadiran Pemuda Sempena Mesyuarat Pemuda Kota Belud Ahad Lalu

Kata orang Indonesia, ada yang JELI melihat. Perkataan KAPSUL dalam banner pergerakan pemuda yang berlatarkan gambar ketua pemuda Kota Belud, ada yang menggambarkan sebagai sebagai negatif.

OKB tidak tahu apa sebenarnya makna "kapsul" itu. Kalau dilihat dari segi anggapan atau persepsi, kapsul biasanya dikaitkan dengan ubat-ubatan. Biasa kita diberi ubat dalam bentuk kapsul, agar mudah ditelan dan tidak terasa pahit.

OKB menduga-duga, mungkin yang ingin disampaikan oleh pergerakkan pemuda itu adalah, Pemuda adalah selaput yang boleh menjadi perantara untuk menyampaikan mesej pimpinan kepada akar umbi. Pemuda mahu menterjemahkan yang pahit-pahit itu menjadi yang manis-manis agar akar umbi boleh menerima perjuangan parti.

Ada kemungkinan ini lah yang ingin disampaikan oleh pemuda dengan gambar "kapsul" itu.

Dalam perasmian itu juga, perasmi adalah Ketua Bahagian (SSK) dan telah memberi 2 faktor sebagai cabaran kepada pemuda, yakni kesetiaan dan keyakinan.

Mungkin Ketua Pergerakan itu sdr Bahrul Sawi ingin menterjemahkan pesanan itu sebagai "Kapsul" demi kelangsungan parti khasnya diperingkat Kota Belud.

Satu perkara yang tidak boleh diketepikan semasa persidangan itu adalah kehadiran kaum muda parti. OKB sungguh prihatin dengan keadaan itu, kerana pemuda adalah golongan penerus.

Sambutan yang hambar daripada kaum muda, membuatkan mantan timbalan ketua pemuda Umno Rosmin Kasan memberi komen yang agak negatif kepada kepimpinan pemuda.

Lesunya sambutan pemuda kepada mesyuarat pemuda bahagian Kota Belud Ahad lalu, kononnya menampakkan, bahawa kepimpinan Bahrul tidak mampu "winner take all" ekoran pemilihan pemuda yang sangat sengit itu. Para pemuda yang align dengan Tadzul rupanya hingga kini belum bisa menerima kepimpinan Bahrul.

Pemuda adalah pemuda, bahagian adalah bahagian. Memang secara tidak langsung bahagian bertanggungjawab terhadap pemuda, namun perlu di ingat, pemuda mempunyai carta organisasinya sendiri.

Apa kah pemuda menerima kepimpinannya itu satu perkara, walaupun ada yang memberi komen sinis kononnya kelesuan sambutan pemuda kepada pergerakaan itu disebabkan kepimpinan SSK.

Kita perlu berfikiran rasional. Sebenarnya kehadiran bukan faktor penolakan kepada SSK akan tetapi,kehadiran ada hubung kait dengan pengurusan pergerakkan itu. Kelesuan sambutan pemuda dapat digambarkan bahawa jalinan komunikasi dua arah antara AJK Pemuda dengan golongan muda sungguh minima sekali, kerana itu sambutan juga minima.

Belum terlambat lagi, gapailah golongan muda.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels