6 December 2010

Najib hanya pilih calon pilihan rakyat

Calon pilihan rakyat adalah juga pilihan Najib. Ertinya kedudukan dalam parti bukan pertimbangan. Ini lah pembaharuan politik Bn umumnya dan khasnya Umno.

Jika dahulu, rakyat dipaksa memilih calon yang dipilih oleh parti, walaupun calon itu tidak mesra rakyat.

Pada awal perlantikan Najib ke jawatan Perdana Menteri sekigus sebagai presiden Umno dan pengerusi Bn, Najib telah mencanangkan bahawa pada setiap pilihan raya, calon pilihan rakyat lah yang akan di pilih, bukan kedudukan dalam parti.

Nampaknya, keputusan Najib ini akan memperluas peluang pemimpin akar umbi untuk dipilih sebagai calon.

Agak-agaknya, di daerah Kota Belud, siapa kah pemimpin yang senantiasa dekat dengan rakyat?

Bagi mereka yang bermastautin di Kota Belud, pasti mengetahui pemimpin pilihan rakyat.

Tidak perlu lah disebut siapa pemimpin itu. OKB yakin, setiap penduduk yang telah mendaftar sebagai pengundi telah tahu siapa mereka.

OKB pernah dibisikkan oleh penggiat politik Kota Belud, kononnya pada PRU-13 akan datang ada seseorang di luar kepimpinan Kota Belud akan diketengahkan sebagai calon. Individu itu, dikatakan sangat terpelajar, namun kekurangannya, tidak mesra rakyat. Jika, kayu pengukur yang telah digariskan oleh Najib diguna pakai, maka bisikkan penggiat politik itu, tidak akan dipertimbangkan.

Kini, nama-nama seperti Tan Sri Pandikar, Datuk Salleh Said Keruak, Datuk Musbah, Datuk Japlin, Datuk Timbun Laggadan, Datuk Rahman Dahalan adalah pemimpin Kota Belud.

Di antara nama-nama itu, OKB tidak pasti siapa kah yang tercicir dalam senarai Najib.

Bagi OKB, para pemimpin yang disebutkan itu adalah pencorak politik Kota Belud kini. Usia mereka masih relatif muda dan masih berkemampuan.

OKB merasakan Najib akan menghadapi kesukaran untuk memilih, kerana semua mereka itu mempunyai kelebihan masing-masing.

Apapun kita tunggu PRU-13 siapa diantara mereka yang menjadi wakil BN.

17 comments:

Anonymous said...

Of course the people's choice of candidates should be taken into consideration.

azman said...

memang patut calon yang diketengahkan adalah calon yang disukai oleh rakyat. ini akan menyebabkan rakyat akan memberikan sokongan terhadap calon yang dipilih.

azman said...

setiap pemimpin perlulah bersikap mesra rakyat jika ingin menjadi calon yang disukai oleh rakyat. pemimpin yang mesra dan mengambil berat keperluan rakyat pasti akan mendapat sokongan padu dari rakyat.

mandau said...

ya. biarlah rakyat menentukan calon mereka sendiri.

Anonymous said...

walau siapapun yang tercicir dan terpilih, saya harap ada pembaharuan dikawasan2 yang diwakili mereka. pemimpin yang tidak aktif dan tidak sensitif dengan masalah rakyat tidak perlu diberi peluang lagi.

Hosie Masie said...

Memang itu pilihan yang terbaik. Biar seseorang calon itu benar-benar diterima oleh rakyat. Kerana rakyat yang menentukan siapa yang mereka akan pilih nanti.

Anonymous said...

calon yang dipilih rakyat mempunyai potensi besar untuk mendapatkan sokongan majoriti rakyat. oleh itu, pilihalah calon yang terbaik untuk rakyt.

Unknown said...

Pilih yang terbaik untuk rakyat. Rakyat akan memberikan sokongan sekiranya calon itu yang terbaik untuk mereka.

Sanih Alias said...

Bagaimana Najib tahu pilihan calon itu adalah dari rakyat??adakah mengadakan satu pilihanraya calon??Memang perlu calon itu pilihan rakyat tapi bagaimana Najib mahu menentukannya??

Paquin said...

siapapun calonnya, saya harap beliau adalah yang terbaik utk rakyat.

Paquin said...

Setuju rebirth. Untuk pastikan nasib rakyat terbela, pemimpin yang dipiliha haruslah pemimpin yang bertanggungjawab dan berjiwa rakyat.

Paquin said...

Betul akmalina. Kalau rakyat tu boleh diyakini pasti rakyat akan terus memberikan sokong padu.

Paquin said...

Apapun kita tunggu dan lihat sajalah nanti. k :)

Jason said...

"Najib hanya pilih calon pilihan rakyat"

That is how it should be!

Jason said...

The people will only vote for candidates which they think will fulfill their responsible to the people.

Gopuk said...

Pilih, pilihan rakyat sebab rakyat adalah raja sebenar!

Gopuk said...

Hanya rakyat yang dapat memastikan mana satukah yang dapat memberikan/menyelesaikan masalah yag dihadapi oleh penduduk setempat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels