Pembendungan sungai Kota Belud berdekatan dengan jambatan panjang telah menghalang laluan air, akibatnya kampung-kampung sekitar sungai itu terdedah kepada banjir.
Semalam, kampung Sembirai, kg bobot, kg Kota Belud. kg Labuan, Kg Wakaf telah digenangi air, walaupun hujan yang turun biasanya tidak mengakibatkan banjir di kampung-kampung tersebut.
Pembendungan sungai Tempasuk itu, bukan sahaja berakbiat banjir, namun juga berakibat sungai-sungai yang berkait dengan sungai itu, seperti Sungai kg peladok, Sungai Kg Merbau dan Sungai Kg Tamau telah kering. Yang menyedihkan, apabila air laut pasang, air laut menyusup masuk ke sungai-sungai yang telah kering itu.
Jika sebelum ini, sumber pengairan penduduk-penduduk kampung bersumber daripada sungai-sungai itu, kini, sumber air itu tidak boleh digunakan lagi untuk tujuan penyirman tanaman, kerana masin.
Pihak Jabatan Pengairan dan Salliran negeri sepatutnya mempunyai kajian rinci, sebelum membendung sungai tempasuk itu.
Kementerian pertanian dan Asas tani Negeri di mana JPS merupakan salah satu agensinya, perlu memberi penjelasan , kenapa kah, sungai Tempasuk itu di bendung.

23 comments:
jadi kalau tidak dibendung...hakisan yang berlaku di sekitar kg. linau sehingga ke kg lebak engad siapa pula yang akan dipersalahkan?...mereka buat begitu mengurangkan kesan hakisan yang mengancam kependudukan masyarakat di tepi2 sungai...mereka tidak buat itu ikut suka hati mereka...sila berpandangan positif....
P/S: tidak semua hati orang dapat dipuaskan serentak...
oleh itu pihak Jabatan Pengairan dan Saliran negeri perlu buat kajian terperinci bagi menyelesaikan masalah hakisan dalam masa yang sama mengurangkan risiko banjir serta menyelesaikan masalah pengairan untuk pertanian.
masalah kesan dari pembendungan ini mungkin tidak dijangka oleh pihak yang melakukannya. sudah tentu penduduk yang menerima impaknya akan melahirkan rasa tidak puas hati kerana gara2 menyelesaikan masalah di kampung sebelah, kampung lain pula yang menanggung kesannya sedangkan sebelum ini mereka tidak pun berhadapan dengan apa2 masalah seperti itu. jadi saya harap pihak yang berkenaan turun semula ke semua kampung yang terjejas bagi menyelesaikan masalah mereka.
Hopefully this problem can be solved before it cause more damages.
sebaiknya kaji dengan teliti, baik dan buruk terlebih dahulu sebelum melakukan atau melaksanakan sesuatu.
diharapkan masalah yang berlaku ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya demi kebaikan semua pihak.
Sebelum pembendungan dibuat, seharusnya pihak tertentu mengkaji keseluruhan perkara ini. Lihat apa akibatnya sekarang. penduduk mengalami masalah.
Perkara sebegini seharusnya terlebih dahulu membuat perjumpaan dengan rakyat dengan sungai yang ingin dibendung dilakukan. Suara dan penjelasan pihak perlu untuk memastikan penduduk setuju atau tidak dengan keputusan tersebut. Sekiranya mereka setuju maka sekiranya ada masalah sebegini penduduk boleh bersedia dan tidak akan menyalahkan mana-mana pihak.
kerajaan kena mencari alternatif untuk selesaikan masalah ini.
jadi apakah yang harus dilakukan untuk mengatasi masalah ini?
mungkin pihak berkenaan harus turun padang dan menilai impak pembendungan tersebut di kampung2 yang berkenaan.
apa2 pun, diharap masalah ini akan diselesaikan segera..
sepatutnya kerajaan kena pastikan kesan penbendungan sungai tersebut keapda penduduk sebeelum mmelakukan pembendungan.
Setahu saya pun mcm pembendungan itu dibuat utk atasi masalah hakisan.. Tapi taktau la kalau2 ada hal lain yang saya tak tahu pula:P hehehe
Tp mcm yang Sniper komen bukan semua hati org dapat dipuaskan. Rasanya hal ni dibuat setelah mengambil kira pelbagai aspek..
Jadi janganlah terlalu menyalahkan mana2 pihak. Saya yakin selepas ni masalah banjir juga akan ditanggani :)
Saya harap pihak berkenaan akan tampil segera memberi penjelasan sekaligus membuat tindakan utk menanggani masalah ini.
Jangan dibiarkan saja, takut nanti isu akan diperbesarkan ataupun dipolitikkan.
Diharapkan masalah ini akan dibendung supaya tiada masalah besar yang berlaku nanti.
Jangan tunggu sampai masalah menjadi besar sebelum mengambil tindakan.
Tak dibendung timbulkan masalah. Dibendung timbulkan masalah. Apapun harus diingat bahawa kedua-dua masalah perlu diselesaikan.
Kepada pihak bertanggungjawab sila perjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.
Telah banyak pandangan yang dikongsikan disini, sama ada positif atau negatif, ini yang kita mahu, berbincang dengan sihat.
Post a Comment