14 December 2010

Penangguhan pemilihan Umno apa kesanya?

Penangguhan pemilihan Umno selama 18 bulan yang kononnya bertujuan untuk memantapkan cengkaman parti di semua peringkat, ternyata bernilai negatif.

Kini, kegiatan atau aktibiti para pemimpin baik di peringkat daerah mahupun akar umbi agak perlahan kerana masing-masing mengetahui bahawa bahang pemilihan masih satu setengah tahun lagi.

Sebelum pengumuman penangguhan oleh Presiden parti 2 minggu lalu, nampak juga kelibat para pemimpin turun padang, namun setelah pengumuman itu, para pemimpin seolah-olah sukar didekati dan menjauhkan diri.

jika sebelum ini, para pemimpin parti peringkat daerah agak mudah di dekati, namun kini agar sukar, demikian lah keluhan secara rambang rakyat di peringkat akar umbi.

Malah ada yang mengatakan bahawa tujuan penangguhan pemilihan parti itu, yang bertujuan seperti mana disebutkan tidak akan mencapai sasaran. Malah akan timbul persepsi, bahawa para pemimpin hanya berminat pada jawatan parti, sebagai landasan untuk mendapatkan kuasa politik.

Namun mereka lupa, bahawa kretiria pemilihan calon-calon yang akan diketengahkan oleh Najib bukan semata-mata atas jawatan parti, tetapi pilihan akan bersandar pada individu pilihan rakyat.

Untuk itu, sebelum terlambat adalah elok bagi mereka yang bercita-cita untuk mengwakili parti, perlu lah daripada sekarang, senantiasa mendengar degup jantung akar umbi.

11 comments:

Anonymous said...

rakyat sudah ke depan, masakan wakil rakyat kebelakang? dengan ledakan teknolgi maklumat, pengetahuan dan informasi mengalir dan berterbangan merata2 tempat tanpa kawalan dan sekiranya wakil rakyat masih terkial2 maka berlakulah fenomena kebencian rakyat terhadap mana2 parti juga yang melahirkan wakil rakyat sedemikian rupa.

Anonymous said...

penangguhan pemilihan ini dlakukan bagi meastikan kepimpinan UMNO dpt memastikan calon pilihan rakyat.

samm said...

penangguhan ini bertujuan untuk mengukuhkan parti dan menambahkan kekuatan parti.

samm said...

peluang ini harus digunakan oleh para pemimpin untuk mengukuhkan parti dan mendekati rakyat. ini bagi membolehkan mereka dapat berkhidmat kepada rakyat.

Anak Sabah said...

Yang penting semua calon dan pengundi dah bersiap sedia menghadapi PRU-13.

Bhatera said...

Sebagai wakil rakyat tidak kira PRU dalam tempoh lama atau tidak, seharusya dekatilah rakyat dan jangan lupa tanggungjawab sebagai pemimpin.

Paquin said...

Tak kisahlah apa pun kesan penangguhan ni.. Yang penting rakyat buat pilihan yang terbaik next GE nanti :)

Paquin said...

Semoga umno dapat membutikan merekalah yang terbaik utk rakyat.

Brendan said...

bro one-kotabelud...

sya rasa dalam tempoh 18 bulan ini akan diadakan pilihanraya parti...mengambil iktibar daripada kegagalan pilihanraya PKR yg lepas, UMNO sya rasa telah buat satu keputusan yg betul...

salam..

Gopuk said...

Sampai ke hari ini, tidak ada apa2 yang berlaku.

Gopuk said...

Tangguh atau tidak lambat laun akan ada pemilihan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels