19 December 2010

Kenapa sibuk-sibuk soal calon?

Tiba masanya, BN akan pilih siapa calon bagi mewakilinya dalam pilihan raya. Jika BN mahu menang, maka BN akan letakkan calon yang akan menang. Jika BN mahu kalah maka akan terletak calon yang kalah.

Sebenarnya tiada sesiapa yang boleh meramal, calon mana kah yang boleh menang atau calon mana kah yang boleh kalah. Hakikatnya, selagi parti itu masih diterima rakyat majoriti, maka parti itu lah yang akan menang.

Kawasan Usukan misalnya, walaupun cuba ditawan oleh dua geragsi parti negeri sejak tahun 1976, yakni Berjaya dan PBS, namun kawasan itu tetap sahaja dimenangi oleh calon USNO. Pendek kata, selagi parti itu masih diterima, maka calon parti itu akan tetap menang, tidak kira siapa individu yang menjadi calon parti yang diterima itu.

Sebenarnya ini lah pendekatan Ketua Bahagian Umno Kota Belud, Datuk Salleh Said Keruak. Mantan Ketua Menteri Sabah itu cukup yakin , bahawa BN umumnya dan khasnya Umno, masih diterima di kawasan Kota Belud.

Datuk Salleh yakin, sesiapa sahaja yang dipilih parti dalam PRU-13 akan datang pasti menang.

Benarlah apa yang dikatakan oleh Najib, bahawa pilihan BN untuk menjadi calon yang mewakili BN adalah pilihan rakyat. Bagi OKB, pilihan parti juga adalah pilihan rakyat, atas sebab, jika rakyat dalam hal ini ahli tidak memilih pemimpin, maka tiada lah pemimpin itu.

Namun ada juga pertimbangan, ada juga pemimpin yang tidak mempunyai jawatan dalam parti, namun sangat dekat dihati rakyat. Tan Sri Pandikar misalnya, walaupun mempunyai kesibukkan di dewan rakyat, namun saban minggu berada di kampung bersama-sama dengan rakyat yang menyokongnya. Datuk Musbah, Datuk Japlin, Datuk Rahman, juga saban minggu berada di kawasan untuk bersama-sama rakyat.

Seharusnya rakyat Kota Belud perlu bersyukur mempunyai para pemimpin yang senantiasa dekat dengan rakyat.

Bulan Disember ini misalnya, jemputan majlis-majlis kahwin, turut juga di ramaikan oleh para pemimpin Kota Belud, sehingga Tan Sri Kasitah Gadam mengsyorkan, agar majlis perkahwinan mengikut suku kaum ini dijadikan produk pelancongan negeri mahupun negara.

OKB berpendapat, sesiapa yang sibuk mencari calon, lihat lah sumbangan yang diberikan oleh para individu terlebih dahulu, sebelum terjun membela rakyat.

25 comments:

Bungabakawali said...

OKB, yang sibuk2 bukannya rakyat tetapi mereka2 yang berkepentingan dengan siapa calon. Tidak dapat dinafikan bahawa siapa2 yang menjadi calon maka peluang untuknya menang adalah cerah. Selepas kemenangan ini lah yang membuatkan cerita penentuan calon menjadi sibuk sana sini. Siapa jadi calon pasti menang dan pasti KAYA RAYA. Dengan itu, siapa2 yang telah merancang serta dekat dengan calon yang menang maka mereka ini juga bolehlah "tumpang sekaki".

Anonymous said...

penerimaan rakyat terhadap parti boleh menjamin kemenangan calon parti itu, tapi sikap calon atau pemimpin juga boleh menyebabkan rakyat menolak parti yang diwakilinya. parti dan calon masing2 memainkan peranan untuk terus kekal menjadi pilihan rakyat.

Anonymous said...

pemimpin tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan populariti parti kerana populariti parti juga bergantung dengan keberkesannan pimpinan ahli2nya disemua peringkat.

Anonymous said...

pemilihan calon yang tepat dpt menjamin kepada kemenangan calon dalam pilihanraya oleh itu, BN kena pastikan calon yang dipilih benar2 disukai rkyat.

zam said...

calon yang banyak berkhidmat dan menyumbangkan jasa kepada rakyat maka calon itulah yang akan menjadi pilihan rakyat.

zam said...

tidak kisahlah siapa pun yang menjadi calon, yang penting dapat sokongan rakyat dan bersedia memikul tanggungjawab.

Anonymous said...

We just hoped that each party will send out a credible candidate that can lead the people well after they won the elections.

Unknown said...

Ini bukan pasal calon, tapi ini berkaitan besar dengan Parti itu sendiri. jika pemerintahan parti ini sangat buruk maka tidak mustahil diseluruh tempat juga akan kena tempiasnya. Maka, calon perkara yang kedua yang pertama sekali ialah komitmen parti itu kepada rakyat.

Hosie Masie said...

Calon memang susah untuk kita meramalnya. Calon mana yang baik dan buruk bagi rakyat??Mungkin sukar untuk menentukkanya. Tapi jika mahu meramal parti mana yang baik atau buruk bagi rakyat??Itu sungguh mudah bagi rakyat. Siapa yang memberikan yang terbaik kepada rakyat tidak mustahil akan mendapat sokongan dari rakyat. Calon juga mestilah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat.

Hamdan Hadillah said...

Calon memang penting untuk mendapat kemenangan. Pilihlah calon yang benar2 memperjuangkan hak rakyat, dan bersatu membangunkan kawasan tersebut. Itulah calon yang perlu ada untuk masa depan rakyat itu sendiri.

Sanih Alias said...

Mungkin artikel ini memang mengambil berat akan masalah calon sekarang. Jadi untuk calon yang 100% terbaik itu mungkin sukar dicari. tapi sekiranya dapat membantu rakyat yang dalam kesusahan tidak mustahil dapat akan mendapat sokongan dari rakyat.

onong said...

Itu cuma perasaan ingin tahu saja.

chimchim said...

We are voters and we have the rights to know.

Velove said...

Rakyat mempunyai hak untuk tahu dan membuat keputusan yang tidak bercirikan pilih kasih.

Anonymous said...

jika dahulu, tak kira siapa calon sekalipun, pengundi tetap akan memilihnya kerana partinya, namun kini keadaan dah makin berubah. pengundi lebih cenderung melihat calon berbanding parti. oleh itu, pemilihan calon kenalah benar2 tepat. biarlah calon tersebut benar2 disukai rakyat.

Nemia said...

We are concerned people.

Anonymous said...

pilihanraya belum tentu lagi bila dah sibuk2 soal calonkah? mereka yang sibuk2 soal calon inilah yang tidak mementingkan keperluan rakyat.

Anonymous said...

seharusnya kebajikan rakyat harus diutamakan..pemimpin yang menjalankan tugas mereka dengan baik sudah tentu akan disokong oleh rakyat..manakala yang tidak sudah tentu akan ditolak.

Anonymous said...

calon juga harus membuktikan kepada rakyat bahawa dia layak untuk menjadi wakil rakyat..bergantung kepada parti sahaja belum tentu menjamin kemenangan.

Anonymous said...

soal calon tidka perlu disibukkan dan menjadi fokus...yang penting adalah penyelesaian kepada isu2 rakyat..

Anonymous said...

harus diingat bahawa rakyat kini tahu untuk menilai..

Jason said...

BN must determine what kind of candidate does the people favor in order to win in the election.

Jason said...

But whatever it is, all parties must play fair when it comes to election day.

Gopuk said...

Saya rasa seseorang calon itu mesti bersikap aggresif dan dapat melindungi orang disekitarnya.

Gopuk said...

Jika seseorang calon pandai mengekspos kan dirinya maka pengundi akan beralih kepadanye.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels