14 July 2011

Apakah UPKO benar-benar akan keluar BN?

Isu berlegar-legar di Sabah, bahawa kononnya Kadazan Dusun Murut belum terbela melalui BN; walaupun pada kenyataannya, kaum itu mendapat berbagai keistimewaan dalam pentadbiraan BN baik di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Atas sebab itu, pada masa kini, ramai dikalangan kaum itu menyertai parti pembangkang terutama parti DAP.Malahan ramai penganalisis politik meramalkan bahawa pada PRU-13 akan datang, akan ramai wakil rakyat daripada suku kaum itu datangnya daripada parti pembangkang.

Melihat senario semasa, parti komponen BN yang melihat trend itu adalah UPKO, parti seriphan PBS. UPKO diketuai oleh mantan Timbalan Presiden PBS dan mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Bernard Giluk Dompok.

Selepas sahaja PRU-12 lalu, dimana berlaku tsunami politik bagi parti komponen BN di Semenanjung; UPKO mengambil jalan seolah-olah parti pembangkang dalam BN. Banyak isu pembangkang turut disuarakan sama oleh parti itu.

Hari ini, surat khabar tempatan Sabah membuat liputan muka depan, mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh meminta Presdien UPKO agar keluar BN, kerana Dompok dirasakan sebagai duri dalam daging BN. Kalau dilihat, memang Harris tidak mempunyai locus standii meminta Dompok keluar BN, kerana Harris hanya sebagai rakyat biasa kini, walaupun resumenya pernah menjadi Ketua menteri Sabah.

Sejak akhir-akhir ini, Dompok kelihatan sealiran dengan Pembangkang, terutama menyangkut tuntutan Bersih. Dompok menyalahkan Jabatan Pendaftaran, kerana kononnya Jabatan itulah menjadi biang kerok pendaftaran pengundi yang bertindih. Selain itu, Dompok mempertikai mengenai Pendatang Haram, dimana hingga kini kerajaan tidak memberi respon atas permitaan parti itu mengwujudkan RCI.

Sebagai Menteri Persekutuan, Dompok melihat bahawa keadaan politik kini tidak menentu. Dalam analisisnya either side will win. Berasaskan kepada senario ini, apa kah Dompok akan ikut jejak SAPP? dan akan bergabung dengan parti itu melawan BN pada PRU-13 akan datang? Jika ini berlaku, BN-Sabah dalam bahaya- sebab sokongan KDM kepada PBS tidak sehebat dahulu; kaum KDM kini melihat Hougon Siau mereka Tan Sri Pairin Kitingan, bagaikan kerbau dicucuk hidung diperingkat negeri.

Sejarah membuktikan bahawa KDM mengundi atau menyokong berasaskan kepada kepentingan kaum itu; kaum itu tidak teragak-agak menolak BN, sepertimana berlaku pada Usno, berjaya.

14 comments:

Lucas said...

Bagi saya mana2 kaum pun akan menolak kepimpinan yg ada pada masa sekarang jika kepimpinan ini tidak perform sebaik yg diharapkan....

Rasanya UPKO tak akan keluar BN la, terlalu banyak kepentingan mereka..terlalu banyak skeleton in the closet...tgk mcm SAPP, presidennya tak boleh bising2 byk sangat, kerana beliau pun asal dari BN juga...

Anonymous said...

Its up to UPKO themselves what they wanted to do. If they want to leave, who can stop them?

Anonymous said...

tidak semestinya Dompok sealiran dengan pembangkang walaupun pendapatnya bercanggah dengan BN. rasanya ada betulnya juga apa yang dipertikaikannya tu. saya pun sokong juga.

Judas said...

Setiap parti komponen BN ada hak untuk bersuara. Takkan nak ikut saja apa yang disuru. Kena ada pendirian. Jangan jadi seperti kerbau dicucuk hidung. Kalau ada yang tak kena pada pandangan mereka, harus suarakan. Ini untuk kebaikan bersama agar dapat memperbaiki mana2 kelemahan.

Judas said...

Setuju dengan Lucas bahawa tak akan keluar BN kerana masih banyak kepentingan mereka.

Semoga pemimpin UPKO sentiasa proaktif dalam memajukan kaum KDM.

azman said...

sesiapa pun ada hak untuk menyurakan apa yang mereka rasakan patut untuk diperbaiki. begitu jugalah dengan UPKO.

Jason said...

Up to UPKO.

mantra said...

UPKO hnya suarakan pendapt mereka, ia tak bermakna ia nak keluar dari BN dan sealiran dgn pembanngkang.

Jason said...

there is no need to make this matter a big deal la.

Anonymous said...

si harris salleh ni suka2 saja suruh orang letak jawatan..kenapalah kalau UPKO mahu RCI ditubuhkan? jangan2 si harris salleh terlibat dalam pemberian IC melalui pintu belakang..kan si harris salleh bagi labuan kepada persekutuan..

Anonymous said...

terpulang kepada UPKO sama ada mahu terus dengan BN atau sebaliknya..

Anonymous said...

dalam keluarga, bukan semua anak satu kepala dengan si bapa..demikian juga dengan UPKO..

Unknown said...

Harris perlu sedar dengan kesalahan diri sebelum ini. Jangan mahu keruhkan keadaan dalam BN lagi. Kerana Harris rakyat Sabah kehilangan hasil yang berharga.

Anonymous said...

Dompok lantang bersuara mengkritik kerajaan tidak bermakna beliau sedang memihak atau ingin beralih kepada pembangkang. bagi saya itu adalah satu perkembangan baik bagi pemimpin2 kerajaan. memang patut pun mereka mengkritik jika ada mana2 tindakan mereka yang disifatkan tidak betul..

kalau diam memanjang pula nanti pihak lain cakap macam kerbau dicucuk hidung..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels