UNTUK apa Datuk Lajim Haji Ukin minta dipecat daripada Umno? Tindakannya itu menggambarkan bahawa beliau bukanlah pemimpin yang ikhlas.
Dalam sistem demokrasi, siapa sahaja rakyat negara ini bebas memilih anutan politiknya. Lajim tidak bersetuju dengan Umno dan BN, sepatutnya secara sukarela keluarlah!!! mengapa menunggu untuk dipecat!!!.. mungkin Lajim mahu satu catatan dalam diarinya, bahawa beliau pernah dipecat daripada Umno!!!.
Percayalah Lajim dipecat kah atau keluar secara sukarela kah, tidak mempunyai impak terhadap Umno, sebabnya, rakyat sudah awal-awal tahu, bahawa sebab musabab beliau bertindak demikian kerana masalah peribadi, bukannya masalah perjuangan.
Semalam bertempat di rumahnya di KG Likas, Kota Kinabalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatan sebagai AMT Umno, Pengerusi BN Beaufort, tetapi mengekalkan keahlian Umno dan jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan.
Berhubung Jawatan Lajim pada Kerajaan, Perdana Menteri akan membuat keputusan esok (Isnin).
Sementara itu, di Kota Kinabalu- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak pada Ahad meminta Datuk Seri Lajim Ukin keluar daripada Umno selepas meletakkan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN)Beaufort.
"Beliau (Lajim) tidak boleh mendapat kedua-duanya. Jika beliau secara terbuka tidak bersetuju dengan pendirian parti atau pendirian kerajaan dan sebaliknya beliau secara diam-diam mahu bekerja dengan pembangkang, dengan itu beliau patut keluar daripada Umno sepertimana yang akan dilakukan oleh seorang yang 'gentleman'," katanya kepada Bernama.
Salleh mengulas pengumuman Lajim semalam yang beliau meletakkan semua jawatan tetapi tetap menjadi anggota Umno dan kekal memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Beliau berkata Lajim patut keluar Umno secara bermaruah kerana beliau tidak lagi berpegang kepada perjuangan dan dasar parti dan tidak sepatutnya menunggu untuk dipecat.
"Inilah sebenarnya apa yang beliau mahu pucuk pimpinan parti lakukan. Beliau mahu bertindak sebagai seorang wira dan beliau dapat (kemudiannya) memberitahu rakyat yang beliau dipecat ketika sedang memperjuangkan hak rakyat.
"Tampaknya inilah rancangannya, tetapi rakyat tidak akan terperdaya," katanya.
Salleh juga menyangkal dakwaan Lajim bahawa Umno dan BN tidak berbuat apa-apa untuk kebajikan rakyat Sabah.
Beliau berkata Lajim telah menjadi sebahagian daripada sistem itu selama kira-kira 18 tahun dan amat arif mengenai hasrat dan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.
"Anehnya, beliau tidak merungut sebelum ini. Saya percaya rakyat tidak "buta" dan tahu apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh BN. Mereka cukup bijak untuk membuat penghakiman sendiri mengenai prestasi baik BN dalam melaksanakan tugasnya.
"Sebab itu kenapa BN menang besar di Sabah pada pilihan raya umum 2008. Jadi adalah tidak betul untuk menyatakan sekarang bahawa BN tidak berbuat apa-apa untuk rakyat, khususnya di Sabah," katanya.
4 comments:
lajim ingin dipecat supaya dia boleh mendapatkan simpati dari penyokongnya. dan ini akan dijadikan senjata untuk memburukkan UMNO.
jika Lajim dah tak ingin bersama UMNO baik dia keluar sajalah.
Umno ditubuhkan atas dasar perjuangan bukan kerana individu. individu sebesar mana sekalipun tidak menjadi perhitungan dalam perjuangan Umno.
Kalau sekadar mahu dapat simpati daripada rakyat, tidak perlulah. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. kalau dah letak jawatan, tidak perlu tunggu lagi dipecat.terus keluar
Post a Comment