18 October 2012

Bajet Sabah Tahun 2013-Harapan Rakyat

ESOK Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan Negeri-Datuk Seri Musa Aman akan membentang bajet negeri untuk tahun 2013.

Bajet itu merupakan bajet penting, kerana Sabah akan berhadapan dengan PRU-13, setidak-tidaknya selepas April,2013.

Tahun lalu, Musa membentangkan RM4.08 bilion, bajet yang merupakan rekod bagi negeri di bawah bayu itu.

Bajet Kerajaan Negeri, tidak meliputi bajet Persekutuan. Jika jumlah bajet negeri dan Persekutuan untuk Sabah disatukan, saban tahun, negeri itu menerima limpahan kewangan tidak kurang RM20bilion.

Jumlah kewangan yang disalurkan Persekutuan kepada Sabah, berkali ganda jumlahnya berbanding royalti minyak 20% yang dicadangkan pembangkang. Kalau mengambil kira 20% royalti minyak, maka jumlahnya hanya RM3.2 bilion setahun; sedangkan huluran kewangan daripada Persekutuan, jumlahnya jauh lebih besar daripada angka itu.
 
Kenapa pembangkang memperbodohkan diri mereka sendiri, dengan angka 20%? Sebenarnya, mereka terlepas pandang, bahawa rakyat Sabah sudah ramai yang celik angka dan celik maklumat. Pembangkang memperkirakan, bahawa rakyat Sabah masih di zaman katak di bawah tempurung, atas sebab itu, mereka memilih isu, yang kononnya boleh menarik sokongan rakyat.
 
Isu royalti minyak 20% hanya berputar-putar diminda pembangkang sendiri, bukannya pada minda majoriti rakyat.

Cara pembangkang menabur janji, seolah-olah mereka punya lampu aladin. Mereka bukan berfikir secara ekonomik; tetapi berfikir secara khyalan dan retorik.

Mungkin mereka terlupa, bahawa lampu aladin mereka, sama dengan Mugabe amalkan di Zimbabwe, di mana agar negara atau rakyat punya wang, maka dilakukan pencetakan wang; sehinggakan mata wang 1 juta zimbabwe, hanya bernilai USD0.20.

Bagi rakyat, wang bererti, apabila kuasa beli wang itu ada. Atas sebab itu, dalam tindakan fiskal negara, aliran wang disesuai dengan produktiviti dan keluaran negara, bukan kepada berapa jumlah wang yang boleh digunapakai (disposible income). Pembangkang mengambil pendekatan kepada pertambahan wang yang boleh digunapakai. Cara ini boleh memudaratkan ekonomi negara, kerana inflasi akan melambung. Negara yang pernah mengambil pendekatan ini adalah Argentina pada tahun 80-an, akhirnya negera itu hampir muflis.

Sabah khasnya mengambil pendekatan yang mapan dalam pengurusan kewangannya. Aliran wang untuk pembangunan disesuaikan dengan pendapatan negeri. Kewangan negeri yang berpunca daripada hasil perladangan, royalti minyak memerlukan masa untuk masuk dalam akaun negeri. 

Pengurusan yang kewangan yang bijak yang dilakukan oleh kerajaan negeri, membolehkan negeri itu mengumpul simpanan sehingga RM3bilion; dan pada gilirannya Sabah dapat membentangkan bajet yang besar demi pembangunan negeri dan rakyat.

Esok, Bajet yang dibentangkan di DUN Sabah, dianggarkan mendekati RM5bilion, jika angka ini menjadi kenyataan, maka ianya rekod lagi.

44 comments:

Anonymous said...

anat diharapkan bajet Sabah kali ini lebih baik dari sebelumnnya.

Star said...

Harap bajet ini dpt memenuhi keperluan rakyat sabah dan akan meningkatkan kulaiti kehidupan hrian mereka

Unknown said...

Memang inilah yang dinanti-nanti oleh rakyat Sabah dalam bajet 2013 Sabah ini.

Unknown said...

Kerajaan pasti akan memberikan bajet yang terbaik untuk pembangunan Sabah terutama sekali yang berada diluar bandar ini.

Unknown said...

Kalau kita lihat sendiri pun pembangunan di Sabah ini sangat dipuji sebagai Negeri yang pesat dengan pembangunan. Maka kerajaan begitu serius untuk membantu rakyat di Negeri ini.

Unknown said...

Jangan mudah terpedaya dengan permainan pembangkangn yang cuba untuk menjatuhkan Kerajaan BN ini. Jadi perlulah pandai berfikir yang terbaik untuk semua.

Unknown said...

Teruskanlah menyokong kerajaan BN ini. Kerana kerajaan ini adalah kerajaan yang terbaik setakat ini.

Unknown said...

Kalau kita lihat sendiri memang pembangkang punya janji itu menarik. Tapi perlu ingat apa sebenarnya mereka inginkan. Mereka berjanji cuma untuk mendapat kuasa pentadbiran dan bukannya untuk rakyat.

Sanih Alias said...

Kalau kita lihat sebelum ini pelbagai rekaan cerita dibuat oleh pihak pembangkang.

Sanih Alias said...

Perlulah berfikir untuk menerima PR sebagai kerajaan. Tengok di Selangor sendiri dengan masalah yang dihadapi.

Sanih Alias said...

Belanjawan ini penentu untuk Kerajaan Negeri Sabah dalam PRU13 akan datang. Jadi buatlah yang terbaik dalam perancangan untuk Sabah.

Sanih Alias said...

Kerajaan tidak pernah lupa akan tanggungjawab mereka untuk membantu memperjuangkan kepentingan rakyat. Apa agaknya bajet untuk Negeri Sabah 2013 ini. Pasti ramai yang tertanya-tanya. Maka kita tunggu saja apa yang akan dibentangkan nanti.

Anonymous said...

pada tahun 2012 bajet Sabah adalah 4 billion, harap tahun ini lebih tinggi.

Anonymous said...

dan moga lebih byk pembanguan di Sabah kali ini.

Anonymous said...

pembangkang bukannya kerajaan maka mereka sesuka hati menabur janji2 yang mustahil dapat direalisasikan..

Anonymous said...

kerajaan negeri sentiasa bertungkus-lumus berusaha untuk meningkatkan pendapatan negeri di samping usaha membangunkan negeri dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Anonymous said...

bajet sebelum ini membuktikan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan dalam usaha membangunkan negeri sabah untuk kesejahteraan rakyat sabah sendiri.

Anonymous said...

The Sabah government has allocated a budget of RM4.088 billion for the state in 2013, a rise by RM40 million compared with the estimated provision in 2012.

Anonymous said...

Chief Minister Datuk Seri Musa Aman in unveiling the state’s 2013 Budget yesterday, said Sabah was prepared to go for a bigger budget, thanks to the record high projected revenue for next year coupled with a strong consolidated revenue account of more than RM3.

Anonymous said...

The budget themed “Consolidated Efforts Towards Continuous Prosperity Of The People” represents an increase of about RM40 million from this year’s RM4.048 billion supply expenditure.

Anonymous said...

The Chief Minister underlined six key objectives to be achieved under the budget, including strengthening the state’s financial position, to improve basic infrastructure and public amenities and to accelerate the achievement of the Halatuju.

Anonymous said...

The budget was also aimed at developing valuable and high quality youth and human capital, to eradicate poverty and improve the quality of life of the people and to achieve balanced regional development.

Anonymous said...

Musa, who is also the Finance Minister, said prudent spending and efficient expenditure management will see a reduction by RM32.92 million or 2.94 per cent in recurrent expenditures under the 2013 Budget, as compared to RM1,120.85 million for 2012.

Anonymous said...

He said RM2,337.38 million from next year’s allocation will go to special expenditures, an increase of RM33.61 million or 1.46 per cent compared to RM2,303.77 million for 2012.

Anonymous said...

According to him, the increase among others was due to an increase in contribution to the development fund from RM500 million in 2012 to RM800 million in 2013, which is the largest contribution ever made by the state government.

Anonymous said...

The emoluments estimates proposed for next year was RM663.17 million, an increase by about 6.34 per cent or RM39.51 million compared to RM623.66 million this year mainly due to the adjustments of salaries of state civil servants implemented in 2012.

Anonymous said...

For development, RM2.42 billion will be provided, with thw state contributing RM1 billion and RM1.42 billion from the federal government.

Anonymous said...

The federal contribution consists of reimbursable grants totaling RM35.4 million, loans RM186.07 million, and direct grants amounting to RM1.19 billion.

Anonymous said...

Out of the RM988.23 million allocated for public utilities, Musa said RM480.67 million will be allocated for water supplies, RM400 million for rural electrification and RM95.56 million for sewerage projects.

Anonymous said...

The balance of RM12 million will be used for capital contribution related to water and electricity projects, he added

Anonymous said...

Under next year’s budget, the infrastructure and transportation sectors will recieve an injection of RM763.7 million, out which RM742.95 million has been set aside for roads and bridges, RM13.5 million for ports and harbours and RM7.25 million for railways.

Anonymous said...

Considerable allocation was also given for agriculture and land development, where RM72.72 million will be used for drainage and irrigation, RM42.06 for agriculture extension projects and RM34.87 for veterinary services.

Anonymous said...

A sum of RM291.16 million or 12.03 per cent of next year’s budget for development was set aside for the social sector, said Musa.

Anonymous said...

Of the amount, a sum of RM181.92 million was for community and rural development under the Ministry of Rural Development and the Chief Minister’s Department.

Anonymous said...

Another sum of RM71.66 million was allocated for the construction and upgrading of religious buildings, sport complexes and cultural centres.

Anonymous said...

The general administration sector was provided with a sum of RM29.75 million or 1.23 per cent of the development expenditures which is mainly dedicated to finance projects undertaken by the Land and Survey Department and for the construction of government buildings.

Hinamori said...

Bajet yang hebat perlu diiringi dengan pelaksanaan yang hebat juga. diharap pelaksanaan bajet akan lebih teratur dan memuaskan.

Hinamori said...

Bajet besar menunjukan keprihatinan kerajaan kepada Sabah

Jonnybone said...

diharap beri kelulusan projek mengikut keutamaan mendesak bukan berdasarkan pertimbangan pengaruh politik..

joey said...

bajet yang dibentang adalah baik dan diharap akan berjaya mencapai semua matlamat.

joey said...

apa pun, yang penting adalah perlakasanaan. perlaksanaan yang baik akan menjadikan rakyat dan Sabah akan terus ke bergerak ke hadapan.

Mumbai said...

belanjawan Negeri Sabah 2013 adalah realistik kerana ia telah dirangka dengan penuh ketelitian dan kajian mendalam dengan mengambil kira unjuran hasil negeri pada tahun hadapan..

Mumbai said...

belanjawan itu bukan sahaja memberi penekanan kepada keperluan rakyat dan kelangsungan pembangunan Sabah tetapi juga kesejahteraan berterusan penduduk di negeri ini.

Mumbai said...

Banyak tapisan dilakukan oleh pakar-pakar ekonomi di Kementerian Kewangan Sabah sebelum (belanjawan) dibentangkan oleh Menteri Kewangan di sidang Dewan Undangan Negeri.. bermakna sudah tentu intipati yang dibentangkan itu adalah yang terbaik berdasarkan pertimbangan pakar2 ekonomi..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels