27 October 2012

PRU-13: Kali ini Janji Apa pula Yang Didendangkan

DALAM pilihanraya, Parti-parti yang bertanding akan mendendangkan janji-janji yang bakal dilaksanakan, kepada rakyat. Janji-janji itu dirangkum dalam satu istilah MANIFESTO.

Apakah itu manifesto? Menurut kamus, manifesto adalah satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang digunakan seseorang atau sebuah parti politik semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi.

Sesuatu manifesto mesti mampu membangkitkan keghairaan pengundi untuk memilih sesebuah parti itu. Manifesto perlu menarik, singkat namun mudah diterima, selain lojik juga dekat dengan isu-isu semasa yang dihadapi rakyat.

Nampaknya parti-parti yang mampu mendepankan masalah-masalah rakyat dan dituangkan nmelalui manifesto akan menjadi pilihan rakyat pada PRU-13 akan datang.

Apa masalah utama yang dihadapi rakyat? Harga barang yang meningkat, kesesakan jalan raya, kes jenayah, pengangguran bagi lulusan universiti selain lulusan sekolah-sekolah vokasinal, pelajar lepasan menangah, kekurangan infrastruktur di luar bandar, masalah keperluan asas seperti air bersih serta api litrik.

Selain itu, parti-parti yang bertanding juga perlu memberitahu rakyat melalui manifesto itu, tentang kejayaan parti-parti itu dan seterusnya parancangan seterusnya, jika parti yang telah dipilih itu dipilih semula.

Bagi parti-parti BN, mudah untuk memberi tahu rakyat, kejayaan yang telah dicapai, namun bagi parti-parti pembangkang, janji-janji dalam manifesto mereka, janji tetap janji.

Adalah ditakdirkan juga apabila pembangkang memerintah di beberapa buah negeri. Parti-parti itu tidak boleh lagi berselindung disebalik kata-kata, bahawa parti mereka tidak mampu melaksanakan janji-janji kerana belum menjadi kerajaan.

Rakyat kini boleh menilai, antara janji-janji BN dan PR. BN menunaikan janji-janji sepertimana yang ditulis melalui manifesto melalui Janji Ditepati, manakala PR begitu benci dengan perkataan JANJI DITEPATI kerana menurut mereka, janji manifesto piliharaya tidak sepatutnya ditetapi.

PRU-13 diambang pintu. Sekali lagi MANIFESTO pilihanraya dihidangkan kepada rakyat. BN akan menyediakan manifesto yang boleh dilaksanakan, manakala PR akan menyediakan manifesto yang BOLEH MENARIK pengundi menyokong mereka.

Jika RAKYAT tidak berfikir panjang berhubung DUA manifesto yang dihidangkan kepada mereka, takut-takut nanti, mereka terperangkap dengan JANJI KOSONG DAN RETORIK. Jika ini yang berlaku, maka penyesalan TIDAK BERGUNA LAGI, kerana nasi sudah menjadi bubur. Ada yang kata, tak apa.. dalam lima tahun, TUKAR LAGI, masa lima tahun terlalu lama.

Bagi pengundi Sabah, para pengundi negeri ini sudah terlalu masak dengan pertukaran kerajaan; atas sebab itu, sukar menukarkan kerajaan atau parti yang mampu membangun rakyat. Yang dikhuatirkan adalah pengundi Semenanjung, para pengundi Semenanjung belum merasakan bagai mana pahitnya jika berlaku pertukaran kerajaan.

Di Selangor, di Pulau Pinang, di Perak (hampir setahun), di Kedah, rakyat merasakannya. Kehidupan di negeri-negeri itu tidak semudah yang disangka. Para pemimpin pembangkang yang kelaparan berdekad lamanya mengisi tembelok mereka terlebih dahulu termasuk para penyokongnya sebelum memikirkan masalah rakyat. Berbanding dengan BN, yang sudah kenyang sejak berdekad lalu, sehingga tidak mahu lagi berfikir tentang tembelok, akan tetapi memikirkan soal rakyat, atas sebab itulah pendekatan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN digunakan oleh kerajaan dalam mengurus khazanah negara.

Kerajaan BN telah mengariskan TOLOK UKUR bagaimana rakyat menilainya melalui pendekatan yang dilakukan. JANJI DITEPATI. RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Sebarang penyimpangan daripada pendekatan ini, maka rakyat bebas bersuara, rakyat bebas memprotes, rakyat bebas bertanya.

Sepatutnya rakyat negara ini mengambil peluang semua ini dan menyokong kerajaan yang memberi peluang kepada rakyat seluas-luasnya menegur kerajaan atau pemimpin.  Peluang ini adalah peluang menang-menang, demi kesejahteraan negara. Fikir-fikirkan lah. 

23 comments:

Unknown said...

Pembangkang janji macam2 tapi bila mereka dah jadi kerajaan seperti di Selangor tengoklah apa yang mereka sudah buat..

Unknown said...

Tengoklah manifesto khususnya dalam usaha mereka untuk menang Selangor, mau bagi elaun ibu tunggal, elaun bayi, elaun budak tadika, turunkan cukai pintu tapi tidak turun pun, mau bagi rumah tetapi harga rumah lebih mahal lagi.

Unknown said...

Pembangkang ini hanya teori. Tapi bila jadi kerajaan seperti di Selangor, bila praktikal baru dia tahu dunia ini tinggi rendah, tak semudah apa yang mereka jangka.

Unknown said...

Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji kosong pembangkang kerana kita sudah melihat sendiri bagaimana pakatan pembangkang mentadbir negeri terutama di Selangor.

Unknown said...

Antara janji pakatan pembangkang pada pilihanraya umum lalu terutama di Selangor ialah untuk memberi bantuan bulanan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nursery, RM50 sebulan seorang bagi anak pendidikan pra-sekolah, elaun kepada ibu tunggal, elaun khas kepada suri rumah sepenuh masa, bonus RM6000 setiap keluarga yang berpendapatan RM6000 ke bawah, turunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus dan pelbagai janji lagi. Adakah semua ni sudah dipenuhi??

Unknown said...

Apa dah jadi dengan Yayasan Selangor? Jual tanah, jual pasir, jual tanah yang sudah diusahakan macam di Kg Bukit Kerandang, Hulu Selangor pun nak diambil dan dijual, jual bangunan macam Kompleks PKNS dan SACC Mall. Itulah kerja mereka, ini semua gimik politik.

Unknown said...

Jangan mudah terpedaya dengan janji pembangkang.

Unknown said...

Pembangkang akan buat apa sahaja untuk menarik undi rakyat.

Anonymous said...

Minat mahu tahu manifesto BN saja.

Anonymous said...

Pembangkang tahu kritik saja. Padahal mereka mahu alihkan perhatian rakyat daripada kelemahan pembangkang sendiri.

mantera said...

semasa pilihnraya, pasti byk janji akan ditaburkan. kena bijak menilai.

mantera said...

dan jgn mudah prcaya janji dari pembangkang.

ScottyDoesntKnow said...

Barisan Nasional’s (BN) publicity & information bureau must be prepared to counter the opposition’s lies and allegations so that the people will not be cheated by those who are desperate to topple the government.

ScottyDoesntKnow said...


Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman, who is also Sabah BN and Umno chief, said the bureau should always equipped itself with knowledge and ability to explain to the people about the government’s policies and promises fulfilled by the party.

ScottyDoesntKnow said...


The publicity and information bureau is the BN’s font liner in disseminating accurate information to the people at the grassroot.

ScottyDoesntKnow said...


All the allegations or issues raised by the opposition, who will constantly try to confuse the people must be countered with the correct information.

ScottyDoesntKnow said...


Musa said clear and accurate information given to the people, especially in Sabah, would ensure continuous support for all the efforts taken by the BN-led government.

ScottyDoesntKnow said...

And, he also said the people of Sabah knew how to show their gratitude to the government, especially when their needs and wellbeing were being taken care of.

ScottyDoesntKnow said...


It is warranted that gratitude are to be expressed to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for his continuous ideas to ease the people’s burden.

ScottyDoesntKnow said...

This is an example of a caring government and a leader who is concerned about the wellbeing of the people

ScottyDoesntKnow said...


Meanwhile, Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Ahmad Maslan, who is also Umno Information chief, hoped that all publicity and information chiefs at the divisional levels, would make optimum use of the face-to-face, print, digital and electronic media in disseminating information to the people.

ScottyDoesntKnow said...


Ahmad said that this can be done now and don’t have to wait for general election because there are enough evidence on the success stories created by the BN government.

ScottyDoesntKnow said...


Further explained that there is a need to remind the people again and again so that they will not fall victim to empty promises given by the opposition.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels