24 October 2012

Kepimpinan dinamik Musa rahsia kejayaan Sabah: Tawfik

Kepimpinan di bawah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang dinamik merupakan antara rahsia kejayaan Sabah mendapat pengiktirafan cemerlang iaitu Sijil Tanpa Teguran selama 12 tahun berturut-turut sejak tahun 2000 menerusi Laporan Audit Negara.

Menurut Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Tintingan, kejayaan tersebut juga tidak akan tercapai tanpa adanya visi dan keupayaan dari segi pemikiran yang bernas dan tindakan susulan untuk mencapai sebuah negeri yang maju jaya, aman makmur dan sejahtera.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Musa Aman yang juga selaku Menteri Kewangan yang buat sekian kalinya telah berjaya membimbing dan mengemudi negeri ini kearah kejayaan dan kecemerlangan,” katanya pada Persedangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, kelmarin.

Tawfiq berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulabayan, yang bertanya- kan rahsia dan pendekatan yang diambil bagi memperkasa tadbir urus kewangan negeri sehingga Sabah berjaya mendapat pengiktirafan sedemikian.

Di samping itu Tawfiq berkata, penyediaan penyata kewangan Kerajaan Negeri yang berpandukan Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) sentiasa diselenggara dengan teratur dan sempurna untuk memberi gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

“Selain itu, usaha-usaha juga giat dijalankan untuk mempertingkatkan Sistem Perakaunan supaya ianya ‘compatible’ (bersesuaian) dengan perkembangan teknologi IT semasa dan Piawaian Perakaunan Kerajaan (Public Sector Accounting Standard),” katanya.

Sementara itu, Tawfiq turut men- yangkal segala dakwaan dari pihak pembangkang yang mendakwa tanpa merujuk fakta bahawa kononnya pengurusan kewangan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional tidak teratur dan sebagainya.

Namun katanya, melalui perakuan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sendiri, bukan sahaja Kerajaan Negeri telah berjaya mengekalkan Sijil Tanpa Teguran selama 12 tahun berturut-turut, malah beliau juga memperakukan bahawa pengurusan kewangan Negeri Sabah sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah antara yang terbaik di seluruh Malaysia.

12 comments:

Unknown said...

'Bagaimanapun suka saya mengingatkan bahawa kita tidak seharusnya cepat berasa selesa atau mudah berpuas hati dengan pencapaian ini.'-Musa Aman

Unknown said...

sebahagian agensi negeri yang diaudit menunjukkan prestasi pengurusan kewangan yang bertambah baik dan membolehkan agensi berkenaan berdikari serta membayar balik pinjaman, seterusnya menyalurkan dividen kepada kerajaan negeri.Ia merupakan petunjuk yang amat baik dan positif kerana peruntukan yang dijimatkan dan dividen yang disalurkan membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk faedah rakyat.

Unknown said...

Kerajaan negeri akan terus berusaha memperluaskan lagi sumber-sumber pendapatannya supaya pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan oleh kementerian, jabatan atau agensi di seluruh negeri dapat terus dipertingkatkan untuk dinikmati semua lapisan masyarakat.

Unknown said...

Musa berharap anugerah Sijil Tanpa Teguran itu mencetuskan semangat dan iltizam serta menjadi motivasi kepada semua penjawat awam negeri untuk terus bekerja dengan lebih gigih bagi memacu kemajuan negeri demi kesejahteraan dan kemakmuran seluruh rakyat di Sabah.

Unknown said...

Anugerah kecemerlangan pengurusan kewangan yang diterima oleh enam jabatan dan agensi kerajaan negeri itu adalah sebagai insentif dan pembakar semangat agar terus meningkatkan usaha, lebih berdedikasi seterusnya menjadi role model kepada jabatan dan agensi kerajaan yang lain.

Unknown said...

Musa Aman menasihatkan agar mereka yang belum berjaya saya boleh mencontohi jabatan-jabatan yang berjaya supaya dapat memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaan negeri mengurus kewangan/dana negeri dengan baik.

Hinamori said...

Semoga kepimpinan Musa Aman akan berterusan di Sabah

Hinamori said...

Rakyat harus terus menyokong Musa Aman untuk pembangunan dan kemajuan Sabah

Anonymous said...

Musa adalah KM Sabah yang terbaik!!

Anonymous said...

Harap Musa masih menjadi KM Sabah selepas PRU13 ni

mantera said...

pencapaian Musa dalam memajukan Sabah begitu baik sekali.

mantera said...

Sabah kini makin maju dan membangun di bawah pentadbiran Musa.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels