21 December 2012

Anak Sulung Umno Sabah Dalam Bahaya?

TAJUK di atas adalah tajuk utama Free Malaysia Today (FMT) melalui entrinya pada 24/11/2012 lalu. FMT adalah portal berita milik Tian Chua Naib Presiden PKR dan MP Batu Wilayah Persekutuan.

Portal berita itu membuat kesimpulan demikian kerana Dr Jeffery Kitingan Pengerusi STAR Sabah mampu membuat ceramah di Kampung Tamau (kampung Iranun) dan Kg Lebak Moyoh (kampung Bajau) Kota Belud.

Alasan yang diberi penulis adalah pembangkang mampu mendobrak pertahanan utama Umno yakni suku Iranun dan Bajau yang merupakan bumiputera islam penyokong utama Umno.

Pada PRU-12 lalu, untuk pertama kalinya, calon-calon Umno kalah di peti-peti undi majoriti kaum iranun, manakala di peti-peti undi majoriti kaum bajau, perolehan undi cukup merosot sekali, kecuali dipeti-peti undi DUN Usukan; walaupun demikin, semua calon-calon Umno masih mempertahanan semua kerusi yang dipertandingkan.

Faktor utama penurunan jumlah undi daripada kaum Iranun dan Bajau terhadap calon-calon Umno bagi calon Parlimen dan Dun Tempasuk, kerana fakor Datuk Salleh Tun Said dan Tan Sri Pandikar yang tidak dicalonkan pada pilihanraya Umum itu.

Selain itu, faktor "perbalahan" antara USBO dan kepimpinan Musa yang masih panas ketika itu juga merupakan penyumbang kepada kemerosotan sokongan kaum bumiputra islam terhadap calon-calon Umno.

Usbo adalah organinasi rumpun Bajau dan dipimpin oleh Salleh dan Pandikar.

Mungkin disebabkan faktor-faktor yang berlaku terhadap pola pengundian pada PRU-2008 diambil oleh penulis FMT, sehinggakan penulis itu membuat anggapan, bahawa anak sulung Umno Sabah dalam bahaya.

Umno Sabah lahir di Kota Belud pada tahun 1991, apabila calon PRK DUN Usukan daripada Umno yang diwakili oleh Bapa Kemerdekaan Sabah Tun Datu Mustapha Datu Harun menang mengalahkan calon PBS Jap Omar (Jap kini telah menyertai Umno).

Kota Belud dihuni oleh tiga suku kaum, yakni Dusun-Kadazan, Bajau-Samah dan Iranun. Dusun Kadazan tertumpu di kawasan DUN Kedamaian dan kira 20 peratus pengundi DUN Tempasuk. Bajau-Samah pula majoriti di DUN Usukan dan 40 peratus di DUN Tempasuk. Manakala Iranun kira-kira 40 peratus di Dun Temapsuk dan 10 peratus di Dun Usukan.

Melihat keadaan politik semasa, Suara Rakyat tidak melihat, bahawa kedudukan Kota Belud sebagai tempat anak sulung Umno tergugut. Keadaan PRU-12, tidak akan berlaku untuk kaum bajau-samah mahupun Iranun. Mungkin pada kali ini, kedudukan kaum Dusun-Kadazan pula yang tergugut,

Kaum Dusun-Kadazan yang majoriti DUN Kedamaian dan 20 peratus DUN Tempasuk akan menentukan jumlah majoriti yang diperolehi calon Parlimen dan calon DUN Tempasuk. Manakala di DUN Kedamaian, kaum itu terpaksa membuat pilihan samada tetap dalam BN atau menjadi pembangkang di DUN Sabah.

Pada PRU-13, tidak wujud kebimbangan bagi Umno Kota Belud, Parlimen, Dun Usukan dan Tempasuk masih merupakan kubu kuat parti itu.

Terdapatnya mantan ahli-ahli Umno yang menyertai parti pembangkang, adalah ahli-ahli yang mempunyai rekod bertukar-tukar parti. Mereka ini, telah diketahui oleh ramai pengundi adalah individu-individu yang senantiasa mencari peluang dalam politik. Mereka merupakan pemimpin diri mereka sendiri, bukan pemimpin pada orang lain.

Anggapan pembangkang bahawa melalui penyertaan individu seperti Redzuan Sikah daripada Kampung Lebak Moyoh, mampu menggugat Umno, jauh api daripada panggang, demikian juga penyertaan individu-individu daripada suku kaum Iranun kepada pembangkang hanya melibatkan mereka-mereka yang memang tidak pernah menyokong Umno atau BN.

Bagi BN atau Umno, sesiapapun yang diletakkan sebagai calon pada PRU-13 akan datang adalah calon-calon yang boleh menang. Calon-calon itu boleh diterima pengundi, kerana mereka memang dekat dengan pengundi. Mereka telah turun padang, mengurus padang dan menyelesaikan masalah-masalah rakyat.

Di Dun Usukan misalnya, pemimpin yang semakin pasti dicalonkan adalah Ketua Bahagian Umno Kota Belud, Datuk Salleh Tun Said, yang diberi laluan oleh DUN sekarang- Datuk Japlin Akim. Japlin mungkin beralih ke Dewan Negara melalui perlantikan sebagai senator. Jawatan senator membolehkan dilantik sebagai anggota kabinet persekutuan.

Sementara di DUN Temapsuk pula, sudah pasti Datuk Musbah Jamli diberi peluang sekali lagi mempertahankan kawasan DUN itu. Musbah adalah pemimpin yang dekat dengan akar umbi, kerana sifatnya yang senantiasa berdekatan dengan masyarakat kampung.

Musbah masih mempunyai misi yang belum selesai, yakni Program Jelapang Padi dan Agropolitan serta memajukan agroindustri bagi kawasan Kota Belud.

Sementara Datuk Rahman Dahalan, walaupun dituduh sebagai orang luar bagi orang yang tidak mengenalinya, sebenarnya MP itu juga berasal daripada Kota Belud, walaupun masa kecilnya dibesarkan di Tuaran, jiran Kota Belud.

Pihak BN atau Umno tidak boleh kehilangan kehadiran beliau di Dewan Rakyat. Rahman bersama-sama Khairy Jamaluddin adalah ayam tambatan BN berdebat, menangkis isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Untuk sementara di pihak BN, hanya KJ dan DARD yang mampu berdebat dengan Lim Kit Siang mahupun Tony Pua atau Tian Chua, sehingga pemimpin pembangkang itu kehilangan modal untuk meneruskan ucapan.

Terserah kepada pucuk pimpinan, siapakah yang dicalonkan mewakli Umno di kawasan Kota Belud. Samada pucuk pimpinan mempertahankan status quo ataupun mengubahnya, Parlimen Kota Belud, Dun Usukan dan Dun Temapsuk tetap kubu Kuat Umno.

60 comments:

Blackforest said...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak optimis bahawa Kota Belud, yang merupakan tempat kelahiran Umno di Sabah menerusi pilihan raya kecil pada tahun 1991, akan terus menjadi kubu kuat BN.

Blackforest said...

Sehubungan itu, beliau yakin tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Usukan, Tempasuk dan Kadamaian dalam Parlimen Kota Belud akan kekal dalam genggaman BN pada pilihan raya umum akan datang.

Blackforest said...

Dalam pilihan raya lepas, semua kerusi di kawasan itu dimenangi calon BN. Najib juga berkata Umno, yang berasal dari Semenanjung, berjaya memecah tembok kesukuan di negeri Sabah.

Blackforest said...

"Sebenarnya, sejarah Umno Sabah bermula dari Kota Belud selepas parti itu dibawa masuk oleh Tun Datu Mustapha (Datu Harun) (bekas presiden Usno) yang mana beliau sendiri membubarkan Usno.

Blackforest said...

"Oleh itu, kita harus bersatu-padu di bawah panji-panji Umno dan BN supaya Sabah boleh menjadi kubu kuat BN," katanya

Blackforest said...

Najib berkata walaupun rakyat Sabah mempunyai perbezaan dari segi budaya, namun ia tidak seharusnya menjadi halangan kepada mereka untuk bersatu-padu dalam arena politik demi masa depan rakyat yang lebih baik.

Blackforest said...

Perdana menteri turut mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan hasutan dan janji manis pembangkang kerana 'masa depan rakyat bukan di tangan pembangkang, tetapi di tangan kerajaan BN'.

Blackforest said...

"Hanya kerajaan BN boleh mencorakkan masa depan ke arah yang lebih maju, dan bukan pihak pembangkang yang tidak berupaya di samping penuh dengan banyak pembohongan.-Najib

massu said...

Jika kita lihat yang mana kerajaan Bn ini adalah kerajaan yang terbaik untuk Negeri Sabah ini.

Unknown said...

Semua jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengenai kejayaan BN selama ini dalam mentadbir negara.

Unknown said...

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman selaku Pengerusi BN Sabah berkata kejayaan dalam memberi pemahaman mengenai usaha kerajaan mampu meyakinkan rakyat untuk menolak pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Unknown said...

Barisan Nasional (BN) dijangka tidak menghadapi masalah mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di pantai timur Sabah pada Pilihan Raya Umum kali ini dan tumpuan kini lebih terarah kepada kemampuan BN untuk menawan semula kawasan Parlimen Sandakan.

Unknown said...

Strategi BN meletakkan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Liew Vui Keong bertanding di kawasan itu pada pilihan raya ini dilihat sebagai satu percaturan berani untuk merampas kerusi Parlimen tersebut, yang dimenangi calon Bebas Chong Hon Min pada pilihan raya 2004.

Unknown said...

Kepimpinan di bawah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang dinamik merupakan antara rahsia kejayaan Sabah mendapat pengiktirafan cemerlang iaitu Sijil Tanpa Teguran selama 12 tahun berturut-turut sejak tahun 2000 menerusi Laporan Audit Negara.

Unknown said...

“Adalah menjadi tanggungjawab kita menjelaskan kepada semua pengundi mengenai program dan dasar BN kerana inilah kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyat.

Unknown said...

Kawasan Parlimen Sandakan merupakan kerusi "panas" bagi BN di pantai timur Sabah, terutama apabila bekas ketua Pemuda LDP Fong Vun Fui, yang meletakkan jawatan parti sehari sebelum penamaan calon, mengambil keputusan bertanding di kawasan tersebut sebagai calon Bebas.

Unknown said...

Menurut Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Tintingan, kejayaan tersebut juga tidak akan tercapai tanpa adanya visi dan keupayaan dari segi pemikiran yang bernas dan tindakan susulan untuk mencapai sebuah negeri yang maju jaya, aman makmur dan sejahtera.

Unknown said...

“Kita lihat sejak Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri, banyak usaha dan pembangunan dilaksanakan untuk rakyat seperti penghapusan yuran sekolah, pemberian RM100 kepada pelajar sekolah dan pemberian RM500 kepada keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Unknown said...

Penganalisis politik di sini menjangkakan sokongan padu parti komponen BN yang lain, terutama Parti Maju Sabah (SAPP) dan Umno, bakal merealisasikan hasrat BN untuk memenangi kerusi itu.

Unknown said...

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Musa Aman yang juga selaku Menteri Kewangan yang buat sekian kalinya telah berjaya membimbing dan mengemudi negeri ini ke arah kejayaan dan kecemerlangan.

Unknown said...

Musa berkata BN bukan gabungan parti yang suka berbohong dan menabur janji kosong kepada rakyat seperti yang sering dilakukan oleh pembangkang sehingga rakyat yang menderita.

Unknown said...

Tapi apa pun SAPP tidak lagi bersama dengan BN. Tapi semua itu tidak akan melemahkan sokongan rakyat kepada BN.

Unknown said...

SAPP parti yang tidak ada memberikan manfaat pun kepada Penduduk Saba. SAPP hanya tahu untuk kepentingan sendiri semata-mata.

Unknown said...

penyediaan penyata kewangan Kerajaan Negeri yang berpandukan Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) sentiasa diselenggara dengan teratur dan sempurna untuk memberi gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

Unknown said...

rakyat harus jelas dengan usaha dan keikhlasan BN membela nasib mereka supaya mereka tidak mudah terperdaya dengan khabar angin dan janji pembangkang yang telah hilang hala tuju.

Unknown said...

“Selain itu, usaha-usaha juga giat dijalankan untuk mempertingkatkan Sistem Perakaunan supaya ianya ‘compatible’ (bersesuaian) dengan perkembangan teknologi IT semasa dan Piawaian Perakaunan Kerajaan (Public Sector Accounting Standard).

Unknown said...

selain menjelaskan kepada rakyat mengenai kejayaan BN, jentera pilihan raya BN juga perlu bersatu dan bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan kemenangan semua calon BN pada PRU-13 akan datang.

Unknown said...

Tawfiq turut menyangkal segala dakwaan dari pihak pembangkang yang mendakwa tanpa merujuk fakta bahawa kononnya pengurusan kewangan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional tidak teratur dan sebagainya.

Unknown said...

anggota BN harus memberi sokongan kepada perdana menteri dalam pilihan raya umum akan datang dengan membantu dan menyokong semua calon BN.

Unknown said...

“PRU-13 bukan sebarang pilihan raya. PRU-13 adalah sebuah “peperangan” dan kita mestilah memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib sebagai ketua komander dalam peperangan ini.

Unknown said...

melalui perakuan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sendiri, bukan sahaja Kerajaan Negeri telah berjaya mengekalkan Sijil Tanpa Teguran selama 12 tahun berturut-turut.

Unknown said...

malah beliau juga memperakukan bahawa pengurusan kewangan Negeri Sabah sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah antara yang terbaik di seluruh Malaysia.

Anonymous said...

Barisan Nasional (BN) adalah parti yang “winnable” atau boleh menang di Sabah, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Anonymous said...

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, berkata beliau yakin sesiapa yang diketengahkan pucuk pimpinan BN sebagai calon, akan memperoleh kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Anonymous said...

“Saya percaya dengan adanya kerjasama padu di kalangan parti komponen, BN Sabah akan meraih kemenangan yang selesa pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Anonymous said...

Beliau juga yakin BN akan menang dengan majoriti dua pertiga dan Sabah sebagai ‘fixed deposit’ akan menjadi penyumbang besar.

Anonymous said...

Salleh berkata pendekatan BN Sabah kini lebih kepada memberi penjelasan kepada rakyat agar tidak keliru dengan tohmahan dan fitnah yang dilontar parti lawan.

Anonymous said...

Beliau berharap semua pemimpin BN merapatkan perpaduan dan bukan sekadar “turun padang” tetapi “mengurus padang” iaitu menyelesaikan masalah rakyat.

Anonymous said...

“Kalau kita tidak dapat selesaikan kita perlu jelaskan kenapa ia perlu masa untuk diselesaikan dan apa yang penting kita jangan bohong rakyat,” katanya.

Anonymous said...

Ditanya sama ada beliau sedia bertanding atas tiket BN pada pilihan raya umum akan datang, bekas ketua menteri itu berkata terpulang kepada pucuk pimpinan untuk memutuskannya.

Anonymous said...

“Sokong siapa sahaja yang dicalon oleh parti dan kerja kuat untuk kemenangan parti.

Anonymous said...

“Walaupun pada pilihan raya umum yang lepas saya tidak dipilih namun saya masih setia kepada UMNO dan BN,” katanya.

mantera said...

Kota Belud, yang merupakan tempat kelahiran Umno di Sabah menerusi pilihan raya kecil pada tahun 1991, akan terus menjadi kubu kuat BN.

mantera said...

tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Usukan, Tempasuk dan Kadamaian dalam Parlimen Kota Belud akan kekal dalam genggaman BN pada pilihan raya umum akan datang.

mantera said...

Dalam pilihan raya lepas, semua kerusi di kawasan itu dimenangi calon BN.

mantera said...

Sebenarnya, sejarah Umno Sabah bermula dari Kota Belud selepas parti itu dibawa masuk oleh Tun Datu Mustapha (Datu Harun) (bekas presiden Usno) yang mana beliau sendiri membubarkan Usno.

mantera said...

Oleh itu, kita harus bersatu-padu di bawah panji-panji Umno dan BN supaya Sabah boleh menjadi kubu kuat BN.

mantera said...

walaupun rakyat Sabah mempunyai perbezaan dari segi budaya, namun ia tidak seharusnya menjadi halangan kepada mereka untuk bersatu-padu dalam arena politik demi masa depan rakyat yang lebih baik.

mantera said...

rakyat seharusnya memberi sokongan padu dan terus bersama BN yang mentabdir negara ini dengan baik, serta mengamalkan keadilan secara keseluruhan.

mantera said...

"Kita akan teruskan perjuangan sehingga ke peti undi sampai kerajaan diterajui BN. Malaysia sudah ada perdana menteri yang bagus dan banyak program serta dasar dilakukan

Kris Jr said...

Apa juga janji BN,akan dtunaikan. Misalnya dalam pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi yang lalu, janji itunaikan. PM gembira kerana Sabah memberi respon yang baik kepada BN

Kris Jr said...

apabila PM kata Sabah adalah 'fixed deposit' untuk BN...pihak pembangkang ajak rakyat Sabah simpan di tempat lain, namun the best interest is still the Barisan Nasional

Kris Jr said...

Keunikan masyarakat berbilang kaum di negeri ini terus menyerlah dengan kunjungan berterusan ke rumah-rumah terbuka yang diadakan sempena sambutan Krismas.

Kris Jr said...

Masyarakat pelbagai kepercayaan, berlainan budaya dan latarbelakang berkunjung ke rumah terbuka Krismas yang diadakan penganut agama Kristian sebagaimana juga sambutan rumah terbuka perayaan lain seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

Kris Jr said...

Pendidikan yang ditekankan dalam Gagasan 1Malaysia, ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, merupakan wadah penting untuk memantapkan perpaduan

Kris Jr said...

penggemblengan tenaga dan kerjasama semua pihak sangat penting bagi memastikan segala cabaran itu dapat dipikul serta dilaksana dengan jayanya.

Kris Jr said...

pendidikan dan pengetahuan perlu dilihat dalam konteks holistik dan disepadukan dengan nilai.

Kris Jr said...

Bukan saja kerajaan, tetapi juga masyarakat sebagai satu nilai. Sebagai contoh, budaya membaca, sama ada melalui buku atau pun Internet, akan berupaya membuka minda masyarakat Malaysia

Kris Jr said...

Pemimpin BN seharusnya komited sepenuhnya dalam perjuangan dan 'tidak hanya berpijak sebelah kaki' dalam parti

Kris Jr said...

ini penting bagi membantu menjayakan agenda pembangunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memerlukan sokongan tidak berbelah bahagi daripada pemimpin serta rakyat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels