31 July 2013

Peruntukan Persekutuan kepada Sabah: Tiba masanya untuk Diperkemaskan-Salleh

MELIHAT kepada rekod peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Sabah sejak tahun 2010-2013 yang berjumlah RM6 bilion atau RM 2bilion setahun khusus untuk projek-projek Jalan Luar Bandar (JLB), Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan Bekalan Litrik Luar Bandar (BELB) serta Program Bantuan Perumahan (PBR); merupakan peruntukan yang amat besar.

Namun pelaksanaan yang tidak selari dengan perancangan Kerajaan negeri, maka peruntukan yang besar itu tidak kelihatan impaknya, sehingga pihak pembangkang mempertikai, bahawa kononnya kerajaan persekutuan tidak memberi perhatian kepada keperluan rakyat.

Sekiranya peruntukan itu disalurkan kepada Kerajaan negeri, maka impaknya akan lebih nyata, kerana kerajaan negerilah yang merancang pembangunan negeri, sesuai dengan keperluan rakyatnya.

Menyentuh berkaitan peruntukan kerajaan Persekutuan ini, Timbalan Pengerusi Umno Sabah Datuk Dr Salleh Tun Said menyarankan untuk masa akan datang, semua peruntukan kerajaan Persekutuan yang akan digunakan untuk Sabah bagi maksud pembangunan agar disalurkan kepada Kerajaan Negeri, agar supaya bentuk pembangunan tidak bertindih, dan seterusnya boleh mencapai sasaran yang lebih luas dan menyeluruh.

Saranan ini tepat masanya, bagi membalas jasa kepada rakyat Sabah yang menaruh kepercayaan kepada kepimpinan Negeri yang diketuai Datuk Musa Aman pada PRU-13 lalu, di mana BN Sabah adalah salah penyumbang terbesar kepada kerusi BN di peringkat pusat, manakala di Peringikat negeri menubuhkan kerajaan dengan kuasa melebihi 2/3.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels