15 August 2021

KEMELUT POLITIK PERSEKUTUAN- APA PENGAKHIRAN?


DIKHABARKAN, Pakatan Harapan, dan parti pembangkang kecil yang lain, sedang mencatur bagai mana menambah jumlah kerusi daripada 105 kepada 111, untuk memaksa Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Sehingga kini, tiada pihak yang dapat membuktikan mempunyai sokongan majoriti mudah, termasuk lah kerajaan.

Kerajaan yang mempunyai sokongan 115 kerusi, hanya berbaki 100, apabila 15 ahli parlimen yang diketuai Presiden Umno menarik diri.

Kesimpangsiuran kedudukan politik, hanya kerana kumpulan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak memberi ketetapan, pihak mana sokongan diberi. 

Setakat ini, maksud penarikan sokongan kumpulan tersebut, hanya menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan.

Sejak petang Sabtu, berlegar-legar cerita, pada Isnin ini, PM dikatakan akan menghadap Agong. 

Setakat ini, belum ada pengesahan daripada mana-mana pihak berkaitan khabar angin tersebut.

Kemelut politik yang disengajakan, sedangkan rakyat sedang berhadapan dengan krisis kesihatan dan krisis ekonomi, impak daripada pandemik Covid-19.

Walaupun, ancaman pandemik ini belum mereda, akan tetapi laporan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa kemasukan ke hospital dan ICU, semakin berkurangan, kerana  hasil program vaksinasi, pun demikian, jumlah jangkitan harian kekal 5 angka, dan kematian harian pada paras 3 angka.

Sungguh mengecewakan, pemimpin yang diharapkan membela rakyat dikala susah dan apa tah lagi dilanda bencana, sanggup mencetuskan ketidak stabilan politik, sehinggakan kerajaan yang pernah disokong dan turut sama menubuhkan, sanggup dikorbankan, hanya kerana menenuhi agenda peribadi, dendam dan cemburu.

Apa kah pengakhiran kemelut ini? Apa kah akan berlaku PRU-15 mengejut? atau kah PM kekal kerana gagalnya USUL PERCAYA? atau kah Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mendapat sokongan majoriti? atau akan ada bentuk pemerintahan lain yang ditentukan Agong?  

Setakat ini, tidak jelas kesudahan kemelut di peringkat Persekutuan ini.

Dalam keadaan yang tidak menentu ini, rakyat hanya dapat menghitung jangkitan covid-19, hanya dapat mengucapkan simpati pada keluarga yang kehilangan keluarga, selain duduk di rumah, kerana mematuhi SOP KKM, agar tidak menjadi mangsa virus corona,khususnya varian delta, atau mungkin varian lamda.

Sememangnya, Kerajaan sudah menemukan ramuan jalan keluar dari krisis kesihatan dan ekonomi ini, menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang mengandungi 4 fasa yang dinilai melalui nilai ambang yang telah ditetapkan.

Keberkesanan PPN ini, telah dibuktikan di WP Labuan, apabila pada Sabtu mencatit sifar jangkitan.

Sayang sekali, pokok yang ditanam sudah membuahkan hasil, akan tetapi yang menanam, terkorban kerana dipancung oleh kawan sepermainan.

Malang sungguh nasib PM dan Kerajaan PN yang beliau terajui, terpaksa mengharungi kemelut yang tidak perlu.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels