12 April 2010

Apa Itu Skuad P-169 Kota Belud

Semalam saya sempat borak-borak dengan Idris Nanti Pegawai Perhubungan Khas Parlimen Kota Belud di Restoran Cita Rasa Kota Belud.

Melalui perbualan itu Idris menjelasankan serba sedikit mengenai peranan S-P169.

Latarbelakang kewujudan S- P169 Kota Belud adalah berpunca daripada saranan Menteri Pelancongan Malaysia Ng Yen Yen dalam program cari. Apa yang dicari adalah.. rakyat yang masih miskin.

Ekoran daripada itu, maka MP Kota Belud memperkenalkan Skuad P-169 yang bermatalamatkan RAKAN INFO.

Menurut Idris nanti, Skuad P-169 ini dianggotai oleh para sukarelawan yang terdiri daripada para pemuda berbagai suku kaum dan mereka yang tidak berafiliasi dengan mana-mana parti.

Pengelibatan para pemuda yang tidak berafiliasi ini menurut Idris perlu dimanafaatkan kononnya agar mereka tidak terjerumus dalam kegiatan-kegiatan yang tidak sihat.

Skuad P-169 kononnya melibatkan akitiviti yang berlainan dengan aktiviti yang biasa diketahui oleh para belia,misalnya permainan sukan. Namun melalui Skuad P-169, para belia ini akan didedahkan kepada aktiviti yang bersifat ekstrim, misalnya XPDC membersih sungai, membersih kampung, perkemahan di perkampungan dan melibatkan para warga kampung.

Kononya Skuad P-169 Kota Belud ini tidak bersifat politik, tetapi hanya sebagai wadah berkumpulnya para belia atau pemuda yang mempunyai kecenderungan lasak.

Walaupun kelihatannya skuad ini bersifat sebagai RAKAN INFO bagi para penduduk yang buta info, berisfat sukarelawan, namun kelihatannya skuad ini bersifat PADAT MODAL, kerana tanpa modal kewangan adalah tidak mungkin, skuad ini dapat bergerak seperimana impian pencetusnya.

Manusia dalam kehidupan seharian perlu minum, perlu makan. Demikian juga anggota skuad ini. Keperluan lain perlu juga diambil kira, misalnya keperluan pengakutan dan keperluan kenderaan itu sendiri.

Bagaimana kah.. kelanjutan kepada skuad ini? dan apa kah peranan dan tujuannya akan terasa oleh penduduk sasaran mereka? sama-sama kita tunggu!!!

3 comments:

Sniper said...

saudara penulis perlu bersikap terbuka dan perlu memahami lagi misi skuad...jangan main lepas tulis jer....orang lain pun ada bakat dalam penulisan sebegini...saya pun nak join ini skuad....

Sniper said...

apa KONON-KONON ni..ini betul2 kejadian..ini bukannya cobaan....mambang kuning...mambang hijau..mambang merah...ihih..cobaan...ini bukan cobaan...ini betul2 kejadian...ihihih cobaan...Kononnya lah..........

SoRobogh said...

salam oKB..saya adalah salah seorang perintis squad169..bkanya skuad p.169..penubuhan squad169 adalah ilham daripada anak2 muda kota belud yang ingin bergerak secara sukarelawan sebgai satu badan ngo, tidak terikat dengan mana2 parti politik. kerna bilamana kita lihat skarang ini ramai anak muda iaitu remaja sudah hilang minatnya tengok logo2 parti politik yang ada..menjadi salah satu tanggungjawab kita menarik balik semula minat anak muda ini menyertai BN..aktiviti kita seharusnya relevan dengan citarasa mereka. jgn main politik dengan mereka..lambat laun mereka akan faham jg.
S169 tidak mempunyai kuasa utk menentukan sebarang keputusan berkaitan dengan warga miskin, dan ini bukannya squad basmi kemiskinan..kita cuma dtg bertemu serta melawat orang kampung yang daif hidupnya utk bertanyakan khabar dan menyampai buah tangan daripada MP yang mereka undi dengan harapan ada sedikit suara mereka disampaikan kepada Dato MP kesayangan mereka. S169 adalah salah satu penghubung antara Mp dan akar umbi selain daripada k.kampung,jkkk dll.
Selain dripada lawatan tersebut s169 akan memberikan sedikit taklimat kepada isi rumah tentang usaha2 kerajaan memerangi miskin tegar dan bagaimana keluar daripada kepompong ini...saya tidak setuju sekiranya oKB menyatakan berkenaan PENDUDUK BUTA INFO, cumanya mereka ini kurang info..tidak buta..heheheee
Ttg pergerakkan S169 yang tampak PADAT MODAL pula..ahli s169 tidak dibayar walau sesen pun gaji ataupun elaun kerana S169 adalah VOLUUTER...tetapi bohong la kalau Dato MP langsung tidak keluarkan sedikit belanja minum,makan dan minyak kereta...kalau tidak ada pun saya sendiri tidak kisah keluarkan belanja..biasalah sukarelawan..Penasihat Squad169 iaitu Saudara Arshad Bistari banyak membantu dalam pergerakan s169 ini dari segi masa, tenaga dan wang ringgit.
Kita tunggu dan lihat apa yang bakal kita lakukan bagi memartabatkan nama KOTA BELUD ini di mata masyarakat daerah ini dan sabah amnya dan InsyaAllah di mata pemimpin peringkat kebangsaan..Amin.
Mohon kepada Ayahanda2 dan Bonda2 kami di seluruh Kota Belud agar merestui perjuangan dan aspirasi kami di dalam SQUAD169 ini.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels