17 November 2009

Nizar News: Siapa Kah Regu Datuk Salleh? Sesuatu Persoalan Yang Perlu Dicari Jawabannya

Dalam Umno bahagian Kota Belud tiada seorang figurpun yang mempunyai kaliber seperti Datuk Salleh, TS Pandikar, Datuk Yahya Lampung, Datuk Mohd Noor Mansor apa tah lagi sehebat Tun Mustapaha.

Datuk Haji Musbah mantan Ketua Bahagian, sekarang ini hanya Ketua Cawangan Umno Taun gusi Padang, Datuk Rahman Dahalan bukan pun ahli Umno Kota Belud, hanya Datuk Japlin Akim Naib Ketua Bahagian, itupun ada "pekong".

Persoalan yang berlegar-legar di kepala saya, siapa kah gerangan yang boleh memimpin rakyat Kota Belud yang berjiwa kental rakyat, mati hidupnya untuk rakyat.

Figur-figur yang ada kini tiada seorangpun yang menonjol di ketengahkan sebagai pemimpin rakyat, bukan kerana mereka tidak mampu memimpin, tetapi jiwa mereka bukan merakyat. Jiwa mereka hanya sosok tubuh yang mempunyai pendidikan dan pelajaran yang mencari nafkah untuk kesejahteraan diri dan keluarga mereka. Tuntutan ini memang tidak boleh dinafikan, kerana kesejahteraan diri dan keluarga perlu diutamakan, ini tuntutan agama.

Pemimpin yang dicari adalah sosok tubuh yang membakar dirinya untuk rakyat, seperti lilin, dikala gegelapan malam, maka lilin walaupun hanya sebatang, tetapi mampu menyinar kegelapan itu.

Siapa kah regu Datuk Salleh pada Pru-13 akan datang? Tidak dapat dinafikan, siapapun yang diletakkan di Usukan, Tempasuk atau parlimen Kota Belud akan menang. Sebabnya daerah ini belum sanggup mengorbankan dirinya diwakili pembangkang. Daerah ini perlu wakil kerajaan, kerana terlalu banyak keperluan rakyat yang masih belum terpenuhi. Hanya melalui parti kerajaan sahaja boleh membawa kemajuan untuk daerah ini.

Regu Datuk Salleh tersebut mampu diketengahkan, setidak-tidaknya sebagai pembantu menteri atau timbalan menteri di peringkat persekutuan. Kalau hanya sebagai YB biasa, lihat sahaja MP kita sekarang ini, tidak dapat berbuat banyak, kerana tidak mempunyai net working yang kuat, hanya sebagai backbencer kerajaan.

Saya rasa, Datuk Salleh juga rasa, siapa kah regunya?

7 comments:

kelapa mawar said...

salam sdr Musram..


Siapa regu DSSK..? Siapa..?siapa..? rasanya tiadk siapa yg berani menawarkan diri..Kenapa..? takut! belum bersedia!..atau ada tapi tidak ditonjolkan.. Kenapa tidak ada yg sudi menjadi regu DSSK..? mungkin DSSK sendiri yg tidak mahu...?

Ada golongan opportunist ..ada golongan berkepentingan..ada golongan mahu pangkat dan kekayaan..ada golongan mahu diangkat..

salam hormat

pagipagi said...

sesiapa sahaja warga kota belud pasti tahu perjalanan politik kota belud, kualiti mereka, cara mereka dan dan dan .....

dayangwulan said...

regu datuk salleh telah jelas: Kibin Haji Samad, Ajin Gagah, Lamjin Atoh, Musli oli, dr Lidi Salun kerana orang-orang ini tidak mudah jual gigi. Mustahil Dssk mencari regu yang akan cuba menikamnya.

Pendekar Tua said...

Sdr Musram..

posting ini agak menarik untuk diulas kerana mencari Regu bukannya Pengganti atau penyambung..kalau regu SSK yang paling padan ialah TSP..kerana mereka adalah politikus KB yang selama ini mengangkat KB sebagai pekan yang dikenali..

TSP mampu dijadikan Regu yg baik dan berkesan iaitu SSK dari sebelah Bajau dan TSPdari suku Iranun..kedua-duanya boleh mendzapat sokongan dari suku Dusun/kadazan.

Datu Amai A Baragir said...

Salam,

kenapa saya tidak layak jadi regu kah?

Untuk makluman semua pada PRU-13 akan datang saya berniat ingin menawarkan diri jadi calon DUN Usukan...

Ini memandangkan, SSK pernah menjadi KM tetapi saya ingin bertanya apakah sumbangan beliau sebagai KM Sabah kepada rakyat di KB yang mana tanah kelahirannya?

SSK tidak lebih daripada hanya seorang politikus...kamilah generasi penerus kepimpinan di KB yang akan meawarnai persada politik KB dengan pelbagai revolusi pembangunan...

Kalau di Tempasuk sudah ada pengganti iaitu sahabat lama saya sdr Razak Rakunman...manakala Parlimen sdr Serin Sudah yang merupakan bekas classmate saya...inilah muka baru yang boleh membawa perubahan di KB...sekian mohon menawarkan diri dan mohon mencadang....

Idahan said...

sdr Pagipagi..

kami di PBS juga selalu mencari regu Datuk pairin..nampaknya macam Alimudin Kaida...yg lain tu masih tak ngam lagi termasuk adiknya Dr. Jefry..

nama yg disebut dayangwulan tu nampak tak bolehlah..Kibin -org kuat TSP, Sdr Musli pernah lawan SSK,Ajin gagah -calon bEBAS.yang lain-lain itu kaki ampu sahaja, ada kepentingan..

Saya rasa regu SSK ialah SITTI FARHANA yang gila sakan nak kan SSK jadi CM

palingberani said...

sdr Pagipagi@Musram

Soal regu tidak timbul kerana kalaupun ada regu tetapi tidak berkekalan tidak ada gunanya. Rasa saya apa yg sepatutnya dilakukan oleh SSK ialah mencari penyambung perjuangannya..Kerana anak murid biasanya taat kepada guru..tetapi rakan kongsi boleh berpaling tadah dalam politik itu berlaku...

Ada juga anak murid lawan gurutetapi itu murid kurang ajar namanya..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels