11 September 2009

Kemelut Terengganu Muhyiddin dimalukan??

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dilaporkan menolak tawaran Umno pusat untuk melantik beliau menjadi menteri kerajaan pusat yang diusulkan sebagai langkah meredakan persengketaan dua pihak antara kumpulan Ahmad dengan geng bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusuh.

Kemungkinan besar penolakan secara mentah itu kerana menyifatkan usaha Umno pusat seolah merupakan penyingkiran secara halus kepentingan dan pengaruh politik beliau di Terengganu.

Ahmad dikatakan tidak mendapat sokongan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno sebaik keputusan PRU-12 diketahui, namun kerana atas desakan orang-orang tertentu, Ahmad Said bertindak secara sendiri yang akhirnya memberi keuntungan kepada beliau apabila Sultan akhirnya bersetuju melantik Ahmad sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya umum pada Mac 2008.

Hasil daripada jawatan itu, secara perlahan beliau mula membina pengaruh dan sokongan daripada beberapa Exco kerajaan negeri. Bagaimanapun beliau masih lagi tidak mencapai majoriti jika dibandingkan golongan pro Idris yang diketuai Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid.

Jika mengikut pihak yang memboikot majlis yang diusahakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu seramai 15 orang maka hanya lapan Adun Umno yang menyokong Ahmad.

Dua daripada lapan orang yang hadir itu dikatakan juga kumpulan penyokong Idris. Muhyiddin menawarkan diri untuk menyelesaikan krisis politik dalaman Umno Terengganu seperti barah yang sudah pecah sehingga rakyat negeri itu turut menjadikan agenda perbincangan di kedai kopi, apabila Pengerusi Perhubungan Umno,Dato Seri Hishammuddin Hussein, akhirnya turut gagal mengatasi konflik tersebut.

Sebaliknya Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri, terpaksa melalui zaman amat mengaibkan apabila majlis usaha beliau pada 3 September untuk menyatukan dua bertelagah itu, diboikot oleh kumpulan Adun Umno yang menentang Ahmad.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels